“MAMAT!!! Kau dah boleh berjalan!!”
jerit Maisara dengan terujanya. Azam sengih. Perlahan-lahan dia mengatur
langkah ke arah Maisara yang masih terkejut itu. Nizam mengekorinya dari
belakang, manalah tahu kalau-kalau langkah Azam sumbang lalu terjelepok jatuh.
Puan Husna yang
memerhati dari ruang tamu, mengesat air mata yang jatuh. Segala usaha dan jerih
payah anaknya selama ini terbalas jua akhirnya. Syukur, doanya telah
dimakbulkan Tuhan. Segala puji bagiNya.
“Mamat. Ya Allah.
Gembiranya aku tak terkata.” Mahu sahaja dia menangis saat ini. Segalanya
bagaikan mimpi. Azam akhirnya boleh berjalan semula.
“All thanks to you. Kalau tak kerana sokongan kau, aku tak rasa aku
kuat. And you, too, bro!!” ucap Azam
penuh ikhas.
Selama beberapa bulan
ini, Maisaralah yang banyak menemaninya ke hospital. Memberinya kata-kata
semangat. Keluarganya pun sama. Nizam tak kering dengan nasihat. Ibu pula
selalu ingatkan dia agar sentiasa berdoa pada Dia yang Esa. Ayah pula tak jemu
membantunya berlatih berjalan.
Maisara dan Nizam
sama-sama tersenyum memandang Azam. “Memang kami ada membantu kau. Tapi
selebihnya, terletak pada diri kau sendiri. Kau kuat. Sangat tabah. Itu yang
memacu segalanya. Dan hasilnya seperti
yang kau lihat sekarang. Kau dah boleh berdiri macam ni!!” ujar Maisara masih
dengan senyuman di bibir.
“But still, langkah aku tak laju lagi. Kena pakai tongkat.”
“Every big things started with a first step, remember that okay?”
Maisara mengangkat jari telunjuknya mengingatkan Azam.
Azam angguk. Sesuatu
yang besar bermula dengan langkah yang pertama.
Mereka bertiga melabuh
duduk di gazebo. Maisara duduk di tengah antara Azam dan Nizam.
Azam bersuara memecah
sepi. “Dah nak masuk hujung tahun kan? Macam baru semalam je aku jumpa dengan
kau balik!”
Maisara angguk mendengar
kata-kata Azam. Hampir 6 bulan berlalu sejak kejadian yang tak terduga itu dan
sungguhlah masa tu tiada siapa yang boleh mengagak mereka bertiga boleh duduk
bersembang berbual bersama begini.
“Difikirkan balik, aku
rasa macam kelakar. Kenapalah aku boleh terfikir nak buat macam tu?”Azam
mengeluh keras. Menyesali kesilapan semalam.
“Bukan kau sahaja,
long. Aku rasa orang lain pun sama. Bila terjerat dengan keadaan, otak kita ni
macam tak berfungsi. Mulalah nak fikir hal luar alam.” sahut Nizam.
Maisara pula berkata, “Bak
kata pepatah. Biarlah ia berlalu. Benda dah lepas. Buat apa nak di kenang lagi.
Better we live in the present than the
past, right?”
Kedua beradik itu
mengangguk.
“Kawan-kawan korang kat
Seoul apa cerita?”
“Rabu lepas, Kim ada skype dengan aku. Dorang semua okey.
Hmm... minggu depan dorang nak keluarkan single
terbaru.” beritahu Azam.
“Another single? Bukan 2 bulan lepas dorang dah keluarkan single ke? Wow!!” Maisara diam seketika.
Dalam diam dia mengagumi kerja keras Angin Band. Patutlah pun mereka terkenal
sekarang ni... .
“Rezeki dorang. Lagipun
jadi artis ni, kalau tak ada lagu terbaru, orang cepat lupa.” ujar Azam
berdasarkan pengalaman dia sendiri yang pernah menganggotai Angin Band.
“Hmm... aku nak tanya
sikit boleh? Kau pernah cipta lagu tak?”
Azam geleng. “Aku reti
menyanyi dengan main gitar je. Tapi budak ni... dia ada bakat. Dia pernah tulis
satu lagu untuk Angin Band!”
Maisara langsung
menoleh ke arah Nizam. Matanya berkelip tak percaya. “Kau tulis lagu?” Dia
ketawa kecil. Orang macam Nizam? Yang tegas. Yang garang tak bertempat. Yang...
“Kenapa kau tak percaya
ke?” Nizam menyilangkan tangannya.
Maisara masih dalam
tawanya. “Bukan aku tak percaya tapi unbelievable
sungguh. Macam mustahil je!”
“Tak apa, kau tunggu
sini kejap. Aku masuk ambik gitar.” Nizam terus mengangkat kaki berlari anak
masuk ke dalam rumah.
Sekelip mata, dia sudah
pun kembali duduk bersama Maisara dan Azam. Petikan gitar kedengaran. Dan...
Azam dengan Nizam berduet mengalunkan lagu ciptaan Nizam. Maisara di
tengah-tengah terasa bulu romanya berdiri tegak. Suara mereka berdua terlalu
merdu. Sangat sedap. Harmoni di antara
dua beradik ini sangat menjadi. Umpamanya dia sedang menyaksikan konsert unpluggedtak berbayar.
Tanpa sedar dia
bertepuk tangan saat lagu itu sampai ke penghujungnya. “WOW!! That was so amazing!!” pujinya.
Azam dan Nizam senyum
melebar. Namun tiba-tiba senyum Nizam mati.
“Kakak!! Mamat!!” Gadis
yang sedang berlari anak menuju ke arah mereka itu amat mencuri pandangan
Nizam. Azam dan Maisara di pandangnya silih berganti. Mereka berdua hanya mampu
terdiam. Maisara terasa urat sarafnya saat ini berbelit-belit. Senak perut
tetiba. Nuraina Kaisara apahal yang kau
tetiba datang sini ni?!!
“Kenapa semua orang
diam je ni? Ada nampak hantu ke?”
Azam dan Maisara
mengisyaratkan dengan mata supaya Raina memandang ke arah Nizam. Raina angkat
tangan. “Oh? Hai, lupa nak kenalkan diri. Aku Nuraina Kaisara, adik kembar
Riana Maisara. Kau Hairul Nizam kan? Adik Azam Hairi aka Mamat?! Salam
perkenalan!!”
Azam tersengih kelat.
Maisara rasa macam nak hempuk je kepala Raina. Dengan bahasa skema segala. Siap
dengan salam perkenalan apa ke hal? Bukannya Raina tak tahu yang Nizam langsung
tak tahu menahu hal ini. Kenapalah dia boleh terjah datang sini hari ni. Punah
sudah segalanya. Hancuss... .
Maisara terbangun
terus. Dia lantas menarik Raina jauh sedikit dari Nizam yang tajam merenung ke
arahnya.
“Macam mana kau tahu
alamat rumah Mamat?” tanyanya separuh berbisik.
“Soalan apa yang kau
tanya ni, kak? Ibulah yang bagi. Lagi pula, kali terakhir aku jumpa Mamat masa
dia datang rumah 2 bulan lepas. Lepas tu, aku pergi daki gunung kat Sabah. Aku
nak juga tahu apa perkembangan dia. Dah boleh berjalan ke apa. Sebab tu aku
datang sini.” Jawab Raina panjang lebar menjelaskan situasi.
“Kenapa nak datang tak
beritahu dulu?”
“Aku dah telefon kau
tadi. Tapi tak berjawab pun.”
Maisara teringat.
Telefon bimbitnya ada di dalam kereta. “Kau tahu tak apa yang kau dah buat ni?”
Dia mendesis kecil.
Raina diam memikir.
“Aku... dah buat sesuatu yang tak patut ya? Aku dah terbocorkan rahsia?”
Maisara tertunduk
kemudian terangguk lemah. “Mampuslah aku lepas ni.”
“Kak, yang kau nampak
takut sangat ni kenapa? Nizam tu garang sangat ke?”
Maisara diam. “More than you can imagine, Raina!”
“Hmm... then let me settled this thing. Don’t
worry kay?” Belum sempat Maisara menahan, Raina terus berjalan ke arah
Nizam.
“Nizam. Boleh aku
bercakap dengan kau sekejap?”
Raina yang berdiri
tegak di depan tak di hiraukannya, matanya tajam merenung wajah Maisara. “Aku
tak rasa aku perlu dengar penjelasan dari kau. Aku rasa kakak kau yang perlu
beri aku penjelasan!!” Perkataan kakak itu sengaja di tekankannya. Maisara
menelan liur. Aura membunuh dia tu semakin kelihatan. Masak aku macam ni.
Azam merasakan dia perlu
masuk campur. Kalau tak semakin parah jadinya. “Nizam, benda ni bukan seperti
yang kau fikirkan. Kitaorang cuma tak tahu macam mana nak beritahu kat kau.”
Nizam menggeleng
kepala. Sungguh dia tak sangka, dia tertipu sebegini rupa. Malah abang
kembarnya sendiri merahsiakan hal ini daripada dia?! “Along. Aku tak sangka kau
pun...” Nizam bangun. “Dahlah, aku masuk dalam dulu.”
Tinggallah mereka
bertiga termanggu tanpa sepatah kata. Raina angkat kedua belah tangannya. “Sorry!”
“Dahlah, bukan salah
kau pun, Raina. Benda dah nak jadi!” ujar Azam.
“Aku rasa kami balik
dululah, Mat.” Maisara sudah melangkah menuju ke arah keretanya.
Azam angguk. “Pasal
Nizam, kau serah kat aku. Biar aku yang slow
talk dengan dia.”
Maisara diam sebelum
terangguk perlahan. Serentak dengan itu, Maisara dan Raina menghilang di
sebalik deruan enjin kereta.