Hujung minggu itu Sim dan Ani balik ke Kedah dan mereka bertolak ke Kedah pada hari Jumaat petang
selepas Sim pulang dari kerja ( Ani yang tidak sabar-sabar pulang ke
kampung..... dia sanggup memandu... aku ikutkan je la... biarlah dia memandu...
lagipun aku penat sebab baru balik dari kerjakan ). Mereka sampai dalam pukul 11
malam. Ani berbual-bual dengan keluarganya... Sim terus masuk
tidur ke dalam bilik. Penat sangat dalam kereta selama 6
jam.
Besok pagi Sim membelanjakan keluarga mertuanya sarapan pagi pekena pesambor di
pekan Rabu. Ayah mertuanya tiada kerana menghadiri taklimat pilihanraya.
Kemudian mereka sekeluarga membeli belah di pekan Rabu, Sim membeli ikan pekasam untuk
dimasak oleh Mak Adah ( masakan mak Adah memang top ). Petang itu bapa mertuanya mengajak Sim menemaninya ke kedai buku di pekan
Rabu juga. Bapa mertuanya membeli beberapa koleksi buku-buku agama dan bercorak
informasi. Sim hanya membeli beberapa majalah terbitan Karangkraf seperti
Maskulin dan I-Islam. Sebuah Novel terbaru karangan penulis yang amat diminatinya iaitu Ramlee Awang Murshid turut dibelinya.
Malamnya mereka sekeluarga makan di
Kuala Kedah... kali ini bapa mertua Sim yang belanja. Makanan di sini memang
segar, murah dan sedap. Malah harganya pula separuh berbanding harga yang di
caj di Kuala Lumpur. Sim kagum kerana kemana-mana sahaja bapa mertuanya pergi
mesti ditegur oleh orang. Bapa mertuanya yang ramah orangnya akan membalas teguran itu
dengan senyuman. Dia akan memperkenalkan Sim dan Ani kepada orang yang
menegurnya. Mereka sampai di rumah dekat pukul 12.30 tengah malam. Kemudian Ani
dan bapanya melayan siaran langsung bolasepak liga eropah manakala Sim terus
tidur di dalam bilik. Besoknya Sim hanya berehat di rumah sahaja bersama
keluarga. Mereka pulang selepas makan tengahari ahad iaitu pada pukul 2 petang (
makan ikan pekasam yang aku beli semalam di pekan Rabu... memang enak... 3 kali
tambah ). Sampai di Bangi lebih kurang pukul 8 malam.
{{{{{{{{{{{{{{{{
Besoknya Isnin bulan 9 tahun 2012, Sim mengambil cuti rehat pada hari tersebut. Sim terus pergi ke rumah sewa yang menempatkan stok jersi. Sim mengambil
pesanan yang telah dibayar dan mula membungkus jersi yang dipesan ke dalam
plastik pos laju. Sim dibantu oleh pembantunya... yang sudah siap ada dalam 180
paket yang dibungkus oleh pembantunya manakala yang Sim kena buat harini dekat
200 paket lagi untuk dibungkus. Mid juga telah bercuti dan mengambil stok di
pelabuhan... kami menyewa van. Stok yang sampai ada lebih kurang 1,000 helai
jersi lagi. Lagi 1000 helai akan tiba dari UK
hari sabtu ini kerana orang tengah Sim akan balik bagi cuti semester dan
membawanya sekali di dalam penerbangan.
Maka barang itu akan
diangkut menerusi kargo kapal terbang. Upahnya tak lah mahal dalam lingkungan
3,000 ringgit, kiranya sehelai baju kosnya 3 ringgit. Tapi kos melalui kapal
lagi murah... dalam 1,000 ringgit termasuk cukai. Tapi lambat la 2 minggu. Nama
orang tengah Sim itu abang Midi, pelajar sarjana dan merupakan pensyarah Kolej
Mara. Dia hendak berjumpa Sim untuk berbincang mengenai barang baru yang hendak
dijual melalui laman web ini. Pukul 1 petang Mid sampai ke rumah dari pelabuhan. Mereka mengangkat bersama-sama stok ke dalam rumah. Kemudian Sim mengajak mereka bertiga makan tengahari... Sim belanja dan mereka makan di kedai makan Azura.
Pembantunya si Azlan tidak ikut sekali kerana masih hendak membungkus barang terutama
barang baru yang dipesan pagi ini... ada lagi 60 helai jersi... memang tidak menang tangan melayan tempahan. Sim tapaukan sahaja makanan untuk pembantunya. Semasa Sim dan Mid sedang
menikmati hidangan ;
“Kat pelabuhan sapa
tolong kau angkat barang? Banyak tu.”
“Kuli syarikat perkapalan
tu.. aku upah sorang 30 ringgit.. nak la diorang.”
“Semakin lama semakin tak
menang tangan kita ni. Setiap hari ada je pesanan baru. Bukan dari Malaysia jer
pelanggan kita.. dari Thai, Singapura, Vietnam, Indonesia, Australia malah dari
bangla pun ada. baru 2 minggu untuk bulan ni. Pesanan dah mencecah 1,000 unit.
Perghh!” kataku... sebenarnya aku bimbang jika stok lambat sampai... nanti
pelanggan tertunggu-tunggu.
“Katakanlah kalau 2,000
unit kita jual sebulan. Berapa untung kita dapat?” tanya Mid ingin tahu.
“Tolak kos semua...
adalah dalam 80,000 ringgit sebulan.”
“Perghhh... banyak tu.
Pakcik kayo” Mid gembira dengan angka yang Sim sebutkan.
“Dividen bulan ni dijangka
dalam 25,000 ribu ringgit sorang. Pastu modal pusingan kita kena tambah a kepada 90,000 ribu ringgit... bayangkan. Dari 50,000 ribu modal kita
dah jadi 90,000 ribu dalam masa 2 bulan. Tapi duit tu kita kena simpan... pasni
kita bukak bisnes baru pulak.. lagi banyak nak pakai modal”.
“Bisnes apa tu?.”
“Tahlah... Ahad ni aku
baru nak bincang dengan abang Midi. Katanya barang ni pun dia dapat terus dari
kilang di Greece. Aku harap menguntungkan... lagipun kita tidak boleh
bergantung kepada penjualan jersi... lama-lama mesti ada pesaing.”
“Abang Midi kenapa taknak
buat sendiri ha?” Mid hairan kenapa abang Midi kontek Sim tidak membuat bisnes
ni secara sendiri... hanya makan komisyen. Sedangkan keuntungan berlipat kali
ganda.
“Diakan sibuk belajar.
Lagipun dia dah ada kerja tetap. Mana ada masa nak uruskan perniagaan ini. Dia
makan komisen pun dah cukup banyak... bayangkan satu jersi komisen 8-12
ringgit. Kalau 2,000 helai jersi dia bekal sebulan? Kau kira sendiri berapa
banyak dia dapat.”
“Perghh... kalah gaji dia
sendiri kot.”
“Tau takper... makan
komisyen saja mungkin dah dapat 5 kali ganda dari gaji dia sekarang. Watper nak
pening kepala,, nak buat laman web, promosi.. kuar modal... cuma buat satu
panggilan tempahan. Dah duit masuk.”
“Aku kalau bisnes ni
betul-betul jadi... hujung tahun ni aku nak berhentila jadi pemandu. Penat oooo
jadi kuli. Kalau dah untung dekat 20,000 ringgit sebulan. Buatpa aku nak keje
jadi pemandu yang dapat gaji 2,000 ringgit sebulan. Mesti Dato tu terkejut aku
da setaraf dengan dia. Hahaahahahahahaha” Mid mula berangan... lantak kau
lah... masa depan kau... duit kau.
“Beranganla kau.
Ingat..... duit yang ada simpan, besok nak kahwin senang. Jangan jadi macam
aku, kahwin pun pak mertua aku support. Nasib baiklah ada bisnes ni... boleh
aku bayar ansur-ansur. Kalau tak bak kata P Ramlee dalam filemnya... sampai
anak kau sekolah pun belum tentu hutang belum habis... realiti kehidupan kini...
apa yang P Ramlee selitkan dalam filem dia 50 tahun dulu relevan sampai
sekarang.”
“Tulah... aku ingat pun
nak kahwin jugakla.”
“Aik? Kau dah ada calon
ker? Setahu aku kau ni belum ada awek lagi.”
“Aku baru mengenali
seorang minah ni... dia ni kerani kat tempat kerja Dato.”
“Perghhhhh... dalam
diam-diam. Berapa umur dia?.”
“Itulah... aku selalu
lepak sebelah meja dia... sementara tunggu Dato, tu yang sangkut baru berusia
22 tahun... orang Negeri Sembilan.”
“Aku harapakan kau
bahagia Mid. Nak kahwin dah kawan aku ni. Lepas ni makan masak lomak cili
apilah kau hari-hari.. hahaahhahahahaha” Sim menepuk bahu Mid. Kemudian Sim membayar harga makanan. Sampai di rumah Azlan sudah siap membungkus jersi
kedalam paket... semuanya ada dalam 340 paket. Sim dan Mid menyusun ke dalam
van dan terus menghantar ke pejabat pos penghantaran cepat... kalau dalam
Malaysia pesanan akan sampai esok... kalau luar negara akan mengambil masa 3
hari. Hampir 3,500 ringgit duit pos laju yang dikenakan untuk pesanan hari itu
sahaja.