Bergaduh
Minggu kedua bulan sepuluh tahun 2012, hari Ahad,,, Ani meminta izin Sim untuk ke MidValley bersama rakan-rakannya. Masa itu mereka berdua sedang bersarapan
pagi di meja makan ;
“Awak... Boleh tak hari
ni saya mintak izin nak keluar berjalan-jalan dengan kawan saya di Mid Valley”
Ani meminta izin Sim.
“Nak buat apa? Tak boleh
ke hari minggu duduk rumah? Asyik nak keluar sahaja. Siang malam keluar. Tak
puas-puas lagi ker?” tanya Sim.
“Apa barang duduk
rumah... saja nak release tensen. Beli belah, tengok wayang, gi karaoke atau
makan-makan. Lagipun harini hari minggukan” Ani memberi alasan.
“Awak asyik ajak kawan
awak sahaja pergi membeli belah atau tengok wayang. Saya ni suami awak.
Patutnya awak keluar dengan saya.... bukannya keluar dengan kawan-kawan awak.
Awak ada laki tau... bukan bujang lagi... dulu bujang bolehlah hari-hari nak
berjimba-jimba” Sim cuba menasihatinya... mengeluarkan apa yang terbuku di dalam
hati selama ini.
“Keluar dengan awak? Oh
tolonglah. Bosan keluar dengan awak. Lagipun saya ada duit sendiri ok. Ayah
saya dah naikkan elaun saya dari 300 ratus ke 500 ratus sebulan. Nak harapkan
awak? Duduk rumahlah saya sehari-hari. Mati kutu saya” nak je aku cakap duit
500 tu aku yang bagi... sabar je lah.
“Apa salahnya duduk
rumah. Kemas apa yang patut kat rumah ni... dah tak terurus rumah ni. Baju tak
berbasuh, rumah tak bersapu... kat dapur tu, banyak yang berselerak” memang...
rumah kami memang tidak terurus lagi... dah macam rumah orang bujang. Bersepah
sana sini... aku bukan taknak tolong.. aku balik pun dah lambat... uruskan
perniagaan. Balik letih gila... hanya dapur aku tolong basuh pinggan mangkuk...
kalau tak berbaulah dapur... tak selera nanti nak makan.
“Awak kemaslah sendiri. Itu
bukan kerja saya. Awak nak bagi ke taknak ni? Awak tak bagi saya keluar sahaja.
Saya dah janji dengan mereka” Sim diam seketika.
“Pergilah mana awak nak
pergi. Awak pun dah besar panjang... kawan awak yang awak pentingkan... suami
cakap awak taknak dengar. Pergilah ” kata Sim yang kecewa dengan sikap Ani dan
terus bangun menuju ke dapur. Kemudian selepas itu Sim terus masuk ke biliknya. Sim menelefon
Tasya untuk berjumpa di Midvalley menonton wayang. Tasya bersetuju dan menyuruh Sim mengambilnya di rumah sewanya. Selepas Ani keluar rumah, Sim pun keluar
mengambil Tasya di rumahnya. Sungguh cantik Tasya memakai blouse dan skirt
panjang.. rambutnya lepas bebas... di dalam kereta ;
“Isteri awak tahu ke kita
keluar ni?” tanya Tasya kepada Sim di dalam kereta.
“Tak.... tapi selama ni
dia kadang-kadang pun peduli kemana saya keluar pun. Malah dia keluarpun
kadang-kadang pun tak beritahu saya. Saya nak mintak tolong awak ni. Mintak
tolong sangat-sangat.”
“Sian awak.... nak tolong
apa wak? macam terdesak sangat bunyinya” tanya Tasya.
“Tolong menyamar menjadi
kekasih gelap saya... isteri saya sekarang ini sedang berjalan-jalan dengan
kawannya di MidValley. Saya mahu dia melihat saya bersama awak. saya nak tengok
samada isteri saya sayangkan saya atau tidak. Kalau dia tak kisah, maknanya dia
tidak sayangkan saya. Kalau dia kisah... makanya ada secubit cintanya pada
saya. Kalau dia tak kisah... saya akan
pinanglah awak” kata Sim sengaja menguji Tasya.
“Ok. Boleh saja bab-bab
berlakon ni. Awak nak pinang saya? Saya rasa tak bolehlah” jawab Tasya.
“Kenapa? Awak dah ada
pakwe ker?” melepas aku.
“Bukan... tapi satu hari
nanti awak akan tahu juga kenapa awak tak boleh pinang saya.” jelasnya. Sim kehairanan? Satu hari aku akan tahu juga? Dia ni dah kahwin ker? Kahwin
senyap-senyap macam aku. Tapi suaminya kat luar negara belajar lagi. Arghhhhh!
Lantakla ;
“Hai! Kita ni adik
beradik ke samapai tak boleh berkahwin. Takpelah, Jadi... boleh tak tolong saya
berlakon ni. Olok-olok jer... pliz” tanya Sim lagi.
“Boleh. Tapi dengan
syarat awak belanja saya. Belanja saya tengok wayang, makan dan beli barang.
Boleh? kita nak tengok cerita apa?” Tasya mengenakan syarat...
“Cerita orang putih....
Ocean 14. Boleh jer... setakat belanja makan atau tengok wayang apalah sangat. Cantiklah
awak harini” puji Sim.
“Heheheheheehehe...
selama ni tak cantik ker?.”
“Tak terserlah seperti
sekarang. Yelah masa kerja awak comot... sebab baiki mesin. Tangan dengan muka
penuh dengan minyak. Hahahahahaha.”
“Eeeeeeee... awak ni.
Ngada.... awak ni pakai cermin mata macam Remy Ishaklah.”
“Really? Bukan Zizan ker?
I pakai Oakley ori ni..... hantaran perkahwinan I dulu.”
“Tak! Perasan!” Tasya menjelirkan
lidahnya kepada Sim. Sim mencubit hidungnya.
“Pakwe awak tak kisah ker
keluar dengan saya ni?” manalah tahu pakwenya pulak terserempak dengan Sim.
Ingat nak buat Ani jeles... tengok pakwe Tasya pulak yang jeles.. matilah aku.
“Manalah saya ada pakwe. Cian
awak duduk kat rumah. Takpelah saya teman. Lagipun saya tak buat apa... jangan
saya kena serang isteri awak dahla” betul... harap jangan Ani mengamuk kat
Midvalley.. tapi aku buat ni nak menyedarkan tanggungjawab dia jugak. Aku buat
untuk dia... bukan untuk sesiapa.
Setelah sampai di
Midvalley mereka berdua kemudiannya terus
pergi ke panggung wayang untuk membeli tiket.. tayangan pukul 2 petang.
Sekarang baru pukul 12 tengahari,,, mereka berdua membuat keputusan untuk makan pizza di
tingkat bawahdahulu. Semasa naik tangga bergerak... Tasya secara spontan memegang
tangan Sim. Sim membiarkan sahaja.. malah sepanjang jalan menuju ke restoran mereka berfua berpegangan tangan.... hangat dan lembut tangan seorang wanita yang aku dapat
rasakan. Tidak seperti Ani yang akan menepis tanganku setiap kali aku cuba
memegang tangannya.
Selepas makan kami terus
ke panggung wayang. Selepas menonton kami membeli belah seketika. Tasya
membelikan Sim t shirt kerja dan seluar jeans manakala Sim membelikan Tasya
kasut dan bear yang besar. Tasya amat menyukainya. Mereka berdua pulang kira-kira pukul
7 petang.
{{{{{{{{{{{{{{{
Selepas keluar rumah..... Ani menjemput Ana, Khai dan Azman di kolej
kediaman masing-masing. Azman diminta memandu kereta ke MidValley.. sampai di
sana lebih kurang 12.15 tengahari... mereka singgah minum pagi merangkap makan
tengahari di kedai mamak dahulu. Kemudian mereka terus pergi masuk ke panggung
wayang kerana mereka telah membeli tiket wayang secara dalam talian bagi Ocean
14 pada pukul 12.30 tengahari. Tayangan habis pukul 2.30 petang... mereka
singgah membasahkan tekak di Iceroom Midvalley. Kemudian mereka sambung pula
sesi membeli belah ;
“Wah... banyak barang kau
beli?” tanya Khai.
“Biasalah.... akukan
dapat elaun dari ayah aku lima ratus sebulan... dah naik dari tiga ratus
sebulan... tu yang beli lebih sikit barang.”
“Ayah kau bagi elaun?
Laki kau buat apa?” tanya Azman.
“Laki aku kerjalah. Gaji
dia habis bayar sewa rumah, bayar bil dan duit minyak kereta. Maklumlah gaji
tak tinggi. Orang hanya SPM jer... manalah nak mampu nak berjimba-jimba” Ani
sebenarnya masih bengang dengan Sim kerana cuba menghalangnya keluar pagi tadi.
“La.... ayah kau masih
tanggung lagi. Patutnya laki kau la tanggung.. kalau aku.. malu tahu tak...ayah
mertua pulak bagi wang belanja kat isteri. Apa punya laki” Azman cuba meracuni
fikiran Ani.
“Eh Man... kau janganlah
cakap macamtu... sekurang-kurangnya laki dia tu bagi rumah dan bayar bil. Laki
mak su aku tu lagilah... semua lepas tangan. Mentang-mentanglah mak su aku tu
gaji besar... pampers anak tu pun laki mak su aku taknak beli. Kau pun... aku
dengar tiap kali keluar dengan awek kau... awek kau kan yang payung makan?
Dengan kami pun kau jarang nak belanja,,, kami pulak yang payung kau makan...
kedekut taik hidung masin. Jadi.... jangan nak banyak cakap. Sedar dulu diri
kau tu sikit” marah Khai... Khai sebenarnya berbulu dengan Azman dari dulu
lagi.... suka hati dia jer nak cakap apa tanpa memikirkan perasaan orang lain ;
“Manalah korang tahu awek
aku payung aku? Ala aku ni belajar lagi... mana ada duit nak belanja-belanja
ni. Lagipun korang ni banyak duit. Apalah salahnya belanja aku yang miskin ni”.
“Ala... awek kau tu depan
kau je baik.. belakang dia cakap dengan kawan-kawannya kau ni selalu mintak
duit dia. Maklumlah orang kaya kan awek kau tu. So, sebelum mengata orang...
cermin diri tu dulu yer” Azman terdiam... kena pukulan keras dari Khai.
“Dahla... aku nak pi naik
tingkat atas jap... korang tunggu sini” Ani malas nak mendengar Khai dan Azman
bergaduh... diorang ni macam Anjing dengan Kucing... tiap kali berjumpa ada
sahaja nak bergaduh. Buat memeningkan kepalanya sahaja.... tapi lepas tu berbaik
balik ;
“Aku ikut” Azman
mengharap.
“Kau ni pehal.... semua
nak ngikut. Aku nak cari barang peribadilah kat tingkat atas. Kau tunggu sini!
jangan nak mengada mengikut aku pulak!” Ani separuh marah. Kemudian dia terus
naik eskalator. Azman terkebil-kebil ;
“Padan dengan muka kau.
Ani pun rimas dengan peel kau ni, mengada-ngada! Macam budak kecik!” kata Khai
separuh mengejek. Azman tarik muka. Di tingkat atas Ani mencari barang
peribadi, sedang ia mencari-cari dia menoleh ke kiri, kelihatan suaminya
bersama seorang perempuan cantik sedang memegang bear yang besar. Ani mengikuti
dalam diam menuju ke kaunter pembayaran... Sim membayar harga bear tersebut...
keluar dari kedai Ani melihat mereka berpegangan tangan dan berbual dengan
mesra. Darah Ani mula membuak-buak... tak
guna punya jantan... berani dia keluar dengan perempuan lain kat tempat yang
sama... amboi... kemain romantik ye kau Kassim dengan perempuan lain.. siap
beli Bear besar lagi... berpegangan tangan... menyampahnya aku. Ani mula
berasa sakit hati... dia tidak jadi membeli barang dan cepat-cepat menuruni
eskalator... dia terus menuju kawan-kawannya yang sedang melihat barang-barang
;
“Korang jom balik
sekarang” Ani bersuara.
“Aik? Apa yang kau
merepek ni... aku baru nak tengok seluar jeans ni. Barang pun satu belum beli
lagi” kata Khai.
“Aku kata... jom balik sekarang...
jomlah” tegas Ani.
“Kau ni meroyan ke apa?”
kata Azman
“Korang nak ikut aku
balik ke taknak? Taknak korang naik komuter... aku nak balik sekarang. Aku
takde mood dah nak membeli belah” Ani berlalu pergi dan keluar dari kedai...
yang lain terpaksa mengikuti Ani balik. Naik komuter? Tolonglah.... dah la
komuter lembab... berpusu-pusu lak orang nak naik Komuter. Jadi pilihan yang
ada pada mereka ikut Ani balik ke Bangi. Sekarang mereka dalam perjalanan balik
ke rumah, Ani yang memandu kereta... Ani memandu dengan terlalu laju... tahulah
mereka Ani sedang marah akan sesuatu... tapi marah pasal apa mereka tidak tahu.
Khai yang duduk di hadapan memberanikan diri untuk bertanya ;
“Kau ni asal? Bawak
kereta macam formula one? Dah lama hidup ker? Ada sesuatu ker yang buat kau
marah tadi?” tanyanya... kecut melihat meter yang telah mencecah 150km sejam.
“Aku angin satu badan ni
kau tahu tak? Celaka punya lelaki” Ani mengeluarkan amarahnya
“Ini apahal ni? Lelaki
siapa yang celaka ni?” tanya Ana.
“Kau tahu... tadi aku
jumpa laki aku... tengah berpegangan tangan dengan pompuan lain kat Parkson
tadi. Siap belikan perempuan tu Bear besar lagi. Berani dia buat gitu kat
tempat aku bagitahu dia nak jalan-jalan.”
“Hahahahahahahahaha....
rupanya laki kau punya hal. Aku ingatkan apalah tadi. Laki kau dari dulu lagi
aku tahu memang tak guna” kata Azman.
“Woi Man! Kau boleh diam
tak? Kau ni... api berlawan dengan api. Mana boleh... cuba kita redakan keadaan.
Ala... kawan dia tu kot” marah Khai.
“Kawan? Berpegangan
tangan... seolah-olah berpelukan. siapkan bayarkan bear yang perempuan tu
beli.”
“Betul ke ni?” tanya Ana.
“Betulla... awak ingat
aku ni buta ker! Nanti kau jantan... tahu lah aku mengajarnya kat rumah” Ani
geram.
“Ajar je laki macam tu...
jangan bagi muka” Khai memandang tajam kepada Azman.
“Sabar.... jangan ikutkan
perasaan. Dengar dulu penjelasan laki kau tu..” nasihat Ana.
“Penjelasan apa.
Lelaki... nanti dia putar belit cerita” jawab Ani.
“Betul tu... ko belasah
jer laki kau tu” Azman terus mengapi-apikan Ani.
“Azman... lagi sekali kau
bersuara. Aku baling kasut ni kat muka kau. Ini hal perempuan... kau jangan nak
masuk campur yer... menyirap betul aku tengok engkau ni” Khai menumbuk bahu
Azman.
“Ok... ok. Gua senyap K”
Ani menghantar mereka bertiga ke kolej kediaman dahulu. Kemudian Ani terus
balik ke rumah. Sampai di rumah dia mengemas kain baju Sim dan memasukkan ke
dalam beg... setelah selesai dia meletakkan beg tersebut di ruang tamu... dia
menunggu Sim balik.
{{{{{{{{{{{{{{{