Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,742
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 31 ; nafkah zahir untuk ANi

BAB 30

Rezeki Semakin Bertambah

Sudah sebulan perniagaan on-line Sim  berjalan... sudah sebulan jugalah Ani tidak selalu lekat di dalam rumah. Pagi sampai malam sibuk dengan kuliah... kalau takde kuliah pergi buat kajian di lapangan. Malam pula kadang-kadang tengok bola atau bermain futsal. Sim merasakan  Ani ini sudah kembali kepada tabiat lama dia. Malam-malam baru dia balik... kadang-kadang dekat subuh baru balik. Sabtu dan Ahad terperap di dalam bilik... katanya membuat laporan ilmiah atau toturial. Takde masa nak berborak seperti dulu. Takpelah... dia mungkin sibuk... maklumlah tahun akhir. Sim mengisi rasa kesunyiannya dengan menguruskan perniagaan.

Selama sebulan itu pesanan tak putus-putus datang... mungkin bekas pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan Sim dan produk yang  dijual yang sememangnya tulen.. pelanggan telah memberitahu kawan-kawan atau ahli keluarga tentang laman web Sim. SIM terpaksa membuat pesanan stok 1,000 unit jersi dan replika LAGI. Malah Sim telah diberi sijil syarikat yang menjual paling banyak jersi bulanan oleh kelab-kelab Turki dan Ajax.. sijil itu Sim muat turun ke dalam laman web. Jualan selama sebulan telah mencecah 1,300 unit jersi replika... kebanyakkan pelanggannya adalah dari Malaysia, negara Asean, India dan negara-negara Arab.

Keuntungan pula telah mencecah 65,000 ribu ringgit... selama sebulan sahaja Sim dan Mid mendapat untung sebanyak 20,000 ribu ringgit seorang ( selebihnya kami tambah sebagai modal pusingan... kini modal pusingan telah mencecah 75,000 ribu ringgit... bayangkan dalam masa sebulan modal kami telah meningkat hampir setengah kali ganda ). Wang yang dapat tidak dijoli dengan sewenang-wenangnya... maklumlah berniaga ni ada untung atau rugi... Sim menggunakan wang keuntungan yang diperolehi untuk membayar duit kereta sahaja. Hujung minggu itu bapa mertua Sim menghadiri kursus di Nilai... Sim mengambil kesempatan untuk berjumpa dengannya... Ani tiada di rumah kerana pergi lawatan ke Iskandar Johor... Sim berjumpadengan bapa mertuanya di kedai mamak berhampiran Tesco Nilai ( bapa mertuanya menginap di Allson Klana Resort Nilai ).

“Macamana bisnes?” tanya bapa mertua Sim apabila sudah membuat pesanan minuman dan makanan. Kedai ini tidak jauh dari Hotel Allson Klana, hanya berjalan kaki ke sini. Sim melihat bapa mertua sentiasa membawa pistolnya ke sana sini.. katanya sudah terbiasa membawa pistol sejak dia bertugas di Cawangan Khas masa muda-muda dulu... katanya dia masuk Cawangan Khas kerana berminat menyimpan rambut ala rock kapok... hanya Cawangan Khas sahaja dibenarkan anggota membuat bebas fesyen rambut yang disukai anggota.. maklumlah hendak menyamar. Walaupun sudah kahwin mak Adah tidak marah suaminya berambut panjang.. tetapi marah jika suaminya memakai seluar ketat... katanya bapak aku nak tunjuk apa pakai seluar ketat.. aku hanya ketawa mendengar cerita bapa mertuaku dulu ;

“Alhamdullilah pak... dah pulang modal. Bukan sahaja pulang modal... dah mula memberi untung. Terima kasih promosikan laman web saya.”

“Takde hal la tu. Baguslah dah mula untung... dapat untung jangan joli katak pulak... peniaga melayu ni bapak lihat... baru untung 2-3 ribu dah joli katak.. beli itu, beli ini. Padahal duit itu kalau dilaburkan lagi, lagi banyak untung boleh dapat. Pastu bila modal pusingan habis... mulalah buat hal dengan pelanggan, duit tak dapat.... barang lambat sampai. Tipikal Malay Thingking. Kau tengok cina apek dulu-dulu.. pakai sekuar pendek.. baju pagoda je pun. Pakai motor pergi Bank... tapi duit masukkan dalam Bank beribu-ribu masuk dalam Bank... kita ni pergi Bank naik kereta.. baju branded.. tapi pergi Bank bayar hutang” gomel bapa mertua Sim... tapi betul juga cakap bapa mertua aku tu.

“Sebab itu lah saya mengambil iktibar hasil bacaan saya dari buku tulisan Dr Mahathir... The Malay Dilemma. Fakta-fakta buku itu sangat relevan dengan orang Melayu sehingga kini walaupun buku itu dah diterbitkan 50 tahun dulu. Dapat kontrak jual dengan bukan bumi.. nak untung cepat. Nampak orang itu meniaga goreng pisang laku sikit mulalah nak meniaga sama... tempat yang sama lak tu... betul kata bapak... tipikal malay Thinking. Bisnes saya ni pun tak lama lagi mungkin ada yang tiru.... tengoklah seminggu dua lagi” kata Sim bimbang... memang benar, kemungkinan besar model perniagaannya ditiru oleh pihak lain adalah sangat besar.

“Hahahahahaha. Benar, kau tengoklah Al-Ikhsan... bila dia berjaya sikit. Mulalah peniaga lain nak membuat bisnes dengan model yang sama... akhirnya tubuhnya Mizi sport... tapi takpelah. Al Ikhsan pun dah besar sangat... bagilah persaingan yang sihat sikit. Akhirnya pengguna yang dapat untung. Mereka berdua akan berlumba-lumba tawarkan harga yang lebih rendah. Jangan Bankrap udah kedua-duanya.. yang rugi orang Melayu balik” kemudian pelayan membawa minuman dan makanan mereka.  bapa mertua Sim menyambung lagi ;

“Ani pergi ke Johor buat apa? Pergi seorang?” tanya bapa mertuanya.

“Katanya nak buat kajian lapangan di Legoland Malaysia dengan pasukannya. Maklumlah  tahun akhir... sibuk sikit. Tak.. pergi dengan kumpulan dia. Mak Adah macamana? Sehat?” tanya Sim, rindu aku dengan masakan mak Adah.

“Sehat... dia kirim salam. Lama dah kamu tak balik yer.”

“Sibuk sangatla pak... Ani buat tesis.. saya baru nak uruskan bisnes... kerja lagi... memang takde kesempatan. Maafkan kami.

“Takpelah. Aku faham... mak kamu tu jer. Tapi kamu selalu telefon kami. Ani tu dah jarang sangat... kami pulak yang menelefon dia tanya khabar berita.”

“Apa nak buat pak... dia pun jarang ada kat rumah sekarang ni. Saya ada nak bagi bapak sesuatu ni” Sim mengeluarkan sesuatu dalam beg sandangnya dan menghulurkan kepada Dato Malek ;

“Ini cek bernilai 3,000 ringgit. Ini bayaran ansuran pertama saya hutang berkahwin haritu.”

“La... kamu bayar lambat pun takpe Kassim. Kamu tentu nak pakai duit pusing modal” bapa mertua Simseolah-olah berat untuk menerima cek ini.

“Takpe bapak.. modal pusingan dah saya tambah. Ni ada duit lebih ni saya bagi dulu sikit.. saya tak pakai pun duit ni. Tolonglah ambil pak... saya rasa serba salah kalau bapak tak ambil” kata Sim mengharap.

“Baiklah... bapak ambil. Terima kasih yer” lalu mengambil cek yang sim hulurkan.

“Sama-sama.. patutnya saya yang ucap terima kasih. Lepas tu ayah boleh tolong saya tak?” Sim meminta pertolongan bapa mertuanya.

“Apa dia?.”

“Ayah tolong bagi wang ni kepada Ani tiap-tiap bulan. Nafkah saya selama 6 bulan sebanyak 500 ringgit sebulan” Sim menghulurkan sekeping cek lagi.

“Kenapa kau tak bagi sendiri?” bapa mertua Sim kehairanan.

“Pak tahulah... dia mana nak mintak duit dengan saya. Selama ini bapak sahaja yang bagi wang belanja kepadanya setiap bulan... saya sudah mampu sedikit. Tapi jangan beritahu ini wang saya bagi. Mulai bulan ini berilah duit belanjanya menggunakan wang saya. Tolong Bapak” bapa mertuanya merenung cek tersebut.

“Baiklah.... aku uruskan. Consider it done” wah... speaking pulak bapa mertua aku ni. Dia mengambil cek tersebut dari tangan Sim.

“Terima kasih bapak” kata Sim dan terus menyambung makan.

“Kebetulan bapak dah jumpa Kassim ni... bapak nak beritahu sesuatu. Pertukaran bapak ke sini telah diluluskan... pada 1hb 10 ni bapak akan mula bertugas semula di Bukit Aman.”

“Tahniah bapak... sebagai apa?.”

“Timbalan Ketua Polis Trafik Bukit Aman”.

“Perghhhhh... nanti bolehlah kalau saya kena saman uruskan dengan bapak.”

“Hahahahahahahaha... ada-ada sahaja kamu ni Kassim. Bapak tak boleh batalkan saman kamu... bayar tetap bayar. Itu pegangan bapak... bapak tidak akan gunakan jawatan bapak untuk membantu orang. Pernah sekali sepupu kamu ditangkap kerana kesalahan dadah, adik bapak mintak bapak lepaskannya. Tapi bapak tidak buat, yang bersalah tetap bersalah” bapa mertua Sim menyatakan ketegasannya dan pendiriannya.

“Saya kagum dengan bapak... tetap dengan pendirian bapak selama 30 tahun dalam pasukan Polis. Sebelum saya terlupa ni hadiah untuk bapak” Sim menghulurkan sebungkus plastik kepadanya. Bapa mertua mengambilnya dan melihat isinya

“Jersi Ajax... terima kasihlah Kassim... susah-susah jer” Sim tersenyum.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.