BAB
32
Abang
Midi
Hari Ahad hujung minggu tersebut Sim berjumpa dengan abang Midi di
restoran Ice Room di Nilai ( Abang Midi duduk di Nilai ). Setelah memesan
minuman dan makanan mereka mula berbincang mengenai bisnes dan mendengar produk
baru yang ingin disampaikan oleh abang Midi ;
“Macamana bang, komisen
semua dah dapat?” kata Sim... manalah tahu ada komisyen yang aku tidak bayar lagi
kepada abang Midi.
“Dah! Sebab tu aku dapat
balik ke Malaysia ni. Pakai duit komisen yang kau bagi tu lah.. aku cuti semester
seminggu jer. Tapi anak bini tinggal kat sini jadi aku melawatlah mereka...
seminggu pun dah cukup melepaskan rindu dendam. Kalau mengharapkan duit
biasiswa atau duit kerja sambilan... setahun sekalilahd apat aku balik sini. Mujurlah ada bisnes ni....
boleh bantu aku apa-apa yang patut. Gajipun tinggal separuh... mana cukup duduk
kat UK nun. Barang mahal.. sekali makan jer dah dekat 15 ringgit duit
Malaysia.. perghhhhh.”
“Biasalah bang.. matawang
diorang besar dari kita... kita nak dapat duit dia satu paun, hampir RM 5 duit
kita dimakannya. Jadi abang.... apa produk terbaru yang nak saya jual kat laman web ni?”
tanya Sim tidak sabar.
“Ha... jap” abang Midi
mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya. Sebuah fail dikeluarkan dan dibuka di
hadapan mata Sim.
“Kawan aku yang sama
belajar master kat universiti tu datuknya adalah pemilik sebuah kilang
memproses minyak wangi jenama antarabangsa di Greece. Kau tahulah kan sekarang
ni ekonomi Greece teruk giler. Stok datuk dia ni banyak yang tak dapat dijual.
Jadi, kawan sekuliah aku ini tahu aku ni ada hubungan dengan usahawan yang berjaya
jual stok jersi, iaitu kau. Jadi dia mintak tolong aku pengaruhi kau untuk tolong
jual stok minyak wangi datuknya di sini. Lagipun ekonomi di Asia ini masih
belum terjejas... kuasa belinya masih lagi tinggi. Permintaan untuk minyak
wangi keluaran Eropah dan Amerika memang tinggi.. ramai peminatnya disebelah
sini” abang Midi menerangkan bisnes baru yang hendak Sim pasarkan.
Minyak wangi? Produk yang mempunyai permintaan yang tinggi. Bagus... janji
murah dan tulin.
“Banyak ke stok yang tak
terjual?” tanya Sim berminat... kini kuasa tawar menawar di tanganku... kilang
itu perlu mengurangkan stoknya. Aku perlu mendapat harga yang terbaik.
“Banyak... dekat 50 juta
wang kita. Datuknya mesti menjual separuh dari stok itu dalam masa 3 bulan.
Kalau tak habislah bungkus syarikat tersebut. Susah nak jual barang sekarang
ini terutama ke Eropah dan Amerika. Ekonomi semua jatuh merudum... bukan
sebarang minyak wangi beb.... jenama terkenal. Ini tengok ni jenama yang ada”. sim melihat jenama minyak wangi yang dikilangkan.... ada jenama Elizabeth
Arden, Dunhill, Polo, Hot Culture, Jimmy
Choo, Guess dan pelbagai lagi yang berjenama antarabangsa. Sim juga melihat
surat pengeluaran lesen kepada kilang tersebut oleh empunya hak ke atas minyak wangi
tersebut. Ternyata barang ni ori beb. Satu peluang yang besar ni...
“Berapa mereka sanggup
jual dengan kita?” tanya Sim.
“Mereka jual dengan harga
cukup murah... sebagai contoh, Satu set minyak wangi Polo Sport jika di
Malaysia dijual dengan harga 230 ringgit. Tapi syarikat ni sanggup bagi kita
harga 100 ringgit satu set. Komisen aku... aku ambil 8 ringgit setiap set...
kos pengangkutan udara dalam 5 ringgit seunit bagi 1000 unit kita eksport... jadi
kosnya 113 bagi satu set. Kau jual 170 ringgit katakan.. kalau kau dapat jual
dalam 1000 unit... untung ko busuk-busuk 30,000 ringgit. Dah tolak kos
penghantaran. Harga minyak wangi lebih kurang sama jer pun.”
“Tak rugi ke dorang jual
harga serendah tu?” tanya Sim kehairanan.
“Yang penting sekarang
ni... kilang tu dapat jual stok yang ada... untung tak untung itu lain cerita.
Dari bankrap baik jual barang... tak untung pun takpe. Lagipun itu bukan harga
kos... kos sebanyak dalam 80 ringgit termasuk kos lesen.. tetap untung gak.
Dulu masa ekonomi teguh naik kat sana.. aku dengar kilang tu jual sebotol 130
ringgit.... sampai kat kita 230.”
“Pemegang hak tak marah
ke nanti... kita jual lebih rendah dari harga pasaran?.”
“Kassim.... kita jual
produk tulen. Takkan mereka nak marah? Mereka juga dapat untung dari penjualan
kita. Ini strategi perniagaan kita... situasi menang-menang. Mereka pun
sekarang ni teruk dalam jualan mereka... jualan pun jatuh merundum. Kita bantu
mereka... lagipun kilang kat Greece akan beri kita sijil sah ketulenan yang
dikeluarkan oleh syarikat pemegang jenama. Ini peluang beb” menjelaskan
kebimbangan Sim.
“Baiklah. Bagi saya
sehari untuk memikirkannya... saya nampaknya kena upah pekerja lagi untuk
menaik taraf laman web kami secepat mungkin. Nak harapkan saya seorang lagi,
sebulan benda ni baru boleh mula jual. Kita kena cepat ye tak sebelum orang
lain kebas peluang ni.”
“Ok... you the bos.
Terpulang kepada kamu. Aku bersetuju bagitahu aku cepat-cepat. Aku arrange
perjanjian dengan kilang tu... di Malaysia ni hanya kita sahaja dapat harga
seistimewa tu. Kalau ada syarikat lain nak potong line... dia akan dapat harga
yang lain.. lebih mahal dari harga kita tawarkan. Ok?”
“ok.. deal..besok selepas
saya berbincang dengan Mid saya telefon abang” kami terus bersembang mengenai
bisnes jersi kami. Petangnya selepas berjumpa abang Midi Sim terus berjumpa Mid
di rumahnya... nasib baik dia ada di rumah dan tidak keluar bekerja. Kami perlu
berbincang mengenai perniagaan baru ini secepat mungkin, aku dah terhidu bau wang
yang banyak. Sampai di rumahnya mereka berbincang dengannya ;
“Aku ada peluang baru
Mid... abang Midi ada link dengan kilang minyak wangi” Sim menjelaskan semuanya
dari A sampai B sepertimana abang Midi menjelaskan kepada Sim tadi.
“Hmmmmm... cadangan yang
bernas sekali. Tapi kita kena tambah modalla kan?” betul tu... bisnes baru kena
tambah modal... Mid semakin bijak ;
“Yup... bukan sahaja
modal. Kita kena sewa kedai dan beli van. Sekarang ini dah tak sesuai kita
letak barang dalam rumah tu. Van pun kalau asyik sewa pun rugi gak... lebih
baik kita ada van sendiri. Pekerja baru pun kita kena ambil... seorang jaga
stok minyak wangi... seorang lagi jaga laman web. Azlan seorang tak larat de”
Mid diam seketika ;
“Berapa modal kita nak
keluarkan ni?.”
“Dalam 50,000 ribu
ringgit... modal pusingan sedia ada adalah untuk jersi... ini kita kena
sediakan modal yang berlainan untuk perniagaan baru ni.”
“Aku 25,000 manakala kau
pun 25,000 begitu? Aku baru nak merasa simpan duit banyak. Dah kena keluar
balik” rungut Mid.
“Tapi aku jamin aku akan
gandakan duit kau 2 kali ganda.... macamana aku buat dalam penjualan jersi...
dari modal 50,000 ringgit sekarang dah mencecah seganda... akhir bulan ni dah
mencecah 100,000 beb. Takkan kau tak percaya aku.. aku dah buktikan kat kau kan”Sim menyakinkan Mid.... Mid ni memang berat sikit dalam mengeluarkan wang ;
“Oklah... besok aku pindahkan
wang ke dalam akaun kau” kemudian kami terus berbual tentang hal-hal bisnes
serta hal-hal peribadi.
Besoknya Sim menelefon
abang Midi menyatakan persetujuan. Sim membuat pesanan stok 1,000 unit pertama
minyak wangi jenama yang terangkum dalam 10 haruman paling popular dan dicari
oleh pelanggan. Kami juga mengikat kontrak kepada kilang untuk membekalkan
minyak wangi hanya kepada kami secara esklusif selama 2 tahun.. maka jika ada
syarikat di Malaysia ingin mengadakan usahasama maka syarikat tersebut akan
mendapat harga lain... bukan harga yang diberikan kepada kami. Dari segi
bayaran pula kami akan bayar separuh apabila barang sudah dipesan, manakala
separuh lagi akan dibayar dalam masa 10 hari selepas barang sampai di lapangan
terbang. Jadi dalam masa seminggu Sim mesti jual sekurang-kurangnya separuh
dari stok sebagai modal pusingan.
Aku juga telah meminta
supaya Azlan mencari kawannya secepat mungkin yang mampu memaut turun brosur
dan menaiktaraf laman web secepat mungkin... sasaranku Isnin depan laman web
khas untuk minyak wangi pula boleh dibuka. Ini kerana 1,000 unit minyak wangi
akan sampai melalui penerbangan sabtu ini. Azlan mengatakan dia ada seorang
kawan lelaki yang nerd dalam bidang komputer ini. Aku terus mengambilnya dan
mengupah sebanyak 500 ringgit jika dia berjaya mengemaskini laman web kami pada
ahad ini. Aku juga menelefon ejen hartanah untuk menyewa sebuah rumah kedai
secepat mungkin. Strategik atau tidak, tidak mengapa kerana aku hanya menyimpan
stok... bukannya hendak buat rumah kedai. Tapi sewa di Bangi ini agak mahal...
tapi aku tiada pilihan lain.