MESEJ yang di terima
daripada Nizam membawanya ke sini. Restoran ini, dekorasinya tampak ringkas
tetapi tetap kelihatan mewah. Seketika, dia kagum dengan citarasa pemilik
restoran yang bijak menata hias.
“Nizam,
kenapa tiba-tiba ajak aku datang sini?” tanya Maisara sebaik sahaja duduk.
“Hmm...
saja nak belanja kau makan. Kenapa tak boleh?”
“Saja
kau kata? Aku baru sampai rumah tak sampai setengah jam. Kau pula terus hantar
mesej, kononnya ada hal penting nak jumpa aku. Kenapa tadi waktu kat pejabat
tak cakap terus dengan aku?” Maisara mula naik angin. Tangan di silangkan.
Matanya tajam merenung Nizam.
“Okey,
aku mengaku memang ada hal penting. Tapi... bukan aku yang nak jumpa kau.”
Maisara
terdiam. Belum sempat mulutnya ingin bertanya. Wajah Azam menyapa pandangan.
Maisara pandang Azam dan Nizam silih berganti. “Azam, awak buat apa kat sini?”
Pertanyaaan
Maisara di balas dengan senyuman. Azam kemudian mengambil tempat di sebelah Nizam.
“Saya datang nak makanlah!” jawabnya selamba.
Maisara
menyedari sesuatu. Azam berkerusi roda. “Azam, kenapa dengan awak? Nizam cakap
kecederaan awak tak serius!”
Azam
dan Nizam saling berpandangan. Nizam bangun. “Aku tinggalkan kau dengan along. Aku
nak ke tandas sekejap.”
Maisara
ingin memotong percakapan Nizam akan tetapi Nizam mempercepatkan langkah
kakinya.
Hampir
beberapa minit, suasana masih di huni sepi. Maisara leka mengunyah makanan.
Azam pula matanya masih tidak lekang dari memandang seraut wajah yang di
rinduinya itu. Sesekali dia tersenyum. Maisara masih seperti dahulu. Kuat makan
sehingga tidak peduli orang di sekelilingnya.
Kalaulah
dari awal dia dapat mengecam Maisara, tentunya perkara ini tidak menjadi
serumit ini. Menatap dan berhadapan dengan Maisara lidahnya kaku bagai di gam.
Segala kata-kata yang di atur hilang
entah ke mana. Sungguh dia kaget. Apakah reaksi Maisara nanti?
Sekalipun
dia mengamuk, Azam akur, itu memang wajar. Siapa yang suka dirinya di
permainkan dan di perbodohkan. Atas kesedaran itu, Azam ingin memperbetulkan
khilaf semalam. Tetapi masih adakah peluang itu untuk dirinya?
“Azam,
makanan awak langsung tak terusik. Awak tak ada selera ke?” teguran Maisara
mematikan terus lamunan Azam.
Azam
tersengih. “Tak adalah.” jawabnya sambil terus mencapai sudu dan menyuap
makanan ke dalam mulut.
“Azam,
maaflah saya nak tanya sikit. Kaki awak...” Ayat Maisara terhenti di situ.
Terdiam seketika.
Azam
senyum. “Kaki saya lumpuh. Kelumpuhan yang sementara, masih boleh di rawat dengan
menggunakan fisioterapi.” beritahunya penuh tenang.
Maisara
terangguk mengerti. “Oh begitu. Baguslah. Saya doakan awak cepat sembuh.By the
way,
saya nampak awak amat tenang dan bersahaja. Bukan semua orang boleh menerima
dengan hati terbuka macam awak. Ada sesetengah pesakit menolak untuk menjalani
rawatan. Cepat sangat putus harapan. Sedangkan peluang itu ada.”
Azam
angguk mendokong pendapat Maisara. “And thanks for the compliment too.”
Maisara
senyum nipis. “Most
welcome!” Dia mengerling jam di tangan.
“Lamanya Nizam pergi tandas. Sakit perut sangat ke?” gumam Maisara perlahan.
Matanya meninjau ke belakang restoran.
“Awak
rasa kekok duduk dengan saya? Rasa tak selesa?” tanya Azam.
Maisara
menggelengkan kepala. “Tak adalah. Mana ada. Awak sahaja yang rasa macam tu.
Lagipun ini bukan kali pertama kita berjumpa. Buat apa pula saya nak rasa
kekok.”
Azam
terdiam. Betul juga. Tetiba dia terperasan sesuatu yang menyinar di leher
Maisara. Loket itu? Maisara pakai loket itu? Loket yang mereka menangi ketika
di resort. Seketika pandangannya singgah pula pada gelang di pergelangan tangan
Maisara. Dia tersenyum pahit. Tekaan pada pertama kali bertemu memang tak salah
cuma dia yang terlambat mengecam.
Selang
beberapa minit, Maisara menerima mesej ringkas daripada Nizam yang berbunyi:
Maaf.
Aku ada hal. Terserempak dengan client.
Gotta
go. Please take care my brother. Bye!
Maisara
tak terkata apa. Dia segera mencari kelibat Nizam. Maisara tersenyum kelat.
Nizam hilang tanpa di kesan. Apa agenda yang sebenarnya ni?
“Nizam is gone.
Dia suruh saya jaga awak.”
Azam
mula menggelabah. “Hah?” Nizam...sampai
hati kau tinggalkan aku sorang-sorang? Tadi cakap bukan main nak sokong aku.
Celaka punya adik.
Maisara menongkat dagu.
“Saya rasa macam peliklah. Nizam hantar mesej suruh saya datang sini. Kemudian
dia cakap pula yang bukan dia yang nak jumpa saya.And now he missing in
action. Kalau bukan dia... awaklah kan? Dan
kenapa awak nak jumpa saya?This is not some kind of blind date right?
Tak mungkinlah kan?” Maisara ketawa sendiri dengan kesimpulan yang di buatnya
itu.
Azam turut ketawa bagi
menghilangkan rasa gemuruhnya. Mungkin sahaja Nizam melarikan diri bagi
memberinya ruang dan peluang agar lebih selesa. Dia berterima kasih untuk itu.
Tapi ini bukan perkara mudah. Ya Tuhan,help me out.
“Saya kebetulan lalu
sini lepas balik dari hospital. Kemudian Nizam ajak saya datang sini. Jadi,
saya pun datanglah. Tak sangka pula dia ajak awak sekali.” terang Azam sedikit
berbohong. Bohong sunatlah kononnya.
Maisara tak bertanya
banyak. Dia menerima dan mempercayai bulat-bulat kenyataan Azam. Langsung tidak
timbul rasa syakwasangka. Azam menarik nafas lega, namun ingin di ketuk
kepalanya sendiri kerana tidak berani menyatakan kebenaran. Semalam bukan main
dia bersungguh ingin berterus terang tetapi sekarang janji itu entah ke mana.
Malam itu berlalu
begitu sahaja, selepas Azam menghantar Maisara pulang ke rumah, rahsia masih
kekal rahsia. Azam tiada kekuatan untuk meluahkan perkara sebenar kepada
Maisara. Dia teramat takut akan reaksi Maisara. Dia juga tak sanggup berhadapan
dengan amarah Maisara. Akhirnya terpaksalah di rayu pada Nizam agar menyamar
untuk satu tempoh masa lagi.
DIA melabuhkan punggung di atas katil.
Tas tangan di lempar perlahan ke atas katil. Badan di- sandarkan ke kepala
katil. Keliru. Sungguh aku keliru. Antara
realiti dan fantasi. Apa yang sebenarnya berlaku ni? Aku gembira dapat jumpa
Mamat. Tapi mengapa macam ada yang kurang? Bila di tanya dan di soal kisah
silam, Nizam macam nak mengelak.
Kebanyakan
masa aku yang banyak bertanya berkenaan diri dia. Dia pula macam tak nak ambil peduli
hal aku. Acuh tak acuh. Tadi pun dia macam nak mengelak. Satu hal lagi, kenapa
dia tak beritahu aku Azam lumpuh? Azam pula gerak gerinya macam pelik.
Maisara pejam mata.
Album gambar yang terletak elok di atas meja sebelah katil di ambilnya. Satu
persatu gambar lama dibeleknya. Tangannya berhenti menyelak, matanya menangkap
sesuatu pada gambar lama dia dan Mamat. Ini...?Biar
betul? Betulkah apa yang aku nampak ni? Tahi lalat di bawah dagu? Nizam?
Rasanya dia tak ada kan?Tak...tak mungkin! Dan kalau ini benda betul...apa
alasannya? Azam?!! Kakinya lumpuh kan? Ya Tuhan benarkah tekaan aku ini?
Maisara geleng kepala.
Sebolehnya dia mahu menidakkan, tapi... suratan takdir tiada siapa yang boleh
mengubahnya.
MATA Azam tepat
merenung ke bawah. Tak sanggup berhadapan dengan sahabat-sahabatnya. Mereka
berlima menggeleng kepala. Lain yang di rancang lain yang jadi.
Nizam yang duduk di
kerusi panjang tidak terkata apa. Matanya tajam memandang Azam sebelum berkata, “Apa yang kau fikirkan ni
long? Kenapalah kau sia-siakan peluang yang terbentang?” nada suaranya berbaur
kecewa.
Azam
mengeluh kecil. Dia tahu dia salah. Peluang yang ada terbuang begitu sahaja.
Segalanya sia-sia. Entah mengapa sukar sungguh untuk dia memberitahu Maisara
kenyataan itu. Lidahnya kelu. Tergam. Tidak
aku sebenarnya pengecut. Aku terlalu pentingkan diri. Aku tak sanggup mendengar
amarah Maisara. Aku teruk, aku sahabat yang teruk.
Kakinya
yang lumpuh itu di pandang sepi. Air mata lelakinya jatuh. “Aku takut dia
bencikan aku. Aku tahu aku salah. Aku yang mulakan dan aku harus hentikan. Aku
tahu itu. Tapi...aku tak rasa sekarang masa yang sesuai.”
Nizam
tersenyum sinis. “Bila masa yang sesuai? Lepas kaki kau sembuh? Along kau
memang ego. Kau tahu tak yang nak menyamar jadi kau tu aku? Tahu tak susah
untuk aku jadi kau. Berpura-pura di depan Riana, aku tak sanggup long.” Bertambah payah kerana aku cintakan dia,
long. Nizam menggetap bibir. Semua ini akan lebih melemahkan benteng
hatinya kalau Azam memintanya meneruskan penyamaran ini.
Kim
berjalan menghampiri Azam. “Mamat, benda ni tak susah pun. Kau hanya perlu
perbetulkan kesilapan kau. Berterus terang dengan Maisara. Korang dah kenal
lama. Aku yakin dia pasti faham, tambah pula bila dia lihat keadaan kaki kau.”
“Benda
yang senang jangan di rumitkan. Be a man.
Esok kau jumpa dia semula. Boleh?” Seungjae menyampuk mengutarakan pendapatnya.
Mereka yang lain terangguk bersetuju.
Azam
diam. Hatinya kacau. Jiwanya kacau. Segalanya kacau. Maisara.... Dia ingin
menjaga perasaan Maisara. Dia tak mahu gadis itu terluka kerananya. Azam
tersenyum pudar. Sebenarnya tanpa di sedari dia telah pun melukai gadis itu.
Gadis yang amat di cintainya. Di ikutkan rasa, malam semalam ingin dikatakan,
diluahkan segalanya, dialah Mamat. Namun, bila melihatkan Maisara seperti kurang
selesa dengannya, dia terfikir sendiri. Adakah Maisara lebih suka jika Nizam
itu Mamat berbanding dirinya?
Bila
bersama Nizam, Maisara tampak bersahaja dan ramahnya pun berlainan sama sekali.
Sungguh dia cemburu dengan layanan mesra Maisara terhadap Nizam. Sedikit
sebanyak timbul rasa iri hati. Suara hati pula mengingatkan diri bagaimana
sekiranya Maisara jatuh cinta pada Nizam? Azam mnggelengkan kepala. Tak mungkin. Maisara tak akan khianati janji
kami. Nizam juga tak akan menikam aku. Kepala digelengkan lagi bagi
menidakkan perasaan hati.
Hyun
mula pelik melihat Azam yang asyik tergeleng kepala sejak dari tadi. Dia
langsung menegur, “Neo gwaenchana? ( Kau okey?)”
“Ne.(Ya!)”
Jawabnya sepatah.
“Along,
kalau beginilah caranya, biar aku yang cakap.” Putus Nizam tiba-tiba.
Azam
mula kalut. Kerusi roda di gerakkan ke arah Nizam. “No!”
bantahnya keras. “Kau tolong menyamar
jadi aku untuk satu tempoh lagi.”
“Along,
apa ni? Kau cakap tak serupa bikinlah. Kelmarin bukan main beriya dan
sekarang?” Nizam mula naik angin. Sangkanya bolehlah dia melarikan diri dari
semua ini, tapi hampeh. Along terlalu
pengecut, yang jadi mangsanya aku!
“Nizam,
untuk ke-dua kalinya aku pinta kau tolong aku. Aku janji akan beritahu Maisara
bila masanya sesuai.” Pintanya lembut penuh mengharap.
Nizam
terangguk lemah. Sepertinya dia tiada pilihan lain. “Janji dengan aku, ini yang
terakhir!”
Azam
tersenyum pudar. “Aku janji!”
Kim,
Seungjae dan Hyun hanya mampu menggeleng kepala. Nyata kurang bersetuju dengan
pendirian Azam. Jun dan Jang yang dari tadi sekadar memerhati dan mendengar,
mengeluh kecil. Turut membangkang keputusan gila Azam dan Nizam.
Nizam
tersenyum tawar. Kau tunggu dan lihat,
along. Aku akan kembalikan Maisara pada kau. Aku janji.Tekadnya dalam
diam.