DESIRAN angin pantai seakan
mengembalikan jiwanya yang kacau. Maisara senyum hambar. Sengaja dia membawa
diri mencari ketenangan di hujung bandar. Hirup udara segar begini jiwa dan
hatinya terasa damai.
Ibu mulanya pelik,
pagi-pagi selepas subuh terus dia meminta keizinan mahu pergi bercuti. Ibu
kaget, bimbang jika dia di timpa sesuatu. Manakan tidak, ribut tiada, hujan
tiada, tetiba sahaja dia seperti ingin menghilangkan diri. Maisara pantas
menenangkan ibunya, dia pergi hanya sekejap. Sekadar ingin merehatkan diri dari
kesibukan kerja. Walhal ibunya tahu benar, bahawasanya anaknya yang seorang ini
sangat gila bekerja jadi mana mungkin... .
Rantai tangan pemberian
Mamat di renungnya lama. Mamat, adakah
kau juga rasa keliru seperti apa yang aku rasa sekarang? Sejujurnya aku rasa
gembira dengan pertemuan ini tapi aku juga gusar, bimbang jika kau seperti
lelaki lain yang hanya sekadar melihat luaran bukannya dalaman.
Dia sedar dahulu Mamat
juga gemuk sepertinya tapi itu ketika kecil, masih budak. Masih belum mengambil
kira personaliti seseorang. Kini, entah bagaimana persepsi Mamat? Sungguh
permasalahan ini begitu menganggu minda.
Cangkerang dan kulit
siput yang bertaburan di pesisir pantai di ambil dan di campaknya satu persatu
ke tengah pantai. Sang suria tampak malu-malu di sebalik awan. Deru angin pagi
begitu dingin. Maisara mendongak ke langit, awan kian berwarna hitam. Patutlah,
hari nak hujan.
Dia senyum sendiri.
Asyik mengelamun sehingga tidak sedar keadaan cuaca. Maisara bergegas menuju ke
kereta, namun malangnya akibat tergesa-gesa kakinya yang tidak berkasut itu
terpijak kulit cangkerang yang tajam. Darah mengalir pekat. Maisara
terhinjut-hinjut berjalan ke arah tempat duduk yang berdekatan.
“Banyak darah awak tu,”
Satu suara mengejutkannya dari belakang.
Sebaik dia menoleh dan
terpandangkan wajah itu, Maisara tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya.
Mulutnya terlopong. “Nizam?? Apa kau buat kat sini?”
Nizam masih diam tidak
bersuara. Dia tergaru-garu kepala. “Nizam? Maaf, rasanya cik salah orang. Saya
Azam.” Tenang dia menyatakannya.
Maisara spontan
teringat sesuatu. Nizam ada kembar. “Maaf, saya ingat awak Nizam.” Azam senyum
sebaris. Maisara mengadu sakit. Bisanya masih terasa.
“Awak okey? Luka awak
nampak teruk. Tunggu sekejap saya pergi ambik kit kecemasan dalam kereta saya,”
Sekali lagi, Maisara
terlopong. Baiknya hati dia.
Tidak berapa lama
kemudian Azam tiba dengan kitnya. Pantas dia mengeluarkan kapas dan menekap
Dettol di telapak kaki Maisara. Maisara di terpa rasa segan. Lelaki ini terlalu
prihatin pada orang yang baru di kenalinya.
“Azam, tak apa biar
saya buat sendiri.” ujar Maisara. Azam kemudian membiarkan sahaja tuan empunya
diri merawat kakinya.
Maisara mengerling Azam
sekilas,“Awak ingat saya lagi tak? Kita pernah jumpa di klinik?”
Azam mengerutkan
kening, seperti mengingati sesuatu, kemudiannya dia senyum. “Awak kawan Nizam
kan? Ria?”
Maisara angguk.
“Sungguh, kalau awak tak menidakkan tadi, mati-mati saya ingat awak ni Nizam.”
Azam ketawa. “Bukannya
awak seorang, ramai yang dah terkena. Saya dengan Nizam kadang tu tak larat nak
terangkan.”
Maisara mengulum senyum
lucu. “Susah juga jadi kembar seiras ni ek? Saya ingat seronok ada kembar,
rupanya ada juga kekurangannya.”
“Kalau nak cerita satu
buku pun tak habis.”
“Awak dan Nizam macam
tiada perbezaan. Macam mana agaknya famili cam awak dan Nizam?” tanya Maisara.
Azam ketawa lagi. “Awak
ni macam Nizamlah. Banyak mulut. Macam-macam awak nak tahu.”
“Oho, awak mengata
sayalah ni. Tak sangka iya boleh tahan juga mulut awak ni.” Maisara pura-pura
marah. Entah mengapa dia berasa senang berbicara dengan Azam.
Walhal, mereka hanya
pernah berjumpa sekali. Dan ini hanyalah pertemuan kedua tapi sungguh dia
terasa macam dah kenal lama sahaja lagaknya. Hmm.... mungkin kerana Azam
abangnya Nizam.
Azam merenung dalam ke
wajah dan mata Maisara. Senyuman itu.
Senyuman Ria kelihatan seperti Maisaraku. Kalaulah ini Maisaraku, semakin galak
aku akan mengusiknya. Azam senyum geli hati. Entah mengapa hatinya menjadi
tidak sabar untuk bertemu Maisara. Sabar
Azam, seminggu sahaja lagi.
“Hei, kenapa senyum
sorang-sorang ni? Ingatkan awek ke?”
“Taklah.” beritahunya
sepatah.
Maisara angguk. Malas
mahu bertanya lanjut, nanti di katanya pula dia suka jaga tepi kain orang.
Hujan mula membasahi bumi. Seketika suasana sepi.
“Awak masih tak jawab
soalan saya tadi. Apa yang membezakan antara awak dan Nizam?”
Terkebil-kebil mata
Nizam. Dia kemudian tersenyum, “Awak memang tak akan putus asa ek? Selagi saya
tak jawab awak?” usiknya.
Maisara mendesis geram.
Dia mengumam perlahan, “Salahkah kalau saya nak tahu? Lagipun bukankah ianya
memudahkan untuk saya mengecam awak dan Nizam. Tak perlulah awak dan Nizam
asyik menidakkan nanti.”
Azam garu pelipis,
“Iya, baik saya beritahu.” Maisara senyum senang hati. Azam turut mengukir
senyuman. “Baiklah kalau awak nak tahu, hidung saya agak tinggi. Nizam pula
hidungnya agak penyet.”
Maisara angguk.
Hmm...dia ada perasan itu. “Selain itu, apa lagi?”
“Saya tak pandai
berenang, Nizam pandai.”
“Dan itu sahaja?”
Azam senyum. Tidak
menjawab.
“Dua sahaja perbezaan
awak dan Nizam?”
Azam geleng. “Tak juga.
Nizam lebih outgoing.
Saya pula agak introvert.
Kurang bercampur dengan orang.”
“Oho, begitu.” Maisara
terangguk-angguk tanda mengerti.
“By the way can I ask
you something? Kenapa pagi-pagi lagi awak dah
terpacak kat sini? Takkanlah datang tengok matahari terbit?” tanya Azam.
Dia hairan, berani
sungguh Ria datang sendirian ke tempat yang agak jauh ini. Berseorangan tidak
berteman, pasti dia ada agendanya yang tersendiri seperti dia. Dia datang sini
kerana rindukan Maisara. Maisara sangat sukakan pantai. Waktu kecil dulu, saban
minggu Maisara akan mengajaknya ke pantai. Datang ke pantai seakan terasa
dirinya dekat dengan Maisara.
“Saja. Ambil angin.”
ujarnya sepatah. Takkanlah mahu di ceritakan segalanya; yang dia datang sini
kerana rindukan Mamat. Maisara senyum pahit.
Azam angguk. “Hujan pun
dah reda. Saya pergi dulu. Kejap lagi ada aktiviti di resort.” Dia meminta diri
setelah di lihat Maisara seperti ingin bersendirian. “Kaki tu jaga, jangan
sampai terluka lagi,” pesannya.
Terdengar suara Azam,
lamunannya terbang. “Resort? Aktiviti? Awak kerja dekat sini?”
Azam angguk. “Awak nak
ikut pun boleh? Ianya terbuka untuk semua.” ajak Azam.
“Boleh juga,” Pantas
Maisara bangun dan jalan beriringan ke kereta bersama Azam.
“MENCARI harta karun??” Ternganga luas
mulut Maisara. Ingatkan aktiviti apalah sangat. Apabila di baca terma dan
syarat, naik juling matanya. Ianya banyak melibatkan aktiviti lasak dan dia
amat bencikan semua itu. “Azam inikan aktiviti cari harta karun. Jadi ianya
patut melibatkan otak bukannya badan. Saya nak tarik dirilah. Saya tak rasa
saya boleh buat.”
Azam geleng. “Tak
bolehlah macam tu. Awak dah pun daftar nama kan? Jangan risau. Saya kanpartnerawak.
Saya janji saya akan tolong awak.” pujuknya lembut.
Maisara masih dengan
rajuknya. “Awak tipu saya. Awak tak cakap pun yang aktiviti ni lain dari yang
lain.”
“Okey, saya bersalah.
Saya minta maaf.”
Maisara mencebik.
“Yalah, saya maafkan.” Terus melebar senyuman di bibir Azam. “Okey, jom kita ke
garisan permulaan,” ajaknya. Maisara dalam keterpaksaan, mengekori juga langkah
kaki Azam. Apa boleh buat. Salahnya juga kerana terburu-buru mahu mengikuti
aktiviti resort tanpa usul periksa.
“Ke garisan, sedia,
mula...” jerit pengadil pertandingan. Sejurus selepas itu bertebaran lari
sepuluh pasukan yang mengambil bahagian termasuklah Maisara dan Azam. Hampir
separuh jalan, Maisara sudah melepas nafas berat. Hampir sahaja dia terduduk di tengah jalan.
Mujurlah Azam sempat memegang bahunya.
“Azam, awak lari dulu
kecheck
point ambil petunjuk. Tak apa tinggalkan dulu
saya kat sini. Karang kita kalah pula. Cepat pergi. ” gesa Maisara dalam
mengahnya.
Azam geleng laju. “Nope,
inikan kerja berpasukan. Mana boleh saya tinggalkan awak,”
Maisara terkelu
seketika. Terimbas kembali memori zaman sekolah. Semasa dia dan Mamat di
tugaskan mencari kayu api ketika perkhemahan kelas. Kakinya luka akibat terkena
batang pokok hutan yang tajam. Mamat boleh sahaja pergi meminta bantuan tapi di
gagahkan dirinya mendukungnya. Sungguh saat itu amat mengharukan. Maisara
senyum pahit. Sungguh dia rindu Mamat, sahabatnya itu.
“Ria, hello awak ingat apa tu?” jerit Azam kuat.
Maisara sengih seperti
tiada apa-apa. “Nothing!!
Jomlah, orang lain dah ke depan. Kita je yang lambat. Nanti melepas harta karun
tu.” Langkah di buka laju.
“Hei, betul awak okey
ni?” ujarnya yang masih risau. Manakan tidak peluh merintik lebat di dahi
Maisara. Bimbang pula dia jikalau Maisara sampai terpengsan.
Maisara bersungguh menyakinkan
Azam. “Saya dah okey dah. Jomlah cepat.” Dia mula berlari-lari anak. Azam
pantas menyaingi Maisara. Dia tersenyum sendiri.Even
minah ni montel tapi dia ni comellah, gumamnya perlahan.
DIA tersandar lelah, melepaskan penat di
bangku yang terdapat di taman mini resort itu. Azam menghampirinya dengan
sebotol minuman isotonik, “Nah, 100 PLUS.”
“Thanks!”
ucapnya. Pantas penutup di buka. Gulp. Gulp. “Leganya,” Sepasang mata Azam
tidak lepas dari memerhati tingkah Maisara yang selamba bersendawa di
hadapannya. Kuat pula tu. Azam lantas
melepas tawa, lucu dengan telatah Maisara,
Maisara menelan liur.
Baru menyedari yang dia agak bebas laku di hadapan lelaki ini. “Maaf. Saya...
rupa... awak... korangkan kembar. Nizam. Saya dah terbiasa macam ni bila dengan
dia,” ujarnya beralasan. Wajahnya mula memerah. Malu siot.
Azam ketawa kuat.
“Sweety. Saya faham.”
Maisara mengerut dahi.
Sweety? Hanya Mamat yang memanggilnya sebegitu. Kolam air matanya mula
bertakung. Air jernih yang terbit di hujung mata, di sekanya.
Azam kemudian tersedar
yang Maisara seperti ada yang tidak kena. “Ria...kenapa ni? Saya ada buat awak
rasa tersinggung? Awak kecil hati sebab saya ketawakan awak?”
Maisara senyum kecil.
“Takdalah. Cuma saya sedih kita tak menang tadi. Kalau bukan sebab saya jatuh
masa tengah berkayak tadi, tentu kita dah dapat sekurang-kurangnya tempat
ke-3.”
Azam angguk. “Bukan
salah awak pun. Kumpulan lain yang berlaga dengan kita. Kalah, menang; adat
pertandingan. Dapat hadiah saguhati pun kira jadilah dari tak dapat apa
langsung. Betul tak?”
“Itu memanglah betul.
Tapi... kita dapat rantai kekasih. Bentuk hati pulak tu!!” ujarnya hampa.
Azam garu kepala. Betul
juga. Dia dengan Maisara bukannya ada apa-apa. “Hmm... awak sajalah yang
simpan. Bila awak dah jumpa theother half awak, awak bagilah kat
dia,” putus Azam. Sementelah dia kurang gemar memakai rantai leher.
“Tapi... saya tak buat
banyak mana pun. Awak yang....” Tanpa berfikir banyak, Maisara meletakkan
seutas rantai ke atas tangan Azam.
“Beginilah, awak simpan satu. Saya simpan satu. Sebagai kenangan.”
Azam senyum tak
percaya, “Betul ni? Bukan sebab awak dah mula tersukakan saya?” giat Azam
nakal.
Maisara cebik, “Jangan
nak perasan.”
“Yalah, siapalah saya
ni kan? Rupa pun tak ada!” Azam buat ayat sedih.
“Eleh, nak buat drama
swasta pula dia.” Maisara tarik muncung, menyampah.
Azam tertawa. “Apa-apa
pun, terima kasih untuk hari ini.”
“Hmm... salah tu. Saya
yang patut ucap terima kasih kat awak. Kalau tak terserempak dengan awak pagi
tadi tentunya hari saya tak happening macam ni.Thanks a lot.”
“Hari pun dah petang
ni, jom saya belanja awak makan petang.
Awak pun tentu dah lapar.”
“Hmm...okey juga tu.
Orang kata, rezeki jangan di tolak.”
Azam senyum sahaja.
Perutnya sendiri mula bergendang hebat. Minta di isi. “By the way,
awak balik hari atau bermalam di sini?” ujarnya sekadar bertanya.
“Mungkin bermalam di
sini kot? Hmm... awak pekerja kat sini kan? Heh, boleh tak kalau saya nak minta
diskaun?” Maisara angkat kening.
Azam gelak. “Awak nak
duduk percuma pun boleh.” Selamba Azam menjawab pertanyaan Maisara.
“Apa pula percuma. Saya
cakap betul ni, boleh tak?”
“Saya pun cakap yang
betullah. Ini resort kawan ayah saya. Encik Amran tu dah macam ayah saya. Jadi awak tak payah risaulah. Saya sendiri
pun duduk percuma juga,”
“Tapi tadi awak cakap
yang awak kerja kat sini kan?”
“Bekerja sambil bercuti.
Lagipun Ayah Am kekurangan staf, jadi saya tolonglah setakat yang termampu.”
jelasnya.
Maisara angguk
mengerti. “Oh, begitu rupanya,”
ALUNAN muzik
sentimental mengisi ruang senyap antara mereka di dalam kafe itu. Maisara
langsung tidak menyedari Azam sedang menatapnya. Dia begitu asyik menjamah
makanan laut kegemarannya, iaitu si udang galah. Azam mengukir senyum nipis.
“Ria, sebetulnya awak mengingatkan saya pada seseorang...” ujar Azam tidak
semena-mena setelah mereka hanya sepi tanpa suara.
Maisara
angkat muka, dahinya berkerut seribu. “That’s a pick up line or what?” ujarnya berlelucon.
Azam
senyum. Maisara juga. Azam kemudiannya menyedut sedikit jus oren, sebelum berkata, “Nope, seriously you
really resemble her.” My Maisara, desisnya
dalam hati.
Maisara
senyum mencebik, “Hmm...I see.You too, also look
alike him,” Dia masih lagi menyangka yang Azam
hanya bergurau dan bercanda dengannya. Namun bila di sedari riak wajah Azam
sekalipun tidak berubah. Senyumnya mati. “Sorry, I’m being a bit playfull. I thought that...”
Azam
segera memintas, “I’m just bluffing out?”
Maisara angguk. Untuk seketika ruang di antara mereka di himpit sepi. Sehinggalah Azam menyambung kata, “Honestly, I’m really
miss her. Being with you for a day, really remind me of her.”
Maisara
kejung, tidak tahu bagaimana harus beraksi sebagaimana yang sepatutnya. Azam
masih lagi dengan riak seriusnya. Maisara menjadi tidak ketahuan. Dia
kemudiannya senyum tak jadi.
Azam
tiba-tiba ketawa kecil, “You must thought that I’m being cheesy right?”
Maisara
geleng, bibir di ketap menahan geram. “Not being, but you really are. It’s jerking me out,”
Serentak, ketawa mereka bergabung.
“Fuh,
boleh pecah perut saya macam ni,” Ketawanya masih bersisa. Maisara begitu
menghiburkan hatinya.
“Awaklah...,”
Maisara gigit bibir, “...buatlah ayat yang nak mengayat tu lagi, bukan setakat
perut awak pecah, otak pun boleh breakdown,”
tuturnya penuh serius. ( kononnya)
“I ‘m really can’t
winning you out, ”Azam segera angkat bendera
putih, mengaku kalah.
Maisara
mengangkat jari telunjuknya. “Never...and don’t ever think about it,”
“Yes, ma’am!”
Azam mengangkat tabik hormat. Ketawa meletus lagi.
Telefon
bimbit Maisara tetiba menjerit minta di angkat. “Hello,” Sisa ketawa masih lagi
jelas. Si pemanggil di sebelah talian sana, berkerut seribu, “Hoi, kau apahal?
Terkena histeria ke?”
Ketawa
mati. “Tak adalah. Kau ni apahal pula, terjerit-jerit. Aku bukannya pekak,”
marah Maisara. Matanya mengerling sekilas pada Azam. Harap muka sahaja sama. Beza si kembar berdua ni bagai langit dengan
bumi. Azam bertanya siapa, Maisara langsung berkata ianya Nizam. Azam hanya
mengangguk.
“Kenapa
kau tak masuk pejabat hari ini? Kau ponteng kerja iya? Aku telefon rumah, adik
kau cakap kau pergi bercuti. Sampai hati, pergi bercuti tak ajak aku,”
Maisara
tertawa kecil mendengarkan rajukan sahabatnya itu. “Kau ni sikit-sikit nak
merajuk. Dah macam perempuan.” perlinya.
Nizam
tidak mengendahkan kata-kata Maisara, dia lalu bertanya, “Kau bercuti kat mana,
Ria? Dekat ke jauh?”
“Buat
apa kau nak tahu?”
“Hmmm...
aku nak pergi menjejaki kaulah, sayang!” ucapnya selamba.
Maisara
tersedak. “Kau buat tabiat ke apa panggil aku macam tu? Dah lama hidup?”
marahnya.
Nizam
ketawa mengekek. “Ala sayang saya ni, bergurau sikit pun tak boleh. Suara macam
halilintar kalau marah. Tapi tak mengapa itu yang saya suka tu,”
Azam
memandang ke arah lain, bila Maisara pandang muka dia macam nak telan orang.
Kenapa pula minah ni? Aku ada cakap apa-apa ke?
Maisara
menggumam perlahan; nasib kaulah Azam.
Siapa suruh kau jadi kembar Nizam. Sekarang ni aku nampak macam Nizam ada je
kat depan aku.
“Awak,
kenapa diam je ni? Awak tak rindukan saya ke?” sapa Nizam masih dalam nada
menyakatnya.
“Buat apa pula aku nak rindukan kau. Kau dah
memang ada depan mata aku pun.” Kali ini giliran dia pula untuk mengenakan
Nizam. Biar dia menggelabah sikit. “Bezanya kan, kenapa aku nampak hidung kau
macam tinggi sikit ek? Kau ada buat pembedahan
plastik ek?”
Nizam
pandang kiri dan kanan. Hanya dia sahaja di dalam bilik ini. Berseorangan.
“Hoi, kau kalau nak main-main pun pada-padalah.”
“Penakut
rupanya.” Maisara tersengih kerang.
Azam
yang mendengar kata-kata Maisara tadi mula tersenyum lebar. Mula mengerti.
Rupanya inilah diri sebenar Riana. Suka mengusik. Barulah bertemu buku dengan
ruas. Dia ketawa bila mengenangkan air muka adiknya tika ini. Pastinya pucat.
“Kau
nak cakap dengan Along kau tak?” tanya Maisara.
“Along
aku?” Nizam jelas terkejut. “Dia ada dengan kau?”
Maisara
menahan tawa sebelum melanjutkan kata, “Hmm.... sebenarnya aku sedang berjanji
temu dengan along kau,”
Nizam
terdiam agak lama. Maisara dan along?
Bila masa diorang? Hatinya berkocak hebat. Takkanlah dalam diam... Fikirannya mula tidak menentu.
Maisara
kehairanan. Dah kenapa pula dengan Nizam
ni. “Hai, kenapa senyap ni? Kau cemburu iya?” tebak Maisara bergurau.
Masih
lagi sepi. Tiada balasan dari Nizam. Telefon bimbit yang hampir terluncur dari
tangan menyedarkan Nizam dari lamunannya. “Hah? Aku cemburu? Malam sikit.”
Entah
mengapa hati Maisara bagai di siat. Sangkanya Nizam... Ah, beranganlah kau Maisara. Enggang tak mungkin bergandingan dengan
pipit.
Maisara
senyum kelat, “Yalah, siapalah aku kan?” Diam. “Sebenarnya aku terserempak
dengan along kau kat sini. Dia kerja di resort tempat aku menginap.” beritahunya
dengan sedikit pengubahsuaian. “Kau nak cakap dengan along kau?”
“Boleh
juga,” Lalu telefon bertukar tangan.
Azam bangun dari duduknya. Menjadi kebiasaan baginya menjawab telefon
jauh dari orang. Agak lama juga mereka berdua berbual.
Sekejap
ketawa. Kemudian kedengaran agak serius. Entah apa yang di bualkan pasangan
kembar itu, malas dia mahu mengambil tahu. Lebih baik dia menyudahkan suapan
makanan yang terhenti tadi. Hehe tengok badanlah kan?
Selesai
berbual, telefon kembali bertukar tangan. “Lamanya. Korang berbual apa? Nak
kata lama tak jumpa. Korang duduk serumah kan?”
“Hmmm....
memanglah tapi kebelakangan ini kan, Nizam sering bertugas di luar, jadi dia
jarang balik rumah. Kalau awak nak tahu, Nizam is my best bff. Di mana ada
dia, di situlah ada saya. Tapi bila dah meningkat dewasa dah ada kerjaya, kami
jarang lepak sekali. Kalau ada pun, hujung minggulah,”
“Tapi
saya tengok awak macam tak sibuk pun. Boleh pula datang sini bercuti, dan
sempat pula kerja separuh masa kat sini.” ujarnya bersahaja.
Belum
sempat Azam membalas kata. Cahaya lampu, terang menyuluh ke arah mereka.
Terkesima Maisara pabila terdengar tepukan gemuruh dari pengunjung cafe ini.
Dia kurang jelas dengan situasi tidak terduga ini sehinggalah salah seorang
ahli kumpulan muzik dari tengah pentas menarik Azam.
“Malam
ini kita ada tetamu khas yang baru balik dari Korea, sahabat saya Azam,” ujar
pemain gitar utama itu. “Dia akan gantikan vokalis kami yang tak dapat datang
malam ini.”
Azam
garu kepala, tatkala terlihat muka terkejut Maisara. Dia tersengih kerang.
Maaf. Tuturnya perlahan dengan gerak mulut.
Maisara
masih membatu. Masih kelam, tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Serentak
dengan itu, petikan gitar mula kedengaran, dan Azam mula menyanyi mengikut
rentak lagu yang di mainkan.
Dia
seakan terpaku melihat jejaka di hadapannya ini. Terbit rasa kagum. Tidak di
sangka sedap juga suara Azam. Ada bakat rupanya.
Usai
semuanya, Azam berjalan menghampiri Maisara. “Awak tentunya terkejut kan?”
Dia
angguk. “Sikitlah. Tapi pandailah awak nyanyi. Sedap!” puji Maisara.
Azam
senyum lebar. Kalaulah dia tahu aku ni
dulu vokalis dalam band di Korea, mahunya dia pengsan terus kot.
SELESAI MAKAN MALAM...
Azam dan Maisara kembali ke bilik masing-masing.
Azam
binggung dengan apa yang di rasakannya saat ini. Suara hatinya kuat mengatakan
Ria inilah Maisara yang di tunggunya selama ini. Tapi... itu tidak mungkin ...namanya Ria. Dia mengeluh sendiri.
Kalaulah dia masih ingat nama penuh Maisara kan senang.
“Maisara...
kenapalah aku rasa kau dekat sangat dengan aku, bila aku berada berdekatan
dengan si Ria tu? Dia tak ubah macam kau. Cemerkap. Tapi comel di mata aku.How I miss you girl,
you
never know...” gumamnya sendiri di bawah sedar.
Sunyi
hati ini, tiada siapa yang tahu. Harapan
aku bila bertemu kau nanti, segalanya akan kembali menjadi indah seperti dahulu
kala. Tapi adakah segalanya akan menjadi kenyataan? Kata orang segalanya
mungkin. Cerita cinta aku... adakah ianya jua akan mencapai penyudah yang
menggembirakan? A happy ending, maybe?
DALAM PADA ITU,
Maisara sendiri leka merenung rantai berbentuk hati yang di menangi
bersama Azam petang tadi. Di luar sedar bibir mengukir senyum tawar. “Pada
siapa patut aku beri separuh hati ini?”
Bukan
Azam sahaja yang turut merasai perasaan yang pelik itu, malah Maisara juga
merasakan Azamlah, Mamat yang di nantinya. Namun cepat di tepis andaian itu.
“Mamat mana ada kembar. Kalau ada pasti dia beritahu aku.” putusnya
sendiri. Mamat tak mungkin berahsia
dengannya.
Maisara
meramas keras rambutnya yang separuh bahu itu. “Aku boleh jadi gila macam ni.
Hai, hari cepatlah berlalu.”
Terasa
dirinya begitu mudah jatuh hati. Apakah
aku terlalu mendambakan cinta seorang lelaki? Mudah sangat tertarik pada orang
yang baik dengan aku? Adakah jiwa aku terlalu sunyi? Terlalu kosong? Sehingga
ianya buta untuk mengenali yang mana satu adalah cinta sejati?
Apalah yang aku melalut
ni? Maisara adakah kau dah tak betul ni?
Bantal peluk di peluknya erat. “Lebih baik aku pejam mata, tidur...”
DAN
malam itu, berlalu pergi... Namun kedua sahabat ini yang saling merindui,
saling menantikan pertemuan itu, langsung tidak menduga yang mereka telah pun
bersua muka... .
Indahnya takdir tiada
siapa dapat menduga.