SETIBANYA di pusat
riadah, enjin kereta di matikan. Matanya meliar memandang kawasan sekitar.
Dengan yakin, dia melangkah keluar, kemudian kembali ke dalam kereta semula.
Kemudiannya dia keluar semula dan sudahnya dia hanya bersidai di tepi kereta.
Bahunya
tiba-tiba di tepuk perlahan. Sekilas dia menoleh, dan rupanya si Nizam yang tak
pernah lokek dengan senyuman itu yang menyapanya, “Ria, awak buat apa kat sini?”
Pertanyaan
jejaka itu hanya di balas dengan mengangkat bahu, sambil mengukir senyum
segaris. Sekadar berbahasa mungkin. Sebenarnya agak lama dia tidak ketemu
dengan jejaka ini sejak selepas mereka di tugaskan bekerja bersama. Ini kerana,
Nizam lebih tertumpu kepada kerja luar berbanding dirinya yang kini lebih
banyak berurusan dengan sumber manusia. Jadi, agak jarang untuk mereka duduk
berbual walau bekerja di bawah bumbung yang sama.
“Riana,
orang tak datang sini sekadar duduk bersidai, atau ulang alik masuk dalam
kereta. Orang yang datang ke sini mereka beriadah, cergaskan diri. Dan saya
rasa awak datang untuk tujuan yang sama kan?”
Maisara
sengih tak jadi. Dia smash aku? Dan dia juga
perhatikan aku? “Awak intai saya iya?”
Nizam angguk. “Kereta awak hanya berselang dua
buah kereta dari kereta saya. Tentulah saya ternampak gelagat awak tadi.” Nizam
kemudianya terus pecah ketawa, “Awak memang kelakar. Nak bersenam tapi takut
orang ketawakan awak? Kalau dah begitu
buat apa awak datang sini?”
Maisara
tarik muka, “Hello, kalau awak setakat nak perli saya, lebih baik awak pergi
cepat.”
Nizam
terdiam dan kemudian,“Apa kata awak temankan saya? Hari ni kawan saya tak jadi
nak main badminton dengan saya. Kalau awak tak ada raket, saya ada satu lagi.
Mahu tak?”
Maisara
memikir adakah Nizam sudah gila atau dia yang tak betul sebab datang sini hari
ini... . Orang gemuk macam dia main badminton? Sungguh akan mendatangkan rasa
lucu di kalangan orang yang menontonnya nanti.
“Awak
jangan nak menaikkan darah saya. Awak ajak saya main badminton? Awak ingat
kelakar sangatlah lawak awak tu?” Maisara naik angin. Ajakan Nizam di rasakan
seperti mengejek dirinya.
“Siapa
kata saya buat lawak. Saya langsung tak berniat nak memperkecilkan awak.”
jelasnya.
“Awak
ajak saya main badminton, sungguh terang lagi bersuluh awak nak orang
tertawakan saya kan?”
“Saya
ikhlas, saya nak tolong awak. Awak datang sini nak bersenam kan? Jadi, saya
ajak awak main dengan saya. Itu sahaja. Berkenaan orang yang akan mengata,
pedulikan sahaja. Awak nak kurus kan? Jadi, tunggu apa lagi?”
Kata-kata
Nizam langsung tiada salahnya. Tapi...bolehkah dia? Si gajah main badminton?
“Baiklah... tapi syaratnya, awak jangan nak tunjuk jaguh.Play it nice and slowly.”
Nizam
senyum senang hati. Dia angguk. “Jom, kita panaskan badan dulu, kalau tidak
mengah awak nanti.”
Maisara menghayun
langkah membuntuti Nizam menuju ke arah gelanggang badminton. Setiba di situ,
sebelum memulakan permainan, Nizam mengajak Maisara membuat senaman ringan bagi
memanaskan badan. Selesai sesi memanaskan badan, permainan akhirnya di mulakan.
Sepuluh
minit kemudian,
“Berhenti,
berhenti!” Maisara akhirnya terduduk di tengah gelanggang. Kaki di luruskan.
Nafasnya turun naik.
Nizam
perlahan-lahan berjalan menghampiri Maisara. “Kita rehat dalam 5 minit lepas tu
kita sambung,” Maisara angguk. Nizam lalu menghulurkan air mineral. “Macam
mana, seronok tak?”
Maisara
berpaling menentang Nizam, “Awak memang sengaja kan? Saya sangat penat! Awak
tanya saya seronok atau tidak? Macam nak pitam adalah dan rasanya ini kali
terakhir saya main!”
“Ini baru permulaan.
Alah bisa tegal biasa. Takkan sebab semput awak terus nak kuburkan azam awak
untuk kurus. Di mana kesungguhan awak? Awak sepatutnya lawan sifat
ketidakyakinan dalam diri awak tu dan dengan itu barulah awak dapat mencapai
misi awak.” ujar Nizam bagi memotivasikan Maisara.
Maisara mengeluh
perlahan, “Saya pernah mencuba pelbagai jenis diet untuk kurus tapi semuanya
gagal, sebabnya saya gagal mengawal nafsu makan saya.
Nasi lemak untuk
sarapan mungkin hanya sebungkus untuk gadis biasa tapi saya 3 bungkus sekali
saya hentam masuk dalam perut. Dan hasilnya seperti yang awak lihat, saya
mengalami obesiti,”
Nizam mendengar dengan
kusyuk. Sesekali dia terangguk. Kemudian sesekali dia tersenyum. Maisara yang
tersedar tingkah laku Nizam langsung menegurnya, “Awak senyum ni kenapa? Awak
ketawakan saya iya?” tanyanya.
Nizam geleng. “Taklah.
Mana ada. Cuma kisah awak agak sama dengan abang saya. Dulu abang saya beratnya
120 kg, lebih berat dari awak. Tapi dengan keazaman yang kuat, dia berjaya
menguruskan badan. Jadi, sebab itu saya percaya awak pun boleh lakukannya!”
cerita Nizam.
Maisara angguk, “Saya
ingat awak gelakkan saya. Maaflah, saya ni sensitif sikit.” Maisara terdiam
seketika. Nizam turut sepi, sabar menunggu bicara yang seterusnya dari Maisara.
“Itu kisah abang awak tapi kisah saya lain. Saya bukannya tak pernah mencuba
langsung, tapi nak buat macam mana, badan saya tetap macam ni,” ujar Maisara
defensif.
“Riana, setiap apa yang
kita cuba secara bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa pasti akan
menemui kejayaan. Hanya satu, kita harus percaya pada diri sendiri!” ucap Nizam
lagak seorang penceramah motivasi.
Maisara terkelu.
Mengapa Nizam begitu baik dengannya? “Nizam, terima kasih! Awak tak ubah
seperti seorang kawan yang saya kenali. Tak putus dengan nasihat.”
Nizam senyum, “Saya
hanya mahukan yang terbaik untuk awak. Saya paling tak suka dengan orang yang
mengatakan tidak sebelum mencuba dan terlalu cepat berputus asa. Hidup ini satu
cabaran jadi kita harus mencabar diri. The sky is the limit!”
Maisara ketawa kecil,
“Awak sepatutnya jadimotivator bukannya pereka hiasan
dalaman.”
Nizam mengangkat jari
telunjuk, “Macam mana awak tahu? Saya memang nak jadi motivator tapi
nak buat macam mana, rezeki saya lebih mengarah ke bidang ni,” ujar Nizam
berlelucon.
Maisara menggeleng
kepala, “Awak ni memang penuh dengan humor, langsung tidak sepadan dengan muka
awak yang serius tu.”
Nizam terpingga-pingga
tidak mengerti, “Apa dia? Saya nampak serius?”
Maisara angguk,
“Bebudak pelatih, semua takut dengan awak. Kalau boleh dia orang tak nak duduk
bawah awak. Dia orang cakap awak garang, langsung tak nak senyum. Serius
memanjang!”
Nizam ketawa
berdekah-dekah. “Biar betul! Saya rasa saya taklah garang sangat. Cuma saya
akui kemungkinan saya agak tegas dan sebab itu mereka ingat saya seorang yang
dingin.”
Maisara geleng. “Tapi
kalau iya pun, cubalah mesra sikit. Saya dan staf yang lain, yang dah lama,
mungkin dah biasa dan tahu perangai awak tapi... budak baru nak dekat dengan
awak pun takut tahu tak?”
Nizam garu kepala,
“Kalau awak tak cerita, rasanya sampai sekarang saya tak tahu yang saya ini
agak kejam dengan para pelatih kita.”
“Now, you know!”
“Yes, now I knew!”
Sepi menghuni suasana.
“Jadi, Riana, apa kata
mulai dari hari ini, setiap hujung minggu, kita lepak sini? Doing exercise!
Selain itu, saya juga akan memantau diet pemakanan awak. Are you game?”
cadang Nizam tidak semena-mena.
Maisara ternganga.
“Awak biar betul?”
“Betullah! Saya ada
pengalaman dalam membantu abang saya, jadi sedikit sebanyak manalah tahu ianya
berkesan dalam membantu awak menguruskan badan! Awak yang untung, saya sedikit
pun tak rugi! Jadi, macam mana?”
Maisara akhirnya
memberi kata putus, dia angguk. Nizam senyum.
Maisara turut senyum.
Dia mahu kurus kerana Mamat. Dia tidak mahu Mamat melihat dirinya yang sekarang
ini. Mungkin niatnya agak tidak betul, tapi... dia harus lakukan demi kebaikan
dirinya juga. Sampai bila dia mahu begini. Mungkin Mamat masih sama atau tidak,
dia tidak kisah, yang dia kisah, dia tidak mahu Mamat terkejut melihat dirinya.
“ALONG! Ya tuhan, dah
tahu sakit, kenapa yang gatal sangat nak pandu kereta ni. Nizam, mari sini, kau
hantar along ke klinik!” laung Puan Husna. Nizam terkocoh-kocoh turun tangga.
Kunci kereta yang tergantung pantas di capainya. Kepala tergeleng melihat wajah
kembarnya yang pucat lesi umpama mayat hidup.
“Teruknya
muka kau. Takkanlah jet lag tak habis lagi kot? Ini mesti kes demam rindu!”
kata Nizam selamba. Kening Puan Husna terangkat, bibirnya bergerak mahu
bertanya sesuatu tapi pantas Mamat memintas. “Ibu, kami pergi dulu,” ujarnya.
Nizam
mengulum senyum. “Benda betul ibu, sebab tu along malu!” bisiknya perlahan pada
Puan Husna sebelum membolos masuk ke tempat pemandu.
Puan
Husna menggeleng kepala, Nizam sangat suka mengusik abangnya yang pemalu itu.
“Pergi cepat. Nanti melarat pula sakit rindu along awak tu!” Sengaja Puan Husna
menguatkan suara. Mamat sengih tak jadi. Hish, ibu ni pun sama naik dengan
Nizam.
Nizam
terkukik ketawa. Spontan dia slap high five dengan Puan
Husna. Cayalah ibu memang sporting! “Baiklah ibu, kami
gerak dulu.” Dalam sekelip mata, kereta terus meluncur laju membelah jalan
raya.
“Kau
memang sengaja kan tadi? Di buatnya ibu bertanya macam polis siasat penjenayah
tak ke niaya aku!” Mamat masih lagi dengan tidak puas hatinya.
Nizam
pekakkan telinga. Matanya tertumpu di stereng kereta. Fokus pada pemanduan.
“Kau
jangan nak buat pekak. Aku tahu kau dengar.”
“Ala,
long. Kau ni kecil hati betullah. Aku gurau sajalah tadi. Ibu bukannya tak
tahu, dengan siapa kau `berkawan`, berhubung selama ini kan? Tenang. Ibu kan
jenis yang lepak.”
“Aku
tahu ibu kita tu macam kawan. Tapi aku tak bolehlah nak cerita semua benda
dengan dia. Segan tahu tak. Mulut kau ni memang tak ada insurans. Macam air
terjun, laju saja turun kan?” marah Mamat.
Sengih
Nizam melebar, “Heh, jadi kau akui, yang kau jatuh sakit ni sebab Maisara?
Sebab dia tak maafkan kau dan tak nak jumpa kau?” Berubah terus riak muka
Mamat.
Seketika
ruang terisi sepi. Nizam kemudian, terangguk-angguk cuba menahan tawa.
“Diamlah
kau!” kata Mamat.
Nizam
kerut dahi, “Bila masa aku bercakap, long?”
Mamat
berpaling memandang ke luar, sedar yang dia telah terlajak kata.
Nizam
berkerut dahi menahan tawa. Senak perut di rasanya.
“Along,
aku janji! Aku akan pertemukan kau, dengan Maisara!” ujarnya penuh yakin.
Entah
menyindir atau mengusik Mamat tak pasti, tapi yang jelas Nizam sengaja
membangkitkan kemarahannya. Namun dia tiada daya melawan, kepalanya terasa
berat. Perlahan-lahan matanya terpejam rapat.
NIZAM goyang perlahan
bahu Mamat. “Along, kita dah sampai klinik.” Mamat menggosok matanya. Dia duduk
tegak. Papan tanda klinik di bacanya perlahan, Klinik Cinta Hati dan
Rakan-rakan. Mamat senyum. Pelik dengan nama klinik ini.
Nizam
mengawangkan tangan, “Along, jomlah. Nanti ramai, jenuh pula nak menunggu.”
Pintu kereta di tutup perlahan. Nizam telah pun berdiri di luar. Manakala Mamat
masih membatu di dalam. Nizam lantas menarik Mamat keluar, “Kau ni betullah
macam putera raja!” bebelnya.
Mamat
mengikut sahaja langkah Nizam. Kepalanya saat ini sangat berat. Sedar-sedar dia
sudah pun berada di dalam bilik doktor. Nizam pula setia menunggu alongnya di
luar.
“Nizam!”
Teguran itu memaksa Nizam memanggungkan wajahnya dari muka majalah yang di bacanya. “Ria, buat apa
kat sini?” tanya Nizam spontan. Tersedar soalan yang di tanya agak dungu. Di
ketuk sendiri kepalanya.
Maisara
ketawa. “Saya temankan ibu saya. Kaki dia bengkak di gigit tebuan masa tengah
menyapu halaman rumah.” beritahunya tanpa di minta. “Awak pula? Tak nampak
macam sakit pun. Temankan orang juga? Yeoja chingu?
( teman wanita)”
Nizam
senyum segaris. “Taklah. Saya temankan abang saya, ambil ubat demam dia.”
Maisara
angguk. Nizam bangun. “Itu pun abang saya dah keluar.”
Maisara
terpaku. Kembar? “Rupanya awak ada kembar?”
Nizam
sengih. “Maaf! Terlupa pula saya nak beritahu.”
Maisara
senyum. “Tidak mengapa. Muka awak berdua saling tak tumpah. Kalau terjumpa di
luar saya pasti akan ingat abang awak ni, awak Nizam!”
Mamat
dan Nizam hanya senyum bersahaja. Barangkali sudah acap kali mendengar ayat
yang sama. Mamat lantas mengenalkan Maisara pada Mamat. “Selamat berkenalan,
Ria. Saya Azam.” ujar Mamat berbahasa. Setelah itu wajah di palingkan ke arah lain.
“Along
saya ini, lain sikit. Dia pemalu.” Bisik Nizam perlahan.
Mamat
mengerling tajam. Bisikan Nizam itu cukup jelas sementelah jarak antara mereka
tidaklah ketara sangat.
Maisara
ketawa. Pasangan kembar ini begitu berbeza. Sama tapi tak serupa.
Sementara
menunggu ubat yang akan di beri, Mamat tenggelam dalam diri sendiri. Manakala
Nizam dan Maisara rancak berbual itu dan ini.
Mamat
tiba-tiba terpandangkan sesuatu di pergelangan tangan Maisara. Gelang itu?
Ianya seakan serupa dengan gelang yang di berikannya pada Maisaranya. Dia
menelan liur. Apakah mungkin dia Maisara
aku? Akan tetapi gelang seperti itu bukan hanya ada satu. Dan namanya...Ria bukan Maisara. Mamat
mengeluh berat. Dia terlalu kuat berimaginasi.