NIZAM mengelamun,
termenung jauh. Bersendirian di dalam bilik. Malam semakin dekat menghampiri
pagi. Hari ini, bagaikan suatu cubaan untuk dirinya. Bagaikan menguji kesetiaan
seorang adik dan juga sahabat. Rasa itu semakin menyesak jiwa. Semakin menebal.
Antara
gadis yang di temui, kenapa Riana yang begitu menyinar di hatinya? Mengusik
hatinya sebegini rupa? Mana mungkin dia campak jauh perasaan ini, sedangkan
ianya semakin bercambah? Sungguh, jika di lihat dari segi luaran Riana tiada
keistimewaan langsung. Dia bertubuh gempal. Bergaya dan berfesyen memang bukan
kepakarannya. Pakaiannya begitu ringkas, sekadar seluar jeans berserta t-shirt
atau blaus. Itu sahaja.
Sememangnya
Riana sudah lari jauh dari bayangan gadis idamannya. Entah mengapa, berada
dekat dengan Riana, dia begitu bahagia dan tenang. Nizam menarik nafas panjang.
Sedar yang Riana Maisara bukan tercipta untuknya. Dia untuk Azam.
Esok,
penyamaran ini akan di bongkar. Dalam lega ada rasa khuatir. Lega kerana Azam berani
mahu bersemuka dengan Maisara. Khuatir kerana tidak tahu bagaimana penerimaan
Maisara? Segalanya terserah pada Dia yang Satu!
Ketukan
di luar pintu membawa pergi lamunannya. Sebaik sahaja pintu di kuak, wajah Jun
dengan senyuman yang melebar singgah di mata. Nizam kerut kening. “Kau nak apa
malam-malam ni? Jet lag? Tak boleh tidur?”
Jun
geleng perlahan sambil melabuh punggung di birai katil. “Bukanlah. Hyunlah berdengkur
kuat sangat. Sakit telinga aku. Aku tidur bilik kau boleh?”
Nizam
gelak. “Boleh. Jangan kau sepak aku jatuh katil sudah!” guraunya.
Jun
cebik bibir. “Aku bukan budak kecik lagilah.” Seketika, pecah juga ketawa
antara mereka pabila kenangan ketika
masih budak-budak singgah di minda.
“Kau
pula kenapa tak tidur lagi?” tanya Jun.
Nizam
diam. Dia tersenyum nipis. “Tak rasa ngantuk, macam mana nak tidur.”
Jun
angguk. Kemudian tangan di silangkan. “Alasan basi. Kita dah kenal lama. Aku
tak rasa itu sebabnya. Kan?”
Nizam
menarik selimut, pura-pura tidur.
Jun
lantas menariknya semula. “Hoi, jangan nak elak, sila jawab soalan aku dulu!”
Nizam
mendengus keras. “Nak jawap apa kalau aku sendiri pun tak tahu jawapannya!”
Jun gosok dagu. “Kalau macam tu, aku perlu
cari kata kuncinya? Riana Maisara! Itu kata kuncinya kan?”
Nizam
menggaru telinganya yang tidak gatal itu. “Apa dia? Aku kurang dengarlah.
Sudahlah, tidur. Esok aku kerja dan aku kena bangun awal. Jal-cha
(Selamat malam)”
Jun
masih tidak mahu mengalah. “Kau cintakan dia kan?” tanyanya tanpa berlapik.
Nizam
mengeluh dalam. “Jun, dia bukan taste aku! Cinta kau kata?”
Jun
senyum. “Dah lama aku tak tengok kau menggelabah macam ni. Semenjak kau kena reject dengan
adik aku, Hana, rasanya inilah pertama kali, aku nampak muka kau yang cuak ni!”
ujar Jun sengaja menaikkan amarah Nizam.
“Jun,
kau mengarut apa ni?” suara Nizam mula meninggi.
“Aku
tak mengarut. I’m
speakin’ out the truth. Salahkah?”
“Memang
salah. Maisara milik along. Dia bukan untuk aku!”
Jun
terangguk-angguk. Dia tersenyum dalam diam. Jeratnya mengena. Nizam mula
membuka rahsia hatinya. “Mana kau tahu dia bukan untuk kau? Jodoh dan pertemuan
bukan di tangan kau, tapi Tuhan!”
Nizam
meraup muka. “Aku tahu! Aku sedar! Tapi...apa yang aku boleh buat? Kau nak aku
rampas dia dari along? Atau kalau aku luahkan perasaan aku pada Riana pun, apa
yang aku dapat?Nothing!
Sebabnya dia dah set up hatinya untuk along
sejak kecil lagi! Cintanya hanya untuk Mamat!”
Jun
menepuk bahu Nizam. “Aku faham. Tapi sekurang-kurangnya jangan tipu diri
sendiri. Kau harus berdepan dengan perasaan kau. Aku tak suruh kau rampas
sesiapa.” Jun terdiam sebelum menyambung kata, “Nizam, aku anggap kau macam
adik sendiri. Kalau ada masalah, datang cari aku dan manalah tahu
aku boleh pujuk Hana terima kau?” ujarnya serius namun masih sempat di selitkan
jenaka di hujung kata.
Nizam
menahan tawa. Dia kemudian tersenyum kecil. Kepala di geleng. “Gila! Tunang
adik kau tu nak di buang ke mana? Muka aku ni pastinya lebam kena tumbuk dengan
Changsung!”
Jun
sengih. “Aku gurau sajalah!”
Nizam senyum. “Ya, aku tahu!” Sebenarnya dia
bersyukur. Mujurlah Jun tumpang tidur di biliknya. Jika tidak, mungkin
persoalan ini masih mengganggu benaknya hingga ke Subuh.
Jun!
Orang kedua selepas along tempat dia bergantung harap. Jun kenal dia luar dalam
seperti along. Tiada rahsia antara dia dan Jun. Tapi sayang, Jun masih belum
terbuka hatinya untuk memeluk Islam. Harapannya sebelum menutup mata, dia ingin
Jun berada di bawah nur Islam.
PAGI MENJELMA TIBA.
Hari ini langit cerah. Nizam melangkah yakin ke dalam pejabat. Berharap dialah
orang terawal datang. Semuanya hampa, tatkala sapaan dan senyuman itu hadir di depan
mata. Nizam mendesis kecil, datang awal nak elak dari jumpa dia tapi hampeh!
Kening
Maisara terjungkit tinggi. “Nizam, awal kau datang?”
Nizam
tersengih kerang, “Yakah? Tak adalah. Aku memang selalu datang awal. Kau aja
yang tak perasan!” Ingin di ketuk kepala sendiri. Bagaimana dia boleh lupa yang
Maisara sering datang awal?
Maisara
ketawa. “Apa-apa sajalah! Aku nak ke pantri. Jomlah temankan aku makan. Aku ada
bawa nasi lemak lebih!” ujarnya sambil menunjukkan bungkusan di tangan.
Nizam
menolak dengan lembut, “Tak apalah, Ria. Aku dah sarapan kat rumah tadi!”
Maisara
mencebik. “Ala, jomlah. Temankan aku. Alang-alang kau dah sampai awal, bukannya
selalu pun. Lagipun ada lagi 30 minit sebelum masuk kerja!” ujarnya sambil
melihat jam di tangan.
Nizam
terangguk lemah. Hatinya mudah goyah dengan pujukan Maisara. “Baiklah!”
Matanya
tidak berkelip memandang gadis di hadapannya ini menjamah makanan. Seingatnya
Maisara sudah kenyang dengan dua bungkus nasi lemak, tetapi tidak. Di
selongkarnya pula biskut kering yang ada di dalam almari kecil pantri ini.
Nizam menggeleng kepala. Memang buruk lantak. Kuat makan.
“Ria,
boleh meletup perut kau nanti.”
Maisara
menjeling tajam, “Kau nak cakap yang aku buruk lantaklah kan?”
Nizam
mengambil biskut kering daripada tangan Maisara. “Tak, sayang! Aku cuma
risaukan kau. Kesihatan kau. Kau dah lupa yang dulu aku pun pernah gemuk? Aku
tak nak kau jadi macam aku. Berat badan kau sekarang ni, semakin menyusut, jadi
tolong jaga pemakanan kau!”
Maisara
terdiam. Dia panggil aku sayang lagi?
“Aku ingat kau tak kisah kalau badan aku montel. Rupanya aku salah!”
“Bukan
macam tu maksud aku. Aku tak nak kau di timpa sakit dek kerana berat badan kau.
Ingat, kita makan untuk hidup! Bukannya hidup untuk makan! Faham?”
Maisara
mengajuk cakap Nizam. “Bla. Bla. Kau cakap sebijik macam ibu aku!”
“Ria,
kau dah janji dengan aku yang kau akan usahakan untuk kuruskan badan. Aku
sekadar mengingatkan sahaja. Kau dah lupa pada janji kau sendiri?”
“Aku
dah jumpa kau. Jadi, tak ada gunanya pun. Tambah pula, bila berada dengan kau,
aku langsung tak rasa inferiorty complex.”
terangnya bersahaja.
“Ya,
aku tahu! Tapi... sayang kau berhenti sekerat jalan macam ni.”
Maisara
pandang Nizam lama. Kenapa dia begitu
nekad sangat ni? Dia memang tak suka berkawan dengan aku yang montel ni? Tapi
kenapa aku rasa macam dia terlebih ambil berat?
Nizam
kurang selesa di tenung sebegitu. “Kenapa kau tengok aku macam tu?”
Maisara
geleng. “Tak ada apa. Cuma cara kau ni, boleh buat orang salah faham!
Terutamanya gadis naif macam aku!”
Nizam
bertanya dengan dungunya. “Salah faham?”
“Salah
faham yang mungkin kau ada hati dengan dia! Sukakan dia. Cintakan dia.”
Nizam
senyap. Dia tertunduk ke bawah. “Kalau kau rasa layanan aku terlalu over the top.
Aku minta maaf. Aku tak bermaksud yang lain, hanya sekadar ambil berat sebagai
seorang kawan!” Tanpa sedar dia memaki diri sendiri. Lakonannya memang hebat. Fantastik! Bagus, Nizam! Teruskan mendera
perasaan sendiri.
Maisara
tiba-tiba ketawa kecil. “Wajah kau yang serius ni memang comellah. Aku bergurau
sahajalah. Aku tahu dan ingat janji aku. Aku tak pernah lupa. Aku memang nak
kurus. Bukan untuk sesiapa tapi untuk diri aku sendiri. Aku sentiasa ingat
pesanan kau.So,
please let you worry down,a bit?
Malam tadi aku tak makan nasi. Sebab tu, pagi ni, aku rasa lapar sangat.
Faham?” jelas Maisara panjang lebar.
Mulanya
dia hanya ingin bergurau tapi tidak di sangkanya Nizam membawa topik ini
menjadi serius pula. Jadi, dia ikutkan sahaja rentak Nizam. Semakin lama,
semakin melalut pula. Maisara yang sudah tidak tahan, akhirnya memutuskan untuk
berterus-terang sahaja.
Nizam
gigit bibir. Jadinya aku tertipulah ni?
Nizam lantas bangun. “Kalau macam tu, aku masuk pejabat dulu. Kau teruskanlah.”
Mukanya kelihatan memerah. Malulah tu.
Maisara
menahan senyum di pinggir bibir. Comelnya
muka handsome dia bila malu.
“Baik,
sayang!” usik Maisara dan bertambah memerah wajah Nizam di buatnya. Sebaik
Nizam berlalu pergi, Maisara tertawa lucu. Nizam,
Nizam... .
Nizam
yang ketika itu telah sampai di bilik pejabatnya, tersenyum sendirian sambil
menggelengkan kepala. Riana, kau memang
nakal! Macam nak jatuh jantung aku di buatnya. Malunya... .
TENGAH HARI ITU,
sewaktu tengah menjamu selera, Maisara langsung menceritakan detik pertemuan
antara dia dan Mamat. Mulut Rifa terbuka luas, tidak percaya dengan apa yang
baru dia dengari. “Kau biar betul? Nizam tu Mamat?” tanya Rifa rendah perlahan.
Maisara
angguk laju. “Mulanya aku pun tak percaya. Tapi bila dia tunjuk gambar sebagai
bahan bukti. Aku sendiri rasa nak pitam.”
Rifa
geleng kepala. “Tak sangka, rupanya dia dekat saja dengan kau. Tapi macam kau
katalah, aku pun rasa pelik juga, Nizam tu Mamat? Hmm... macam tak berapa nak
kena sangatlah,”
“Itulah.
Tapi bila dia buka cerita pasal rahsia aku. Aku jadi hilang arah. Sememangnya hanya
Mamat sahaja yang tahu kebanyakan rahsia aku, selain kau,”
Rifa
menongkat dagu. “Kau kata dia ada kembar kan?” Maisara angguk. Rifa menyambung
tanya,“Dan selama ini, kau memang tak tahu dia ada kembar? Hanya baru-baru ini
sahaja kan?”
Maisara
angguk lagi. “Mungkin dia nak bagi aku kejutan. Sebab tu dia rahsiakan dari
aku!” simpulnya ringkas.
“Ria,
cuba fikir secara logiknya. Mesti ada sebab dan agenda tertentu dia tak
beritahu kau. Contohnya, mungkin dia suruh kembar dia menyamar. Sengaja nak
duga kau? Siapa tahu kan?”
“Aku
dah pun tanya dia benda tu. Dia menidakkan sekerasnya dan dia cakap aku ni tak
nak terima kenyataan. Lagi pula, dia dan kembar dia tak banyak beza, mereka
hampir serupa. Aku sendiri keliru, tak tahu yang mana benar dan palsu,”
“Jadi,
kau pernah jumpa kembar Nizam?”
Maisara
mengangguk perlahan. “Nama dia Azam. Aku pernah jumpa dia kat klinik dan
kemudian terserempak pula dengan dia di pantai masa aku bercuti hari tu,”
“Begitu
rupanya. Jadi, siapa lebih menarik dan kacak? Atau lebih tepat lagi, dekat
dengan karakter Mamat?”
“Entahlah.
Sejujurnya naluri aku berkata yang Azam itu Mamat. Sebabnya aku baru sahaja
kenal dia, tapi aku rasa selesa sangat berbual dengan dia.”
“Kau
kena hati-hati, jangan sampai di-permainkan oleh kawan dan perasaan sendiri.
Sekarang ni, banyak kawan yang makan kawan. Aku tak nak kau terluka. Zaman
sekarang, sikap orang, kita memang tak boleh nak duga. Kita sangka kita kenal
lama, kita kenal benar perangai dia tapi kadangkala kita tersilap dalam menilai
seseorang.” nasihatnya panjang lebar.
Maisara
tersenyum tenang. “Kalaupun benar andaian kau tu, aku percaya dia mungkin ada
sebab tertentu. Aku kenal Mamat, dia tak mungkin mempermainkan aku.”
“Terpulang.
Aku sekadar mengingatkan.”
“Aku
tahu dan aku hargai nasihat kau tu.”
Maisara
amat berharap yang segalanya ini benar, kerna jika tepat andaiannya yang Azam
itu Mamat dan Nizam hanyalah menyamar maka segalanya bakal menjadi kacau bilau.
Tapi apakah mungkin Mamat memperlakukannya sebegini. Jika iya atas sebab apa?