Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,729
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 26 ; Mahkamah rayuan

BAB 25

Dipanggil ke Mahkamah Rayuan

Besoknya pula Sim mendapat surat ( atau lebih tepat lagi dalam bahasa undang-undang Sapina ) dari Mahkamah untuk datang sebagai saksi pihak pendakwaan dan pembelaan pada minggu hadapan ( awal bulan ogos 2012 ). Aduyai... menyusahkan aku betulla.. dahla aku baru kerja. Takkan nak bercuti pulak. Menyusahkan aku betullah.. kalau dapat elaun kehadiran takpelah. Nasib baik rayuan diadakan di Jalan Duta.. kalau dibuatnya di Alor Setar, lagi satu kerja nak pergi sana pulak. Sebab itulah ramai yang mengelak jadi saksi terutama kes-kes kemalangan. Banyak songehnya nak kena ikuti, nak buat laporan Polis, beri keterangan lagi, jadi saksi lagi sampailah ke Mahkamah Rayuan. Sim terus menelefon Pegawai Pendakwaraya kes yang nombor telefonnya memang terletak di dalam surat tersebut. Nombor telefon peguam India tu pun ada jugak... namanya Pandian Pooniah. Kalau telefon Peguam pasti dia akan pastikan Sim memihak dirinya ;

“Hello... Assalaimualaikum... Tuan Fadhil ke tu?” Sim memulakan perbualan.

“Ya saya, siapa ni?.”

“Saya Kassim Bin Abdullah... saksi untuk kes rayuan Fazzul. Saya baru dapat surat sapina ni. Saya nak tanya beberapa soalanlah Tuan. Tuan ker pendakwaraya kat Alor Setar dulu tu?.”

“Oh... Encik Kassim. Saya bukan Pendakwaraya kat Alor Setar. Tuan Khairul tak dapat meneruskan kes ini lagi. Dia ada kes yang besar di Pulau Pinang.. jadi dia paskan kat saya kes ni. Sekarang saya yang uruskan kes ini.”

“Oh yeke. Saya nak tanya, kalau saya jadi saksi... kes saya ini boleh habis dalam masa sehari tak? Saya bukan apa... saya ni baru bekerja 2 minggu. Takkanlah nak ambil cuti sahaja setiap masa.”

“Itu saya tak berani jamin.... tapi sesi Encik Kassim memang sesi pagi... Encik Kassim adalah saksi rayuan kedua selepas saksi pertama iaitu isteri Encik Fazzul. Saya akan pastikan Encik Kassim hanya menjadi saksi pada hari itu sahaja. Tapi tak tahulah jika Peguambela mahu menyoal Encik Kassim lebih dari hari itu. Encik faham-faham peranan Peguambela.. dia akan pusing-pusing soalan sehingga kita bersetuju dengan mereka. Tapi dengarnya Tuan Hakim ini tegas orangnya. Dia tak mahu kes berlanjutan lama.”

“Saya harap begitulah. Oklah Tuan... jumpa hari Isnin nanti. Terima kasih atas penjelasan itu” Sim menamatkan panggilan. Memang siot betul... aku rasa Peguambela itu takkan melepaskan aku. Sesi perbicaraan lalu tergiang-giang di kepalaku. Bala... bala.

{{{{{{{{{{{{{{{

Sim sekarang duduk di kamar Saksi rayuan. Nasib baik cutinya diluluskan... tapi dengar syarat Sim perlu bekerja pada hari Sabtu ini ( melepas aku nak buat OT ). Bersama-sama duduk di barisan saksi adalah isteri abang Fazzul iaitu kak Rohani sebagai saksi pertama rayuan.. dia hanya diam membatu... tidak bercakap dengan Sim. Apabila Sim menegur pun dia hanya mengangguk... jelaslah dia masih marah kepada Sim lagi.

Tepat pukul 8.30 pagi Tuan Hakim masuk ke kamarnya. Hakim yang Sim agak berusia dalam lingkungan 50an dan agak tegas dari air mukanya. Setelah duduk, Bentara membacakan fakta rayuan dan seterusnya memanggil saksi pertama, kak Rohani ke kamar saksi.. selepas mengangkat sumpah, Peguam India iaitu Pandian datang ke hadapan untuk menyoal akak Rohani dengan penuh yakin ;

“Baiklah... Rohani Bin Wahab... apakah hubungan kamu dengan Fazzul?.”

“Dia adalah suami saya.”

“Untuk tempoh berapa tahun?.”

“Hampir 11 tahun.”

“Sebelum berkahwin kenal dengan Fazzul berapa lama?.”

“2 tahun.”

“Ertinya 13 tahun mengenali encik Fazzul. Macamana orangnya?.”

“Baik, bertanggungjawab dan tidak pernah mengabaikan nafkah zahir dan batin. Menyayangi saya dan anak-anak seadanya. Malah menjaga mertua saya dengan baik. Sanggup mengajikan orang gaji untuk membantu hal rumah tangga mak mertua saya yang lumpuh. Malah sanggup mengupah jururawat dan fisioterapi untuk merawat mak mertuanya.” Hmmm... nampak sangat pihak pembelaan mahu mengeluarkan sisi baik Fazzul.

“Apakah harapan Puan kepada Mahkamah yang mulia ini?.”

“Saya mengharapkan agar suami saya diringankan hukuman terutama hukuman denda. Kami kini semakin susah... saya terpaksa menguruskan perniagaan miliknya di sana. Lagipun suami saya telah berjanji untuk memulangkan semulawang pelabur.. 30% wang telah dipulangkan... manakala lagi 30% dipulangkan pada minggu ini. Tolonglah saya Tuan Hakim.. anak-anak masih kecil” isteri Fazzul meminta simpati dengan mengeluarkan air mata. Nampaknya peguambela menggunakan pendekatan emosi dari saksi ni. Bijak... bijak.. kalau Hakim perempuan tentu telah tersentuh.

“Baiklah Tuan Hakim. Dari saksi ini saya merumuskan bahawa Encik fazzul pelanggan saya adalah seorang yang baik, bertanggungjawab dan penyayang terhadap keluarganya. Maka mahkamah perlu meneliti rayuan ini sedalam-dalamnya kerana perayu mempunyai tanggungjwab yang menanti di luar sana. Malah perayu juga sudah memulang sebahagian wang. Jadi Tuan hakim sebagai seorang yang arif adililah seadil-adilnya. Terima Kasih Puan.” Kenapa pendakwaraya seperti bersikap pasif? Tidak membantah atau membuat celahan? Membiarkan sewenang-wenangkan peguambela memanipulasi keadaan. Aku lihat meja pendakwaraya... Tuan Fadhil yang aku agak berumur awal 30an hanya menumpang tangannya di dagu. Aduh! Tak menyakinkan langsung. Jauh berbeza dengan Pendakwaraya kat Alor Setar dulu. Mampus Sim nanti kena serang bertubi-tubi oleh Pandian... mesti Sim terpaksa menjawab soalan sorang-sorang tanpa dipertahankan oleh Pendakwaraya. Selepas Peguambela duduk, Pendakwaraya datang ke hadapan, mula menyoal Kak Rohani.

“Puan dah kenal Fazzul ni 13 tahun. Pernah tak Fazzul menipu akak?.” Wow ... soalan yang meletup.

“Bantahan yang Arif. Soalan itu tidak relevan” bangun Pandian.

“Apa yang tak relevannya? Duduk pandian... tunggu sampai saksi jawab... tadi Pendakwaraya tidak kacau kamu semasa soal siasat saksi” kata hakim sedikit jengkel.. benarlah hakim ini tegas orangnya. Peguambela Fazzul duduk ;

“Saya... saya.... beginilah. Mungkin tidak semua perkara jujur dengan saya. Tentu ada perkara yang tidak sepatutnya saya tahu disembunyikan dari saya. Tapi percayalah tuan... suami saya adalah terbaik untuk saya dan anak saya.”

“Tapi Puan mengakui atau tidak? Adakah Puan tahu suami Puan terlibat di dalam perniagaan haram. Adakah Puan tahu suami puan Fazzul terlibat dalan gengsterisme.... adakah Puan tahu kenapa Encik Fazzul pergi ke Kedah?” tanya Pendakwaraya bertalu-talu... perghhhh. Memang masaklah Pandian lepas ni.. ku lihat Pandian mengeleng kepala...

“Saya meng tak tahu.” Kak Ani dan terperangkap... krebilitinya sebagai saksi sudah dipersoalkan.

“Tak tahu? Macamana tak tahu plak? Sebagai seorang isteri tentulah Puan mengetahui aktiviti suami... tak tahu atau buat-buat tak tahu?.”

“Yang Arif! Saya membantah! Pendakwaraya cuba menekan saksi.”

“Macamlah kamu tidak pernah gunakan tekanan untuk mempersoalkan krebiliti saksi. Macam good-good je kamu kan” tingkah Pendakwaraya... Hakim mengetuk kayunya ,

“Order... order. Sila tenang kedua-dua belah pihak.” Mereka berdua berhenti bertekak ;

“Peguambela... sila tenang.. tindakan Pendakwa dibenarkan. Tiada apa-apa kesalahan soalan tersebut. Sila duduk semula. Teruskan soalan seterusnya.. ingatan kepada Pendakwaraya.. tidak dibenarkan menggunakan bahsa pasar.’

“Saya mintak maaf yang arif... kamu tahu atau tidak kegiatan haram suami kamu selama ini?” hening seketika.

“Saya memang benar tidak mengetahui kecuali perniagaan barang tiruan dan DVD cetak rompak. Jadi gengster atau apa sahaja memang saya tidak tahu.” Punahlah sudah krebiliti Akak Rohani...

“Jadi rumusan saya...memang dari dulu lagi Fazzul ni terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat... selalunya dia terlepas dari tindakan. Harap Mahkamah ini dapat mengekalkan hukuman yang telah dijatuhkan selama ini. Sebagai pengajaran kepada Encik Fazzul sendiri atau sebagai pengajaran kepada pihak di luar sana. Jangan sesuka hati mengambil deposit orang ramai dengan tujuan untuk melabur... pastu melarikan diri.” Kesimpulan Pendakwaraya... sempoi. Kemudian Pendakwaraya duduk di kamarnya. Bentara bangun dan meminta akak Rohani duduk semula di kerusinya. Sim melihat dia menangis... abang Fazzul hanya menundukkan wajah.. sugul. Lepas ni giliran aku pulak.. adoyai...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.