“RIA, kau dengan Nizam
tu ada apa-apa ke? Aku selalu nampak korang berdua di kafe. Malah ada juga
budak pejabat kita yang terserempak dengan korang di pusat rekreasi.” soal Zana
tiba-tiba. Kening Maisara terangkat. Si Rifa pula merenungnya penuh tanda
tanya. Rimas Maisara di kepung begitu.
“Mana
ada, kebetulan saja tu. Mengenai pusat rekreasi pun sama. Kami terserempak. Itu
sahaja!!”
“Cik
Riana, jangan nak pusing sana sini. Aku dan Zana dapat hidu sesuatu yang lain
sangat. Baik kau cakap.” desak Rifa.
“Betul.
Aku dan dia hanya kawan!” Rifa dan Zana tak makan saman. Mereka langsung cebik
mulut mendengar ayat basi dari Maisara.
“Lagipun
tak munasabahlah kalau aku dan dia ada apa-apa. Langsung tak sesuai. Aku ni tak
menarik, gemuk pulak tu. Lainlah korang. Satu hal lagi, korang sendiri pun tahu
yang aku masih menunggu seseorang kan?” ujar Maisara tanpa menyedari Nizam ada
di belakangnya.
Zana
dan Rifa terkumat-kamit memberi isyarat yang Nizam berada di belakangnya,
tetapi Maisara tetap Maisara, mulutnya tak henti bercakap. “Korang berdua ni
kenapa? Ada hantu ke siang hari ni macam ni? Muka tu apasal macam tapai basi
je?”
Rifa
garu kepala, dia bersuara perlahan, “Nizam di belakang kau!” Maisara lantas
menoleh dan mulutnya ternganga luas, “Hai...” Sebaris senyuman dipaksa
menghiasi bibir nipisnya.
Nizam
membisu, wajahnya tiada beriak. Fail di tangan di letakkannya atas meja Maisara
dan selepas itu dia berlalu pergi. Maisara menundukkan kepala, kesal dengan
lidahnya yang terlanjur dalam berkata-kata.
MAISARA kelihatan
termenung sendiri di meja restoran itu. Dia sendiri binggung dengan tindakannya
tadi. Sepatutnya dia meminta maaf pada Nizam tapi dia sendiri tak tahu di mana
salahnya pada lelaki itu. Dia mengeluh. Nizam. Dia baik tapi tidak sesuai untuk
dirinya. Mamat. Kawan yang setia menemaninya selama ini, walaupun jauh dirinya
tetap di ingati.
Dan
tidak lama lagi dia dan Mamat akan bertemu. Dia telah pun berjanji untuk
berjunpa dengan Mamat. Entahlah dia sendiri tidak pasti, namun dia tidak dapat
membendung lagi. Marahnya pada Mamat di letak ke tepi. Dia mahu berjumpa Mamat.
Jadinya, dia tak boleh memberi harapan palsu pada Nizam sementelah dia sedar
siapa dirinya jika hendak dibandingkan dengan Nizam yang kacak dan kaya itu.
Tetapi
di fikirkan kembali, diri Mamat juga masih samar-samar. Adakah Mamat masih
Mamat yang dahulu atau dia telah berubah? Maisara buntu. Adalakanya, dia
mengharapkan Nizam itu Mamat. Bukankah Nizam pernah tinggal di Korea? Dia
senyum sendiri. Itu hanya sekadar
kebetulan. Ini realiti bukannya cerita di dalam novel.
Gambar
Mamat yang tersimpan kemas di dalam dompet di keluarkan, di tatapnya lama.
Wajah Mamat ketika masih kanak-kanak amat lucu dan comel. Dia senyum lagi. Cintakah ini? Atau ianya hanya bertanda atas
rasa kasih dan rindu pada seseorang yang telah lama tidak ketemu. Rasa sayang
pada seorang sahabat?
“Mamat,
aku rindukan kau.” bisiknya perlahan. Dan entah dari mana dan siapa, kata-katanya
di sambut dan di balas lembut, “Aku pun rindukan kau!”
Maisara
angkat muka dan ternyata tebakannya tepat. “Hairul Nizam!” Maisara menguntum
senyum segaris. “Duduklah.” pelawanya. Nizam angguk lalu menarik kerusi.
Maisara pantas menyimpan gambar Mamat ke dalam tas tangan.
Nizam
mengerling sambil lalu. Siapa pula budak
kecik ni? Macam pernah tengok.“Gambar siapa tu? Anak saudara?” tanya Nizam
yang jelas tidak dapat membuang rasa ingin tahunya.
Maisara
telan liur. “Hmm...dia kawan lama aku.” beritahunya jujur.
Nizam
angguk. “Cinta monyet?”
Maisara
diam sesaat sebelum berkata, “Mungkin lebih dari itu,”
Nizam angguk lagi. “Dia di mana sekarang?”
“Ada
di sini. Di Malaysia!”
Nizam
kemudiannya segera mengerti dan memahami, “Hold on, dialah orangnya kan?”
Maisara
serba salah mahu menjawab. Dia membalas pertanyaan Nizam hanya dengan sebuah
senyuman.
Sebaik
makanan di hidangkan, masing-masing mengunci suara. Hilang dalam diri sendiri.
Leka menyuap kentang ke dalam mulut, Maisara tidak menyedari sepasang mata
Nizam ralit merenung wajahnya. Maisara...entah
kenapa aku rasa selesa sangat berada di sisi kau. Kau umpama matahari, penyinar
dalam hidupku.
Sebaik
di panggungkan kepala Maisara hampir tersedak. Nizam benar-benar menguji tahap
imannya. Mata Nizam seolah tidak berkelip menatap wajahnya. Maisara berdehem
kuat. Nizam kembali ke alam realiti. Dia tertunduk malu. Maisara senyum tanpa
di pinta. Terasa lucu.
“Ria,
kenapa tadi kau cakap macam tu?” Serius Nizam bertanya.
Maisara
hampir tersedak. “Cakap apa?”
Nizam
langsung berkata, “Kau cakap yang aku tak sesuai untuk kau.”
Maisara
berkata selamba, “Memang betul pun kan? Kita berdua mana padan. Kau tinggi,
kurus, kacak bergaya. Anak orang berada. Aku pula dahlah rendah, gemuk pulak
tu, langsung tak menarik. Boleh pula Rifa dengan Zana pikir yang kita keluar
bersama. Memang tak logik.”
Nizam
ternyata tidak senang dengan pernyataan Maisara. Perubahan riak wajahnya jelas terpancar.
Senyumnya kelat. “Ria, kau memang selalu bercakap ikut sedap mulut saja kan?
Tak semua orang berfikiran macam tu. Kenapa kau fikir yang kita tak sesuai?
Hanya kerana kau gemuk, aku kurus. Kau kurang menarik, aku bergaya? Begitu standard
kau dalam mencari pasangan?
Macam
mana dengan lelaki yang kau tunggu selama ini? Kalau dia macam aku, maka kau
takkan berhubungan dengan dia lagi? Atau sebenarnya kau yang meletakkan batas
dalam perhubungan? Sebab itu kau nak kurus sebelum jumpa dia? Begitu?”
Seakan
bergegar ruang itu dengan tempikan Nizam. Maisara tak mampu bersuara. Dia takut
kata-katanya akan mengeruhkan lagi suasana. Mata-mata pengunjung mula tertumpu
ke arah mereka. Maisara bangun, mahu pergi dari sini, Nizam juga sepantas kilat
bangun menyaingi Maisara.
Di
parkir kereta, Nizam menghalangi langkah Maisara. “Ria...” jeritnya. Maisara
tidak mengendahkannya, pintu kereta pantas di buka. Nizam menahan sekerasnya. “Ria,
tunggu. Kenapa dengan kau ni? Apa yang aku cakap semuanya betul. Dan aku takkan
minta maaf. Sebaliknya kau yang harus minta maaf kerana kau telah memandang rendah terhadap
diri kau sendiri!!”
“Nizam
aku rasa kau dah gila. Kau siapa nak masuk campur dalam hal aku? Jangan sebab
kau dah tolong aku berdiet, kau boleh nasihat aku itu ini.”
“Ini
bukan sekadar nasihat. Aku nak perbetulkan persepsi kau yang dah silap tu. Just that
nothing
more. Rasanya aku silap, aku ingatkan kau
lain. Rupanya kau sama sahaja. Kenapa iya perempuan selalu berfikir yang bila
dia gemuk, dia harus cari lelaki gemuk juga? Kenapa mesti meletakkan standard
dalam berkawan?”
Maisara
mengeluh keras. “Nizam kau sukakan aku?”
Nizam
terdiam. “Kenapa kau tanya macam tu?”
“Okey,
kalau tidak mengapa kau beriya sangat nak ubah persepsi aku? Dan ini bukan
persepsi aku seorang malah berjuta orang. Malah, di pejabat kita sendiri pun.
Jangan cakap kau tak tahu yang banyak orang dok mengata pasal kita berdua.
Pasal aku yang kononnya tak sedar diri nak bercinta dengan prince charming
macam kau?”
“Ria,
yang berkawan dengan kau, aku! Bukan mereka. Dia orang tak kenal kau. Biarkan
apa mereka cakap. Asalkan kau tahu, kau bukan begitu.” ujarnya lembut.
Maisara
geleng kepala, “Kau tahu tak kau ni memang lain dari yang lain?”
Nizam
mengulum senyum. “Aku tahu!”
MAMAT merenung pelik
tingkah Nizam yang duduk seorang diri di gazebo berhadapan kolam renang.
Sesekali di lihat adiknya itu tersenyum dan kemudian ketawa lucu. Betul ke tidak adik kembar aku ni?
Dia
akhirnya berjalan menghampiri Nizam. Nizam pula sedikit tersentap dengan
kewujudan tetiba abangnya itu. “Nizam, kau ni kenapa? Okey ke tidak? Aku tengok
dah macam orang angau. Macam orang sasau pun ada? Kau ingatkan siapa?
Entah-entah si budak Ria itu iya?” tekanya.
Dia
menjawab laju. “Hishh...mana ada. Aku dengan dia kawan sajalah, along!”
“Kalau
begitu, kau senyum ingat kat siapa? Hai, takkan kau rindukan Yuri si peminat
fanatik kau kat Korea tu? Rasa janggal
iya bila dia tak kacau dan ikut kau?”
“Aduh
along ni... ke situ pula. Orang dah mula nak lupakan dia. Along ingatkan balik.
Apalah along ni.”
Mamat
ketawa galak. Yuri adalah peminat setia ANGIN BAND yang pada mulanya merupakan
peminatnya, tetiba beralih arah pada Nizam hanya kerana Nizam pernah
menolongnya ketika motosikalnya pancit di tengah jalan. Sejak itu, Yuri
sentiasa mengekor ke mana sahaja Nizam pergi. Nizam pula di sebabkan tak
sanggup mengecewakan hati si gadis, sabar melayan karenah Yuri.
“Aku
rasa Yuri masih setia pada kau. Kau ingat tak lagi, masa kau dah nak berangkat
masuk balai pelepasan. Dia pegang kuat-kuat beg sandang kau sampai terkoyak,
punyalah tak nak kau pergi. Bertuah kau Nizam. Bukan senang tau nak dapat orang
yang sukakan kita sampai macam tu sekali!!”
“Banyaklah
kau punya bertuah. Kau tak tahu betapa tersiksanya aku masa tu. Rimas tahu tak.
Patutnya dia kejarkan kau. Bukannya aku. Aku bukannya artis.”
“Itulah
nasib kau sebagai kembar aku. Diorang tak dapat aku, diorang kejar kau!!” Mamat
ketawa lagi.
Nizam
cebik. “Gelakkan aku pandai. Kau pula apa cerita, long? Maisara sudi tak nak jumpa
kau?” Nizam ubah topik. Seraya itu, Mamat angkat kaki mahu berlalu. Nizam
pantas menarik tangan alongnya. “Jangan nak lari, sila jawab soalan aku dulu,
long.”
Mamat
menyepi. Tiada kata. Nizam menggesa lagi. “Along! Ceritalah!!”
“Penyibuk
betullah kau ni. Iyalah aku beritahu.” Akhirnya Mamat menyerah. Dia ceritakan
segalanya.
“So, she agree to meet
you? Chukahae, hyung ( tahniah, abang)!!”
Lantas Mamat di peluk erat. Dia tumpang gembira bagi pihak abang kembarnya itu.
Setelah lama memendam rindu akhirnya detik pertemuan itu akan terlakar jua.
“Gomawo.(Terima
kasih)” ucap Mamat seraya meleraikan pelukan.
“Hmm...jadi
apa persediaan kau, long?” soal Nizam. Dia kelihatan teruja.
Mamat
pula kelam tidak memahami. “Persediaan apa?” tanyanya dengan dungu.
Nizam
tatap lama wajah Mamat kemudian tertawa kecil. “Along, betullah kau ni lembab.
Korang kan dah lama tak berjumpa. Takkan nak berjumpa macam tu sahaja? Kenalah
ada kejutan kan? Tambah pula, korang nak berjumpa pada hari yang istimewa, pada
hari ulangtahun kelahiran korang yang jatuh pada tarikh yang sama. Jadi,
kenalah buat yang gilang-gemilang!!”
Mamat
kemudiannya terangguk mengerti. “Oh, kena buat macam tu ke? Manalah aku tahu.”
“Along,
sungguh aku rasa kasihan sangat pada Maisara sebab bakal teman lelaki dia
ni...lambat pick-up!”
perli Nizam selamba. Mamat sedar Nizam sedang permainkan dirinya. Lalu
berlakulah aksi tumbuk-menumbuk antara dua adik-beradik yang mesra dan rapat
ini.
“Kau
nak pergi mana, mari sini.” Mamat mengejar Nizam, namun agak terlewat dia sudah
melompat ke dalam kolam. Mamat yang tidak pandai berenang sekadar memerhati
dengan perasaan geram yang masih bersisa. Nizam ketawa galak. Kemenangan berpihak padanya.