ANGIN pantai yang berhembus lembut
menghadiahkan suasana yang tenang pada petang yang panas terik. Bibirnya mengukir
senyum. Penuh bahagia. Usai makan di restoran Itali tadi, terus dia memecut ke
sini. Wajah Maisara yang penuh tanda tanya tidak di endahkan.
Hari ini hari bersejarah. Hari
ulangtahun persahabatan mereka. Dan dia ingin meluangkan masa bersama Maisara
di hari istimewa ini. “Kau ingat tak hari ni hari apa?” tanya Azam sebaik
mereka melabuh duduk.
Maisara menjawab malas.
“Hari Isninlah! Kenapa?”
Dia bertanya lembut. “Maksud
aku, kau sedar tak pada tarikh ni, hari ni hampir 20 tahun lebih kita kenal!?”
Maisara terdiam. “Kau
kira kita punya history of friendship??”
Sungguh dia terharu. Azam sememangnya menghargai persahabatan mereka. Sejak dulu
hingga sekarang. Dia sentiasa di sisi. Susah atau senang. Walau terpisah oleh
jarak dan masa, itu tak pernah sekalipun merenggangkan tali persahabatan antara
dia dan Azam. Segalanya tak mampu di ungkapkan dengan kata-kata.
“Tentulah. Kita kenal
dari tadika lagi kan? Lama tu tak ke?”
Maisara tersenyum
lebar. “Ya. Memang agak lamalah!”
“Sebab tu aku ajak kau
keluar hari ni.”
“Bukan sebab nak minta
maaf?”
“Kau masih marahkan aku
sebab tak datang lawat ibu kau ke?”
“Tak juga. Aku tahu kau
sibuk. Tapi tak tahu kenapa aku rasa kau macam nak jauhkan diri dari aku aje.”
“Maksud kau?”
“You know why right?”
“Kau risaukan aku ke?”
Angguk. “Yalah siapa
yang tak risau. Kau cakap kau dah boleh terima aku sukakan adik kau. But then, tetiba kau menghilang macam tu
je. Sibuk dengan kerja. Langsung tak balik jenguk ibu ayah kau kat rumah.
Selalunya mana pernah kau berperangai macam ni.” Tempelaknya dalam satu nafas.
Azam tersenyum pahit. “I need time. It’s ain’t no easy for me.”
Tuturnya perlahan separuh berbisik.
Masa bagaikan berhenti
berputar. Berdesing terasa telinganya mendengar patah kata daripada Azam itu.
“Mamat...”
“But I’m all okay now! Really!” Di paksakan senyuman walaupun payah.
Maisara menala
pandangan ke arah ombak yang membadai pantai. “Mamat, honestly, you don’t look that way.” Sekilas dia menoleh ke
arah Azam. “And... I’m sorry for that!” bisiknya perlahan.
“Ain’t no killing. Time will heal it all!”
Sunyi
bertamu. Masing-masing tenggelam dalam perasaan.
Suara
Azam lembut membelah hening. “Aku nak kau janji dengan aku, be happy always. And one more thing... sometimes
it is good for being selfish, okay? Remember that!”
Wajah
sahabatnya itu di tentang. Sebak menyelubungi rasa. Aku janji Mamat.
“Happy 20th anniversary... this is my gift
for you. My way, to show that I love
you, Mai! Kau tahu kan aku selalu ada untuk kau?! Kalau adik aku tu buat
apa-apa kat kau... you can turn to me
anytime.”
Maisara
gigit bibir bawah. “Nothing can replace
you,Mamat. You are one of a kind!”
“Here...” Azam mengeluarkan sesuatu dari
dalam begnya. “Another gift for you...”
Maisara
membuka dengan cermat bungkusan hadiah itu. “Jam pasir?”
Azam
angguk. “Selama 10 tahun, no to be corect almost11
tahun kita terpisah... dan jam pasir ni sebagai simbolik. For all the times that we miss together. We can rebuild it again to
another new journey!”
Maisara
tergelak perlahan, tubir matanya bergenang. “Azam Hairi kau dah bunyi macam
penyajaklah pulak. Patutnya kau ni jadi ahli sastera, bukannya pemuzik.”
Azam
mencebik. “Mai, aku serius ni. Kau main-main pulak.”
“Aku
tahu. And I got your point!” Matahari
yang semakin condong ke barat menyimbah cahaya merah keunguan, menambah warna
bahagia pada sang hati. “Thanks a lot!” ujar Maisara seikhlas
hati. “For this gift. For all the time
that we shared together.”
“Same here.”
Mungkin
ada yang mengatakan dia pelik dan agak bodoh melepaskan gadis yang di cintai
selama 11 tahun, namun ini caranya. Mencintai tak semestinya bersatu. Cinta yang sejati adalah apabila kita dengan
senang hatinya mendoakan kebahagiaan insan yang kita cintai.
Ewah, Azam. Bermadah pula kau ya. Sejak bila kau
jadi mat jiwang ni. Well, mungkin sejak aku sedar yang cinta itu lebih indah
jika kita memberi tanpa mengharapkan apa-apa kerna itu adalah cinta yang
sebenar. Tulus dari hati.