Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
266,433
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Sinopsis

Sinopsis

Mengisahkan seorang pemuda bernama Kassim atau nama glamornya Sim seorang anak yatim yang melarikan diri dengan kawannya baik Hamid ( Mid ) dari rumah anak-anak yatim di Gombak. Mereka melarikan diri pada usia Kassim 16 tahun kerana tidak tahan duduk di rumah anak-anak yatim. Setelah keluar.. pelbagai pekerjaan yang mereka lakukan bermula sebagai pencuci kereta, kemudian menjadi pembantu pasar…. sebelum berkenalan dengan abang Fazzul. Abang Fazzul mengupah mereka menjaga perniagaan barangan tiruan dan cetak rompak yang memberikan upah yang super lumayan. Kemudian abang Fazzul membuka syarikat pelaburan haram pada tahun 2011 di mana mereka berdua diambil bekerja.

Selepas setahun, abang Fazzul melarikan diri dengan wang pelabur… manakala Sim dan Mid diburu oleh para pelabur yang marah keraba wang pelaburan hangus begitu sahaja. Pada satu malam, apabila mereka mengeledah pejabat untuk mencari maklumat dan seterusnya mengesan abang Fazzul, mereka telah berjaya dijejaki oleh para pelabur yang marah. Sim dan Mid cuba melarikan diri dari kepungan para pelabur yang diketuai oleh abang Ali. Sim terkepung di sebuah taman perumahan dan dipukul oleh para pelabur. Sim yang pengsan telah ditinggalkan di bawah pokok di sebuah rumah di taman tersebut. Dijumpai oleh seorang perempuan yang berkelakuan ala-ala tomboy bernama Ari ( nama sebenar Ariani Suzana ) yang baru balik menonton perlawanan bola Euro. Ari mengheretnya masuk ke dalam rumah dan merawatnya.

Pelabur yang tidak berpuashati menelefon jabatan Islam daerah mengatakan bahawa terdapatnya kes khalwat yang sedang berlaku. Akhirnya Sim dan Ani telah ditangkap khalwat. Ayah Ani, Dato Malek mengahwinkan mereka berdua walaupun Ani dan Sim tidak bersetuju. Tapi demi menjaga nama baik Dato Malek yang merupakan orang besar di peringkat Negeri maka keputusan diambil untuk menikahkan mereka berdua besok petangnya. Terdapat pelbagai konflik dan perkara lucu yang terjadi sepanjang perkahwinan mereka selama 4 bulan.

Tapi akhirnya Sim menerima perkahwinan mereka dan cuba untuk mencintai serta menyayangi Ani sepenuh hatinya.. sebaliknya Ani hanya melayan Sim sebagai kawannya sahaja.. tidak lebih dari itu. Ani juga tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan melebihkan kawan-kawannya. Tapi akhirnya berlaku perkara yang tidak disangka membongkarkan siapakah Sim dan ayahnya yang sebenar dan sebab musabab Sim ditinggalkan di rumah anak-anak yatim…………..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh NaimTamdjis