POST-IT NOTE yang terlekat di atas meja itu di renungnya
lama. Ianya berbunyi:
Aku ada benda nak cakap dengan kau. Jumpa
kat rooftop masa rehat nanti. -Nizam-
Mimpi
apa Nizam ni? Siap tulis nota lekat atas meja aku?
Meja di ketuknya perlahan. Hmm... dia
kata ada benda nak cakap? Takkan dia nak luah perasaan kat aku? Kemudian
tangan kanan di buat menongkat kepala. Beralih pula ke kiri. Ngerinya? Tapi kot iya pun takkan kat atas rooftop? Tak romantik langsung! Sudahnya
dia menongkat dagu. Nota kecil yang terlekat itu di ambil lalu di
balik-balikkan.
Rifa yang sedari tadi
memerhatikan gaya pelik Maisara menghampiri rakan sekerjanya itu. “Apa masalah
kau ni? Lain macam aje aku tengok.”
Maisara geleng. “Nothing.” Dia cepat-cepat memperonyok
nota kecil itu lalu di campak ke dalam tong sampah. “Aku cuma ngantuk je.” ujarnya sambil
tersengih. Rifa tak bertanya banyak dia kembali ke mejanya. Maisara menarik
nafas lega.
“AKU suruh kau datang sini pukul 1.
Kenapa kau lambat? Setengah jam aku tunggu atas ni. Ingat tak panas ke? Tengok
peluh aku dah meleleh dah ni. Kalau aku sakit demam ke apa. Siaplah kau!”
tempelak Nizam kasar tanpa intro.
Maisara membidas dengan
kasar juga. “Dalam nota tu, kau tak tulis pun pukul berapa? Kau cuma tulis masa
rehat aje kan? Terpulang kat akulah nak datang waktu bila pun kan?”
Nizam diam memikir.
“Okey aku mengaku. Aku tak tulis. Tapi kau pun pada-padalah. Panas kot atas
ni.” Suaranya mula perlahan.
“Siapa yang pilih
tempat? Kau kan?” bidas Maisara.
Nizam garu kepala.
Terkena lagi.
Sepi.
Maisara bertanya
lembut. “Kau kata ada benda nak cakap dengan aku? Apa dia? Penting sangat ke?
Sampai kau ajak aku jumpa atas rooftop ni?” Matanya meliar memandang ke bawah.
Deretan kereta menyapa pandangan.
Nizam menyuakan sebuah
kotak segi empat sama, “Aku nak bagi kau benda ni.”
Kening Maisara
terjungkit sebelah. Kelmarin dulu si
abang bagi aku hadiah. Hari ni adik dia pun sama?“Hadiah? Hari jadi aku
dah lepaslah.”
Nizam angguk. “Aku
tahu. Hari lahir kita kan sama!”
Maisara senyum. “Dah
tu? Kenapa tetiba terfikir nak bagi aku hadiah? What the occasion?”
“The occasion of the confession!” beritahu Nizam dalam nada yang
sungguh bersahaja. Dia menongkat dagu lalu tersenyum nakal ke arah Maisara.
Terus bersimpul segala
urat sarafnya dengan ayat sebaris Nizam itu. Sangkaan aku langsung tak meleset? Dia nak confess kat sini? “This ain’t no funny at all!”
Nizam ketawa perlahan. “Aku
tak buat lawaklah, sayang. Kelakar apanya. Cepatlah buka hadiah tu!” ujar Nizam penuh ceria.
Maisara memejam mata. Dia
tertunduk memandang kotak hadiah itu. Debaran di dada makin menggila.
Sejak kebelakangan ni
dah menjadi kebiasaan pula bagi Nizam memanggilnya begitu. Mulanya dia terasa
alergik juga namun lama kelamaan dia dah terbiasa sendiri. Lagipun ada saja
kan, kawan yang memanggil kawannya sayang. Macam Rifa. Macam Zana. Tapi dorang
tu perempuan Mai. Nizam tu lelaki. Mana nak sama! Tambah pula dia sendiri sedar
yang Nizam... punya rasa yang sama dengannya.
“Ria...”
“Hmm...?”
“Janganlah tenung aje
hadiah tu, bukalah cepat!”
Perlahan-lahan dia
mengoyakkan kertas balut hadiah itu. Matanya tak berkelip. Patung beruang yang
memegang bentuk hati tertulis ‘I LOVE U’ itu mengunci terus suaranya. Masa
bagaikan terhenti. Ini realiti atau mimpi?
“Ria... aku sayang
kau.” ucap Nizam perlahan.
Maisara menahan sebak. Akhirnya...
Kata-kata itu... .
Nadanya serius.“Will you be my partner for the rest of my
life?” Nizam dah pun berdiri menghadap Maisara. “Will you?” Matanya tepat menikam wajah Maisara. Getaran di jiwa
semakin hilang rentaknya. Sabar menanti jawapan sang kekasih hati.
“Are you really love me?” soal Maisara penuh dingin. Walau nalurinya
kuat ingin menerima terus lamaran dari Nizam, namun akal nakalnya cepat
memintas tanpa di pinta. Maisara mengulum senyum dalam diam.
Dahi Nizam berkerut
seribu. Soalan Maisara yang tak terduga
itu sunguh mencabar mindanya. Dia ingat
aku tengah berlatih teater ke? Punyalah aku kumpul kekuatan nak menyebut boleh
dia persoalkan perasaan aku? Kau nak duga aku ya, Ria?
“Kenapa kau tanya
soalan tu? Itu dah semestinya. Kalau tak aku tak lamar kau sekarang kan? I really love you truly from my heart.” ujarnya
penuh romantik.
Maisara menyilangkan
tangan. “But... this setting not romantic
at all. Proposing me tengah panas terik. Atas rooftop!!” Muncungnya dah panjang sedepa.
Kenyataan.
Ada ke patut dia lamar aku tengah time
lunch break, atas rooftop pulak tu dan sekarang cuaca punyalah panas??!! Kurang
kesedaran sivik ke apa??
Matanya redup memandang
Maisara. “I’m so sorry!” Nizam
menyusun sepuluh jari memohon maaf. Maisara buat-buat bena tak bena.
“Sungguh! Aku tak tahu bila
masa yang sesuai, kecuali sekarang. Sebabnya nanti, aku takut, aku takut, bila
aku rasa masa tu sesuai aku akan hilang kau. Kau kan banyak peminat. Alex tu
bukan boleh di buat main. Siapa tahu esok lusa dia hantar rombongan ke rumah
kau. Melepas aku. Sebab tu aku lamar kau sekarang!”
Membulat terus mata
Maisara. Terharunya aku! Sampai macam tu
sekali?
“Aku tahu aku tak romantik. Tak peka dengan
keadaaan. Aku tak sempurna. Tapi hanya satu yang pasti, aku janji aku akan
bahagiakan kau sepenuh hati aku. For me
it’s only you. The one and only!”
Hanya Tuhan yang mampu
menilai betapa ikhlas hatinya saat ini. Bagaikan bertahun lamanya dia menunggu
detik ini. Saat terlafaznya perasaan yang selama ini hanya menjadi rahsia
hatinya. Bukan mudah untuknya berdepan dengan Maisara setelah apa yang terjadi
dahulu. Namun, restu dari Azam memungkinkan segalanya.
Maisara terpegun. Senyumnya
mekar. Air mata yang tertahan bah jua akhirnya. Kisahnya hampir sampai ke
garisan. Tidak. Sebenarnya ianya baru sahaja bermula. Bab baru sebuah
kehidupan.
“Ria janganlah diam
saja. Apa jawapan Ria? Setuju ke tidak?”gesa Nizam yang masih kelam akan
keputusan Maisara.
Maisara tertawa
perlahan. Dia kemudiannya menjeling manja.
Nizam dah tergaru-garu
kepala. “Gelak pulak dia! Ria ingat Nizam main-main ke? Kalau tak nak, cakap
ajelah terus terang.” Tapi tadi air mata
dia jatuh? Maknanya dia setuju ke?
Maisara tiba-tiba
mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menaip sesuatu. Selang beberapa saat, mesej
masuk. Nizam yang kehairanan terus membaca mesej di telefonnya.
Ria
setuju.
Senyumnya terus
berbunga bahagia. “Terima kasih, Ria.” Matanya berkaca.
“Sama-sama, Nizam.”
ujarnya perlahan menahan segala rasa.
Terima kasih, Allah.
Kerana Engkaulah terciptanya pertemuan antara kami. Tanpa keredhaanMu tidakkan
mungkin berseminya kasih di antara aku dengan si dia. Segala puji bagiMu. Moga
berkekalan hendaknya cinta kami hingga ke syurgaMu. Amin.