Sim yang baru keluar dari pintu Mahkamah ditegur oleh Peguam abang Fazzul
;
“Encik Kassim.. tunggu
dulu” Sim menoleh semula ke dalam Mahkamah dan masuk semula ;
“Ya... ada apa Encik
Pandian?.” Tanyanya,
“Encik Fazzul mahu jumpa
Encik Kassim sekarang.”
“Nak jumpa saya? Untuk
apa? Nanti isterinya marah saya berjumpa dengannya” memang dia bimbang melihat
reaksi kak Rohani tadi.
“Itu saya tidak tahu.
Tapi ini permintaan Encik Fazzul.. saya cuma menjalankan amanahnya.”
“Bila?”
“Sekarang... di bilik
tahanan Mahkamah”
“What? Now? Isterinya ada
Encik Pandian... mana boleh. Tadi pun dia mana ada bercakap dengan saya.”
“Tolonglah Encik
Kassim... sekali ini sahaja. Dia memang benar-benar mahu berjumpa dengan awak.
Pliz” adui... ini yang lemah ni.
“Ok” Sim akur.
“Mari ikut saya” Sim menuruti Peguam itu keluar dari bilik persidangan Mahkamah dan terus ke bilik
tahanan. Sampai ke bangunan yang menempatkan Bilik Tahanan.. Peguam meminta Sim menunggu sebentar di luar. Dalam 5 minit dia menyuruh Sim masuk ke dalam bilik di mana Fazzul ditempatkan... Sim menuruti Pandian ke sebuah bilik yang dia rasa bilik perbincangan di antara pesalah dan Peguam..
masuk sahaja Sim ke dalam bilik tersebut... Sim disergah oleh bini abang Fazzul ;
“Ni apahal kau datang kat
sini? Tak sudah lagi bagi keterangan kat depan Hakim.. kau nak ganggu suami aku
ni kat sini pulak.”
“Abang
suruh dia datang ke mari. bang hendak bercakap sedikit.”
“Abang watpe panggil si
bangsat ni? Pasal dialah abang meringkuk kat sini tau.. pasal dialah habis aset
kita kena sita.... memang mangkuklah kau ni!” wah! Ini sudah lebih! Nasib
baiklah perempuan.. kalau tak dah makan penampar... sabar Sim.. sabar ;
“Kak Rohani.. saya datang
ni sebab abang Fazzul panggil... bukan saya sesaja je nak datang sini” terang Sim .
“Tak yah la panggil laki
aku ni abang. OOOoooo... dulu masa kau susah.. siapa yang ambik kau kerja? Siapa
yang tiap-tiap minggu bagi kau makan yang aku masak? Siapa? Ni kau buat taik
pulak lak... pastu datang sini buat-buat baik... nak mintak maaflah kononnya tu.”
“Ni... sudahlah tu abang
kata! Abang yang panggil Sim ni ke sini. Abang nak cakap sikit dengan dia ni.
Boleh tak tolong mengucap... istifar... boleh tak tolong biarkan abang dengan
Fazzul bercakap kejap... tolong Ni... tolong duduk di kerusi sana. Tolong”
abang Fazzul merayu isterinya memberi peluang untuk kami bercakap. Akak Rohani
beristifar beberapa kali. Kemudian dia duduk di kerusi tidak jauh dari mereka... Sim duduk di kerusi yang disediakan berhadapan dengan abang Fazzul ;
“Fazzul... maafkan pasal
isteri abang. Mungkin dia beremosi tadi.. maafkan dia yer.”
“Takpelah bang..
biasalah.”
“Abang tak salahkan
kau... sebenarnya abang yang bersalah. Abang nak kaya cepat sangat... itu yang abang
buat bisnes ni... abang mintak maaf kepada Sim dan Mid kerana sebab abang hidup
kamu susah.. diburu oleh pelabur” abang Fazzul menghulurkan tangannya yang
bergari... Sim menyambut salamnya.
“Saya maafkan abang.”
“Satu lagi......
sebenarnya memang niat abang dari dulu lagi nak mempergunakan kamu berdua.....
abang baik dengan kamu sebab ada tujuan tertentu. Selama abang dalam dalam
tahanan abang insaf akan perbuatan abang.. abang selalu hadiri ceramah agama
yang dianjurkan oleh imam penjara... abang memang benar-benar bersalah Sim.
Begitu banyak dosa-dosa abang dah abang lakukan. Abang sebenarnya dulu along
cekik darah. Abang peras peminjam abang habis-habisan.. sipa tak bayar abang
pukul.. abang kacau keluarganya. Abang sabatoj perniagaannya... sampai ada yang
bunuh diri sebab tak tahan dengan perlakuan abang.. abang kejam Ni” abang
Fazzul menekup mukanya.. dia menangis... Sim tidak terkejut dengan pengakuan
abang Fazzul kerana mengetahui bahawa modal perniagaan halalnya memang
diperoleh dari kegiatan along. Tapi mungkin akak Rohani tidak tahu tentang
kegiatan haramnya. Mungkin akak Rohani hanya tahu abang Fazzul hanya mempunyai
kedai makanan dan bengkel kereta sahaja dan perniagaan haram yang diketahui
mungkin menjual barang tiruan dan VCD cetak rompak. Aktiviti seperti
gengsterisme dan pinjaman ah long mungkin tidak diketahui oleh isterinya.
“Baguslah abang dah insaf.
Yang lepas tu sudahlah bang... janganlah lagi dikenang-dikenang. Selepas ini
abang bertaubat betul-betul... jika abang dibebaskan kelak, carilah rezeki yang halal.”
“Ni... kamu janganlah
salahkan Sim ni.. abang yang salah. Abang yang mempergunakan Sim ni dengan
tujuan yang tidak baik. Masa abang lari dulu, dia yang kena teruk dengan pelabur.
Ini mungkin balasan terhadap semua dosa yang abang lakukan dulu. Mungkin orang
yang pernah abang aniaya masa abang buat pinjaman ah long dulu berdoa supaya
abang dibalas Allah dengan dugaan yang teruk. Abang terima Ni.. abang
terima..... anggaplah hukuman ini sebagai balasan terhadap dosa-dosa abang.
Abang bersyukur kerana diberi peluang untuk bertaubat. Maafkanlah Kassim ini.
Dia tidak bersalah” akak Rohani bangun dan memeluk suaminya... mereka menangis.
“Maafkan Ni bang... Ni
tidak tahu perkara yang sebenar” Ni meleraikan pelukannya dengan abang Fazzul.
“Sim... maafkan akak
kerana bersangka buruk dengan engkau. Kakak dipengaruhi emosi Sim.. kakak ingat
kau yang sengaja buat abang Fazzul dipenjarakan... maafkan kakak Sim.. maafkan
kakak atas layanan buruk kakak tadi.”
“Saya maafkan kakak.
Tidak apa-apa... saya tahu orang yang sedang dikuasai akan bertindak
sedemikian.”
“Baiklah... jika tiada
apa-apa lagi boleh kita tamatkan sesi perjumpaan ini... saya ada perkara yang
hendak dibincangkan bersama Encik Fazzul” Peguam India itu menyampuk.
“Baiklah bang... izinkan
saya pergi... semoga hukuman abang akan diringankan. Kalau ada masa saya akan
melawat abang nanti” Sim bersalaman dan berpelukan dengan Abang Fazzul..
kemudian Sim terus keluar dari bilik tersebut. Sesungguhnya memaafkan dia antara satu sama lain adalah lebih baik dari terus bermusuhan.