Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
266,384
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 22 B : Berbual sambil main konsol PS3

Sim sampai di rumah sewanya hampir pukul 6.00 petang... penat. Sim membelikan dahulu makan malam... lauk jer, nasi Sim akan masak bila balik nanti.... lagi sedap makan nasi panas-panas. Masuk dalam rumah Sim melihat Ani sedang leka bermain game PS3 di ruang tamu. Sim terus duduk di sebelah Ani ;

“Game bola lagi? Takde game lain ker?” tanyanya... tak boring ke Ani ni main permainan bola hari-hari.

“Yelah.... aku minat bola jer. Game lain ada... tapi tembak-tembak lah.. game yang memikirkan kepala otak aku tak main. Nak hilangkan tensen” Ani masih khusyuk menekan konsolnya.

“Ni ada lauk saya belikan.... jap lagi saya masak nasi. Kita makan sama-sama”.

“Balik lambat hari ni? Lama ke temuduga.”

“Temuduga apa..... terus masuk kerja. Pastu saya diajar tentang tugas-tugas saya. Tu yang lambat sikit tu. Dato Khaidir kirim salam” Sim menyampaikan salam Dato Khaidir.

“Dato Khaidir kawan baik ayah saya tu. Lama jugak saya tidak jumpa dia. Waalaikummussalam.”

“Wak... boleh tak letak kaki ke bawah. Tak elok bersila. Awak tu perempaun. Dah la pakai boxer. Kat rumah awak takde pulak awak pakai boxer... ini kat sini pulak awak pakai boxer... saya pun tak pakai Boxer wak” Sim menegur Ani yang memakai boxer... tak sesuai lah pada pandangan aku perempuan pakai boxer ;

“Kalau saya pakai kat rumah mengamuklah ayah saya. Lagipun panas la.. saya selesa pakai boxer. Awak kerja apa kat syarikat tu” selamba je jawapan dia ;

“Team Leader jer. Gaji RM 1000 sebulan jer. Saya ingat tiap-tiap minggu saya kena overtime lah. Mana cukup gaji banyak tu. Rumah jer saya sewa dekat 500 ratus... pastu saya kena cari komisen... barulah lega sikit nak hidup di bangi ni.”

“Itulah... lain kali belajar pandai-pandai. Dapat gaji besar nanti. Senang hidup awak nanti. Awak janganlah risau. Duit JPA saya ada... ayah pun bagi tiap-tiap bulan 300 ratus. Saya boleh hidup” wah... berlagaknya.

“Pendidikan tinggi tapi songlap duit syarikat buat apa? Awak nak tahu saya gantikan pegawai sebelum ini yang belajar tinggi tapi diberhentikan kerana songlap duit syarikat. Ilmu yang dia ada digunakan untuk tujuan tak baik pulak. Gaji Besar. Lusa puasa. Awak tak buat persiapan ker?” Sim memulang paku buah keras kepada Ani.... Ani memandang Sim ;

“Nak buat persiapan apanya. Puasa... puasa je lah... lainlah kalau raya. Bolehlah memasak apa yang patut. Ala buka semua yang berpelajaran tinggi yang begitu... kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.”

“Yelah... untuk sahur. Manalah tau awak nak saya beli barang apa-apa untuk sahur. Telur ke... roti ker... saya belikan.”

“Beli jela wak... saya ni malas masak.. saya dulu masa belajar minum milo jer sahur... tapi selalu gi kedai mamak la... tengok bola lepas tu sahur sekali. Takpun makan roti... ngantukla.”

“Macam tu jer? Saya tak biasa lah sahur gitu... kurang-kurang mesti nak nasi. Kalau tak lembik badan saya. Dah lah kerja kat luar... berpanas dan berhujan. Tak tahan saya nanti”.

“Awak beli nasi siap-siap masa beli untuk berbuka, simpan dalam peti ais. Nak makan keluarkan dan panaskan sendiri. Apa susah. Tak payah beli banyak-banyak... saya memang tak selera nak bersahur.. mula-mula jer... pastu yang ado.”

“Bagusnya cadangan awak. Awak ni isteri Mithali betullah... untung betul saya kahwin dengan awak” kata Sim memperli.

“Awak tak minat ker main PS3 ni? Jom la lawan sekali.”

“Saya manalah reti main pakai konsolnya. Kalau main game kat arked dulu retilah. Tapi kalau game menggunakan keyboard saya reti” memang Sim buta kayu  hendak tekan konsol.

“Apalah... tak remaja langsung” Ani masih tekun bermain PS3

“Tak remaja apanya... saya dari dulu manalah berpeluang nak beli atau main benda ini. Kalau nak main beli.. main kat arked. Oklah... saya masuk bilik nak mandi dulu” Sim berlalu pergi ke bilik. Nak mandi....

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.