“AKU minta maaf. Aku tak patut rahsiakan
benda ni. Aku tahu aku salah. Kau pun pernah tipu aku kan? Aku dengan murah
hatinya dah maafkan kau. Maksudnya kita serilah kan? Orang kata, situasi
menang-menang namanya kan?”
Maisara ketuk kepalanya
sendiri. “Gila! Kalau aku cakap macam ni, memang sangat skemalah jawabnya.
Nizam mesti akan cakap, kau ingat kau tu tengah berlakon dalam drama swasta?”
Kepala di langutkan ke
atas memandang langit yang luas. “Aku kena fikir ayat yang lain daripada yang
lain.” Dia menganggukkan kepala.
“Lain daripada yang
lain? Hmm... menarik! Sangat menarik.” sapa satu suara yang amat di kenalinya.
Siapa lagi, Nizam ler.
Maisara berdehem kecil,
dia agak tersentak namun dengan gerak perlahan dia menoleh ke belakang. Di
paksakan senyuman menghiasi wajahnya. Kenapalah
aku selalu kantoi dengan Nizam? Malunya tak terkata... .
Nizam turut tersenyum.
Bersahaja lagaknya.
Maisara masih lagi
terpempan dengan kemunculan tiba-tiba Nizam. Suaranya putus-putus bertanya,
“Err, macam... macam mana kau? Maksud aku bila masa kau naik atas roftop ni? Err...
buat apa kau naik atas ni ek?”
Nizam menjawab tanpa
nada. “Aku naik atas ni nak ambik angin. Salah? Sekarang kan waktu rehat! Tapi
tak sangka pulak ada orang tu tengah menghafal skrip,” sindirnya.
Tidak semena-mena
Maisara menempelak, “Suka hati kaulah. Nak sindir, nak marah, nak naik angin,
naik hantu!!! Atau apa saja! Aku terima dan redha. Aku tahu aku salah. Aku ada
kembar, tapi aku langsung tak beritahu kau. Memang silap aku! Puas hati?!!”
Berkelip-kelip mata
Nizam mendengar suara lantang Maisara.
Mak ai, garangnya. Aku ni yang sepatutnya melenting. Dia pula yang marah sakan?
“Kalau aku nak hukum atau denda kau pun kira bolehlah ni?”
Maisara terus pandang
Nizam. “Maksud kau?” Aura garang Maisara terus hilang. Berganti dengan perasaan
gugup yang tak berkesudahan. Jangan dia
perdajalkan aku sudah!
Nizam senyum. Penuh
makna. Riak wajah Maisara yang sebegini amat menggeletek hatinya. Sangat
kelakar dan comel. Sejak Maisara kurus ni
dia semakin cantik dan menawan. Tapi
sayang... dia hanya akan kekal sebagai kawan aku dan tak lebih dari itu.
“Keluar dating dengan aku?!!”
Maisara diam. Badannya keras. Mata Nizam di
tentangnya penuh berani, cuba membaca, adakah Nizam main-main? Atau serius
dalam main-mainnya itu? Sebab riak wajahnya sukar di telah.
Sebenarnya Nizam sendiri
pun terkejut. Entahlah rasanya dia dah hilang akal kot? Nizam meraba bibir
sendiri dalam diam. Apa boleh buat?! Gasaklah. Lantaklah. Kata-kata yang telah
di luah bukannya boleh di telan semula.
“Amacam? Nak keluar dating dengan aku tak?” Nizam angkat kening dua kali seolah
mencabar Maisara.
Maisara tak makan
saman. Daripada gaya Nizam yang macam ni, nampak sangat dia sengaja nak
menyakat. “Kau, kalau nak bergurau, nak buat lawak sekalipun, ini bukan
masanya.”
“Hmm... kalau macam tu
kau tak naklah aku maafkan kau, ya?” Nizam masih tak mahu mengalah, sengaja dia
ingin mendesak Maisara.
“Sudahlah. Kalau kau
tak nak maafkan aku, apa yang aku boleh buat?! Itu kan hak kau? Bukannya aku
boleh paksa kau kan?” tempelaknya.
Nizam ketawa kecil.
“Kau tahu tak, kau ni sangat kelakar?! Dari mula aku kenal kau sampailah
sekarang, kau tetap sama. Kecuali kau dah kurus sekarang dan semakin cantik!”
Maisara rasa mual ler
pulak. Apa yang Nizam dok merapu ni?
“Kau nak apa sebenarnya
ni, Nizam? Kalau nak marah, marah ajelah. Kalau kau nak kutuk sekalipun, aku
terima. Tapi tak payahlah nak sakat aku, perli aku itu ini.”
“Perli apa pulak ni? Aku
cakap benda betul. Kau tak pernah berubah. Kau masih Riana, bezanya kau dah
kurus. Semakin banyak peminat. Kat pejabat kita tu, berapa ramai lelaki yang
asyik pandang kau, bila kau lalu depan dorang.”
Dan sebenarnya berbulu
juga Nizam dengan rakan-rakan sepejabatnya, dulu bukan main mereka dok condemn si Ria dan sekarang dok
terhegeh-hegeh nak tackle Ria. Ya,
memang dia cemburu. Sangat cemburu tapi rasa itu hanya mampu tersimpan kemas.
Terkadang tu menyesal pulak dia sebab tolong Ria kuruskan badan.
Kalaulah dia tahu, Ria
akan secantik dan semenawan dan menarik macam ni, sumpah dia sanggup Ria kekal
montel macam dulu. Biarlah hanya dia sorang yang tahu kecantikan Ria. Suara
Maisara yang tengah dok membebel itu mengembalikannya ke realiti. Dia tersenyum
kecil.
“Yalah, dulu aku kan
macam Doraemon, tapi sekarang dah kurus melidi. Dan untuk pengetahuan kau, aku
tak ada peminat. Dorang tengok aku, pandang aku, sebab nak mengata, mengutuk.
Mesti dalam fikiran dorang, aku buat rawatan sedut lemak.” Bebel Maisara
bagaikan tiada hentinya.
“Ria.”
“Apa?”
“Kau dah mula balik!!”
“Mula apa?”
“Thinking negatively!!”
“Mana ada. Benda betul
kot. Aku berani kerat sepuluh jarilah. Dorang tu, kalau tak mengata, mesti
mengumpat pasal aku punyalah.”
“Kau dah gila ke sampai
nak kerat jari kau?” marah Nizam. “Tak sayang nyawa ke apa kau ni?”
Tersentap jantung
Maisara. Nizam tiba-tiba naik angin tak kena gaya ni kenapa pulaknya?
“Nizam?”
“Apa?”
“Yang kau marah sangat
ni kenapa?”
“Yalah. Kau sampai nak
kerat jari tu apahalnya. Dah gila ke apa?”
Maisara tergamam. Tak
terkata apa. Dia kemudian tergelak kuat. “Wei, itu perumpamaan sajalah. Apalah
kau ni? Takkan itu pun tak tahu?”
Nizam kelam. Seolah
hilang punca. Apa yang kelakarnya?
Ketawanya masih
berbaki. “Nizam. Seriously, you are so
cute. Aku tak bermaksud pun nak kerat jari aku. Itu sekadar kiasan, perumpamaan faham tak?” ulang
Maisara.
Nizam angguk, termalu
sendiri. “Oh!”
“Sorry, aku terlupa pulak yang kau dok kat Korea bertahun-tahun.
Jadi, mestilah kau tak berapa nak tahu, kiasan yang macam tu kan?”
“That’s okay! ”
Jeda.
Maisara teragak-agak
bertanya, “Kau... dah... maafkan aku ke ni?”
“Hmm... kau rasa?”
Nizam angkat kening.
Maisara senyum. “Macam
ya. Sebabnya kalau tak, kau tak akan nak bercakap dengan aku pun. Nak dengar
kau ketawa pun, memang taklah.”
“Bohonglah kalau cakap
aku tak marah langsung. Marah tu marahlah juga. Tapi macam yang kau cakap tadi,
aku dengan along pun pernah tipu kau kan? Dan kau dengan murah hatinya dah
maafkan kitaorang kan? Jadi aku pun sama, aku tak nak panjangkan isu ini.”
“Hmm... if that so, leganya hati aku ni. Aku
punyalah memikir nak cakap macam mana kat kau. Syukur kau sudi maafkan aku.”
Maisara angkat sepuluh jari lalu menyapu ke wajahnya.
Bahu Maisara spontan di
tolaknya. Nizam ketawa kecil. “Jangan
nak berdrama sangatlah.”
Maisara turut ketawa. “Berdrama
apa pulak, benda betul kot. Kau tahu tak, kau tu kalau merajuk, memang sangat
susah nak pujuk tau. Mengalahkan budak kecil tak dapat aiskrim.”
Nizam memuncungkan
mulut. “Ada ke cakap aku macam tu.”
Maisara ketawa kecil. “Ada
je. Benda betul. Kau kena terima hakikat, Nizam!!”
“Banyaklah kau punya
hakikat. By the way, kenapa selama ni
kau tak pernah beritahu kau ada kembar? Kau dengan kembar kau tak rapat? Sebab
tu kau tak bagitau aku?”
“Eh, tak. Aku dengan
dia kamceng, cuma dia jarang ada kat rumah,”
“Jarang ada kat rumah?
Macam mana tu? Aku tak faham”
“Adik aku tu, hobi dia
suka mengembara, suka daki gunung. Di sebabkan hobi dia tu, kadang tu sampai 3
bulan dia tak balik sebab pergi luar negara daki gunung punya pasal,”
“Kiranya dia ni, lagi
lasak dari kaulah ya?”
“Well sort of,”
“Daripada apa yang kau
cerita ni, adik kau ni macam ada banyak masa je. Pergi mengembara, daki gunung,
melancong segala. Dia kerja apa?“
“Hmm... itu rahsia.
Kalau kau nak tahu, kau tanyalah dia sendiri.”
“La, nak main
rahsia-rahsia pulak. Cakap sajalah, bukannya adik kau tau pun kalau kau
beritahu aku.”
“Maaflah ya, aku dah janji
dengan dia,”
“Ceh,”
“Yang kau nak tahu
sangat tentang adik aku si Raina ni kenapa? Kau minat dia ek?’
Nizam tak menjawab, dia
diam. Agak lama. “Oh... nama dia Raina? Nama penuh?”
Maisara pandang Nizam
pelik namun dia tetap memberitahu nama adiknya. “Nuraina Kaisara,”
“Sedapnya nama.
Secantik orangnya,” Nizam tersenyum panjang.
“Nizam kau jangan...
aku tengok kau ni lain macam je.”
Nizam menentang mata
Maisara dalam. “Salahkah kalau aku minat adik kau? Tak dapat kakak, adik pun
okey apa?” Dia tersenyum penuh makna, sengaja mengusik Maisara yang dari tadi
macam tak senang duduk sahaja lagaknya. “Ataupun... kau sebenarnya cemburu
sebab aku syok kat adik kau? Hmm... yalah, dulu kan kau pernah tersukakan aku?”
Maisara buat muka benci
setengah mati. Meluatnya dia dengan Nizam.
Nizam ketawa kecil.
“Wei, diam je ni kenapa? Marah ke?” Tawanya mati bila melihatkan riak Maisara
yang kelat. “Aku gurau sajalah. Janganlah kecik hati. Aku tak minat pun adik
kau tu, tapi... kalau aku minat pun kenapa? Tak salah kan? Minat saja kot.
Bukannya aku jatuh cinta ke hapa dengan dia.”
“Tapi... kalau kau
jatuh cinta dengan dia pun bagus jugak,”
“Huh?”
“Sekurang-kurangnya kau
boleh tolong dia bukak pintu hati dia semula,”
“Maksud kau?”
“Adik aku pernah
bertunang. Tapi sayang... lagi 2 bulan dorang nak nikah, tunang dia meninggal
sebab kemalangan jalan raya.”
“Kemalangan?”
Maisara angguk kemudian
menyambung semula ceritanya, “Motosikal yang Razif, tunang adik aku naik tu,
berlanggar dengan treler. Sampai sekarang, Raina masih teringatkan dia.
Mana-mana lelaki yang nak dekat dengan dia, semuanya dia tak layan.”
“Hmm.... mungkin sebab
tu adik kau dia suka pergi melancong, daki gunung segala?”
Maisara angguk, “Bijak
juga kau ni. Ya, betul. Dia cakap dengan buat semua tu, dia tak akan fikirkan
pasal Razif.”
“Kau tak pernah cuba
tolong dia?”
“Ada. Tapi sekali je.
Sebabnya dia dah bagi amaran kat aku. Jangan pandai-pandai nak jodohkan aku
dengan sesiapa. Dia sampai ugut aku, kalau aku kenalkan mana-mana lelaki untuk
dia, dia takkan berkahwin langsung!!”
“Wow! Dashyat juga adik
kau ya?!”
“Tau tak pa” Maisara
melihat jam di tangan. Hampir ke pukul 2. “Jom turun, waktu rehat pun dah nak
habis ni,”
Nizam geleng. “Kau
turunlah dulu. Aku nak duduk sini sekejap.”
Maisara berpatah balik.
Dia melabuh duduk di sisi Nizam. Nizam tengok dia tak berkelip. Maisara angkat
bahu. Nizam senyum. Ya, tak perlu kata apa-apa. Bahasa tubuh mencerminkan
segalanya. Dengan kebisuan terkadang tu segalanya terjawab.