BUNTU. Segalanya buntu. Puas sudah dia
fikirkan. Jawapan yang di cari masih tak kunjung tiba. Mengapa Azam langsung
hilang tanpa khabar berita? Dari hari pertama ibu aku masuk hospital sampailah
ibu dah keluar bayangnya masih tak muncul. Sibuk sangatkah dia di resort tu?
Tapi kenapa kau kecoh sangat dia tak
datang melawat Mai? Kau dengan mamat tu bukannya ada apa-apa pun kan? Cuma
kawan biasa aje kan? Yalah, memanglah tapi... aku kan kawan dia, kawan baik.
Ibu aku sakit masuk hospital, memanglah tak serius mana. Tapi
sekurang-kurangnya datanglah melawat tunjuk muka, ini sampai ibu dah keluar
seminggu pun langsung dia tak tanya khabar. Pulak tu senyap macam tu je! Mai
kau ingat Langkawi tu dekat sangat ke dari sini? Mungkin betul dia sibuk. Terlalu.
Sebab sekarang kan dah nak masuk musim cuti sekolah kan?
Dari baring di atas
katil, dia bangun duduk bersila, beruang teddy di peluk erat dalam dakapannya.
Kata-kata Azam dan Nizam silih berganti bermain di fikirannya. Yang abang rela
mengalah demi sebuah persahabatan. Yang adik, setia menunggu jawapan darinya.
Pening. Kusut. Tapi kenapa Mai? Bukankah selama ini kau ingin keluar dari rasa
yang menjerat ini? Azam dah berikan kau jalan keluar, dia dah tunjukkan kau
lorong menuju kebahagiaan yang kau impikan. Dan Nizam dengan megahnya menanti
kau di balik penghujung sana. Apa lagi yang kau tunggu Mai? Just go and grab it!
SMS yang masuk
mematikan lamunan. Senyumnya mekar. Mesej dari Azam; mengajaknya keluar pukul 3
petang nanti. Terus dia bersetuju. Pucuk di cita ulam mendatang. Orang yang di
nanti akhirnya muncul. Bracelet di tangan kemudian di renungnya lama. Mai...
perasaan apakah ini? Kenapa kau teruja sangat Azam ajak kau keluar ni? Sebab
aku dah lama tak jumpa dia? Lama ke tu?
Dua minggu aje pun kan? Salahkah aku rindu nak jumpa dengan sahabat sendiri?
Salahkah? Tak kan? Detik hatinya bersuara menyedapkan perasaan sendiri. Ah,
lebih baik aku mandi, segarkan badan, barulah otak pun segar. Taklah dia fikir
benda yang luar alam kan? Maisara bingkas bangun, tuala yang tergantung di
belakang pintu terus dicapai dan tak sampai sesaat dia dah pun menghilang ke
dalam bilik mandi.
“MAK CIK, minta maaflah, hari tu saya
tak datang lawat mak cik. Memang sibuk sangat. Ikutkan memang nak lari balik
sini sat. Tapi karang tinggal dekat dorang tu, lain pulak jadinya.” ujar Azam
sambil tunduk menyalami tangan Puan Arisa.
Puan Arisa tersenyum
ramah. “Tak apa, mak cik faham. Ni bukan kamu datang melawatlah ni pun kan?”
Azam senyum sebaris.
“Mai mana mak cik? Tak siap lagi ke dia?”
“Siap dah rasanya tu,
sat mak cik pi panggil dia.”
“Tak apalah mak cik
saya boleh tunggu.”
“Hmm... kalau macam tu
duduklah dulu iya. Mak cik nak ke dapur kejap.”
Azam angguk. Derap
langkah dari atas tangga, memaksa Azam memanggungkan kepala. Meskipun Maisara
hanya berpakaian ringkas, blaus dan skirt labuh, dan selendang pashmina dia
tampak begitu anggun. Mulut Azam tanpa sedar ternganga luas. Cantiknya dia. Baru beberapa hari aku tak jumpa dia dah jadi cantik
macam ni?
Pipi Maisara berubah
rona. “Mamat, yang kau tenung aku bagai nak rak tu apahal?”
Pantas mulutnya di
katup dengan tangan. “Err... tak adalah. Kau jelita sangat hari ni.” Azam
menggaru belakang tengkuk, sengihnya lebar menutup malu. “Dah macam bidadari
turun dari langit. One more thing,
kau perasan tak muka kau ada iras-iras Jessica Alba. Keluarga kau ada bau-bau
bacang dengan dia ke?”
Maisara tergelak kuat
walhal sebenarnya berbunga juga hatinya. Bukan selalu lelaki yang bernama Azam
ini hendak memuji dirinya. Pulak tu boleh pula dia kata wajahnya seiras pelakon
filem Honey tu?! Memang putus fius. “Mat kau ni dah apahal? Dah, jomlah gerak.”
Azam bangun. “Seriously, your are so beautiful today!”
bisiknya perlahan kerana tika itu Puan Arisa sedang menuju ke arah mereka
berdua. Azam senyum nipis. “Mak cik saya bawa Mai keluar kejap. Sebelum maghrib
saya janji saya hantar dia balik!” Dia tersengih lebar. Puan Arisa menepuk bahu
Azam. “Ingat bawa kereta tu, jangan laju-laju. Pandu cermat jiwa selamat!”
Maisara tepuk dahi.
Hish, ibu ni boleh pula dia buat pesanan gaya iklan keselamatan jalan raya.
Azam lantas tertawa. “Ya, mak cik. Saya ingat tu!”
Usai bersalaman mereka
terus menerobos masuk ke dalam kereta.
SETELAH hanya di temani
suara deejay radio berceloteh dan lagu-lagu yang di putarkan sepanjang
pemanduan, Azam kemudiannya bersuara memecah ruang sunyi antara mereka. “How’s your life?”
Kening Maisara
terjungkit sebelah. Pertanyaan Azam ini boleh menjadi dua makna. Satu memang
Azam bertannya berkenaan dirinya. Satu lagi berkemungkinan mengenai hubungan
Maisara dengan adik kembarnya yang sorang tu. “Meaning?”
Azam mendesis kecil. Tak faham bahasa pulak minah ni.“What else, my dear friend? You and my brotherlah!”
“Tiada apa yang berubah
pun. Still the same as ever!” jawab
Maisara datar tanpa nada. Walhal Nizam dah pun buka langkah kuda-kuda dia pula
yang menikus... macam anak dara pingitan. Hish tak kena gaya langsunglah.
Dahinya berkerut. Aku dah bagi lampu hijau kot kan? Apa yang
dorang nak tunggu lagi ni? Yang Nizam pun satu hal. Make a movelah bro! “Kau
nak aku tolong?’
“No need!”
“Why?”
“You know why! Right?”
Azam angguk. Faham
benar dengan perangai Maisara bila dia kata tak tu maka tak lah maknanya.
Jangan di usik karang berapi jadinya. Stereng kereta di ketuk perlahan. Sekilas
di pandang Maisara dengan hujung mata. Kereta di beloknya ke kanan.
“Then....?”
Azam jungkit bahu
kanan. “Entah. Mungkin sebab kau kawan baik aku. Nizam adik aku. Nothing else!” Enjin kereta di matikan.
“Jom turun, kita dah sampai pun. Tapi
nak kena jalan sikitlah dari sini. Sebab kat sebelah sana restoran tu parking dia dah penuh!”
Maisara angguk. Langkah
kaki dibawa mengekori Azam yang dah pun selangkah di depannya.
AZAM ketawa bisu
melihat telatah Maisara. Menu makanan di tangan sahabatnya itu di tarik
perlahan dan di beri kepada waiteryang
setia menunggu pesanan.
“Lasagne and pasta cabonara for two! Ice lemonade and tropicana juice
for drink!” ujar Azam memesan makanan untuk mereka berdua. Waiter itu
angguk sambil mengulang kembali pesanan makanan sebelum tersenyum nipis.
Sebaik waiter itu
berlalu ke arah dapur, mata Maisara melilau memandang sekeliling restoran.
“Apasal kau tak cakap yang kita nak makan di restoran Itali?!”
Azam gelak. “Kalau
cakap, bukan kejutanlah namanya!”
“Gelabah aku di buatnya
tadi bila pelayan tu cakap Itali! Menu pula satu aje yang aku faham. Pasta!
Yang lain apa dia tulis pun aku tak khatam!”
Azam mengekek ketawa.
“Yang kau pulak, bila
masa yang kau pandai cakap Itali ni? Setahu aku kau duduk kat Korea bukan Itali
kan?” Dia mencerlung penuh geram.
“Memanglah. Tapi masa
kat uni dulu aku ambik Itali sebagai bahasa kedua!” jelas Azam dalam ketawa
yang masih bersisa.
“Kenapa tetiba kau ajak
aku makan kat sini?”
“Nak belanja kau
makanlah,kawan!”
“Aku tahulah. Tapi
kenapa kat sini dan bukan kat tempat lain!”
“Sebab aku kan dah
janji dengan kau dulu! Ingat tak? Masa kat pondok lepas balik ngaji tu?”
Maisara tak terkata apa.
Terdiam.
“Mai... kau ingat tak?”
Maisara sekadar
tersenyum. Dia angguk. Azam mahu membuka mulut namun pesanan makanan telah pun
sampai. Sudahnya bicaranya terhenti.