BAB
27
Persiapan Raya
Lagi 4 hari nak Raya... alamak. Persiapan raya aku tahun ni satu pun belum
buat lagi ni. Sejak kebelakangan ini Sim agak sibuk sikit dengan kerjanya... hendak membuat
laman web lagi... buat kertas kerja untuk letak mesin layan diri di USIM dan
Nilai kolej juga. Besok hari Sabtu boleh la kot aku membeli belah keperluan
raya dengan Ani. Gaji pun aku dah dapat semalam... sekali dengan OT aku
dapatlah 1,500 tambah bonus raya 300 ringgit, dah 1800 ringgit Malaysia( pekerja
bukan eksekutif yang sudah lama bekerja
dapat 600 ringgit manakala pegawai pula mendapat 1,000 ringgit seorang... mantop beb...
disebabkan Sim baru sahaja bekerja selama sebulan makan dapatlah bonus sedikit... bolehlah buat
belanja raya ).
Tolak duit sewa rumah RM 500 manakala kereta pula dibayar dari
duit simpanan aku. Hendak bayar bil api dengan bil air dan internet dalam 200
ratus. Ketepikan duit minyak kereta dalam RM 300 jadi tinggal 800 ringgit. Nampaknya aku kena
keluarkan dalam 500 lagi untuk belanja raya dalam bank.... tak cukup duit gaji
aku. Aduyai... paroh2. bila sudah kahwin.. duit pula kena kongsi dengan isteri.
Aduh! Aku kena cepat buat
bisnes ni... laman web sudah separuh siap Sim bina... manakala barang pula dalam
500 helai jersi ori dalam fasa pertama sudah naik kapal dan bakal tiba 10 hari lagi. Sim menelefon Ani pada waktu rehat sembahyang Jumaat untuk
mengajaknya membeli-belah esok di Kuala Lumpur ( Tak mainlah shopping kat
kajang.. heheeheheheeh ) ...... harap dia setuju ;
“Helo... Assalaimualaikum awak buatpe tu? Boleh kita
berbincang kejap?.”
“Saya baru sampai
rumah... baru habis pergi library... cari bahan. awatnya?.”
“Besok awak free?.”
“Free... besok sabtu cuti
cik abang oi... lagipun sudah mula cuti Raya... ramai member sudah balik kampung..
nak gi mana lagi. nape?.”
“Besok saya nak ajak awak
pergi membeli belah kat Masjid India dengan Jalan TAR la. Kitakan satu benda
pun tak beli lagi untuk Raya ni.. biskut pun tak beli lagi.”
“Besok? Ok. Saya pun nak
cari kuih raya dengan tudung” yes! Dia setuju.
“Kita beli
kerepek-kerepek jer...... lagipun tentu ramai akan datang Raya rumah kita..
maklumlah kawasan ini kawasan Melayu... paham-paham sendirilah yer”
cadangkan Sim.
“Ok.... kita pergi
pagi-pagi. Kalau petang nanti dah ramai orang... susah nak memilih. Jalan pun
susah.. tahulah kat situkan jadi tumpuan orang nak beli barang untuk Raya.”
“Ok... set. Besok
pagi-pagi kita pergi... sebelum Subuh kita pergi” gurau Sim.
“Selepas Subuh buat apa?
Kedai pun belum bukak... nak buat apa sampai awal? Kalau boleh makan... boleh
gak pekena teh tarik dulu. Apala”
“Hahaahahahahahaha...
ok.. ok... dalam kul 9 kita keluarlah... lambat nanti parah nak cari parking.
K.. jumpa kat rumah nanti. Bye sayang.”
“Bwek” kata Ani dan Sim meletakkan telefon. Tudung? Alhamdullilah. Hari ni buat kerja pun takde mood
sangat... maklumlah sudah hendak Raya. Semua akak-akak kerani sibuk cerita pasal raya...
kerjanya pun sudah dibereskan siap-siap pagi tadi... laporan pun sudah dihantar
pagi tadi. Pejabat akan bercuti selama seminggu... kutipan wang akan dilakukan
oleh pekerja bukan melayu yang akan bertugas pada hari selasa. Tapi disebabkan Sim ini orang baru maka pada hari Raya keempat Sim perlu bertugas balik. Abang
Ghana dan Sim yang kena jadi mangsa mengutip wang... silap-silap kena kutip
di kawasan orang lain pulak... aduyai..........
{{{{{{{{{{{{{{{{{
Pukul 10 pagi Sim dan Ani sudah sampai di Jalan Masjid India... perkara pertama
yang mereka cari ialah Baju Melayu sendondon dengan baju Kurung Kedah Ani. Tema
tahun ini bagi keluarga Ani ialah warna ungu...jadi mereka k bazaar yang
menjual Baju Melayu di Jalan Melayu. Setelah sejam mencari, maka Sim dapat
membeli baju sedondon di Aniz Collection. Sepasang 350 ringgit. Sim terpaksa payung Ani kerana dia kata jika Sim hendak pakai sedondon.. maka Sim perlu membelinya.
Sim terpaksa ikutkan sahaja... kemudian kami mencari tudung untuk Ani di
Jalan TAR. Orang semakin ramai, Ani berjaya mendapatkan tudung ala-ala Yuna.
Selepas itu mereka berdua mencari biskut Raya HomeMade di Jalan Masjid India. Belilah
biskut 3 jenis... kerepek 2 jenis. Cukuplah... Buat apa hendak banyak-banyak... orang
bukannya makan terutama budak-budak.. minum air sikit terus blah. Kemudian mereka berdua masuk ke dalam Emporium Mydin. Sim membeli kain samping songket Baju Melayu dan songkok. Ani
membeli bekas kuih dan bahan dekorasi rumah, Sim juga membeli lampu kelip-kelip
fesyen baru untuk dipasang di rumah sewanya. Pukul 3 petang mereka balik... kawasan semakin sesak. Baju raya yang lain sudah beli masa kat Krabi dulu. Lega la sikit... kalau tak mampus Sim.
Malam itu Sim terus menyusun pakaian di dalam beg. Besok pagi pagi selepas Subuh sudah hendak balik beraya di Kedah. Sim juga sudah memasang lampu kelip-kelip di tingkap depan rumah dibantu oleh Ani. Besok pagi-pagi
selepas subuh mereka akan bertolak ke Kedah... lambat nanti jalan jem. Hanya satu kereta sahaja yang dibawa ke Kedah iaitu kereta Sim sahaja. Duit raya pun Sim sudah masukkan siap-siap di dalam sampulnya.
Setelah mengemas Sim tengok Ani tengah tercongok depan TV melihat lawak di
Astro... tergelak-gelak tengah malam buta ;
“Wah... lawak ke cite
ni?” tegur Sim.
“Mestila lawak.... Zizan
yang berlakon.”
“Zizan? Apa tak cakap?” Sim duduk di sebelah Ani... Sim memang minat gila dengan Zizan.
“Wah... komedi menjelang
raya. Semua pelawak Astro ada.. Johan pun ada. Eh.. bukan tahun lepas ni dah
disiarkan ker” sambung Sim lagi.
“Biasalah Astro..
mestilah mengulang cerita.. tapi cerita ni bestlah.. saya tak sempat tengok
pada raya pertama tahun lepas. Dah habis kemas?” tanya Ani kepada Sim.
“Dah.... besok tinggal
bawa je lagi. Penuhlah kereta kita tu dengan barang-barang, saya rasa kereta
awak tu lagilah tak muat... bonet pun takde.”
“Banyak beg?,”
“Adalah dalam 2 beg. Beg
awak lagi.”
“Alah itu pun nak kecoh..
ingatkan bawak satu almari” siot jer... mereka berdua terus menonton cerita lawak itu
sehingga habis dan diselang seli dengan ketawa. Pukul 12 tengah malam mereka berdua masuk tidur ke dalam bilik masing-masing.