“RIFA... tolong aku submit document ni
boleh tak?” pinta Maisara lembut. Matanya di pejam celikkan. Sharifa geleng
kepala, “Tak payah nak mengada-ngada buat aksi macam tu. Aku dah kata jangan
ambil promotion
tu. Tapi kau degil. Konon boleh kendalikan. Tapi sekarang apa cerita?”
Maisara
cebik mulut, “Kalau kau tak nak tolong cakap sajalah tak nak. Tak payahlah nak
bebelkan aku.” Muncung di tarik panjang.
Sharifa
cubit pipi Maisara, “Merajuk pula dia. Iyalah aku tolong puas hati?”
Bersinar
terus matanya. Sharifa lantas di peluk. “Kaulah sahabatku dunia akhirat.” Mujurlah
Sharifa sudi membantu. Bebanan kerja kini terasa ringan. “Aku janji habis
sahaja projek aku dengan Teguh Bina, aku janji akan tolong kau siapkan projek
lanskap dengan Anugerah tu.”
Membulat
mata Sharifa. “Betul ni? Pegang janji kau tu. Kalau tidak nahas kau,” ugut
Sharifa.
Maisara
buat tabik hormat. “Saya janji puan.” Seketika kemudian terburai tawa mereka
berdua.
Deringan
telefon bimbit Maisara lantas mematikan tawa. Mesej ringkas dari Nizam itu di
bacanya sambil lalu. Datang atas bumbung sekejap.
Maisara kerut dahi. Apa kes pula dia ni?
TERNGANGA Maisara
melihat senarai diet pemakanan yang di syorkan oleh Nizam. “Ini, kau nak suruh
aku mati kebulur bukannya diet.” Dia menyingga tiba-tiba.
Nizam
kerut dahi. Menarik! Dia dah mula beraku
engkau dengan aku. “Apa pula? Aku membantu kau ni.” Nizam tak mengaku
kalah. Dia mengikut rentak Maisara.
Maisara
terdiam. Seolah berfikir. Bila masa pula
dia beraku engkau dengan Nizam?“Maaf, saya terkasar dengan awak.” Dia tertunduk
memandang lantai roftop.
Nizam berlagak seperti
biasa. “Sebenarnya, elok juga kalau kita buang keformalitian tu? Barulah mesra
dan nampak macam kita dah lama kenal kan?” cadang Nizam tidak semena-mena.
Maisara
terkelu. “Apa?”
Nizam meneruskan bagai
tiada apa, “Jadi, kau ikut sahajalah senarai tu. Aku jamin kau akan berpuas
hati. Kurangkan makanan berminyak, makan lebih banyak buah-buahan dan kurangkan
makan nasi. Kurangkan, bukannya tak makan langsung. Ingat tu?”
Maisara
kelam kurang mengerti. Nizam sudah bertransformasi
ke apa ni?“Nizam, awak okey?”
Dia senyum. “Aku okey.
Aku kan dah janji nak tolong kau kuruskan badan. Kau tu yang nampaknya tak
okey. Aku cakap jangan nak berformal dengan aku. Tapi kau tetap juga dengan
cara kau kan?”
“Saya...”
Nizam angkat jari
telunjuk. “Amaran terakhir, kalau tidak aku cubit pipi tembam kau!”
Maisara pegang pipinya.
“Kau gila? Jangan harap kau boleh cubit pipi aku ni!”
“That’s my girl!”
Nizam tersenyum senang.
“I am not your girl!”
sanggah Maisara lalu melangkah pergi meninggalkan Nizam. “Riana!” jeritnya.
Nizam mengejar dari belakang. Maisara mempercepatkan langkah, dia semakin laju.
Nizam berbisik sendiri. “This panda bear really so cute!!”
DIA merebahkan badan ke atas katil.
Letih seharian berkejar ke sana sini. Siling bilik yang bersawang di renung
lama. Leteran ibunya singgah menyapa. Lantaran sibuk bekerja dia langsung tiada
masa mengemas bilik sendiri. Bibir mengukir senyum segaris.
Komputer riba di atas
meja kerja di ambil. Tangannya laju mahu menyemak jikalau ada e-mel terbaru
dari Mamat. Dia akui Mamat begitu bersungguh meminta maaf namun dia yang begitu
berdegil tidak mahu memaafkan. Matanya
bulat. Ada e-mel dari Mamat!
Assalamualaikum, Maisara!
Penjelasan yang awak minta tu agak sukar saya ceritakan di
sini. Apa kata kita bertemu sahaja? Kita berjumpa di kampung, di tepi pantai,
pada hari jadi kita berdua, 16 Mei.
Sebenarnya... Saya harap awak tarik nafas panjang-panjang
sebelum awak membaca ayat saya yang seterusnya ini. Saya sudah balik ke
Malaysia dua bulan yang lepas! Saya tidak berniat langsung mahu merahsiakannya
daripada awak. Maisara, untuk terakhir kalinya maafkan saya.
Setakat ini, dari saya. Jumpa lagi. Dan itupun sekiranya awak
masih lagi sudi bersahabat dengan saya. Saya menanti kata putus dari awak.
Terlalu!
Maisara meraup muka.
“Dia dah balik sini? Dan dia mahu berjumpa pada hari jadi kami! ”
E-mel itu di baca
berulang kali. Maisara tergeleng kepala. Selama ini, Mamat tidak jauh. Dia
dekat. Dia berada di sini. Di bumi Malaysia. Titis gerimis mengalir tanpa di
sedari. Penantiannya semakin sampai ke penghujung.
Tanpa menunggu lagi,
dia terus membalas e-mel Mamat.
“BIAR BETUL!!”
Bagai mahu terkeluar kornea mata Maisara. “Nizam, berat aku turun 5 kg?”
Nizam hanya tersenyum.
Dia mencapai buku catatan yang tercatit segala panduan untuk diet Maisara. Alat
penimbang berat di angkutnya dan diletakkan ke dalam bonet kereta.
“Baiklah, seterusnya
hari ini kau kena berlari keliling padang ini 3 kali!”
Maisara terpisat-pisat
tidak mengerti. “Aku dah turun 5 kg. Kenapa pula kau suruh aku berlari keliling
padang sampai 3 kali?”
“Riana, anggap ini
suatu senaman ringan untuk kau. Ianya bagus untuk membakar kalori dan lemak
dalam badan. Iya, melalui diet pemakanan, berat kau dah menyusut tetapi dengan
bersenam, ianya akan mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan kau.
Selalu bersenam badan pun sihat, tak ke begitu?”
Maisara senyum sinis.
“Kau kalau dah mula bercakap memang menyakitkan hati!” Tanpa menunggu lagi,
Maisara terus berlari anak meninggalkan Nizam.
“Hoi, kalau iyapun
tunggulah.” Nizam sudah berlari mengejar Maisara.
Nizam berusaha berbuat
kelakar bagi menghibur dan menarik perhatian Maisara namun hampa, Maisara masih
merajuk dengannya. Akhirnya Nizam
menghadang Maisara di hadapan.
Maisara terbrek
mengejut. Dia membeliakkan mata. “Kau kenapa dah gila?” marahnya.
“Kaulah yang gila.
Tetiba marah aku apahal? Aku cakap benda betul, itupun nak kecil hati. Pulak
tu, merajuk macam budak-budak!”
Maisara menggetap
mulut. “Mulut kau ni kan memang...” Maisara tetiba menjerit kecil. “Dahlah,
malas aku nak bertikam lidah dengan kau.” Dia meneruskan larian yang terhenti.
Mata Nizam
terkebil-kebil. Apahal minah ni? Buat
tabiat ke apa?
“RIA, aku nak tanya sikit boleh?” Suara
Nizam memecah sunyi antara mereka.
Maisara yang ketika itu
baru hendak membuka penutup minuman menoleh ke arah Nizam, “Tanyalah.”
“Sebetulnya kau nak
kuruskan badan ni untuk diri kau sendiri atau ada tujuan lain?”
Terangkat kening
Maisara. “Kenapa kau tanya macam tu? Salahkah kalau aku kurus untuk diri aku
sendiri? Atau kalau memang untuk orang lain pun kenapa?”
“Tak adalah. Nothing!
Cuma nak tahu sahaja.”
“Peliklah kau ni.”
Nizam senyum serba salah.
“Tapi... sebenarnya kau
betul Nizam, aku nak kurus pun gara-gara nak jumpa seseorang.” Tutur Maisara
tetiba berterus terang.
Nizam kelihatan
berminat untuk mendengar bicara seterusnya. “Jadi, tekaan dan tebakan aku tak
salahlah selama ini?”
Maisara angguk. “Kalau
bukan kerana desakan dia, aku mungkin tak akan senekad ini untuk menguruskan
badan!”
“Kenapa kau cakap macam
tu?”
“Sebabnya kami dah lama
tak berjumpa dan sekarang dia dah balik sini. Jadi dia ajak aku berjumpa tapi
aku sering berdalih, kata yang aku banyak kerja, sibuk sini sibuk sana. Pendek
kata, bermacam alasan aku bagi. Tapi kali ini aku tak boleh mengelak lagi. Dia
nekad nak jumpa pada hari lahir kami berdua!” ceritanya panjang lebar.
Nizam angguk. “Begitu
ceritanya. Kau kata dia baru balik sini? Selama ini dia pergi merantau ke?
Pergi daki gunung?”
Maisara renung Nizam
tak berkelip.“Semua benda kau nak buat lawak kan?”
Nizam sengih. “Amboi,
bergurau sikit pun tak boleh?”
Maisara tarik muka
masam. Nizam senyum. “Saya minta maaf, tuan puteri! Saya janji tak akan
ketawakan awak. Jadi, tolong sambung cerita awak.” pintanya lembut.
“Tak nak! Bukan hari
ini! Lagipun, kau bukannya nak dengar sangat pun!” rajuknya lagi.
Nizam garu kepala. Haila... panda bear ni memang kuat merajuk.
“Ria, ceritalah... aku memang nak dengar. Sungguh!” pinta Nizam.
Maisara masih
menimbang. Mahu cerita atau tidak.“Lain
kali sahajalah.” putus Maisara. Fikirnya benda ini terlalu peribadi untuk di
hikayatkan segalanya pada Nizam.
Nizam jelas tampak
tidak berpuas hati. “Yalah, nak buat macam mana. Ada orang tu, suka berahsia
dengan kita.”
“Eleh, tak payah nak
merajuk sangat. Jom balik, hari pun dah lewat petang,” ajak Maisara seraya
mencapai botol minumannya dan melangkah laju menuju ke kereta.
Nizam mengeluh berat.
“Kau merajuk aku pujuk. Tapi bila aku merajuk... hampeh. Tapi betul juga siapa
aku pada dia kan?”
Maisara melaung
memanggil Nizam yang masih mengelamun. “Hoi, Encik Drebar, kau mengelamun apa
tu? Jom, balik!!”
Nizam
sengih. “Iya, aku datang!!”