PANDANGAN dilemparkan
ke arah bukit kecil yang terletak tidak jauh dari kawasan rumahnya itu. Dia kemudian tersenyum sendiri. Tudung yang berkibar
lantaran di tiup angin, di biarkan sahaja. Dia tenggelam dalam memori semalam.
Di
bawah pohon ciku ini, ketika masih kecil dia sering bermain kahwin-kahwin
dengan rakan sepermainan. Tidak ketinggalan berangan dan berimpian. Andai kata,
bila sudah dewasa nanti kalau dia di takdirkan
bertemu dan jatuh cinta dengan putera raja, alangkah indahnya hidup ini.
Dia
senyum lagi. Siapa yang menyangka impian dan anganannya itu kini menjadi
realiti. Tuhan benar-benar telah menghadirkan ke dalam hidupnya seorang putera
raja. Perkenalan singkat yang bermula dari pergaduhan telah mencetuskan
segalanya sehinggalah berlakunya momen yang dramatik dan tidak terduga dalam
hidupnya. Sekelip mata hidupnya berpusing 360 darjah.
Dari
kesunyian yang mencengkam, hidupnya kini penuh terisi dan mewah dengan kasih
sayang. Dari kera sumbang, dia mengenal kembali apa itu erti sahabat. Dari hati
batu yang kebal dari panahan api asmara, dia kini mengenal apa itu pengorbanan,
demi memiliki sebuah cinta yang suci tanpa noda. Ujian dan dugaan silih
berganti, namun itulah yang mendidik dan mematangkannya dalam menongkah arus
kehidupan.
Akhbar
di selaknya sambil lalu. Identitinya sebagai tunangan Ariel telah terdedah. Ada
para peminat yang mengatakan mereka secocok dan sama padan, tidak kurang ada
yang mencemuh mengatakan dia tidak sesuai dengan Ariel, putera idaman Malaya.
Biarlah apa orang nak kata, asalkan jangan sampai menjatuhkan maruahnya.
Konsert
perpisahan Ariel sudah pun berakhir seminggu yang lalu. Ariel dia tampak sangat
hebat di konsert. Penutup yang menakjubkan seperti yang di jangka dan di nanti
oleh bintang
besar sepertinya.
Selepas ini tiada lagi sorakan yang memanggil nama Ariel. Nama itu akan di ganti
pula kepada Putera Mahkota Tengku Imzi Farhan. Tanggungjawab yang besar untuk
dia galas sedang menanti di hadapan.
Puan
Eliza menghampiri Filia yang sedang bermenung seorang diri itu, “Anak ibu, buat
apa duduk sorang-sorang di sini? Farhan merata cari dia, rupanya dia duduk kat
pangkin ni.”
Filia
ketawa, “La...Filia duduk depan ni sahaja ambil angin takkan dia tak perasan.”
Puan
Eliza menyambut dengan, “Entahlah mungkin dia rabun kot? Rabun cinta?” usiknya.
“Ibu
ni, ada pula kata macam tu.” ujar Filia malu-malu.
Puan
Eliza memeluk bahu anaknya itu. Riaknya berubah serius. “Selepas ini jaga diri
elok-elok. Duduk tempat orang kena pandai bawa diri. Memang Filia pernah
menginap di sana sementara. Tetapi ini berlainan ianya untuk seumur hidup.
Status Filia juga akan berubah selepas Farhan melafazkan ijab dan kabul. Filia
bukan sahaja menjadi isteri Farhan tetapi sebagai bakal permaisuri Sutrasia.
Mulai dari hari ini, ibu nak Filia jaga tingkah laku, tak boleh sekasar macam
dulu, kena lemah lembut dan berjiwa kental, faham tu?” nasihat Puan Eliza
panjang lebar.
Tubuh
Filia kemudian di bawa ke dalam dakapannya. Terasa sesak jiwanya. Kemalangan
yang hampir meragut nyawa Filia, masih berbayang di mata. Sekujur tubuh Filia
yang kaku, tidak bermaya masih terimbau di ingatan. Sukar baginya melepaskan
Filia pergi merantau di negara orang. Kerisauan yang berkali ganda dari jiwa
seorang ibu bagai tidak dapat di tahan lagi. Air mata mengalir laju.
Filia
turut bah. Pipi ibu yang basah dengan air mata di sapu perlahan. “Kalau ibu
nangis, sedih begini, lagilah Filia rasa berat hati nak pergi. Filia janji bila
ada masa terluang Filia akan lawat ibu.” pujuknya bagi meredakan kesedihan yang
melanda hati ibunya.
“Lagipun
sekarang Filia masih ada kat sini lagi kan? Kita masih ada banyak masa lagi.
Farhan cakap dia akan tunggu Filia habis belajar dulu. Selesaikan beberapa
perkara penting di sini dan selepas itu barulah kami akan berkahwin.” jelasnya
lalu kepala di lentokkan ke bahu ibunya.
Puan
Eliza mengusap lembut kepalanya anaknya itu. Dahi Filia kemudian di cium. “Ibu
sentiasa doakan kebahagiaan kamu. Walau kami tak bersama kamu, ingatlah doa
kami sentiasa di sisimu,”
Filia
memeluk erat ibunya. “Terima kasih, ibu. Filia sayang ibu, dan Filia juga
takkan lupakan ibu dan ayah.Both of you are always in my heart,”
ucapnya penuh telus. Terasa sayu di hati, saat perpisahan semakin hampir.
Bilakah waktunya lagi dia akan bertemu dengan ibu dan ayahnya?
FARHAN MEMAUT BAHU
FILIA, “Sayang rindukan ibu dan ayah iya?” tanyanya lembut. Filia diam tidak
menjawab. Air terjun buatan di halaman istana itu direnung lama. Dua tahun
telah berlalu sejak dia meninggalkan zaman bujang. Sekejapan masa telah
meninggalkannya pergi. Dia bahagia membina mahligai cinta bersama Farhan.
Farhan
memang lelaki dan suami yang baik. Dari mula kenal sehinggalah kini, sikap dan
layanan Farhan padanya tetap mesra. Walau sesibuk mana, akan dia luangkan masa
melayani karenah isterinya yang kadang kala manja tidak bertempat ini.
Filia
senyum sendiri. Terkadang dia terasa seperti `mendera` Farhan pula. Tambahan
pula, dia sekarang telah berbadan dua. Semakin bertambah ragamnya namun Farhan
tetap sabar dan sabar. Ke mana pergi sifat marahnya dahulu pun, Filia sendiri tak tahu.
Hidung
Filia di cubitnya, “Baby macam mana sihat?”
tanya Farhan sambil mengusap lembut perut Filia yang hanya menunggu masa itu.
Filia
tampar perlahan tangan Farhan, “Babysihat. Tapi ibunya yang
tak sihat.”
Farhan
mendongak memandang Filia. Matanya berkelip. Dahi Filia di pegang,
“Tak
panas pun?”
Filia
mendengus keras, “Kanda Farhan, awak sengaja buat-buat lupa atau memang tak
ingat? Lusa ini kan Fikri dan Tira nikah dan hujung minggu ini pula hari
ulangtahun perkahwinan ayah dan ibu? Nanti apa kata dia orang kalau kita tak
pergi?” beritahunya sambil menahan geram.
Farhan
tersenyum, kemudian menggeleng, “Ini yang dinda resahkan? Perut dinda itu dah
macam belon, tunggu masa nak pecah, macam mana kita nak pergi? Di buatnya dinda
terberanak dalam kapal terbang macam mana?”
Haru
sungguh isterinya ini. Dek kerana sayangkan Filia dia telah merencana sesuatu
dengan Fikri dan Tira. Mujurlah mereka berdua bersetuju. Kalau tidak, dia
sendiri pun tak tahulah.
Muncung
di tarik panjang, “Habis tu? Terlepaslah peluang Filia untuk bersama-sama dengan
Tira di hari bahagia dia?”
“
Bawa bertenang, semua perkara itu telah kanda bereskan,”
“Maksud,
kanda?”
Farhan
tersengih nakal, “Pejamkan mata dulu,” Filia menurut perintah lalu mata di
pejam. Sebaik di buka, hatinya melonjak kegembiraan. Farhan lantas dipeluk,
“Terima kasih, kanda.”
Farhan
tergeleng kepala. Telatah Filia selepas menjadi isterinya masih sama cuma
manjanya lain macam. Filia kini sinar dalam hidupnya. Dia akui, tanpa Filia
mungkin hidupnya tiada seri. Kemahuan Filia dipenuhi selagi terdaya. Dia ingin
Filia merasakan setiap detik bersamanya adalah membahagiakan.
Tanpa
menunggu lagi, Filia terus meluru mendapatkan ibu dan ayah melepaskan rindu
yang sekian lama terpendam. “Ibu, ayah selamat ulangtahun yang ke-26.” ucapnya.
Dia
melangkah pula mendapatkan Tira. Tidak di sangka jodoh Tira dengan Fikri.
Mungkin kerana dalam `projek` mereka ingin menyatukan Filia dan Farhan, tanpa
sedar bibit cinta turut berputik antara mereka. Filia tergeleng kepala pabila
terkenangkan betapa tidak sebulunya Fikri dan Tira dahulu, siapa sangka kini
mereka bakal menjadi suami dan isteri.
Tira
memaut mesra bahu Filia, “Kau tengok betapa sayangnya Farhan pada kau Filia,
sampai kami di terbangkan ke sini dan di suruhnya pula kami akad nikah di sini.
Semuanya gara-gara tak mahu kau kecewa kerana tak dapat menghadirkan diri ke
majlis kami,”
Serentak
mereka semua ketawa. Filia menahan malu, pada Farhan dijelirkan lidah sedikit
tidak menyangka Farhan masih senakal dahulu dalam mengenakan dia. Farhan
mengulum senyum. Senyum bahagia. Tiada yang terindah baginya selain menunaikan
permintaan insan yang tersayang.
ANGIN
MALAM berhembus lembut. Bintang yang
bertaburan di langit menambahkan lagi seri keindahan. “Farhan, kau hadir umpama
cahaya yang menerangi kegelapan hati ini. Tiada jemu aku mengucapkan syukur ke
hadrat Ilahi kerana mempertemukanku dengan dirimu,” bisik Filia sendiri.
Perutnya
yang terkandung zuriat mereka itu, di usap perlahan. “Baby,
awaklah permata hati bonda, pengikat kasih antara bonda dan ayahanda. Besar
nanti, jadi anak yang soleh dan solehah iya?” bicaranya pada anak dalam
kandungan.
Farhan
pagut dagu di bahu Filia. Terkejut sebentar Filia dibuatnya. “Kanda, terkejut
dinda!!”
Farhan
senyum, lalu tangan Filia di genggamnya. “Dah lewat malam ni, tak elok. Angin
malam; sejuk, tak baik untuk kesihatan ibu mengandung macam dinda. Jatuh sakit
nanti macam mana? Kanda juga yang susah!” bebel Farhan.
Filia
pantas menekup mulut Farhan. “Iya, baik!! Filia faham. Dua puluh empat jam
berleter saja kan kerja Farhan. Sakitlah telinga ni,”
Farhan
piat telinga Filia, “Apa Farhan-Farhan? Panggil beta kanda!!”
Filia
tepis kasar, “Tak nak!! Siapa suruh Farhan berleter tak sudah? Filia baru
keluar tak sampai seminit pun. Takkanlah asyik nak terperuk saja dalam bilik.
Ini tak boleh, itu tak boleh. Habis itu apa yang boleh? Bonda pun taklah
membebel macam Farhan.” Tangan di silangkan.
Farhan
angkat bendera putih, terpaksa mengalah.
“Farhan
mengaku Farhan salah. Maaflah ek? Farhan cuma bimbangkan Filia. Farhan tak nak
kejadian yang sama berulang lagi. Filia faham maksud Farhan kan? Filia satu
amanah yang perlu Farhan jaga. Kalau terjadi apa-apa pada Filia dan anak kita,
jenuh Farhan nak menjawab pada ibu dan ayah Filia, pada ayahanda dan bonda.
Tira dan along lagi!!”
Bercakap
tentang Redza, dia kini sedang menyambung pelajaran di luar negara. Hanya
tinggal setahun sebelum dia tamat pengajian. Dia juga tidak sabar mahu melihat
anak buahnya. Farhan pula jikalau ada kesempatan pasti akan menjenguk
sahabatnya itu.
Filia
terdiam, kemudian terangguk perlahan. Lengan Farhan di pautnya. Farhan mengusap
rambut Filia yang separas bahu itu. “Filia bertambah seri dan cantik sejak
mengandung ni, Farhan rasa macam Filia ni bidadari yang singgah turun ke bumi
pula,” pujinya ikhlas.
Filia
cebik kemudian tersenyum nakal. Muka Farhan di telitinya.
“Farhan
pula nampak macam seorang pak cik! Berkedut sana dan sini,”
Dahi
Filia di jentik perlahan. “Nakal lagi!! Filia sedar tak, Filia tu dah nak jadi
mak orang?”
Filia
menggetap bibir. “Iya, saya tahu,” balasnya pendek.
Sepi
seketika. “Filia,” panggil Farhan. Filia menoleh. Matanya bertanya kenapa?
Farhan
senyum sekilas sebelum berkata,
“Farhan
sayang dan cintakan Filia buat selamanya. Susah dan senang kita sentiasa
bersama iya? Jangan pendamkan perasaan. Luahkan. Farhan sudi mendengar.”
ucapnya sambil dagu Filia di cuitnya.
Redup
mata Farhan di tatap lama. Seikhlas hati dan cinta Farhan sentiasa mencambahkan
rasa kasihnya untuk suaminya itu. Air mata mengalir.
“Farhan,
awak dah pun buat yang terbaik untuk Filia. Tiada sesaat pun yang berlalu tanpa
Filia rasa bahagia. Terkadang Filia rasa macam Filia terlalu banyak menerima
dari memberi.”
Farhan
mengesat lembut sisa air mata Filia sambil tersenyum tawar,
“Bukankah
tanda cinta kita sedang bernafas dalam rahim Filia? Itupun sudah mencukupi buat
Farhan dan juga dengan adanya Filia di samping Farhan.”
“Filia
cintakan Farhan.” ucap Filia.
Farhan genggam erat tangan Filia. “Farhan
cintakan Filia juga.”
Kemudian
sama-sama tersenyum, mata di tala merenung langit malam.
Segala
puji bagi-Nya. Terima kasih Allah kerana mempertemukan kami berdua. Sulaman
cinta ini, moga berkekalan hingga ke hujung nyawa dan moga di pertemukan semula
kami di syurga, di akhirat sana, dengan izin-Mu, pastinya!
Sekian,
tamatlah sudah... .