Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
266,433
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 17 ; majlis persandingan Sim dan Ani

BAB 17

Persandingan

Besoknya pukul 6.00 pagi Sim sudah bangun. Tidurnya tidak berapa lena, memikirnya majlisnya hari ini. Pukul 7.00 pagi stelah mandi dan bersipa Sim sudah turun ke bawah... niatnya hendak membantu apa yang patut dalam menyediakan sarapan pagi. Tapi semua menegahnya membantu mereka... katanya Sim ini darah manis, hari ini Raja sehari tak boleh buat kerja. Biar mereka semua yang bekerja. Sim hanya duduk di bawah khemah menunggu sarapan siap sambil berbual dengan ahli keluarga mertuanya. Tepat pukul 8.00 pagi si Mid sudah terpacak... awalpun kau datang..... tapi baguslah.takdelah nak menyusahkan aku mengejutkan kau. Sim membawa Mid ke bilik tetamu yang dijadikan bilik andaman nanti.  Kemudian mereka berdua ke khemah untuk bersarapan. Nasi lemak berlaukkan paru lembu dan kambing semalam. Perghhhhhhh! Mantap ;

“Awal pulak kau bangun harini. Aper cer?” Sim hairan bagaimana Mid boleh bangun awal... mid ini kalau bangun tidur memang susah selagi tidak ada orang kejutkan. Sim  mengagak dalam pukul 6 pagi Mid ni sudah bangun.

“Hahahahahahaha.... aku beli jam loceng yang bunyinya boleh meruntuhkan rumah kat Pekan Rabu. Itu yang aku boleh terbangun awal tu. Bukan aku jer yang terbangun.. aku agak jiran rumah sebelah pun terbangun sama. Pukul 6.00 pagi aku bangun harini. Sedapla nasi lemak ni... orang Polis masak memang sedap-sedap ekk?” memang berselera Sim melihat Mid makan.

“Tambah la lagi... bukan orang Polis jer... orang perempuan sebelah mak aku masak memang sedap-sedap. Mak Adah aku masak lagi terangkat beb. Lagi lama aku dok rumah ni, makin gemuklah aku. Ni pun perut aku dah mula naik ni” Sim mengakui mak mertuanya masak memang sedap. Lagi-lagi kalau masakan kampung.... perghhhh! Terangkat beb. Patutlah walaupun bapa mertuanya walau selambat mana pun dia akan balik... tetap hendak makan malam masakan mak Adah.. tapi Ani ini Sim tidak tahulah samada dia ini mewarisi bakat memasak maknya. Sim melihat  Ani hanya menolong maknya memotong atau membasuh benda yang hendak dimasak di dapur... belum pernah lagi Sim melihat Ani memasak sepanjang sebulan dia duduk di rumah ini.. masak air adalah.

“Taknak la... nanti nampak gemuk pulak aku. Tak macho lah anak-anak dara tengok. Kau dah sedia ker? Gugup tak?.”

“Sedia apanya... bukan nikah pun. Dah lepas dugaan menikah... 2 kali taw akad Nikah. Gugup jangan ceritalah nak mengangkat nikah tu. Berpeluh-peluh beb. Cuma masa bersanding la kot. Aku dengar Sultan dengan kerabat Diraja nak datang. Kenalah ada protokol kot nak ikut. Lagipun ramai VVIP datang jugak. Polis lagi... adoyai... aku manalah tahu protokol-protokol semua ni. Dulu main redah jer.”

“Ala. Kau buat biasa jer. Mak Andam bila nak datang?.”

“Pukul 9.00 pagi nanti. Kita pukul 11.00 pagi nanti baru dimekapkan dan dipakaikan baju. Kau jangan ngurat pembantu dia yang pondan tu. Kau ni bukan boleh percaya... nanti kau nak sebat jugak” Sim memberi amaran kepada Mid. Bukannya boleh percaya mamat ni ;

“Eeeee. Tolong sikit. Not my taste ok... aku ni normal” mereka berdua menyambung perbualan kami sementara menanti mak andam. Pukul 9.15 pagi mak andam sampai dengan 2 orang pembantunya yang juga tergolong dalam kategori adik-adik. Ani dimekapkan dahulu, maklumlah mekapkan pengantin perempuan mengambil masa yang lama. Pukul 11 pagi barulah Sim di panggil untuk dimekapkan di bilik tetamu. Sim mengajak Mid untuk menemaniku.

Sim dipakaikan baju dan dimekapkan oleh pembantu auntie Su yang bernama Shasha... tapi Shasha ini tidak memakai pakaian perempuan ( mungkin kerana telah diberi amaran oleh Mak Adah supaya jangan memakai pakaian wanita kerana Kerabat Sultan akan turun mencemar duli ke majlis perkahwinan kami ). Bila siap sahaja bersolek  Sim merasakan di cermin bukan dirinya, jerawat semua hilang, Sim rasa seperti muda 3 tahun, macam budak habis SPM pun ada. Mid pun dimekapkan juga tapi ala kadar la. Tepat pukul 12.20 tengahari kami keluar dari bilik tetamu.

Sim  melihat semakin ramai orang yang berkunjung ke rumahnya. Sim duduk di kerusi yang disediakan sementara menanti Ani habis siap diandam. Pukul 12.30 Ani turun dari tingkat atas, Sim melihat Ani juga semakin cun memakai tudung ( rambutnya masih pendek lagi, so kenalah pakai tudung untuk cover ). Sim menyambut tangan Ani persis seorang putera raja menyambut tangan puterinya. Mereka berdua berpegangan tangan... jurufoto rasmi dan tidak rasmi berlumba-lumba mengambil gambar Sim dan Ani. Selepas itu mereka berdua keluar rumah untuk menuju ke arah hujung lorong taman tersebut untuk tujuan perarakan. Mid memayungi dan mengipas Sim ( dengan memakai cermin mata ryban pasar malam )

Sampai di hujung lorong paluan kompang mula bergema, setelah habis satu lagu barulah pasangna pengantin mula berjalan perlahan-lahan menujuke  khemah yang letaknya 100 meter dari tempat Sim dan Ani berjalan menuju ke tempat persandingan. Sampai di khemah, Sim dan Ani duduk dahulu di kerusi di hadapan pintu masuk khemah untuk menikmati persembahan silat pulut. Ada 3 segmen, silat pulut yang dilakukan oleh kanak-kanak, dewasa dan orang tua takde gigi. Segmen yang terakhirla yang paling melucukan. Melatah pulak orang tua ni... nasib baik tak naik syeikh.. kalau tak maunya Sim turun sama bersilat pulak.

Kemudian Sim dan Ani diarak ke pelamin, sampai di pelamin ku lihat khemah VVIP telah dipenuhi oleh kerabat di Raja Kedah, orang-orang kanan Polis dan ahli-ahli politik. Sultan Kedah tidak dapat mencemar duli kerana ada tugas di Kuala Lumpur tetapi diwakili oleh anak perempuannya. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Iman Masjid. Kemudian diikuti pula dengan majlis menepung tawar. Habis majlis menepung tawar diikuti pula dengan makan beradab... paling best bila Sim dapat menyuapkan nasi ke mulut Ani. Ani tak kata apa ( walaupun dari matanya nampak macam berapi-api ).

Kemudian disusuli pula dengan majlis memotong pulut kuning... Sim menyuapkan pulut kuning ke dalam mulut Ani. Juga sebaliknya Ani menyuapkan Sim dengan pulut kuning. Setelah selesai, Mereka berdua ke meja VVIP untuk majlis mengucapkan terima kasih dan memberi cenderahati kepada mereka semua yang hadir. Malah Sim yang tidak biasa berprotokol agak gugup sedikit pada mulanya. Nasib baiklah bapa mertuanya ada menemani... kurang sikit gugup Sim hendak berhadapan dengan tetamu VVIP. Mereka berdua mengambil gambar dengan kerabat diraja dan ahli politik yang hadir. Pukul 2.30 petang mereka  menukar baju pula. Kali ini menukar baju bertemakan barat... Sim memakai suit. Kali ini acara memotong kek menggunakan pedang... selepas itu sesi mengambil gambar dan bermesra dengan para tetamu.

Pukul 5 petang majlis telah berakhir. Perghhhh.. penat jangan ceritala. Berdiri lama kot lepas bersanding yang memenatkan Sim. Sim terpaksa menukar baju biasa kerana selepas ini kena membasuh periuk. Ini adalah sebagai ucapan terima kasih pasangan pengantin kepada orang dapur yang membantu  menguruskan majlis. Sampai di belakang rumah di mana diletakkan periuk. Perghhhhhh... ini macam nak mendera kami ni.. dekat 6 periuk yang besar-besar dan berkerak memang ditinggalkan khas untuk kami basuh ;

“Ha... pengantin. Basuh bersih-bersih periuk tu yer. Sampai berkilat.. kami tinggalkan istimewa untuk kamu berdua tu” sambil diikuti ketawa makcik-makcik yang sedang mengemas di khemah belakang. Sim dan Ani hanya tersenyum.

“Perghhh Ani... ni memang nak mendera kita ni. Bukan saja untuk suka-suka jer ni. Terbaik” kata Sim berbisik kepada Ani.

“Ahhh. Kau jantan... takkan basuh periuk sikit pun mengeluh. Pondan ker.”

“Helo. Ini periuk nasi kerak dekat seinci. Mampus aku nak sental. Aku manalah pernah buat kerja sental menyental ni.. belasah orang pernahlah.”

“Nasib kau lah.... itu kerja orang lelaki menyental periuk. Aku bilas je yer... nanti apa pulak kata orangkan. Aku menyental periuk.. nanti orang cakap kau ni lelaki takde tenaga pulak..hahahahahahaha” hampeh. Baru periuk ketiga Sim sudah mula merasa lenguh pinggang. Akhirnya Mak mertuanya selamatkan keadaan.

“La. Awat banyak sangat periuk ni kamu berdua basuh. Ni mesti ada yang pekenakan depa ni. Dah-dah! Biar situ... boleh pergi berehat” siot... sapalah perdajal aku ni.... mesti makcik tadi tu yang hilang entah kemana.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.