“NIZAM, kau dah buat
keputusan?” Soalan Azam di biar tidak berjawab. Matanya tepat merenung lantai.
Kosong segalanya kosong. Semuanya bagaikan bertali arus, datang sekaligus
membadai jiwanya.
Pernyataan
Riana semalam benar-benar meresahkannya. Apakah begitu kebetulan? Riana juga
akan bertemu kawan lamanya? Masa dan lokasi yang di beritahu Riana mendebarkan
jiwa lelakinya. Apakah Riana, adalah
Maisara? Adakah takdir ingin memberitahuku yang Maisara bukan untukku? Ya
Tuhan, moga ini hanyalah andaian aku semata-mata.
Setelah
seketika, Nizam merenung tepat ke mata Azam. “Along, kau ingat tak nama penuh
Maisara?”
Azam
pandang dia pelik. “Kenapa kau tanya?”
“Tak
adalah. Saja nak tahu.” jawabnya bersahaja cuba menutup kegusaran hati.
Azam
menyentuh dagu, gaya memikir sesuatu. “Hmm...aku tak berapa nak ingatlah pula.
Asyik panggil dia Maisara je. Tapi macam ada Ana kat depan. Ana Maisara kot.”
“Oh!”
sepatah dari Nizam. Macam nak dekat je
dengan Riana. Riana Maisara? Aduh masak aku macam ni. Kalaulah betul, takkan aku
nak rampas Riana dari along? Rampas kakak ipar sendiri? Sanggupkah aku?
“Diam
sahaja dari tadi. Kau ada masalahkah?”Azam bertanya. Adiknya itu di pandang
lama. Mengapa pula dia ni? Berat
sangatkah permintaan aku? Sehinga Nizam kelihatan berubah sikap? Pendiam
semacam hari ini.
“Taklah.
Aku okey.” Nizam memaksa diri untuk ceria dan tersenyum. “Kau ni pikir banyak
sangatlah.”
“Hmm...kalau
macam tu, maksudnya kau setujulah iya?” Azam turut ceria, langsung tidak
sangsi.
Nizam
senyum mencebik, “Aku ada pilihan lainkah? Kau satu-satunya abang aku. Kembar
pula tu. Nanti, kalau aku tak ikut cakap kau, 7 keturunan kau sumpah aku macam
Mahsuri.” sindirnya dalam gurauan.
“Oit,
sindir kasar nampak.” Azam pura-pura marah. Sesaat dia menyambung, “Aku
bukannya memaksa kau. Tetapi aku tiada pilihan lain selain kau, kembar aku.
Lainlah kalau aku ada lagi satu kembar. Bolehlah suruh dia.
Kau
calon yang sesuai, Nizam. Walau kita banyak perbezaan tapi tetap ada persamaan
kan? Satu lagi, kau jenis yang setia. Kau takkan rampas Maisara dari aku. Untuk
itu aku yakin meletakkan Maisara di bawah jagaan kau.” Bahu Nizam di pegangnya
erat, seakan telah di- serahkan seluruh kepercayaannya pada Nizam.
Nizam
menelan liur, terasa kesat. Dia cuba bergurau, “Kau jangan yakin sangat. Kau tak
takut Maisara syok kat aku? Manalah tahu kan? Melepaslah kau. Walaupun hidung
aku ini, tidaklah semancung kau, tapi aku lebih menarik dan tampan.”
Azam
ketawa galak. “Muka kita sama, jangan nak perasan. Takda maknanya siapa lebih
kacak, sama-sama kacak!”
Nizam
tidak mahu mengalah, “Mana. Aku lebih bergaya, mutu dan keunggulan. Kau tu
pemalu sangat. Patutlah Yuri tergilakan aku dulu,” Nizam mengorak senyum
kemenangan.
“Ceh,
masuk bakul angkat sendirilah. Sebutlah nama Yuri. Karang, tiba-tiba dia muncul
depan kau baru padan muka,” Azam memulangkan paku buah keras. Dia tersengih
kerang. Seronok dapat mengenakan Nizam.
Nizam
berkata selamba, “Aku serah Yuri kat kaulah. Aku dah ada Maisara. Kau lupa,
kita sekarang kan dah tukar tempat? ” Dia mengangkat kening mencabar.
Azam
keras memberi amaran, “Kau jangan. Maisara tu bakal kakak ipar kau.”
Nadanya
berubah tiba-tiba. “Iya aku tahu itu. Dan aku akan ingat selalu.”
Azam
senyum tawar, “Dan ingat, janji rahsiakan perkara ini dari ibu dan ayah.”
“Aku
janji!” ikrarnya.
Sepi
menghuni untuk seketika, sehinggalah Azam membuka kata, “Anyway, thanks bro.
Tak terbalas pertolongan kau ni. Aku tahu bukan mudah untuk kau sudi terima
cadangan aku yang gila ni.”
Nizam
memegang dahi, “Aduh, janganlah emosional sangat. Kau tahu kan yang aku ni
sensitif orangnya. Kang aku nangis kat sini, kau juga yang malu.”
“Aku
tahu, sensitif orangnya tapi keras juga hatinya kan? Sehingga sekarang masih
tak cair dengan perempuan. Carilah seorang. Riana tu aku tengok sepadan dengan
kau. Walaupun agak montel tapi comel orangnya. Semenjak kau tolong dia berdiet
ni, dari hari ke hari makin menarik aku tengok si Riana tu. ”
Hai along ni biar benar dia pun terpikat dengan Ria
juga?
Tapi
memang betul pun siapa yang tak terpikat dengan Riana, walau montel tetap ada
daya tarikan yang tersendiri. Tambah pula, berat Riana di lihatnya semakin
menyusut sejak beberapa bulan ini, dek kerana diet insetif di bawah
penyeliaannya. Bayangkanlah dari 90 kg turun ke 70 kg, ini menunjukkan betapa
gigihnya usaha Riana untuk kurus.
Nizam
mengeluh. “Tapi kan, long, tetap buruk lantak. Kalau tak di jaga betul-betul
berat dia akan naik dengan mendadak. Penat jadi instructor
dia, long. Penat juga jadi kawan dia. Setiap masa perlu di ingatkan. Kalau
tidak, bukannya dia nak ikut sangat diet yang aku syorkan.”
“Korang
berdua memang rapat. Walhal kenal baru tak sampai setengah tahun. Cemburu pula
aku tengok. Tambah pula, aku tak dapat jumpa dengan Maisara.” Ada nada kesal di
situ. Kakinya yang lumpuh itu di pandang sayu.
Nizam
memegang bahu Azam seolah memberi kekuatan. “Along, kau jangan risau. Aku akan
jumpa dia bagi pihak kau. Seperkara, jangan banyak fikir sangat. Kau rindukan
dia kan? Usaha untuk sembuh dengan cepat. Aku janji akan pertemukan kau dengan
Maisara. Aku akan satukan korang berdua. Itu janji aku!”
“Terima
kasih, Nizam!”
Nizam
angguk. Esok segalanya akan terjawab. Siapakah Maisara yang sebenarnya? Adakah
tepat seperti dugaannya? Riana adalah Maisara?