“HAI, boleh saya duduk sebelah awak?”
sapa satu suara.
Azam yang ralit melayan
perasaan di bangku taman mini pusat peranginan itu menoleh. Senyuman teman
sekerjanya itu menyapa pandangan. Tiada suara. Dia sekadar mengangguk tanda
membenarkan.
“Dua tiga hari ni aku
tengok kau buat kerja macam bukan orang.” Kenyataan bukan pernyataan. Hanya
jasad Azam berada di sini. Namun, semangatnya bagaikan hilang. Dia seperti
robot. Kerja tanpa mengenal erti penat lelah.
Masih tiada balasan
dari Azam. Hanya dengusan kecil kedengaran.
“Azam, kenapa ni? Aku
tengok kau macam ada masalah aje.”
Diam lagi. Masih sepi
tanpa suara.
“Once again, spill it!! Aku tahu kau memang ada masalah kan?”
suaranya sedikit meninggi.
Akhirnya Azam bersuara
setelah sekian lama membisukan diri. Dia mengumam rendah. “Kalau aku cakap pun,
bukannya kau boleh tolong pun!”
“Kau jangan tak tahu. Aku
dulu ahli kelab pembimbing rakan sebaya tau. Bab selesaikan masalah ni, kau
serahkan aje kat aku. Gerenti, boleh selesai punyalah.”
Azam tersenyum kecil.
Geli hati. Rakan sekerjanya ini memang tak kenal putus asa. Orangnya ceria
sepanjang masa. Jarang untuknya melihat dia bersedih apatah lagi bermasam muka
sesama rakan sekerja.
“Amelia Farhana. Kau
memang lain dari yang lain.” Gelengnya dalam senyuman.
“Dia senyum pulak dah.
Tadi masam bukan main!” Amelia mengerut dahi tak faham. “Kau ni betul ke tidak
ni?”
“Aku bukan tak nak
cerita, Ame. Cuma benda ni terlalu peribadi.”
“Peribadi? Hmm... let me guess, it’s bout’ that girl,
Mai, after all right? Kalau itu yang kau cakap peribadi. I’m couldn’t agree more! Beside, just her,
that can turn you upside down right?”
Azam tersenyum pahit. “Yeah, you got me! Finally, dia dah confesskat
aku. Dia mengaku. Segalanya!”
Amelia sedikit
terkejut. “Maksud kau, dia memang...”
Dia tak mampu meneruskan kata, bimbang jikalau ianya menghiris hati
Azam.
“Aku tak pernah rasa
sakit yang macam ni. Sungguh aku bukan mat jiwang. Aku tak reti nak bermadah.
Aku tak pandai nak luah perasaan. Aku juga cepat mengalah. Tapi... mengalah
pada orang yang paling kita sayang, tak salah kan?”
Amelia memeluk tubuh.
Pandangan di lontar jauh. Sepanjang dia mengenali Azam, inilah kali pertama dia
melihat lelaki ini tak bermaya. Sugul. Muram. Adakalanya pula, dia kelihatan
penuh bertenaga, macam hari ini. Mengenai Maisara, hanya kebetulan aje dia
boleh tahu. Sebabnya dia ternampak gambar Maisara terjatuh dari dalam novel
yang tengah dibaca Azam tika itu. Maka, Azam pun... menceritakan perihal
Maisara serba sedikit kepadanya.
Dia memandang Azam
sekilas. “Pada pendapat aku, kau kuat. Sangat tabah. Bukan semua orang boleh
buat macam yang kau buat ni tau. Kau satu dalam sejuta!”
Azam tersenyum sinis. Satu dalam sejuta? Aku tak sebaik itu, Ame.
Tak setabah itu.
“Mungkin ya. Mungkin
tidak. Aku ada cakap kat ibu, minta dia pinangkan Mai untuk Nizam. Dan kau nak
tahu tak? Ibu marah aku. Dia suruh aku fikir balik. Dan... ya. Bila aku
fikir-fikirkan semula. Aku ni memang bodoh. Bodoh untuk melepaskan gadis
yang aku cintai selama 11 tahun.
Sepatutnya aku kejar cinta aku. Gunakan setiap peluang yang ada masa aku lumpuh
dulu.
Dan... mungkin orang boleh kata, aku boleh
gunakan masa lalu kitaorang untuk memikat dia. Kenangan kami bersama. Tapi...
itu semua tak ada gunanya. Dia tak suka aku pun. Dia suka adik aku! Dia mungkin
sayangkan aku, cintakan aku tapi tak sama macam dia cinta dan sayangkan Nizam!”
Titis demi titis, mutiara jernih itu bah jua akhirnya.
Azam sendiri tak tahu
mengapa. Dengan Amelia, dia begitu mudah meluah perasaan. Dia selesa bercakap,
berbual dengan Amelia sebab dia tahu Amelia takkan menjaja ceritanya pada staf
di sini. Mungkin juga sebab di sini, di resort ini, hanya Amelia yang tahu rasa
hatinya. Hanya Amelia yang tahu, betapa dia cintakan Maisara.
Suaranya serak
bertanya. “Ame, kenapa bukan aku yang dia cinta? Aku yang terlebih dahulu
mengenali dia. Sejak kecil sampailah sekarang, aku hanya cintakan dia seorang.
Aku tak pernah pandang perempuan lain selain dia. Sebelas tahun aku tunggu
untuk berjumpa dia. Sebelas tahun aku bersabar. Sebelas tahun aku menahan
rasa... kenapa bukan aku?!!” nadanya penuh dengan kepiluan.
Amelia sendiri menahan
sebak. “Azam... aku tak boleh nak cakap banyak sebab aku tak rasa apa yang kau
rasa. Benda ni, aku tahu tak mudah. Tapi tetap tak mustahil kan? Ingat, hati tu
bukan manusia yang pegang tetapi Allah. Hari ni mungkin hati kau sarat dengan
rasa cinta untuk Maisara tapi mana tahu esok lusa, Allah gerakkan hati kau
untuk mencintai gadis lain, who knows,
right?”
Azam diam.
Perlahan-lahan dia mengangguk. Hatinya sedikit terpujuk. Ya, semoga suatu hari
nanti hatinya terbuka untuk mencintai gadis yang lain. Bak kata pepatah, bunga
bukan sekuntum!!
HARI INI entah apa yang merasuk. Dia boleh
pulak datang sorang-sorang ke sini. Jalan-jalan tanpa arah tujuan. Window shopping. Raina nak teman di
tolak. Dia ingin bersendirian. Tenggelam dalam keramaian orang.
Kata-kata Azam dua tiga
hari yang lepas masih terngiang jelas. Kenapa
Mamat begitu baik? Ikhlaskah dia melepaskan aku? Kata Mamat, Nizam juga sukakan
aku? Betulkah? Tapi... mungkin juga tidak, sebab itu mungkin andaian Mamat aje
kan? Tapi reaksi Nizam bila Alex datang ke pejabat cari aku kelmarin, lain
macam aje aku tengok... macam dia cemburu tapi mungkin sebab dia tak nak aku
dekat dengan lelaki lain selain Mamat. Hmmm...
Kaki tanpa sedar
melangkah masuk ke dalam kedai buku. Dan tak tersangka dia boleh terserempak
pulak dengan Alex.
“Heya, girl. Jumpa lagi kita,”
Maisara mengoyak senyum
di pinggir bibir. “Tu, awek baru kau ke?” tanyanya separuh berbisik merujuk
kepada perempuan yang tengah membelek buku tak jauh dari mereka.
Alex mengulum senyum, “Taklah, Dia spare part aku je. Kau barulah awek
aku!!”
“Ha. Ha. Kelakarnya.”
Alex ketawa. “Dia anak sepupu ayah aku,
baru aje datang dari Korea semalam. Saja aku bawa dia jalan pusing-pusing KL.”
“Yalah tu. Boleh percaya ke?”
Belum sempat Alex nak
menjawab gadis kecil molek itu datang menghampiri mereka. “Lex, jom. Eh, siapa
dia ni? Yeoja chingu ( teman wanita) ?”
Alex geleng dalam
senyuman. “Mungkin ya, mungkin tidak.”
Gadis itu mengerut dahi
tak faham.
“She’s my junior,”
Gadis itu angguk. “Hai, nice meeting you, I’m Yuri.”
Beritahunya sambil menghulurkan tangan.
Maisara menyambut salam
Yuri. Dia tersenyum kecil. Mereka bertiga berbual kosong untuk seketika dan
selepas Alex dan Yuri melangkah pergi, Maisara terfikir sendiri. Yuri? Macam pernah dengar...