SEUMUR hidup Maisara, inilah kali
pertama dia menjejakkan kaki ke sebuah konsert. Yalah. Dia kan kuat bekerja. Memang
takkan berkesempatan pun untuk bersuka ria. Konsert Angin Band ini, walaupun
ianya konsert mini ataupun showcase tetapi sambutannya amat luar biasa. Hampir
dua ribu orang datang membanjiri dewan ini, yang mana kebiasaanya, hanya boleh
memuatkan 1500 orang.
“Kim Ji Hun!! Harry!! Lee Seungjae!! Lee
Jun!! Song Soo Hyun!! Jang Min Jae!!” jerit pekik para peminat memanggil nama penuh setiap seorang
dari ahli Angin Band merancakkan lagi suasana. Bingit terasa telinganya. Rifa
di sebelahnya tidak ketinggalan menjerit sama. Maisara geleng kepala. Bilalah
demam Korea minah ni nak kebah?
Tumpuan Maisara beralih
ke arah pentas. Interaksi kawan-kawan Mamat di antara para peminat amat
menghiburkan. Kemuncaknya apabila mereka dengan tiba-tiba bertutur di dalam
Bahasa Melayu. Tersangat fasih pulak tu. Siap dengan bahasa pasar mereka harung
sekali cakap. Seisi dewan semuanya senyap sunyi. Termasuklah Rifa.
Maisara tersengih,
sudah mengagak yang mereka akan membuat kejutan yang sebegini.Ya. Sememangnya
bukan seperti kebiasaan artis-artis k-pop, yang sekadar mengenalkan diri di
dalam Bahasa Melayu. Contohnya; Hai nama saya bla bla. Terima kasih. Dan
bermacam ayat ringkas yang lain.
Dia dulu pun agak
terkejut masa mula-mula di perkenalkan oleh Mamat dengan sahabat-sahabatnya
itu. Fasih sungguh mereka bertutur bahasa Melayu. Tapi itu semua tak mustahil
kan? Tambah pula ayah Mamat profesor bahasa asing, tambah dengan bantuan Mamat
lagi. Mana tak fasihnya dorang tu kan?
Berbalik kepada mini
konsert. Mereka berlima masih lagi bersembang dengan para peminat. Dan Mamat
masih belum membuat kemunculan. Maisara senyum. Sesungguhnya kejutan ini amat
di nantikannya.
Di atas pentas, Jun tersengih,
menampakkan barisan giginya yang putih. “Nampaknya geng, dorang semua ni
terbisu terus. Apa patut kita buat ni?”
Kim jungkit bahu. “Kita
dah pun keluarkan senjata rahsia. Tapi mereka semua ni tengok kita macam
makhluk asing lar pulak,”
Kelihatan para peminat
berbisik sesama sendiri.
Seungjae tiba-tiba duduk di tepi pentas
berdekatan dengan peminat. Histeria terus peminat yang berada dekat dengannya
itu. Heh, korang jangan ingat kena sampuk pula. Maksud saya dorang menjerit
sampai pecah anak tekak ler.
“Korang marahkan kami
ke? Sebab rahsiakan benda ni?” tanyanya dengan riak comel yang di buat-buat.
Hyun pula bersuara.
“Aku rasa memang dorang marah pun, tengoklah senyap je semuanya dari tadi,”
Jang sudah duduk
bersila di atas pentas. “Itulah aku cakap, jangan nak buat kejutan sangat.
Tengoklah apa dah jadi,” ujarnya kemudian tertunduk seolah berfikir.
Tiba-tiba lampu di
dalam dewan terpadam semuanya. Gelap gelita. Lampu kemudian di buka semula.
Malap sahaja sinarnya. Tumpuan di halakan ke tengah pentas. Semua ahli Angin Band
kelihatan mengelilingi seseorang yang berkerusi roda.
Riuh terus seisi dewan.
“Harry!!!!” tempik mereka.
Reunion ini sememangnya
amat menggembirakan hati peminat. Sepi. Muzik di pasang. Kedengaran melodi dari
lagu DBSK, Stand By You. Perlahan-lahan alunan suara mereka berenam bergabung
memecah sunyi. Para peminat turut menyanyikan bersama.
Usai lagu itu, Kim
berjalan perlahan ke arah drum, diikuti Hyun, si gitar utama dan Jun si bass.
Seungjae, second guitar. Jang sebagai keyboard. Alunan melodi yang indah mula
kedengaran. Lagu Memory, ost drama Winter Sonata, di lantun penuh merdu oleh
Harry, bekas vokalis mereka aka Mamat.
My
memory
I
remember those times
I
close my eyes and I see everything
You’re
far away
Where
I cannot reach you
I
didn’t even tell you, I love you
that
I’d wait forever
I
never knew in my dreams
that
I’d meet you again like this
I
still love you
I
will confess my true feelings, now
I
wanna love you forever
If
it’s not too late
Please
stay by my side forever
For
a long time
You
remained in my heart
After
all this time
even
though we were apart.
I
never knew in my dreams
that
I’d meet you again like this
I
still love you
I
will confess my true feelings, now
I
wanna love you forever
If
it’s not too late
Please
stay by my side forever
SUNGGUH. Masa takkan pernah menunggu
kita. Ia akan pergi tanpa kita sedari. Sesaaat, seminit semuanya begitu
berharga pada yang mahu mengerti. Dan Maisara dia faham. Sangat faham.
Sangkanya semua yang tertinggal itu boleh di ulang kembali seandainya dia
bertemu Mamat semula tapi itu semua hanyalah omongan kosong belaka.
Entah mengapa dia dapat
merasakan Mamat seolahnya cuba meletakkan jarak di antara mereka. Maisara
binggung. Gusar. Mungkinkah Mamat mengetahui yang dia sukakan adiknya, Nizam?
Lagu yang di bawa tika
persembahan khas tadi amat menyentuh hati. Sebak. Air mata mengalir tiada
henti. Apa yang Mamat cuba sampaikan? My Memory oleh Ryu. Lagu tema bagi Winter
Sonata itu, amat mendalam maksudnya. Sangat kena pula bagi dirinya dengan
Mamat.
Dia tahu Mamat amat
mencintainya. Tetapi sehingga kini Mamat tak pernah meluahkannya sendiri. Dan
dia seboleh mungkin cuba melayan Mamat seolah dia tak tahu apa-apa. Tapi mana mungkin...
.
Gelang pemberian Mamat
di beleknya lama. Sebutir mutiara jatuh ke bumi. Maisara siapa yang kau cinta
sebenarnya ni? Takkanlah sampai sekarang kau masih keliru? Semuanya...
sepatutnya semakin jelas kan?
“Hello, buat apa kat
sini sorang-sorang?” tegur satu suara.
Maisara senyum nipis.
“Saja ambil angin.”
“Orang kat dalam tu
tengah seronok, kau kat sini, buat muka sedih. Apa kes?”
“Nizam.”
“Hmm...”
“Cinta dan suka tu sama
tak? Maksud aku... kalau kita sukakan seseorang tu bermaksud kita juga tentulah
cintakan dia kan?”
Nizam pandang Maisara
tak berkelip. “Random sungguh kau ni!”
Maisara senyum tawar.
Nizam menghela nafas. “Aku
bukan doktor cinta. Bukan juga kaunselor cinta. Dan aku juga tak pernah
bercinta. Tapi aku pernah mencintai seseorang masa sekolah menengah dulu, yang
aku sangka itulah cinta teragung aku. Tapi lama-kelamaan dia padam dengan
sendirinya.
Bila jumpa dia, aku dah
tak rasa macam dulu. Macam rasa tu tak pernah singgah pun. Dan dari situ, aku
mula berfikir yang dia sekadar orang yang aku suka. Yang aku sangka cinta. Tapi
rupanya hanyalah, sekadar minat.”
Maisara diam.
Nizam bersuara setelah
di lihatnya Maisara tidak berkutik langsung. “Aku harap soalan kau tu
terjawab.”
Dia tersenyum nipis. “Hmm...
kesimpulannya, orang yang kita suka tak semestinya orang yang kita cinta. Dan orang
yang kita cinta tak semestinya orang yang kita suka, macam tu?”
“Ya, lebih kurang macam
tu lah.”
Maisara tiba-tiba
ketawa. “Nizam. Aku rasa kelakar pulak sembang benda macam ni.”
“Maksud kau?”
“Rasa macam budak
remaja yang baru nak belajar apa itu cinta!”
Nizam senyum. “Kaulah.
Tetiba tanya soalan yang entah apa-apa tu.”
Maisara masih dengan
tawanya. Nizam senang dengan sikap Maisara yang makin ceria. Wajah Maisara di
tatapnya lama.
Maisara yang sedar akan
tingkah Nizam terus bertanya. “Kenapa kau tengok aku macam tu?”
“Kau
dah jadi diri kau balik.”
“Huh?”
“Maksud
aku, selepas semua yang terjadi sebelum ni, kau nampak lain. Dan sekarang kau
balik jadi diri kau semula.”
Jeda.
“Nizam,
terima kasih.”
“Terima
kasih untuk apa?”
“Segalanya.
Sekarang aku sedar. Kau bukan sahaja kawan tapi orang yang penting dalam hidup
aku...”
“Orang
yang penting? VIP?”
Maisara
gelak. “Lebih kuranglah.” Nizam mencebik sebelum turut ketawa.