PEPOHON cinta kian merimbun. Mampukah
didustai hatinya lagi? Acap kali dia menegaskan sendiri, aku sudah
melupakannya. Tapi hanya Tuhan yang tahu. Kalimah cinta itu, kian mekar.
Semakin ingin di cantas pergi, semakin ianya bercambah.
Dia tak pernah menyulam
cinta. Apatah lagi bercinta. Jadinya... dia tersesat. Keliru dalam rasa hati
sendiri. Berkali-kali cuba di tipu diri sendiri. Aku tidak mencintainya. Dia
hanya sahabat dan akan kekal begitu. Aku tak nak kehilangan sahabatku. Sekuat
daya dia cuba melupakan. Namun dia tewas. Orang kata cinta itu indah. Indah
pada yang melihatnya. Perit pada yang merasai deritanya. Entahlah. Sesungguhnya
hanya pada Dia di serahkan segalanya.
“Hmm... dah sampai ke
planet mana tu?”
“Eh, ibu?”
“Awal balik hari ni?”
“Hari ni, buat setengah
hari aje, pening kepala sikit,”
“Migrain kamu datang balik?” tanyanya penuh prihatin.
Angguk. “Tadi, dah
jumpa doktor. Dia bagi ubat macam biasa. Esok dah boleh masuk kerja. Ibu jangan
risaulah,”
“Ibu ambil berat. Sebab
kamu tu anak ibu.”
“Ya. Mai tahu, ibu,”
“Sebenarnya... ibu ada
benda sikit nak cakap dengan kamu. Kamu kenal, Aunty Bella kan?”
“Aunty Ain Isabella,
kawan universiti ibu tu? Kenapa dengan dia?”
“Anak dia...”
Maisara terus bangun
dari sofa. Aduh, tak ada benda lain ke ibu
aku ni?
“Duduklah dulu. Dengar
ibu habis cerita.”
“Okey. Kenapa dengan
anak dia? Dah nak kahwin ke? Aunty Bella jemput kita pergi kenduri anak dia?”
Puan Arisa memegang
bahu Maisara. “Mai. Alex dah balik sini.”
Terus wajah lelaki
kacukan Melayu-Jepun-British tu menerjah ruang ingatannya. “Oh, si Adrian Alexander
tu? Bila dia balik sini, bu?”
Terus Puan Arisa
mengukir senyum. “Dalam 2 bulan yang lepas.”
Sepi mengunci suara
antara mereka.
“Ibu... kalau dah tak
ada apa-apa, Mai naik atas dulu ya?”
Perlahan Puan Arisa
menarik tangan Maisara, meminta dia duduk semula. “Dari dulu lagi kamu sendiri
pun tahu kan, yang Alex minat kat kamu kan?”
“Itu dululah ibu, masa
tengah belajar kat universiti. Entah-entah selama dia bekerja kat Jepun tu, dia
jumpa awek Jepun yang comel-comel. Mana kita tahu kan? One more thing, Mai harap sesangat, yang Aunty Bella dengan ibu tak
rancang apa-apa boleh?”
“Ibu tengok Mai dengan
Azam, macam takda perkembangan aje. Korang hanya kawan biasa kan? Apa kata Mai
dengan Alex...”
“Ibu, Mai naik atas
dulu. Nanti kita bincang lain, okey?” Dia melangkah laju menapak anak tangga.
Puan Arisa hanya mampu
terangguk lemah. Besar harapannya anaknya itu bertemu jodoh dengan Alex.
Isabella tu, kawan lamanya tika di universiti, kalau boleh melalui anak-anak
dia ingin mengeratkan lagi hubungan persahabatan mereka.
Azam, sahabat anaknya
tika kecil itu, berkenan juga di hatinya. Azam sudah dia anggap seperti anak
sendiri. Tapi nampak gayanya persahabatan mereka, dilihatnya bagaikan tak
mungkin bertukar arah kepada percintaan.
ESOKNYA, sewaktu makan tengah hari,
“Hai, Yana!” Suapan nasi ke dalam mulutnya terhenti. Agak lama dia tidak
mendengar seseorang memanggilnya dengan nama itu. Dan... hanya ada seorang
manusia sahaja yang memanggilnya begitu. Andrian Alexander. Sebutnya perlahan
dalam hati.
Nizam, Zana dan Rifa
yang memandangnya penuh dengan tanda tanya itu, dia buat-buat tak nampak. “Hai,
Alex. Kau buat apa kat sini?” tanyanya pada Alex dengan senyuman semanis
mungkin. Seboleh mungkin segala rasa yang bertandang cuba di tepis pergi.
“Inikan restoran. Aku datang nak makanlah. Tak
sangka pulak, boleh terjumpa kau kat sini. Hmm... boleh aku join korang lunch sekali?” suara Alex penuh dengan keceriaan.
Mulut Maisara terherot
sebelah. Bibirnya bergerak-gerak bagaikan mengata sesuatu.
Yalah
sangat kebetulan. Nampak sangat kau intip aku kan? Perangai tak pernah berubah.
Buat ikut sedap hati dia aje.
“Boleh tu memanglah boleh, tapi nak kena tanya
kawan-kawan aku ni dulu,”
Zana dan Rifa menjawab
serentak. “Kita orang okey je!”
Nizam pula terangguk
perlahan. Maisara dan Alex di pandangnya silih berganti. Sapa pulak lelaki ni? Tanpa sedar, hatinya terasa panas. Dia mula
tak senang duduk.
Alex tanpa segan silu
menarik kerusi dan duduk di sebelah Maisara. “Lupa pulak aku nak kenalkan diri.
Korang mesti tertanya-tanya siapa aku ni kan? Di pendekkan cerita. Aku dengan
Yana dulu pernah bercinta. Tapi sebab aku ni playboy. Dia tak tahan, lalu kita orang pun putus. End of the story!!”
Tiga pasang mata
pandang Maisara tak berkelip. Tambah-tambah Nizam. Macam nak tembus dinding dia
tengok muka Maisara.
Maisara yang perasan
renungan tajam Nizam, menelan liur penuh kesat. Dia cepat-cepat melarikan
pandangan. “Alex, kalau kau nak bergurau sekalipun, agak-agaklah. Bila masa
pulak aku dengan kau, bercinta, bahlul!!” Maisara menahan geram tak sudah.
Alex ketawa kuat. “Emo sungguhlah kau ni. Nak berlawak
sikit pun tak boleh ke?”
“Boleh tak boleh. Kau
dah buat kawan-kawan aku ni, terkejut besar tau tak.”
“Yalah. Yalah. Korang,
pembetulan. Aku senior Yana, masa kat universiti. Aku pernahlah minat kat dia
tapi dia jual mahal dengan aku. Dan... aku masih minat kat dia sebenarnya tapi well... as usual, dia tak layan aku
pun.” Alex buat muka sedih. Siap pura-pura sapu air mata.
“Korang jangan dengar
cakap Alex. Dia ni bukannya betul sangat pun.”
Nizam mencelah bertanya,
“Yana ni dulu kira popular lar masa kat uni dulu?”
Alex angguk. Penuh semangat
dia bercerita. “Sangat popular. Sebab masa tu dia sangat kurus macam yang
sekarang ni. Tapi lepas habis belajar, aku sendiri pun tak tau kenapa, berat
dia naik mendadak gila. Nak kata dia ada tekanan perasaan memang taklah kan?
Hmm... aku pun musykil sebenarnya.”
“Oh...” panjang
bunyinya dari mereka bertiga.
Zana mengecilkan
matanya. “Kenapa selama ni kau tak pernah beritahu aku dengan Rifa yang kau ada
senior sekacak ni? Apa yang kau cuba rahsiakan? Baik kau cakap cepat!!”
Alex angkat kening. “Dia
tak pernah cerita fasal aku? Sikit pun tak?”
Zana dan Rifa geleng.
“Kenapa kau tak pernah
cerita pasal aku?”
“Nak cerita kenapa
pulak? Aku dengan kau bukannya ada apa-apa pun!”
“Hmm... kalau macam
tu,” Tidak semena-mena, Alex memetik ibu jari dan kelihatan seorang pelayan lelaki
membawa sejambak bunga berjalan menghala ke arah mereka. Mata-mata pengunjung
yang sedang menjamu selera terus tertumpu ke arah mereka.
Maisara kaget. Menatang apa yang Alex nak buat ni?
Alex bersuara penuh
kelembutan, separuh melutut, “Riana
Maisara, you are the sunshine of my life. You make my day with your beautiful
smile.Untuk yang teristimewa di hati saya, terimalah bunga ini, ikhlas
dari saya, A. Your secret admire a.k.a Andrian Alexander.”
Maisara terpingga-pingga,
tak mengerti, dia cuba mencerna setiap satu dari kata-kata Alex. Selama ini pengirim bunga yang misteri itu,
Alex? Dan bukannya Azam seperti yang aku sangka?
Nizam, Zana dan Rifa
ternganga luas, termanggu tanpa kata.
“ALONG, kau dengar tak apa aku cakap ni?!”
jeritnya.
Sungguh dia tak faham.
Azam nampak tenang. Terlalu tenang. Macam tak ada perasaan. Dia punyalah
bersemangat bercerita pasal Alex. Alongnya dari tadi asyik angguk pastu dok
tersenyum-senyum. Apa kes along aku ni?
“Kau tahu tak? Benda ni
benda penting. Kalau kau tak buat apa-apa. Ria mungkin kena rampas dengan
senior dia tu tau?”
Azam masih macam tadi.
Diam sambil tersenyum.
“Kau nak aku buat apa?
Bukannya aku boleh paksa hati Mai tu sukakan aku kan? Aku kalau boleh tak nak berikan
dia tekanan. Aku nak bagi dia masa. Hubungan aku dengan dia biarlah jadi secara
natural!”
“Natural? Maksud kau secara semula jadi? Kau nak buat lawak apa ni?
Aku tahulah kau tu sekarang kerja pengurus kat resort Ayah Am, kerja dekat
pulau, tapi janganlah sampai terbawa-bawa jargon
kau tu dalam kamus harian pulak.” sindirnya penuh dengan rasa geram tak sudah.
Azam terkekeh ketawa.
“Sensitif pulak kau malam ni! Apa hal ni? Kalau kau tak nak Mai terlepas kat
tangan Alex tu... apa kata kau yang pikat dia, boleh macam tu?” Dia
menjungkitkan kening dua kali, sebelum tersenyum sinis.
Nizam menggelabah tak
tentu hala. “Kau mengarut apa malam-malam ni?”
“Aku tak mengarut. I’m dead serious!”
“Azam. Aku dah cakap
banyak kali yang aku tak...”
Azam pantas memotong
sambil menayang gambar Maisara dalam dompet Nizam. “Gambar dalam dompet kau ni
bukti segalanya!”
Nizam kaku tak
bergerak. Dadanya berdebar hebat. “Macam mana kau...?”
“Ambil dompet kau ni?”
Nizam angguk perlahan,
langsung dia tak pandang wajah abangnya. Apa
patut aku buat ni? Nak sembunyi kat mana ni? Mampuslah aku. Aku dah tipu along
hidup-hidup.
Azam menjawab
bersahaja. “Masa ibu ambil pakaian kau bawa turun bawah untuk di basuh pagi
tadi, aku ternampak dompet kau jatuh elok atas tangga. Jadi, aku pun kutiplah!”
Azam mengetap bibir. Patutlah aku cari merata tak jumpa. Rupanya
ada kat Azam!
“Dari mula lagi aku dah
agak yang kau tak pernah lupakan perasaan kau kat Mai. Sekarang ni bukan aku
yang patut jujur. Tapi kau, Nizam!!”
“Nak jujur kejadahnya.
Kau dah pun tahu kan?” gumamnya perlahan.
Azam terus menempelak
lantang, “Maksud aku, kau jujur dengan Ria kau tu!! Selama ni, dia tak bukak
hati dia kat aku sebab dia pun tak boleh nak lupakan perasaan dia kat kau. Dia
cuba layan aku dengan baik. Dia tak nak aku kecil hati. Dia nak jaga hati aku!
Tapi hati dia sendiri?
Aku tahu korang tak nak
lukakan aku. Korang nak aku bahagia. Tapi korang sendiri? Aku tak buta. Dari
dulu lagi, aku kan dah cakap kat kau. Kalau kau sukakan Mai, just go for it!! Aku tak nak berebut
dengan adik sendiri.
Even
more bila aku tahu dan sedar yang sahabat
aku, Mai pun cintakan kau. Aku dah tak sanggup nak berdrama dengan korang. Aku
pun dah penat sebenarnya. Aku harap sangat kau tamatkan segalanya. Confess to her. Tell everything. Tell her
that you love her too!!”
Azam memegang erat bahu
adiknya. Dia mahu Nizam luahkan segalanya. Luahkan segala yang terpendam.
Walaupun dia mungkin terluka dengan semua ni, dia redha kerna dia tahu Tuhan
akan temukan dia dengan seseorang yang lebih baik. Dia yakin itu.
Nizam merenung dalam
wajah Azam. “Tapi along aku pun tak nak berebut Ria dengan kau. Aku tak nak
rampas dia dari kau. Dia milik kau dari mula. Korang dah kenal lama. Aku tak
nak rosakkan hubungan korang.
Lagipun kalau nak di
bandingkan, kau lebih sesuai dengan dia. Korang saling memahami. Minat pun
sama. Hobby and everything between that
just the same!! Even, ibu dengan
ayah Ria pun lebih selesa dengan kau. Raina pun.”
Azam menggaru lehernya
yang tak gatal. “Bila masa pulak, Ria tu jadi milik aku? Rampas Riana Maisara
dari aku? Aku dengan Mai tak pernah pun bercinta ke hapa?! Kau ni memang
kelakarlah, Nizam.” Dia ketawa kecil sebelum tergeleng kepala. "Kau bercakap pasal
minat kami yang sama? Hobi sama! Kau nak tahu tak? Perbezaan antara pasangan tu
lebih istimewa dari persamaan tau. Sebab kita boleh cuba benda baru. Dan dari
situ kefahaman akan wujud. Akan lebih seronok.
Tak payah tengok yang
jauh. Tengok aje ibu dengan ayah kita. Ayah, seorang profesor bahasa. Ibu kita
pula, bekas jururawat. Ayah pandai masak. Ibu kita pula biasa-biasa aje. Ayah
suka berkebun. Ibu pula suka bela ikan. Tak ke jauh beza tu? But
then, dorang hidup bahagia. Same goes
to you and Mai!! Both of you can
build that too!!”
Mulut Nizam ternganga
luas. Tubir matanya bergenang. Terharu gila. Kenapalah abang aku baik sangat ni?
“Azam kau sedar tak apa
yang kau cakap ni?”
“Sangat sedar. 6 bulan
aku perhatikan korang. I had it enough!
Mai dengan cara dia. Kau dengan cara kau. Aku rasa nak tergelak pun ada. Macam
mana korang boleh bertahan? Aku yang tengok ni pun rasa kesian tahu tak? Aku
tahu korang buat sebab aku. Tapi... sampai bila?”
Sunyi mengambil alih.
Azam dan Nizam merenung jauh.
Nizam memecah sepi. “Kau
nak aku buat apa? Ria dia dah bulatkan hati dia untuk terima kau. Aku tak rasa
aku ada ruang dalam hati dia lagi. 6 bulan dah berlalu. Hati dia mungkin dah
berubah.” ujarnya perlahan.
Azam mengeluh keras.
“Dia buat macam tu, sebab kau tak pernah luahkan perasaan kau. Dia tak tahu
sama ada kau benar-benar cintakan dia atau tak?! Sebab tu, dia try to move on. But then, she’s cannot. Tapi apa yang boleh dia buat? Kau tak
mungkin terima dia, sebab kau lebih sayangkan along kau ni kan?” Azam
berlelucon, dia memaut bahu Nizam.
Nizam tersenyum kecil. “Sebab
kau satu-satunya abang aku. Kembar pulak tu. Aku tak nak kita bergaduh sebab
sorang perempuan macam dalam drama Melayu. Tak gentleman langsung. Sebab tu aku putus asa. Aku tahu Ria lebih
bahagia kalau dengan kau. Kau lebih baik dari aku. Faham dia dari segala segi.
Tapi itulah, semakin
aku rasa aku dah lupakan dia. Perasaan tu datang balik. Sungguh aku rasa macam
orang gila. Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah terfikir nak rampas Ria dari
kau, tapi pesaing aku,you, my bro!! Abang
yang paling aku sayang kat dalam dunia ni.” Suaranya bergetar menahan tangis.
Azam sendiri matanya
mula berkaca. Spontan dia memeluk erat bahu adiknya itu. Kepala Nizam di gosok
perlahan. Umpamanya mereka berdua seperti kembali ke terowong masa. Ketika
kebenaran di ungkap. Ketika mereka berdua di pertemukan semula semasa berusia
13 tahun. Dan dia memujuk Nizam yang ketika itu merajuk dengan ibu dan ayah
mereka.