Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,763
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 8 ; bergaduh selepas nikah

BAB 8

Pernikahan

Tepat pukul 2.00 petang, dua orang abang Ani bersama isteri masing-masing sampai di rumah bapa mertuaku. Mereka terus ke meja makan manakala orang perempuan ke bilik pengantin perempuan untuk mendandan Ani. Semasa di meja makanlah Sim berkesempatan berkenalan dengan abang-abang Ani. Yang sulong bernama Shamsuddin... panggil Din sahaja... berusia 32 tahun dan telah berkahwin sejak 6 tahun dahulu. Dikurniakan dua orang anak lelaki... yang sulong 4 tahun manakala yang bongsu berusia setahun. Abang Ipar Sim yang sulong ini bekerja sebagai jurutera di syarikat swasta manakala isterinya Guru Shah Alam di sebuah sekolah menengah di. Kini menetap di rumah Guru di Shah Alam.

Abang Ipar Sim yang kedua pulak berusia 28 tahun. Bekerja sebagai pegawai tentera berpangkat Kapten. Isterinya pegawai akaun di syarikat swasta. Sudah dikurniakan seorang anak berusia setahun. Namanya Osman Bin Malek. Kini tinggal di Cheras. Sepanjang perbualan, SIm tidak merasa kekok bergaul, abang-abang Ani amat mesra melayaninya. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku antara mereka atau menyentuh kejadian malam semalam. Selepas makan,  Sim meminta izin untuk masuk ke bilik untuk melakukan persiapan. Selepas mandi dia mula memakai Baju Melayu kepunyaan abang Sim yang diberikan oleh ayah Ani tadi. Sim dibantu oleh abang-abang iparnya untuk memakai baju melayu tersebut. Malah mereka menceritakan pengalaman akad nikah pada masa lalu. Sim ketawa apabila ada perkara yang melucukan timbul. Pukul 4 petang siap Sim telah siap dan segak berbaju melayu beliau duduk di ruang tamu sambil menanti Ari. Apabila pengantin perempuan turun, Sim menolehnya...  Mak Ai... lawanya Ani. Dah macam pelakon Fiza masa muda-muda. Tak sangka aku,,,, kata Sim di dalam hati. Tidak sangka Sim Ani atau Ari secantik dan ayu  apabila dimekapkan dan memakai baju perempuan. Sebab pagi semalam Ani hanya memakai seluar jeans dan t shirt serta topi. Tidak terserlah langsung kecantikkannya.. yang terserlah hanyalah kelakiannya ;

“Ai... jangan pandang lama-lama. Macam hendak makan saja pandang adik abang tu” abang Din yang sulong menegur Sim.

“Heheheeheheh” Sim tersengih macam kerang busuk.

“Sudah.... mari ambil gambar satu keluarga” kata Dato Malek. Mereka semua mengambil gambar keluarga di ruang tamu dan di luar rumah. Selepas itu mereka sekeluarga bergerak ke Surau untuk majlis akad nikah Sim dan Ani.

{{{{{{{{{{{{{{{

“Aku terima nikahnya Ariani Suzana Binti Malek dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai” akhirnya dengan sekali lafaz Sim sah menjadi suami kepada Ani. Sim dinikahkan sendiri oleh bapa mertuanya. Selepas bacaan doa dan sumpah taklid maka tibalah masanya untuk acara menyarung cincin ( Cincin milik Datin Saadah yang tidak pernah dipakai kerana ketat ). Selepas upacara menyarungkan cincin, Ani lantas mencium tangan Sim dan Sim terus mencium dahi Ani. Selepas itu sesi mengambil gambar. Majlis dihadiri oleh jiran-jiran dan ahli keluarga pengantin perempuan yang terdekat. Diikuti pula dengan sesi bergambar dengan ahli keluarga yang jurufotonya abang-abang Ani. Kemudian selepas sesi tersebut kami balik ke rumah kerana jamuan makan diadakan di sana. Tiada khemah yang dipasang... hanya tikar dihamparkan ke ruang tamu. Malah makanan pula diambil dari beberapa kedai mamak sekitar taman yang dibeli oleh pembantu Dato Malek. Kemudian selepas majlis berakhir Sim di arahkan oleh Dato untuk bertukar baju di bilik Ani. Sim akur dan memasuki bilik Ani untuk mandi dan bertukar baju . Sedang Sim memakai baju Ani masuk ke bilik. Dia yang masih bertudung memarahi Sim ;

“Apa pasal tadi kau cium pipi aku?” dengan nada marah tapi suara diperlahankan.... takut keluarganya dengar.

“La.... tadikan sesi bergambar. Aku kenalah pose macam orang kahwin selalu pose” Sim memberi alasan.

“Sekali cukupla. Ini 2-3 kali pulak.... melampaula... ambik kesempatan atas diri aku. Geli arrr” marah Ani.

“Aik! Dengan isteri sendiri pun ambik kesempatan jugak ker? Tapi kau cantiklah tadi. Ayu kau bertudung... tidak sangka aku kau cantik juga bila disolek” jujur Sim berkata.

“Kau ingat aku ini hendak sangat menjadi isteri kau? Aku terpaksa tahu tak? Banyaklah kau punya cantik... rimas aku pakai makeup dan tudung ni” Ani membuka tudungnya...dah tak comel.... terserlah pula kelakiannya dengan rambut pendeknya tu;

“Sudah la. Tidak payahlah kita nak gaduh.... nanti dengar pulak keluarga kau. Aku nak mandi dan tukar baju ni” terang Sim.. malas hendak memanjang-manjang lagi.. penat

“Sudah blah! Aku nak mandi dan salin baju ni dulu... nanti aku dah sudah... aku turun. Baru kau mandi.”

“Yela-yela” lantas SIm keluar dari bilik tersebut... malas nak bertekak dengan Ani. Selepas itu sesi sembahyang jemaah di antara keluarga diadakan, diikuti dengan bacaan Yassin dan tahlil. Kemudian kami bersembahyang Isyak. Selepas Sembahyang diikuti pula dengan makan beramai-ramai, lauk petang tadi masih ada. Kemudian kami membuat hal masing-masing, Sim melayan anak-anak buahnya melihat DVD kartun Upin dan Ipin di tingkat atas. Pada pukul 11.00 malam ayah mertuanya memanggil untuk berbual di halaman rumah. Aku menurutinya ;

“Macamana ini dah akad nikah?” tanya ayah mertua Sim.

“Lega bapak... Alhamdullilah dengan dua kali lafaz sahaja saya sah menjadi suami Ani. Berdebar-debar jugak tadi. Maklum secara mengejut macamni. Tapi semuanya berjalan lancar.”

“Macamana layanan Ani?.”

“Masih dingin lagi bapak” kata Sim kecewa.

“Sabarla Kassim.... lama-lama nanti dia boleh terima kau sebagai isterinya. Hatinya keras seperti kerak nasi... kerak nasi pun kalau diletakkan air lama-lama akan lembut juga. Pandai-pandailah kau lembutkan hatinya” nasihat Dato Malek.

“Saya akan cuba bapak” kata Sim ringkas.

“Ini... bapak panggil hendak berbincang tentang kes kau ni. Ayah sudah suruh pegawai bapak cari bekas bos kau tu. Maklumat awal yang kami terima mengatakan bos kau sudah menyeberang sempadan Thailand. Kami sudah bekerjasama dengan Interpol Thailand untuk menjejakinya. Mungkin dalam masa terdekat kami akan dapat menangkapnya”.

“Terima kasih bapak kerana buat semua ini. Harap Fazzul tu dapat ditangkap.. pasal dialah saya terjerumus dalam pelbagai masalah sehingga melibatkan bapak.”

“Ni bapak buat semua ini untuk membersihkan nama Kassim. Bapak tidak mahu Kassim terus menjadi buruan pelabur-pelabur yang marah. Kassim dijadikan kambing hitam oleh bos Kassim. Itu yang bapak marah..... dia makan duit juta-juta, Kassim pulak yang kena menanggungnya. Selepas bos Kassim ditangkap, Bapak akan memanggil semua pelabur dan menerangkan perkara yang sebenar. Selepas itu Kassim bebas dari mereka. Tapi pertolongan bapak ini dengan satu syarat” ;

“Syarat apa tu bapak?” tanya Sim kehairanan.

“Bapak hendak kau jaga Ani dengan sebaik-baiknya. Berikan nafkah zahir dan batin secukupnya. Janganlah kau ceraikannya secepat mungkin. Bersabarlah dengan karenah dan keras kepalanya itu. Bapak tahu kamu berdua tidak rela untuk disatukan. Tapi bapak juga tidak pernah kenal atau bercinta dengan Mak Adah kamu... tapi kami bahagia. Bercinta selepas berkahwin lebih manis dari bercinta sebelum kahwin” jelas bapa mertua Sim panjang lebar.

“Saya faham Bapak... saya akan cuba menerima isteri saya seadanya. Saya berjanji akan menjaga dan mencintai Ani sepertimana bapak menjaganya” janji Sim.

“Alhamdullilah Kassim. Bapak hendak cerita sikit latar belakang Ani... mungkin berguna untuk Kassim nanti.”

“Ceritalah bapak. Saya mendengarnya.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.