Mungkin disebabkan kesunyian yang melanda diri Sim, beliau mula rapat
dengan Tasya. Tasya banyak membantunya terutama apabila memasukkan rekod kutipan
ke dalam komputer. Tasya akan membacakan nombor resit manakala Sim akan menaip.
Tasya juga membantu Sim menjalankan kajian projek di lapangan. Mereka berdua akan
menaiki kereta bersama dan menuju ke tempat di mana perniagaan Dato boleh
dikembangkan. Tasya akan mengambil gambar manakala Sim akan menguruskan dokumen
dengan tua punya premis... selalunya kerja ini akan dilakukan pada Jumaat
petang selepas laporan kutipan mingguan berjaya disiapkan dan dihantar kepada
abang Ali.
Tasya juga akan
membantu Sim menbuat kertas cadangan. Mereka berdua selalu sahaja balik lambat dan berdua
di dalam pejabat. Mereka akan berbincang sebaik mungkin dalam membuat kertas
cadangan, Tasya akan memberi nasihat dari segi teknikal manakala Sim dari segi
kewangan dan pengurusan. Sim senang apabila bersama dengan Tasya bila bekerjasa
bersama dengannya. Dia seorang yang periang dan selalu membuat Sim terhibur
dengan telatahnya. Hilang sikit mood sedih aku dengan sikap Ani. Malah aku
merasakan aku mempunyai perasaan kepadanya. Tapi aku akan cepat-cepat mengusir
perasaan aku terhadapnya kerana aku sedar aku telah menjadi suami kepada Ani. Ajakan Sim untuk menonton wayang atau menemani membeli belah tidak pernah
ditolak oleh Tasya ( aku terpaksa ajak dia teman.. dah Ani taknak. Mid sibuk
dengan kerjanya sahaja.. maka aku ajaklah dia... takla boring jalan
sorang-sorang ).
Dialah juga tempat Sim mengadu mengenai masalah rumah tangganya dengan Ani. Dia banyak menasihati Sim supaya bersabar kerana Ani sedang belajar di tahun akhir... mungkin sedang
sibuk dengan tesisnya. Dia juga memberi nasihat supaya Ani perlu dijauhi dari
Azman kerana itu boleh menimbulkan fitnah. Sim juga pernah meminta nasihat Mid
mengenai perkara ini ;
“Kau biar betul... dah
jatuh cinta dengan Tasya tu? Ani tu kau nak letak mana?” tanya Mid terkejut
dengan pengakuan Sim.
“Kau ni paham ke tidak?
Aku kata, aku mula ada perasaan terhadap Tasya.. bukannya aku dah jatuh cinta
dengan Tasya” kata Sim membetulkan fakta yang disalah tafsir oleh Mid.
“Macamana kau boleh jadi
begini? Kau tak sayang Ani?” tanya Mid.
“Ani tak pernah melayan
aku sebagai suami sejak 3 bulan yang lalu. Tidur pun bilik asing-asing. Dia
juga asyik keluar rumah... tak lekat duduk rumah. Aku rasa aku ni tunggul kat
rumah tu. Semua kerja aku buat... rumah pun bersepah... macamana tak
bersepah... kami berdua takde rumah.. aku pun hantar baju kat dobi. Bila aku
ada masalah... aku lebih bercerita kepada Tasya... bukan Ani. Apa peranan Ani
sebagai isteri? Sepatutnya tugas isteri adalah sentiasa di sisi suami” Sim meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini.
“Kau tak pernah tidur bersama Ani?” Sim mengeleng.
“Sejak aku kahwin
sampailah sekarang. Tak pernah” jawab Sim.
“Kenapa sampai begitu
sekali?.”
“Entahlah... kamikan
kahwin mendadak sahaja. Tiada rasa cinta dan sayang dalam diri Ani. Aku dah
bagi peluang selama 2-3 bulan beb.. takde perubahan. Makin teruk adala.”
“Makin teruk? Macamana
tu?.”
“Seperti aku katakan
tadi... Ani melebihkan kawan-kawannya. Pergi membeli belah, tengok bola, main
futsal serta jalan-jalan makan angin pun dengan kawan-kawan. Aku ni siapa?
Tunggul ker?.”
“Tak patutlah Ani buat
macam tu.”
“Lagi satu yang aku
bengkak 2-3 kali aku terserempak Ani dengan seorang lelaki bersama Azman.
Sekali kedai makan, sekali mereka keluar
dari 7 eleven dan sekali dalam kereta berdua. Kau marah tak bila kau lihat
isteri kau keluar dengan lelaki lain berdua? Siap main suap-suap air Slurrp
tu... bengkaknya hati aku... ikutkan hati aku... mahu aku tumbuk budak Azman tu
waktu tu jugak.. nasib baik aku ni sabar orangnya.”
“Tak patut... kau
nasihatkanlah Ani.”
“Aku dah nasihat... dah
berbuih mulut aku ni nasitkan dia. Macam mencurah air di daun keladi tahu tak?
Tapi Ani tetap keluar dengan kawannya dan si Azman tu. Alasannya mereka keluar
belajar dan membuat tesis.”
“Ayah Ani? Kau kena
beritahu ayah Ani mengenai perkara ini... biar ayahnya pula menasihati anaknya.
Kadang-kadang anak ni lebih dengar cakap orang tua berbanding orang lain.”
“Aku malas nak susahkan
orang tua tu. Dia dah banyak tolong aku. Biarlah aku cuba selesaikan masalah
ini. Kau ada pelan? Atau nasihat ker yang boleh bagi kat aku... aku dah buntu
betul sekarang ni” Sim meminta pandangan Mid.
“Ha! Aku ada satu
rancangan” Mid memetik jarinya.
“Apa dia?.”
“Gunakan Tasya untuk buat
Ani jeles. Ani selalu beritahu kau mana dia pergikan? Jadi tiap kali dia
keluar... kau bawak Tasya keluar... biar dia nampak kau dengan Tasya... bila
dia tanya, kau katalah... awak boleh keluar dengan Azman, apa salahnya saya
keluar dengan perempuan lain... selama ini awak tak lekat dekat rumah... saya
boring duduk rumah sorang-sorang... saya perlukan peneman” Mid memberikan
cadangannya. Sim memikirkan sejenak idea yang Mid berikan.
“Boleh jalan ke idea kau
ni? Katakan masa tu dia bertembung dengan aku nanti... buatnya dia jeles tak
tentu pasal. Mengamuk dia nanti.... matilah aku dengan Tasya dikerjakan oleh
Ani” Sim menyuarakan kebimbangan... orang perempuan, kalau dah mengamuk dia
peduli apa lagi ;
“Beb... perempun ini hati
naluri dia lembut... kita tengok dia jeles tak dengan kau. Bila dia mengamuk...
itu menunjukkan di dalam hati Ani, dia sebenarnya sayang kat engkau. Itu tujuan
kita buat ni. Masa ni kau sedarkanlah dia... tanggungjawab dia... kenapa kau
keluar dengan perempuan lain. Mesti dia cair punya la” Mid merasionalkan idea
yang dia berikan tadi.
“Kalau dia tidak cair?.”
“Aku rasa dia memang
tidak cintakan kau..... kau lepaskanlah dia. Tak guna kahwin kalau kamu tidak
saling mencintai dan menyayangi..... seperti orang asing di rumah sendiri”
betul juga... apa guna duduk sebumbung kalau tidak saling mencintai dan
berkasih sayang. Tidur pun asing-asing. Tanggungjawab sebagai seorang isteri
langsung Ani tidak tunaikan... Sim tidak mahu menjadi lelaki dayus ;
“Keluarga mertua aku
mesti sedih jika kami bercerai. Aku dah berjanji dengan bapa mertuaku untuk
menjaga anaknya sebaik mungkin. Hangus duit hantaran aku macam itu sahaja.
Madunya tidak dapat... tapi sakit hati yang dapat. Ani... Ani... kenapalah kau
kejam sangat kepada aku.”
“Nak buat macamana...
takkan sampai tua kau nak macamni... dayus kau nanti. Buatlah yang terbaik” Sim mengangguk.
“Jadi macamana? Kau nak
buat tak cadangan yang aku berikan tadi?”.
“Yer... ini adalah jalan
terakhir... jika idea kau ini juga tidak berkesan. Maka aku tiada jalan lagi
menceraikannya. Nanti aku tumpang bilik kau yer?.”
“Masa bujang bolehlah.
Tapi aku dah kahwin takkan kau nak duduk dengan aku. Takde privasi lah beb” Sim tersenyum.
“Aku cepat-cepatlah
meminang si Tasya tu. Duit bisnes pun dah ada... hahahahhahahaha” Sim dan Mid
tergelak.
{{{{{{{{{{{{{{{
Perniagaan jersi yang telah dijalankan selama 2 minggu mendapat permintaan
yang baik. Bayangkan dalam masa 2 bulan Sim dan Mid telah berjaya menjual 3500 helai
jersi. Jualan mencecah RM 420,000. Untung pula mencecah hampir 120,000 ribu
ringgit. Bagi jualan minyak wangi pula, baru bermula seminggu yang lalu,
jualan sangat memberangsangkan mencecah 600 unit botol manakala keuntungannya
pula mencecah 25,000 ribu ringgit ( untuk seminggu memang mengkagumkan ). Malah Sim terpaksa menempah 1,000 lagi botol kerana ramai pelanggan yang bertanya
wangian yang lain dari 10 jenis wangian popular yang kami iklankan.
Pelanggan mereka kini
merangkumi 30 buah negara terutama di negara Asia tenggara dan Asia timur
seperti China dan Korea. Sim mula mengupah seorang pelajar master dari negara
China yang belajar di sini untuk mengalih bahasakan laman web kami ke bahasa Mandarin dan Hokkien.
Pelanggan agak banyak datangnya dari negara China kerana dikatakan kebanyakkan
produk minyak wangi yang ada dipasaran sebelah sana adalah tidak tulen.
Pusat pembungkusan akan berpindah ke
sebuah rumah kedai di seksyen 15, tingkat atas merupakan tempat tinggal Azlan
dan rakan-rakannya yang terlibat di dalam membantu perniagaan kami manakala di
bawah kami jadikan stor menempatkan barang-barang jersi dan minyak wangi. Kedai
ini terletak berhampiran kedai mamak 24 jam... jadi dari segi keselamatan,
orang takut nak merompak kedai kerana adanya orang ramai 24 jam. Selain
itu Azlan dan rakannya ada tinggal di atas kedai..... bolehlah mereka
tengok-tengok barang yang kami simpan di tingkat bawah. Sewanya mencecah 2 ribu
ringgit sebulan.. Sim juga telah membeli sebuah van Hyundai terpakai bagi
memudahkan mengangkut barang samada dari pelabuhan ataupun lapangan terbang.
Mid juga telah berhenti
daripada menjadi pemandu Dato... katanya nak menguruskan perniagaan mereka sepenuh masa. Dia juga telah berpindah dan duduk di atas rumah kedai ini
bersama geng-geng Azlan. Pesanan semakin banyak, maka dialah yang menguruskan
pesanan... mengambil stok, menguruskan stok, menghantar ke pejabat kiriman
cepat. Sim hanya bertindak sebagai menjaga kewangan dan memastikan wang dibayar
oleh pelanggan. Ringan sikit beban aku yang bekerja ni. Aku sayang nak berhenti
kerja kerana 2 sebab... pertama nak balas jasa Dato Khaidir dan bapa mertuaku
manakala sebab kedua Tasya. Kalau tak tengok Tasya walau barang sehari tak
bolehla. Aku dah mula angau dengan Tasya ini... dia pun seolah-olah memberi
respon yang positif.
Prestasi Sim di syarikat
Dato Khaidir semakin bagus. Hampir 60 mesin layan diri telah berjaya dibuka
sepanjang 2 bulan setengah aku bekerja di sini. 50 lagi mesin layan diri sedang
menunggu kelulusan dari pemilik premis. Antara pelanggan besar Sim adalah USIM,
Kolej Nilai, Kolej lagends mantin, Hospital Seremban dan Politeknik Nilai.
Selain itu Sim juga menempatkan mesin layan diri di kilang-kilang atau pejabat
yang besar-besar sekitar Nilai. Sim juga sudah berjaya mengembangkan perniagaan Dato ke
kawasan Nilai, Seremban dan Senawang. Sim mendapat komisen bernilai RM 9,000
bagi 2 bulan setengah ini... satu prestasi yang bagus untuk seorang junior
sepertinya.
Wang sebanyak 9 ribu
ringgit yang Sim dapat, dia langsaikan hutang hantaran yang dipinjam dari
bapa mertuanya. Malah hasil keuntungan perniagaan hampir 20,000 Sim menyimpan untuk kegunaan
masa hadapan. Modal yang dilaburkanoleh Sim ke dalam syarikat ini yang pada mulanya
berjumlah 50,000 kini telah meningkat ke angka 100,000... hampir 2 kali
ganda... ertinya kalau syarikat ini ditutup... Sim masih mempunyai tunai bersih 50,000 lagi
( setelah dibahagi dua dengan Mid ).