SUATU KETIKA DAHULU,
padang sekolah yang kosong dan luas ini pernah menjadi tapak jajahan mereka.
Selesai sesi persekolahan, mereka tidak terus balik tetapi mereka akan lepak
dahulu di bawah pohon angsana sambil membuat kerja sekolah. Selepas itu pula,
mereka akan ke pantai dan kemudian barulah pulang ke rumah. Leteran ayah dan
ibu tika itu, memang berbisa dan berbirat juga badan di buatnya.
Maisara
tersenyum sendiri sebelum melabuhkan duduk. Nizam kerut kening. “Kenapa kau
senyum?” tanyanya.
“Teringat
zaman kita masih mentah dulu. Di bawah pohon ni dulu kita selalu lepak, borak
kosong. Sembang pasal impian kita. Ternyata impian kita tercapai. Kau dan aku
kita sama-sama jadi interior designer
kan?”
Nizam
hanya menggangguk. Impian kita? Along pernah nak jadi interior designer
ke dulu?
“Nizam
aku nak tanya sikit boleh?”
“Tanyalah!”
“Kau
ada awek?”
Nizam
ketawa bisu. “Kenapa kalau takda, kau nak jadi awek akukah?”
Maisara
ikut ketawa. “Tak ingin aku.” Maisara senyap. Kiranya maksud dia... “Hold on, maksudnya kau dah
adalah ni. Siapa nama dia? Awek Korea iya?”
Nizam
tanpa sedar mengangguk, kemudian dia terkesima sendiri. Halamak?
“Nizam,
cakaplah apa nama dia?” gesa Maisara.
“Yuri!
Yoon Yuri.” ujarnya mendatar tanpa rasa.
Maisara
angguk. Namanya pun sedap, pasti orangnya
cantik. Bukan macam aku yang montel dan debab kan? Eh, kenapa aku bunyi macam
kecewa sangat ni? Maisara berdehem kecil. “Kiranya cinta jarak jauhlah ni?”
Nizam
menarik senyum di pinggir bibir. “Kau tanya aku ni. Kau dah ada yang punya?”
“Sekarang
mungkin tak. Tapi siapa tahu esok lusa aku akan bertemu si dia kan?”
“Siapa?
Peminat yang hantar bunga kat kau tu?” tanya Nizam agak keras.
Maisara
angkat kening. Ni apahal nada Nizam
semacam ni? “Kalau dia munculkan diri, apa salahnya. Aku mungkin akan
pertimbangkan. Tak salah pun kan setakat berkenalan.”
Nizam
gigit bibir. “Kau jangan mudah percayakan orang, Manalah tahu, orang tu sengaja
nak permainkan kau. Nanti kau juga yang akan terluka, sengsara.”
Maisara
memeluk tubuh. “Apa masalah kau ni? Kau cemburu? Takkan kau ambil serius dengan
janji kau masa kita kecik dulu?”
Nizam
terdiam. Janji? Janji apa? Along tak
cakap apa pun? Dia menelan liur. “Taklah. Aku cuma menasihatkan kau agar
jangan mudah terpedaya.”
Maisara
renung Nizam tajam. “Kenapa? Takut aku kenal orang yang macam kau, yang
berpura-pura tak kenal aku. Ingat habis suprise sangatlah tu.”
Nizam
menidakkan sesungguhnya. “Mana ada, sungguh aku pun baru tahu. Berapa kali aku
nak cakap ni?”
Maisara
gelak. “Ya, aku tahu. Kau ni cepat betul menggelabah. Kelakarlah.” Maisara diam.
“Tapi tak sangka kan, rupanya kaulah Mamat, si debab tu. Mungkin sebab dulu kau
gemuk, jadi bila dah dewasa ni, payahlah sikit aku nak mengecam kau kan?
Ironinya, aku pula yang montel, terbalik pula kan?”
Maisara
dan Nizam sama-sama tersenyum panjang. Ya, siapa sangka, percaturan Tuhan
begini jadinya. Tanpa di duga mereka di pertemukan semula, tetapi saling tidak
mengenali. Indahnya takdir tiada siapa yang tahu.
Malangnya
dia bukanlah Mamat, dia hanyalah si penyamar yang di paksa menyamar. Kalaulah
Maisara mengesyaki, malah lebih berat lagi mengetahui kebenaran ini. Alamatnya,
hancur sudah hidupnya. Sudahlah dia tidak mungkin dapat memiliki Maisara, malah
terpaksa berdepan dengannya seharian. Sungguh hatinya terasa di siat. Senyuman
itu, gelak ketawa itu bukan untuknya. Semuanya untuk Mamat.Nizam mendesis kecil.
SEBAIK selesai janji
temunya dengan Maisara, dia terus bergegas ke hospital. Mesej yang di terima,
membuatkan dadanya berdebar. Kereta di pecutnya selaju mungkin. Sebaik sahaja
memasuki wad Azam, matanya terbeliak. Bulat. Seakan tidak percaya dengan apa
yang di lihatnya. Cepatnya mereka sampai, desisnya kecil.
“Bangapsseumnida, aju
oraenmanieyo keutjji? Bogoshipeoyo. (Seronoknya
dapat jumpa kau lagi, dah lama kan? Rindulah kat kau) ” ujar Seungjae.
Nizam
sengih. Dia angkat tangan. Terasa lain pula pula di pendengaran setelah lama
tidak berbahasa Korea semenjak balik ke Malaysia. “Anyong, chingu ya.
”
Azam
memandang Nizam penuh sangsi. Dia pelik macam mana mereka boleh tahu dia masuk
hospital. Ini mesti Nizam yang beritahu.
Nizam
gugup. Tidak di sangkanya begitu cepat mereka terbang ke sini. “Seungjae, bukan
korang kata akan datang lusa ini ke? Kenapa awal sangat?”
Kim
yang mencelah, “La, kenapa tak boleh? Peliklah kau ni. Mamat kan sakit, patah
kaki pulak tu, mestilah kami harus bergegas datang sini,” Dia tergelak kecil.
Jun
dan Hyun geleng kepala, “Bukan patah kaki, dia cuma alami kelumpuhan
sementara!”
“Erk?
Jinjia?
Miane?
(Betulkah? Maaf?) Silap sebutlah!” Mereka berenam melepaskan tawa kecil atas
kesilapan Kim itu.
Hening
seketika.
“Kenapa
kau nak rahsiakan dari kami? Kita orang ni bukan kawan kau ke? Kalau tak kerana
adik kau yang beritahu, sampai sudah kami tak tahu! ” Kim mula membebel.
“Majayo!
(Betul tu!) Rupanya kau dah tak anggap kami kawan iya sejak balik ke Malaysia?
Kacang lupakan kulit. Kita semua dulu bagaikan aur dengan tebing, tidak di sangka
engkau tikam kami dari belakang! Cis, Jebat derhaka!” ucapnya penuh beremosi
ala-ala zaman kesultanan Melayu Melaka. ( yang di buat-buatlah)
Kata-kata
Jun yang bagaikan bermadah itu membuatkan semua orang terdiam seribu bahasa.
Jururawat yang baru sahaja menjengahkan muka di depan pintu, ternganga luas
mulutnya.
Mereka
yang lain cuba menahan tawa. Pastinya cik jururawat ini hairan bin pelik
mendengar lelaki Korea seperti Jun, berbahasa Melayu! Atau sebetulnya dia terkejut
melihat mereka berlima, artis popular Korea, Angin Band!
“Cik
Misi?Angyonghaseyo!
” sapa mereka berlima. Jururawat itu kaget lantas berlalu pergi. Kesemuanya
menggeleng sebelum ketawa terbahak-bahak. Nizam senyum dalam diam. Perangai
mereka yang suka mengusik itu tidak pernah berubah.
“Nampaknya
kita orang kena pergi, kalau tidak nanti, kecoh hospital ni.” ujar Jang yang
sejak dari tadi mendiamkan diri. Semua kepala mengangguk.
“Okeylah,
chingu. Kita jumpa kat rumah kau. Lusa ni kau keluar kan?” kata Kim.
Azam
mengecilkan mata. “Rumah aku? Korang duduk rumah akukah?”
“Yalah.
Kau nak kami menginap kat hotelkah? Sampainya hati kau kan?” ujar Hyun
pura-pura marah.
“Taklah,
maksud aku bukan korang datang buat showcase ke kat sini?”
“Memanglah.
Tapi itu minggu depan. Di sebabkan kaulah kita orang terus datang sini lebih
awal. Boleh pula dia nak halau kita. Tak berperikemanusiaan sungguh!” Sekali
lagi Jun berkata dengan penuh berbahasa.
“Ingat!
Sekali kita berkawan, ianya untuk selamanya. All for one. One for all!”
tingkah Seungjae pula.
Azam
angguk. Terharu dengan semangat setiakawan mereka. Nizam tersenyum nipis, moga dengan
kehadiran mereka ini, kelukaan Azam kerana gagal bertemu Maisara, sedikit
sebanyak dapat di ubati.
Kim
mencelah tiba-tiba, “Kau dah jumpa Maisara?” Sebaris soalan itu membuatkan
semua mata tertumpu pada Azam. Azam menelan liur. Nizam pandang lantai. Soalan
cepumas itu, terlalu bernilai untuk di jawab.
Azam
teragak-agak mahu menjawab, “Sebetulnya hari ini, tapi tengoklah keadaan aku
ni. Jadi mana mungkin kan?”
Kim
memandang Azam dengan sejuta pertanyaan. “Kau mungkin tak jumpa dia, tapi...
dari apa yang aku rasa dan sepanjang aku kenal dengan kau. Aku pasti kau dah
pun hantar wakil kan?” Kim angkat kening, “Baik kau cakap yang sebenarnya!”
desak Kim.
Azam
dan Nizam terdiam. Saling berpandangan. Tebakan Kim memang tepat, kena pada
sasarannya. Tiada tempat untuk mereka melarikan diri. Cakap mereka tika ini
tiada berbaloi. Pembohongan mereka tidak bermakna kerana yang berdiri di sini
semuanya yang sudah masak dengan perangai mereka. Inilah kekurangannya setelah
bersahabat lebih 10 tahun. Luar dalam semuanya hampir mereka tahu. Tiada lagi
rahsia.
Azam
akhirnya menjelaskan, “Aku tak ada pilihan lain. Aku tak nak hampakan Maisara
sebab tu aku suruh Nizam gantikan tempat aku. Ini hanya sementara. Lagipun
Maisara tak tahu aku ada kembar. Jadi,not a problem at all!”
Seungjae
geleng kepala, “Benda ni bukannya pertandingan badminton masa kita sekolah dulu.
Tahu tak dengan buat begini, ianya akan melukai Maisara? Dan juga mungkin kau
sendiri?”
Nizam
menelan liur. Semua mata kembali memandangnya.
Hyun
memeluk tubuh sambil berkata, matanya merenung tajam ke arah Nizam. “Kau pula,
kenapa boleh termakan dengan pujuk rayu si dungu ni?”
Jun
pula menyambung, “Setahu kami, kau paling bertegas dalam benda yang macam ni.
Masa zaman sekolah, kami suruh kau menyamar jadi Mamat, kau tolak sekerasnya.
Sekarang apa dah jadi?”
Jang
pula mencelah. “Aku tahu kau hormatkan along kau ni, tapi benda macam ni, tak
elok di buat bermain. Benda ni kalau dah melibatkan perasaan orang, akibatnya
akan memakan diri sendiri nanti!”
Sepi
seketika. Nizam tertunduk memandang lantai, “Sebenarnya, ada sesuatu yang aku
nak beritahu kau, long!”
“Apa
dia?”
“Hmm...yang
sebenarnya Maisara dah tahu pun kita ni kembar.”
“Maksud
kau? Kau dah beritahu dia? Kau tak menyamar jadi aku?” tanyanya. Wajahnya mula
di bayangi keresahan.
Nizam
geleng. “Bukan. Maksud aku dia dah tahu terlebih awal. Kau ingat tak lagi budak
montel yang kau jumpa di klinik dan kemudiannya terserempak di resort?”
Azam
menganggguk laju. “Riana? Mestilah aku ingat, dia kan kawan sepejabat kau.
Kenapa dengan dia?”
“She is Maisara!!
Nama penuh dia Riana Maisara bt Khairuddin!” jelas Nizam. “Ini buktinya,” Nizam
menghulurkan sekeping gambar yang Maisara berikan padanya pagi tadi.
“Borago??!!(
Apa??!!)” Bulat mata Azam mendengar penjelasan Nizam, tambah pula dengan bukti
yang ada pada tangannya.
Mereka
yang lain masih kekal menjadi pemerhati dan pendengar setia. Suasana sepi dan
hambar. Sehinggalah, Kim mencelah membuat kesimpulannya sendiri. “Pendek kata,
Riana itu adalah Maisara. Maisara adalah Riana. Mereka orang yang sama? Jadi,
selama ini kau dah pun jumpa dia, cuma tak dapat mengecam dia?”
Pertanyaan
Kim di biar sepi, tidak di jawabnya. Nizam di pandangnya, namun bicaranya tidak
terluah.
Pasti sukar bagi Nizam
membohongi Riana. Ini semua salah aku.
“Sekarang,
penyelesaiannya sama ada beritahu perkara sebenar ataupun memilih untuk
meneruskan ‘permainan’ ini? Semuanya terpulang pada kau, Mamat. Apa-apa pun
keputusan kau, kami tetap menyokong kau. Tapi, harapnya kau memilih untuk
berkata benar,” Hyun bersuara memecah sepi bagi menyuarakan pendapatnya.
Kim
menganggguk bersetuju. Begitu juga yang lain.
“Masih
belum terlambat, untuk kau ubah semua ni. Kalau korang berdua takut tak dapat
buat, kita orang kan ada.” ujar Jun.
Azam
mengeluh perlahan. Nafas di tarik dalam-dalam. Satu persatu wajah
teman-temannya singgah di mata. “Nizam, aku rasa sampai sini saja penyamaran
kau. Aku dah buat keputusan, aku sendiri akan jumpa dia!”
Nizam
tersenyum penuh kelegaan. Tapi...bagaimana nanti penerimaan Riana?
“Tapi, along kau kena buat persediaan terlebih
dahulu. Aku takut Ria akan mengamuk nanti. Pagi tadi, dia dapat tahu aku Mamat
dan sekarang kalau kau beritahu kau Mamat. Pasti dia akan ingat kita sengaja
permainkan dia.”
Azam
angguk. Ada betulnya juga kata Nizam.
“Kalau
begitu, aku ada terfikirkan sesuatu. Aku ada idea.” ujar Kim memecah sepi. Dia
tersenyum penuh makna.
“Moeyo? Malhaebwa!
(Apa dia? Cakaplah!)” gesa Hyun mewakili mereka yang lain.
Azam
mengecilkan mata, “Aku harap rancangan kau ni boleh di terima pakai.”
Kim
sengih. Senyumannya melebar. “Begini caranya....”
Mereka
semua mendengar dengan penuh tekun dan teliti setiap butir bicara yang keluar
dari buah fikiran Kim. Mereka berlima terangguk-angguk mengerti. Kim memang otailah.
Genius.
“Aku
harap, semuanya berjalan seperti apa yang di rancangkan, kalau tidak...”
kata-kata Nizam terhenti di situ.
Kim
menepuk bahu Nizam, “Hei, kita orang kan ada, jadi jangan risau. Fikirkan yang
positif bukannya negatif!”
Azam
tersenyum tawar. “Terima kasih, Kim. Dan kau Nizam, maaf aku dah beban dan
libatkan kau dalam hal ni, dan korang juga.”
Satu
persatu wajah sahabat dan adiknya di pandang. Sungguh dia rasa bersyukur kerana
di kurniakan teman-teman dan adik sebaik Nizam yang menyedarkan kesilapannya.
“Bukankah
kita di tuntut untuk saling ingat-mengingati dan saling menyampaikan
kebenaran?! Aku tak nak kau berada dalam kerugian. Itu sahaja! Selain itu, kita
bukan kawan, kita saudara!” ujar Seungjae tegas.
Mereka
yang lain menggangguk mengiyakan.