SEBAIK sahaja Puan Husna
dan Encik Fadhil keluar dari wad, Nizam
menghampiri Azam yang masih terlantar lesu. Dia tersenyum pahit. Boleh pula dia
terpengsan semalam. Sepatutnya dia kuat tapi... hendak buat macam mana kita
orangkan kembar. Heh iyalah tu. Walhal sebenarnya dirinya yang lemah dan degil.
Azam
yang terbaring kaku itu di renungnya lama. Seketika, bicara antara doktor dan
ibu bapanya tadi bagaikan kembali singgah di telinga. Kecelakaan itu telah
menyebabkan sepasang kaki along lumpuh. Namun mujurlah ianya hanya kelumpuhan
sementara, masih boleh di rawat dengan fisioterapi. Akan tetapi, bagaimana penerimaan alongnya nanti?
Moga-moga dia tabah.
Kelopak
mata Azam dilihatnya bergerak-gerak. Nizam mula kaget. Tangannya spontan ingin
menekan butang kecemasan namun pantas di halang oleh... Azam. Nizam lantas
berpaling, jelas terpancar riak wajahnya yang terkejut. “Along, kau dah sedar,”
Automatik di peluk erat kembarnya itu.
Azam
pula berlagak selamba bagai tidak ada apa-apa. “Hoi, kalau iyapun rindukan aku,
lepaslah. Aku rimaslah. Apalah dah besar pun nak bermanja.” Meskipun badannya
masih lemah, dia tetap ingin mengusik
adiknya itu.
Air
mata yang jatuh di seka, “Boleh pula kau nak buat lawak iya? Tak padan dengan
sakit,” tukas Nizam.
Azam
ketawa perlahan, hampir tidak kedengaran suaranya. “Macam ni barulah cepat
sikit kaki aku sembuh. Takkan kau nak tengok aku monyok, diam macam pesakit
lain.”
Nizam
terdiam. “Along kau...?”
Azam
angguk. “Aku dah lama sedar. Aku buat-buat tidur masa doktor masuk tadi.”
Beritahunya tanpa berselindung.
Nizam
menelan liur, “Kau okey, long?” Kerisauan mula menjalar, janganlah Azam meraung
macam orang gila. Tapi nampak gayanya dia macam tenang gila.
“Apa
maksud kau?” tanya Azam pura-pura kurang mengerti.
Nizam
angkat kening. “Kau faham maksud aku kan?”
Azam
diam. Kelihatan seperti berfikir sesuatu. Kemudian dengan selamba dia berkata,
“Apa kata, lusa ini kau yang pergi jumpa Maisara? Boleh?”
Azam
di renungnya lama. Seakan tidak percaya. Cadangan Azam memang tidak masuk akal.
Bagaimana mungkin cadangan gila ini boleh keluar dari mulut abangnya? Melainkan
kembarnya ini sudah hilang kewarasan.
Nizam
geleng. Dia menolak sekerasnya. “Kau kenapa, long? Tak naklah aku!”
“Listen!!
It
just for a while, sampai kaki aku sembuh. Takkanlah
aku nak pergi jumpa dia dalam keadaan kaki aku yang lumpuh ni?” Azam meminta
simpati.
“Kau
boleh jumpa dia selepas kaki kau sembuh kan? Ini hanya kelumpuhan sementara.”
pujuk Nizam lembut cuba mengubah keputusan gila Azam.
“Ya,
aku tahu tapi berapa lama masa untuk aku sembuh sepenuhnya? Kau sendiri pun tak
tahu kan? Aku dah pun tangguhkan setahun. Takkanlah kali ini pun...? Tolong,
Nizam. Aku tak nak kecewakan dia.” Azam tampak sugul.
Nizam
bersuara perlahan, “Tapi dengan buat begini kau akan melukai dia. Along, kau
tak takut dia akan menjauhi kau? Nanti kau juga yang...”
Azam
memotong, “Aku buntu. Sekarang ni, hanya kau yang boleh tolong aku, Nizam. Aku
merayu, tolonglah.” Dia masih lagi dengan tekadnya.
“Along,
ini semua tak betul. Aku memang kembar kau. Tapi... perangai kita tak sama.
Kita tetap berbeza. Maisara akan tahu. Dia kenal kau. Korang dah bersahabat
lebih 10 tahun. Aku tak nak ambil risiko.” jelas Nizam.
Azam
tenang menyatakan, “Jangan risau. Aku akan tolong kau. Ibu dengan ayah pun
terkadang silap memanggil kita, inikan pula orang luar. Lagipun ini hanya
sementara. Aku pasti semuanya akan berjalan dengan lancar. Percayalah.”
“Azam
Hairi, entahlah, aku tak pasti sama ada kaki kau yang ada masalah atau otak kau
yang breakdown.
Apa yang pasti aku tak nak buat kerja gila ni,” marah Nizam. Dia tersandar di
tepi dinding.
“Jadi, kau memang nak
aku kehilangan orang yang aku sayangi begitu? Aku dah lama nantikan pertemuan
ini, tapi takdir Tuhan tidak terduga. Ikutkan hati, aku mahu jumpa Maisara
meskipun dalam keadaan begini. Tapi aku tak nak menyedihkan Maisara. Lebih
sepuluh tahun kami tak berjumpa.
Kalau
dia tahu aku lumpuh, pasti dia akan terima aku atas dasar simpati, kasihan
semata dan bukannya sebab cinta. Aku tak mahu macam tu. Aku mahu dia terima aku
dengan sepenuh hati. Seikhlasnya!” terang Azam panjang lebar agar Nizam lebih
memahami niatnya.
“Tapi
tetap salah. Semua ini akan mengundang padah.” Nizam tetap tidak menyetujui.
“Aku
tahu semua itu. Tapi aku terdesak. Aku tak nak dia ingat aku tak tepati janji.
Aku tak nak dia ingat aku sengaja mengenakan dia. Nizam, hanya kau harapan aku.
Tolong jumpa dia bagi pihak aku. Kau hanya perlu menyamar buat sementara waktu.
Aku janji aku akan sembuh secepatnya. Jadi, kau tak perlu khuatir, okey?” Azam
tidak putus merayu agar adik kembarnya ini sudi membantu dirinya.
Nizam
meramas rambut. Dia terduduk lemah. Berat
ini tersangatlah berat. Menyamar menjadi along? Aku dan along teramatlah
berbeza. Ya Tuhan, kau berikanlah aku jalan keluar.
“Biar
aku berfikir sedalamnya dahulu, boleh?” pinta Nizam agar Azam memahami
situasinya.
Azam
tersenyum senang. “Aku harap jawapan kau tidak menghampakan aku,”
“Pray for that!”
balasnya pendek.
Azam
senyum kelat. Hanya Tuhan yang tahu betapa maha berat derita yang di rasainya
saat ini. Kelumpuhan ini benar-benar suatu ujian untuknya. Dan untuk itu dia
redha.
DIA
termanggu seorang diri di tepi kolam renang. Kedinginan malam langsung tidak
terasa. Biasan wajahnya yang muncul di kolam renang di tatap. Aku dan along? Kitorang memang kembar, wajah
yang seiras, saling tak tumpah tapi... permintaan along itu terlalu berat.
Menyamar... sebagai dia. Segalanya hanyalah untuk Maisara?
Maisara... apa yang istimewa sangat gadis ini pada
along? Sehingga along tak sanggup mengecewakan dia? Kalau benar cinta sekalipun
kenapa perlu menipu begini? Dulu... along berkeras menidakkan dan kini along sanggup menyuruh aku
menyamar semata-mata tidak mahu kehilangan Maisara.
Nizam
merenung jauh ke atas langit yang penuh dengan bintang. Dia tenggelam dalam
lamunan. Getaran telefon bimbit dari dalam poket seluar mengejutkannya. Sesaat
dia tersenyum. Riana.
“Waalaikumussalam,
montel. Ada apa kau telefon aku malam-malam ini? Rindukan aku ek?”
Maisara
menarik muka masam. Aku punyalah berdolak
dalih, mengumpulkan kekuatan menelefon dia. Alih-alih dia panggil aku montel?“Jangan
nak perasanlah. Siapa rindukan kau? Aku dengar dari Encik Zainal, along kau
kemalangan. Macam mana keadaan dia? Terukkah? Kau pula, okeykah? Hmm....esok
kau masuk kerja tak?”
Nizam
terkebil-kebil sendiri. Bertalu-talu soalan bak peluru berpandu. “Ria, kau
kalau boleh bercakap laju bukan main ek?
Perlahanlah sikit.”
Maisara
sengih. “Heh. Maaflah tak sengaja.”
Nizam
senyum tawar. Perlukah dia menceritakan hal sebenar? Sedangkan sekarang
fikirannya bercelaru. Sudahnya dia berkata ringkas. “Along aku okey. Seminggu
lagi keluarlah.”
Maisara
diam tanpa kata. Dari nada suara Nizam nampak gaya macam kurang okey sahaja.
“Kau biar betul, aku dengar suara kau pun lain macam je. Betul along kau okey?”
Kalau aku bercerita pada Ria... adakah dia akan
membantah rancangan gila aku dan along? Atau adakah dia akan menyokong
keputusan aku?
“Hello... Are you still
there?” jerit Maisara.
Nizam
langung tidak menyedari berapa lama dia mengelamun sehinggalah jeritan Maisara
singgah di pendengarannya, “Maaf, Riana, aku takdamoodlah
malam ni. Kita bercakap lain kali iya? Nanti, aku telefon kau, bye!” Terus
panggilan terputus.
Maisara
terpinga-pinga. “Hah? Apa kena dengan budak ni?” Maisara geleng kepala. “Sah,
dia memang ada masalah tapi tak nak cerita.”
Maisara
mendail sekali lagi, mencuba nasib. Malang sekali, Nizam tidak menjawab.
Sungguh terang lagi bersuluh,mooddia kurang baik. Namun
begitu, Maisara bukan jenis yang pantang berundur sebelum mengetahui sebab
musabab sebenar mengapamood Nizam jadi begitu.
Mesej
ringkas terus di hantar. Sehinggalah ke mesej ke 5, masih tiada balasan dari
Nizam. Elok sahaja Maisara ingin menghantar mesej yang ke-enam, tertera nama
Nizam di skrin telefon bimbitnya. Maisara seyum. Heh, dengan aku jangan cuba nak menyorok.
“Ria,
kau ni memang tak faham bahasa kan? Aku dah cakapmood
aku tak elok malam ni. Aku letih jaga along. Aku nak rehat.” Pada mulanya suara
Nizam kedengaran agak lantang, namun akhirnya, entah mengapa suaranya kendur
sendiri, seolah tidak bermaya.
“Okey,
aku faham. Tapi kan kalau aku buat benda yang sama, macam yang kau buat? Apa
yang kau rasa? Kau tentunya terasa hati kan?”
“Aku
sedar, aku silap. Tapi malam ini sungguh otak aku berserabut. Maaf, aku tak
dapat nak bercerita pada kau benda ni.It’s really complicated. Trust me, you never want to hear it.”
jelas Nizam.
Maisara
mengeluh, “Kalau begitu, tak apalah.”
Nizam
menjadi serba salah mendengar nada suara Maisara yang kecewa. “Ria, kau
janganlah kecil hati pula. Aku janji, lusa ini kita jumpa. Kita keluar petang
sikit, okey?” pujuknya. Riana tolonglah setuju, jadi bolehlah aku minta
alasan dari Maisara si along tu, blah awal sikit.
“Lusa
ni tak bolehlah.”
“Kenapa?”
“Aku
ada hal sikit.”
“Hal
apa?”
“Kau
ingat tak kawan yang aku pernah ceritakan tu? Aku nak pergi jumpa dialah.”
Sebaris
ayat Maisara benar-benar membuatkan jiwanya tersentap. “Bukan dulu kau cakap
nak tunggu badan kau kurus baru nak jumpa dia kan? Sekarang apa cerita? Apa
sebabnya ni?” Dahinya berkerut seribu.
“Sebab
kaulah.”
“Aku?”
Maisara
angguk. “Kau yang cakap, aku kena yakin dengan penampilan aku kan? Lagi pula,
dia kawan lama aku. Kalau dia betul kawan yang sejati, dia akan terima aku
seadanya. Bukan sebab aku gemuk, dia tak nak kawan dengan aku dah. Itu bukan
kawan namanya. Jadi, aku dah buat keputusan. Aku nak tengok apa reaksi Mamat
nanti!” Maisara ketawa kecil. Mamat
pastinya terkejut nanti kan?
Nizam
terkedu. Nama itu, nama kawan lama
Riana... MAMAT??!Nizam menelan liur.
“Mamat?
Nama dia Mamat?” Apakah ini hanya
kebetulan? Dada Nizam bergetar hebat. Harapnya
bukan Mamat yang sama. Minta simpang. Perasaan aku sahaja ni.
“Yalah,
nama dia Mamat! Kenapa?”
“Tak
ada apa-apa. Cuma pelik, nama dia pendeknya. Tapi senanglah nak ingat.”
Maisara
ketawa. “Itu nama samaran sajalah. Nama penuh dia, aku tak ingatlah pula, tapi
macam nama kau, ada Zam kat belakang dia kot? Muadzam ke apa nama dia? Biasalah, asyik
panggil Mamat je. Sampai terlupa nama penuh dia.”
“Oh?”
ringkas darinya. Kemudian agak lama dia menyepi. Terdiam, seolah mengunci diri.
Maisara
pelik. Nizam ni kenapa? “Hoi, kau ni kenapa? Takkan cemburu kot sebab aku nak
jumpa Mamat?” usik Maisara.
“Jangan
nak perasanlah, montel.”
“Hei,
montel-montel pun aku comel tau.” Maisara sengih “Dan kalau kau nak tahu hari
ini aku dapat bunga dari peminat rahsia!”
“Peminat
rahsia?”
Siapa? Baru beberapa hari aku tak ada, dah ada yang
masuk line? Kurang asam. Siapa agaknya ya? Zamani? Boleh jadi juga. Selalu bila
aku keluar dengan Ria, dia asyik pandang semacam je. Hissh, ini yang benggang
ni. Banyak lagi gadis di luar sana yang cun melecun, Riana juga yang kau nak
pikat.
Nizam
berdehem kecil. Nampak gayanya dia sudah tewas pada ego. Dia mula mengakui
perasaannya pada Riana bukanlah sayang antara kawan tapi cinta.
Maisara
gigit bibir. “Hmm...aku mulanya terkejutnya juga. Ingatkan bunga untuk Zana.
Rupanya untuk aku.” Maisara terdiam sesaat sebelum meneruskan, “Sebenarnya...
inilah sebab aku telefon kau pun. Selain nak khabarkan yang aku akan jumpa
Mamat petang lusa ini.”
“Oh!
Korang jumpa kat mana?”
“Kami
akan berjumpa di kampung tempat kami membesarlah, Kampung Permatang Lima.”
Nizam
angguk. Kemudian matanya terbeliak besar. KAMPUNG
PERMATANG LIMA??! Tak mungkin. Nizam geleng kepala. Banyak nama kampung yang sama. Jadi... tak mungkinlah. Tapi... kenapa
aku tak sedap hati sangat ni?
“Kampung
Permatang Lima? Kat mana tu? Tak pernah dengar pun?”
Maisara
ketawa. “Memanglah tak pernah dengar, kau kan membesar di Korea. Manalah nak
tahu sangat nama kampung di Malaysia.”
“Iya
aku akui itu. Tapi... nama kampung kat Sabah dan Sarawak aku bet
kau pun mesti tak tahu juga kan?”
Maisara
cebik. “Nak juga. Yalah, kau menang!!”
Nizam
ketawa mengekek. “Alahai, sayang saya dah merajuk iya?”
“Tak
payah nak sayangkan aku sangatlah!” marahnya.
“Kalau
tak sayangkan kau, aku nak sayangkan siapa lagi, sayang?”
Meremang
bulu roma Maisara. Gatal dia dah datang
dah. “Sayangkan beruk kat hutan.”
Nizam
ketawa lagi.
“Okeylah,
Nizam selamat malam. Melayan kau, sampai subuh tak habis!”
“Patutnya
aku yang marah tau, sebab kau menganggu aku. Aku dah ada mood kau pula nak
letak telefon.”
“Mood
menggatal baik tak payah.”
“La...
bukan kau bini aku ke? Jadi tak salah pun.. kan?”
Maisara
akhirnya ketawa juga, sebelum menggeleng kepala. “Yalah sangat. Dahlah aku betul
dah mengantuk ni. Selamat malam.” ucapnya sebelum memutuskan talian.
“Selamat
malam,” Nizam senyum sendiri. Bercakap, berbual dengan Maisara sedikit sebanyak
terhibur juga hatinya.
Namun...
bila mengenangkan pernyataan Maisara, berkenaan Mamat dan Kampung Permatang
Lima, dia jadi resah. Harapnya kekhuatirannya ini hanyalah perasaannya belaka.
Harapan Nizam moga ia hanyalah suatu kebetulan semata.