“CIK Riana!!” sergahan
Sharifa, teman sepejabatnya itu melayangkan terus tumpuannya pada skrin
komputer. Di pejabat, Maisara lebih
dikenali dengan nama pertamanya.
“Rifa,
terkejut aku.” Katanya sambil mengurut dada. Sharifa ketawa perlahan. “Dari
tadi aku tengok kau mengelamun jauh, macam dah terbang ke planet Pluto.
Teringatkan teman lelaki awak di Korea iya?”
Sharifa
sedia maklum, ini kerana dia secara tidak tersengaja terbaca e-mel yang di
hantar oleh Mamat kepada Maisara. Dalam terpaksa, Maisara menceritakan sedikit
sebanyak kisah di antara dirinya dan Mamat kepada Sharifa.
“Tak
adalah,” sanggah Maisara sambil kelam kabut mengemaskan meja kerjanya. “Aku kan
dah beritahu kau, dia hanya kawan baik. Tamat.”
“If you say so,
akuno
comment.” Sharifa kemudian mengerling jam di
tangan. “Dah waktu makan. Jom keluar dengan aku. Hari ini suami tercinta aku
ada hal sikit, jadi kau nak tak nak kena temankan aku.”
Maisara
masih berkira-kira, dia menggosok dagu. Sharifa cebik mulut, faham sangat fiil
temannya yang seorang ini. “Aku belanja. Dah jom cepat, aku dah lapar ni.”
Maisara
ketawa lucu kemudian tersenyum. “Kau turun dulu, aku nak kena hantar dokumen ni
sekejap. Kita jumpa kat parkir kereta.” beritahunya lalu bergegas ke bilik
pengurus bahagian. Sharifa angguk tanda mengerti. Maisara agak gila bekerja
orangnya, selagi tidak siap sesuatu kerja itu, dia tidak akan berganjak dari
tempat duduknya.
“Cepat
sikit, kalau tidak aku tinggal kau.” pesannya sebelum berlalu. “Baiklah,” balas
Maisara separuh menjerit.
PERUT Maisara mula
berbunyi. Dia tersenyum sendiri, tas tangan lalu di capai. Langkah di hayun
laju, tidak mahu Sharifa tertunggu dirinya. Apabila melihatkan pintu lif hampir
tertutup, dia cepat-cepat berlari dan memboloskan diri ke dalam... akan tetapi
di sebabkan dia gagal mengawal keseimbangan badan, dia hampir tercium lantai
lif. Mujurlah ada seseorang yang ringan tulang membantunya.
Maisara
pantas mendongak, tangan hamba Allah yang menolong itu di tepisnya perlahan.
Bukan muhrim, jika yang tadi darurat tak mengapa, tapi jika selepas itu jatuh
haram namanya.
“Terima
kasih,” ucapnya sekadar berbahasa. Lelaki itu pula angguk sambil tersenyum
terlebih gula. Maisara diburu rasa malu bercampur segan. Dan lelaki itu,
bukannya dia tidak sedar yang gadis di sebelahnya ini kelihatan agak
menggelabah. Dia kemudian tersenyum sendiri.
Entah
mengapa, Maisara merasakan perjalanan lif kali ini begitu lama. Walhal,
bangunan pejabat ini tingginya hanya empat tingkat. Sudahlah hanya ada dia dan
lelaki ajnabi ini, berdua sahaja di dalam lif.
Tiba-tiba,
lif terhenti. Langsung tidak bergerak. Maisara dan lelaki itu saling
berpandangan. Lelaki itu tanpa menunggu lagi pantas menekan butang loceng
kecemasan, namun kesal tiada jawapan. Kemungkinan pengawal keselamatan belum
balik dari makan tengah hari. Maisara mencuba lagi, di tekannya berkali-kali,
namun usahanya tetap sia-sia.
Maisara
langsung teringatkan Sharifa yang sedang menunggunya, mujurlah isyarat telefon boleh
di terima, nombor Sharifa terus di dail pantas. Di kisahkan segalanya. Sharifa
menyuruhnya menunggu dengan sabar. “Tunggu, aku pergi panggilsecurity guard, keep
calm, okey,” pesannya sebelum memutuskan
talian.
Lenguh
berdiri. Dia duduk. Perutnya tiba-tiba berbunyi mengalunkan irama keroncong.
Lelaki itu tersenyum panjang, lucu dengan telatah Maisara yang serba tidak kena
itu.
“Lapar?”
tanyanya memula bicara.
Maisara
angguk. Meskipun begitu, wajah lelaki itu tidak di tatapnya. Gula-gula di
hulurkan kepadanya. Maisara geleng. Kerutan terlihat jelas di dahi lelaki itu,
“Ambillah, sekurang-kurangnya boleh lapik perut tu,” Tiada balasan dari
Maisara. Lelaki itu tersenyum tipis, “Kenapa ni? Setahu saya, saya tak makan
orang. Kenapa awak nampak macam takut-takut dengan saya? Muka saya yang comel
ni, ada nampak macam muka penjahatkah?” ujarnya cuba berlawak.
Maisara
masih membisu. Mungkin bukan orang jahat.
Akan tetapi wajah awak itu bisa menggugurkan jantung aku.“Tidaklah, bukan
begitu.”dalihnya.
“Kalau
begitu, ianya pasal hal tadi?” Dia ketawa sehingga menampakkan barisan giginya
yang putih. “Sorry?
Tapi janganlah segan sangat, lagipun saya tak tersengaja, darurat kan?”
guraunya. “Nice
to meet you, saya Nizam.”
“Riana!!”
tiba-tiba jeritan suara Sharifa memanggilnya kedengaran dari luar lif.
Maisara
pantas menyahut, “Aku ada di sini,”
“Tunggu,
pak guard tengah berusaha nak buka pintu lif ni,” jerit Sharifa lagi.
Sebaik
keluar dari perut lif, Maisara terus di terpa oleh Sharifa bertanyakan keadaan
dirinya. Maisara tersenyum, kemudian menarik nafas. “Aku okey.”
“Siapa
lelaki tu?” tanya Sharifa apabila menyedari ada seorang lelaki yang turut
terperangkap di dalam lif selain Maisara. Maisara angkat bahu.
“Rupa
dia ada iras-iras penyanyi dari Korea. Apa nama kumpulan dia, FT-ISLAND?” Maisara
ketawa. “Tak habis-habis dengan Korea kau ni.”
Sharifa
petik jari,“Betullah, muka dia memang ada iras Honggi! Entah-entah kembar dia?”
“Che
kak, dia ini Melayu. Nama dia Nizam.”
Terangkat
kening Sharifa, “Dah berkenalan rupanya.”
“Jom
makan, aku dah lapar ni,” ajaknya. Sharifa ketawa. “Yalah, jom.” Maisara
sengih.
DI
WARUNG MAMAK. Sharifa kembali bertanya mengenai lelaki yang terperangkap di
dalam lif bersama Maisara itu. Maisara pekakkan telinga. Nasi disuap ke dalam
mulut.
“Ria,
sampai bila? Kau sendiri pun cakap yang Mamat dengan kau hanya kawan kan? Jadi
ambillah peluang ini untuk berkenalan dengan lelaki itu, tapi ini tidak kau
biar macam itu je.”
Maisara
tentang mata Sharifa. “Kau sendiri pun tahu juga yang saiz badan aku ni gempal,
kurang menarik. Lelaki pastinya mahu yang langsing, kurus. Aku? Apa ada?”
“Itu
mungkin kekurangan kau tapi kenapa pandang pada kekurangan? Kau tetap ada rupa
dan yang penting kau comel. Bijak lagi.
Aku pasti, di kalangan ramai lelaki pasti ada segelintir yang akan tertarik
pada pesona kawan aku ni,”
Maisara
cebik mulut. “Terima kasih atas pujian kau tu. Tapi entahlah, aku tak yakin.
Tambah pula, dengan kepulangan Mamat nanti. Aku rasa gementar sangat. Apa
pandangan dia, bila tengok aku yang macam ni,”
“Maksud
kau, Mamat akan balik ke sini?”
Maisara
angguk laju, “Begitulah perancangannya tapi...” Maisara mengeluh pula
kemudiannya. Sharifa mengerutkan kening, “Tapi kenapa?”
“Dia
ada hantar e-mel yang mengatakan dia akan balik ke sini dulu. Tapi tarikhnya
belum pasti. Masih ada banyak perkara yang perlu dia selesaikan. Dia cakap
kemungkinan ayah dan ibu serta adiknya yang akan balik dulu dan dia akan
menyusul kemudian.”
“Pastinya
kau rasa kecewa kan?” soal Sharifa.
“Bohonglah
kalau aku cakap tidak. Tapi...apa boleh buat dia ada hidup dia sendiri. Lagipun
aku dan dia hanya kawan lama.”
Sharifa
tersenyum sinis. “Kawan lama yang masih berhubungan walau 10 tahun tak bersua
muka? Itu kau kata kawan lama? Terkadang aku pelik dengan korang ni. Sekarang
teknologi punyalah canggih. Siapa ada facebook, skype lagi, tapi korangstill send an e-mail.”
Maisara
sekadar tersengih mendengar kata-kata Sharifa.
Temannya
itu kemudian menggeleng kepala. “Inilah dia. Aku cakap sikit, kau tersengih,
tak pun tersenyum saja kan? Macam tak ada apa-apa.” ujarnya geram kemudian
menyambung semula, “Usia kau tu dah makin lanjut, sampai bila, Ria? Kerja itu
penting tapi... kau tetap perlukan seseorang dalam hidup kau. Lagipun sampai
bila kau nak harapkan Mamat. Entah-entah dia ada teman wanita di Korea nun,
melepaslah kau,”
“Kalau
dia ada pun kenapa? Aku dan dia hanya kawan.” jawab Maisara ringkas.
“Kawan?
Seorang kawan tak akan tunjuk muka yang kecewa begini kalau seorang kawan itu
tak jadi balik seperti yang di janjikan!” sindir Sharifa tajam.
“Rifa,
aku...”
“Tak
payah jelaskan pada aku. Jelaskan pada hati kau sendiri.” Titik dari Sharifa.
Selepas itu, masing-masing terdiam. Maisara
akhirnya tenggelam dalam diri sendiri, mencari sebuah kepastian di dalam
keraguan hatinya.
DIA menjelajah dari
satu bahagian ke bahagian yang lain. Matanya fokus pada kertas senarai barang
yang perlu dibeli. Pagi-pagi hari cuti begini, sangkanya bolehlah
bersenang-lenang tapi tidak di sangkanya pula, ibu menyuruhnya membantu membeli
barangan dapur, di dalam keterpaksaan di relakan jua.
Dalam
pada dia sibuk meneliti kertas senarai barang sambil mengawal troli, tanpa di
duga trolinya secara tidak sengaja berlanggar dengan troli yang berada di
hadapan. Si pemilik troli berpaling, wajahnya kelam tak bersuara.
Maisara
menelan liur, pahit rasanya. Janganlah
dia tengking aku depan orang ramai. Malu aku. “Encik, maaf, saya tak sengaja.
Silap saya sebab terlalu leka hingga tak perasan encik ada di depan. Harap
encik tak ambil hati. Maaf, sekali lagi.” pintanya bersungguh-sungguh.
Si
pemilik troli yang di langgarnya itu kelihatan tenang, dia kemudian senyum
bersahaja, “Tak ada apalah, awak bukannya sengaja pun kan? Lagipun saya sendiri
pun ralit tengok barang sampai tak sedar ada orang, salah saya juga bukan salah
cik saja.”
Maisara
senyum serba salah, “Kalau begitu, tak apalah. Saya minta diri dulu.”
Jejaka
itu kemudian menjerit kecil memanggilnya, “Cik, ini barang awak tercicir.”
Maisara
mengerling sekilas. Matanya membulat. Ya
Tuhan, dompet aku! “Terima kasih!!” ucap Maisara pendek.
Jejaka
itu membalas dengan, “Sama-sama.”
Selangkah
Maisara menapak, jejaka itu memanggil lagi. Maisara memaniskan muka. Aku dah pun ucap terima kasih. Apa lagi yang
dia nak. Takkan dia nak minta aku belanja dia makan kot?
“Cik
ini, bukan yang terperangkap di dalam lif dengan saya itukah? Maaflah, kalau
saya tersilap orang. Tapi rasanya betul orang yang sama kan?”
Maisara
mencuba mengimbas kembali memori, di mana dia terperangkap di dalam lif.
Sejurus, kotak ingatannya kembali tersusun, jari telunjuknya spontan di hala ke
arah jejaka itu.
“Betullah
tu, saya orangnya. Kuat juga ingatan awak iya? Walhal, dah berminggu benda tu
terjadi.” Tanpa dapat di kawal, muka Maisara memerah pabila terkenangkan
peristiwa lif itu.
Nizam
mengukir sengih, “Mahunya tidak, sejak dari hari itu, fobia juga saya kalau nak
naik lif. Awak tak rasa macam tu?”
Maisara
ketap bibir. Senyumnya tampak pudar, nampak sangat seperti dibuat-buat.
“Sikit-sikit
tu adalah juga, tapi nak buat macam mana kalau dah hari-hari kena naik lif,
terpaksalah di buangkan rasa fobia tu.”
Melihatkan
Maisara seperti tidak selesa di ajak berbual, Nizam terlebih dahulu mengambil
inisiatif untuk mengundur diri. “Baiklah, Riana. Saya pun nak kejar masa ni,
ada jodoh jumpa lagi.”
Mendengarkan
nama pertamanya di sebut lancar. Maisara langsung membeliakkan matanya. “Dari
mana awak tahu nama saya?” nadanya tegas.
“Maaf,
saya terdengar kawan awak panggil awak dengan nama itu. Maaflah, kalau awak tak
suka saya terus panggil nama awak macam itu saja.”
Maisara
diam tidak bersuara. Riaknya sukar di tebak.
“Awak,
janganlah buat muka macam tu, nanti orang ingat saya pengapakan awak pula.”
Nizam melilau memandang keadaan semasa.
Maisara
senyum nipis. Lucu pula rasanya melihatkan wajah cuak lelaki ini.
“Eh,
yang awak senyum ni kenapa? Awak tak marahkan saya lagi?”
Maisara
geleng. “Saya tak marahkan awak pun. Saya cuma terkejut awak masih ingat nama
saya.”
“Oho,
ingatkan awak marahkan saya tadi. Cuak juga saya di buatnya tadi.”
“Baiklah,
kalau dah tak apa-apa lagi, saya minta diri dulu.” Maisara kembali berpaling ke
belakang, “Dan maaf, saya tak berapa
ingat, nama awak apa iya?”
Nizam
mengukir senyum segaris. Comelnya gadis
ni. Dalam malu-malu dia, berani juga bertanyakan nama aku. “Nizam. Hairul
Nizam!”
“By the way, thanks,
Nizam sebab kembalikan dompet saya.Thanks again!”
Nizam
membalas dengan anggukan. Dan, sejurus selepas itu, mereka membawa haluan
masing-masing.
Pertemuan
untuk kali kedua ini, mungkin impaknya belum terkesan di hati. Namun, jika
takdir mula menongkah arus dan pertemuan
kali ke-tiga mula terlakar di kanvas, bisakah ianya?