Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,793
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 20 ; Bilik asing-asing

BAB 20

Berpindah ke Bangi

Hari Jumaat pagi bulan tujuh tahun 2012.... lima hari sebelum kedatangan bulan puasa. Pukul 7.30 pagi tadi lori sudah sampai di rumah bapa mertua Sim. Mereka semua bersarapan dahulu sebelum mula memunggah barang ke dalam lori pada pukul 8 pagi nanti. Lorinya agak besar dan tertutup. Sim, Mid, pemandu lori dan pembantunya serta bapa mertua Sim membantu dalam memuatkan muatan ke dalam lori. Abang-abang iparnya  pula akan membantu Sim memunggah barang di Bangi pula nanti. Barang-barang kecil setiap beg pakaian, kotak2 kecil dan barangan peribadi sudah dimuatkan ke dalam kereta Sim dan Ani. Barang-barang di rumah yang dimasukkan ke dalam lori hanya memenuhi suku penuh lori ( katil kelamin dan almari nanti dibeli di Bangi... yang banyak di rumah ini adalah hadiah perkahwinan kami seperti peti ais, barang elektrik dan set pinggan mangkuk ).

Pukul 9.30 pagi selepas selesai memunggah barang di rumah mertua Sim mereka bergerak  ke rumah sewa Sim di Sungai Petani. Sampai di sana dalam pukul 10.30 pagi, mereka terus memunggah barang masuk ke dalam lori kerana mengejar waktu solat Jumaat. Barang-barang yang dipunggah di sini memenuhkan lori. Barang yang diangkut adalah seperti Almari, meja, sofa, peti ais, katil, kabinet , barang-barang elektrik dan barang-barang peribadi Lan. Tepat pukul 1.00 petang kerja-kerja pemindahan selesai ( cepat kerana kami di bantu oleh jiran ). Lori terus bergerak ke Kuala Lumpur kerana lori yang diambil Mid lori India ( jadi tak perlulah solat Jumaat ). Lagipun lori tersebut mungkin berat dan akan dipandu perlahan. Sim menjangkakan perjalanan akan mengambil masa selama 6 jam dan lori mungkin akan sampai di Bangi pada pukul 7 malam.

Sim, Mid dan bapa mertua bergegas ke masjid berhampiran untuk bersembahyang Jumaat manakala Ani dan mak Adah menunggunyadi rumah sewa. Sambil menunggu Ani dan emak mertua Sim menyapu dan mengemas rumah yang berselerak dengan sampah. Kami bertolak ke Bangi dari rumah pada pukul 2.00 petang selepas solat Jumaat dan singgah dahulu di kedai nasi campur Melayu untuk makan tengahari ( mak Adah kurang suka makan nasi mamak.. sama seperti anaknya yang kurang memakan kari ). Kami membawa kereta masing-masing..... Ani membawa kereta Satrianya. Barang memang penuh di dalam kereta.

Kami sampai di rumah di Bangi pada pukul 8 malam bersama-sama dengan Lori.  Ipar duaiku telah menunggu untuk membantu kami memunggah barang dari lori. Di Bangi ini Sim menyewa sebuah rumah teres di seksyen 3, Bandar Baru Bangi. mereka semua memunggah barang sahaja dahulu kerana selepas ini lori perlu menghantar pula barang ke bilik Mid di Hulu Langat. Pada pukul 9.45 barang Sim habis dipunggah dan Lori terus ke rumah Mid. Sebelum berpisah kami memeluk erat. Keluarga mertua Sim makan dahulu hidangan yang telah dimasak oleh kakak iparku, kami hanya makan di dalam pinggan polisterin ( maklumlah, pinggan semua dalam kotak lagi ).

Selepas makan kami mula menyusun barang-barang di tempat yang sepatutnya. Rumah Sim masih kosong kerana perabot akan mula masuk esok harinya. Pukul 12.00 tengah malam semuanya selesai, keluarga Sim mula beransur pulang. Ayah dan ibu akan menginap di rumah abang ipar nombor dua yang terletak di Cheras. Ini kerana besok bapa mertuanya ingin berjumpa kawan-kawan lamanya di Bukit Aman ( mungkin meminta bantuan untuk berpindah ke sini... dulu, sebelum bapa mertuanys bertugas di Kedah... beliau bekerja di bukit Aman selama 5 tahun.. jawatan akhir yang disandang adalah sebagai Ketua Penolong Pengarah bahagian Sumber Manusia Polis ). Selepas melambai mereka pulang pulang ;

“Ha ! apa lagi.... pindahkan barang awak sekarang dalam bilik saya tu ke bilik awak” kata Ani.

“Aiiii..... belum sempat rehat lagi awak dah suruh saya pindahkan barang saya? Saya penat sangat ni... mengangkat barang. Lenguh tau.. esok-esokla” Sim duduk keletihan di atas sofa.

“Jangan nak mengada.... saya nak awak pindahkan barang awak ke bilik nombor 2 tu. Bilik utama ada bilik air. Senang saya nak mandi nanti.. takdelah awak ni menggatal nak mencuci mata lagi. Curi-curi pandang.. macamlah saya tak tahu.”

“Tak dapatlah saya mencuci mata lagi. Ala.. say curi pandang pun bukan orang lain.. bini saya jugak. Tak luakla” ngomel Sim.

“Nasib la” hendak tak nak Sim melangkah pergi ke bilik utama untuk mengambil kotak-kotak barang peribadinya ke bilik nombor 2. Di bilik utama ini ada katil single yang dibawa dari rumah sewanya dan telah siap dipasang dengan bantuan abang ipar Sim. Kononnya bilik ini nak dijadikan bilik tetamu atau bilik anak kami ( berangan ). Sim mandi dahulu, berpeluh-peluh dan melekit badan dirasakan. Selepas mandi Sim mula mengemas baju dan disusun ke dalam almari. Sedar-sedar pukul 2.00 pagi aku tertidur.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.