WAJAH Nizam yang tiba-tiba tersembul di
mejanya hampir sahaja membuatkan jantungnya luruh. “Tak reti bagi salam ke?”
tanyanya sinis tanpa memandang wajah Nizam.
Nizam
tersengih, “Maafkan saya, puan! Assalamualaikum!”
“Apa
puan-puan? Aku tak kahwin lagilah!” ujarnya menyeringai marah.
“Amboi,
garangnya kau pagi-pagi ni!”
“Nizam... kau tak ada
kerjakah? Kalau setakat nak mengacau aku buat kerja, tolong pergi. Aku tengah
berserabut ni. Karang segala benda melayang ke muka kau, nak?” Angin
puting-beliungnya masih belum surut.
Nizam
mengangkat sepuluh jari. “Maaflah. Aku bukan nak ganggu kau. Aku cuma nak tanya,
lepas waktu kerja kau ada apa-apa hal tak?”
Kening
Maisara terangkat seinci, “Tak ada kot! Kenapa?”
Nizam
menelan liur. Macam mana nak cakap ni.
Ah, belasah sajalah apa-apa pun.“Aku nak tebus pasal hal malam semalam.
Aku nak belanja kau makan. Boleh?” Lancar sungguh mulutnya berbohong. Tuhan ampunkanlah hambaMu ini.
Mendengar
saja pasal makanan tanpa banyak soal Maisara terus bersetuju. “Tapi dengan satu
syarat...”
“Apa
syaratnya?” tanya Nizam meskipun jauh di sudut hati, dia tahu benar syarat
Maisara itu.
Maisara
sengih. “Aku yang pilih tempat makannya! Amacam set?”
Nizam
mencebikkan mulut. Aku dah agak dah! Nak
cekik darah akulah tu.
“Yalah, sayang!
Di mana tempat makannya?”
“Secret
Recipe!” beritahu Maisara dengan muka tak bersalahnya. Alang-alang dia kata nak belanja kan?
Nizam
jatuh bahu. Saja je minah ni. Dahlah baru
tengah bulan. Bankraplah aku macam ni!“Baiklah, cik adik!”
DIA binggung seketika. Apa tujuan Nizam
membawanya ke pantai petang-petang begini? Sangkanya selesai makan-makan, Nizam
akan menghantarnya pulang. Sudahlah cuaca
macam nak hujan je. Betulkah tidak Nizam ni? Sekilas Nizam di kerlingnya
dari hujung mata. Diam sahaja dari tadi.
Apa kena dia ni? Serius semacam je muka tu.
Nizam melunjurkan
kakinya yang kebas bersila sedari tadi. Gelora di hati berombak kencang.
Sekencang angin yang bertiup saat ini. Mahu atau tidak perkara ini harus di
selesaikan hari ini. Biarlah dirinya di caci-maki daripada kebenaran terus
terselindung. Janji harus ditepati. Dia harus pulangkan benda yang bukan
miliknya. Biar langit dan pantai ini yang jadi saksi, betapa setianya dia
sebagai seorang adik dan juga sahabat.
Nizam kau boleh buat!
Kau pasti boleh!
Nafas di tarik dalam-dalam. “Ria,
aku nak beritahu kau sesuatu... .”
Maisara
menoleh memandang Nizam.
Nizam
mengeluh kecil. “I want to tell you something but I hope that, you don’t get
me wrong. It just... I have to do this.”
“Oh?
Okay!”
Nizam meraup wajah.
Entah mengapa debaran di dada semakin memuncak. Tangan di genggam erat
mengumpul kekuatan. “Ria, kau pernah kata yang aku langsung tak mirip dengan
Mamat kan?” Air liur di telan kesat. Terasa berpasir tekaknya saat ini.
Mata Maisara tidak
berkelip mendengar soalan itu dari mulut Nizam. Apa maksud dia ni? Apakah ini bermakna dia... Hish takkanlah kot. Tapi...
Mai kau sendiri pun tahu yang Nizam dan Mamat bagai langit dan bumi. Album lama
tu membuktikan segalanya kan?Itu kebenarannya! Tapi... kenapa aku macam tak nak
terima kenyataan?
Dia tersenyum nipis.“Pada mulanya, memang aku sangsi. Tapi
bila dengar kau hikayatkan kisah kita masa kecil dan juga rahsia aku. Aku mula
percayakan kau.”
“Ria... aku sebenarnya
bersalah pada kau. Tak, bukan hanya kau tapi Mamat!” beritahu Nizam dalam suara
yang tertahan.
“Apa maksud kau ni?” Nizam di pandangnya
tepat.
“Aku hanyalah si
penyamar!” beritahunya laju dalam satu nafas.
Maisara tergamam. “Penya...mar?”
Keningnya bertaut. Keliru dan celaru bersatu. “Jadi, kau bukan Mamat?” soal
Maisara keras. Darahnya makin memuncak pabila Nizam langsung tidak
berkutik. “Nizam, jawablah!” gesanya.
Nizam masih lagi
tertunduk. Aturan nafasnya serba tidak kena. Berani kerana benar. Takut kerana salah. Aku tak salah. Aku hanya ingin
mengakui kekhilafan semalam. Nizam sekali lagi kau boleh. Yakinlah Allah
bersama orang yang benar.
Dengan lafaz bismillah,
perlahan-lahan dia menuturkan, “Aku menyamar jadi Mamat! Aku bukan Mamat! Aku
hanya menggantikan dia.” Wajah Maisara di tentangnya. “Aku rasa kau pun tahu
itu kan? Kau sedar yang aku bukan Mamat kan?”
Maisara terkelu. Segala
tanda tanya terbuka kini. Azam ialah Mamat. Naluri hatinya memang benar. Hanya
selama ini... dia sendiri yang menidakkan kerana cintanya telah beralih arah.
Tika ini, dia keliru kenapa Nizam perlu menyamar? Adakah Mamat yang menyuruh
Nizam dek kerana kecelakaan yang menimpanya itu? Atau Nizam sendiri yang...?
Ya
Tuhan, tabahkanlah hatiku menerima kebenaran dan kenyataan ini!
Satu keluhan di lepaskan sebelum matanya singgah ke wajah Nizam. Perlahan dia
bertanya, “Kenapa kau beritahu aku semua ini? Kalau kau dah memang nak
menyamar, kenapa tak teruskan sahaja? Kenapa begitu cepat kau bongkarkan rahsia
ini?”
Nizam senyum tak berperisa.
“Aku sayangkan abang aku. Aku sayangkan korang. Aku nak korang bahagia. Kau pun
tahu aku bukan jenis yang suka permainkan orang dan atas sebab itu aku berterus
terang. Sejujurnya, aku pun tak sangka yang Maisara itu kau. Aku ingat mungkin
aku tersalah perkiraan,but then when you spoke out about Mamat and all. I’m so
blank.
At that time, I just
want to make sure I didn’t get it wrong. Then, it turn out I‘m mistakenly being
him. For some reason I don’t want to confusing myself, to such a
simple thing that can be settled out! So that’s it. You just have to face that
I am not him! I’m just me! Nizam! Not Mamat!”
Maisara terdiam agak
lama. Kata-kata Nizam di cerna satu persatu. Ikatan persaudaraan antara Nizam
dan Mamat memang utuh. Tambah pula, mereka kembar seiras. Sekali pandang, tiada
perbezaan. Mungkin disebabkan itu, Nizam berani mengambil risiko menggantikan
Mamat?
“Nizam,
hanya satu yang aku nak tanya. Kau menyamar atas kehendak kau atau Azam yang
suruh?” soal Maisara tegas. Matanya tajam menentang mata Nizam meminta
kepastian.
Sebaris kata-kata
Maisara itu, di telan penuh pahit. Dia terdiam seketika. Ombak di pantai di
pandang penuh ralit. Aku harus
pertahankan along. Walau dia berbuat silap, itu bukan kehendak dia. Aku di sini
untuk memperbetulkan, untuk menyatukan along dan Maisara.
“Aku
sendiri yang datang jumpa kau. Ini rancangan aku seorang! Along langsung tak
tahu menahu. Kau pun tahu keadaan along kan?”
Maisara angguk. Azam
mengalami kecelakaaan. Kakinya lumpuh. Dia tahu itu. Dia sedar itu. Tetapi...
kenapa dan mengapa hatinya hanya tertumpah rasa kasihan dan bukannya
mengasihani? Selingkuhkah dia? Difikirkan, hubungan dia dan Mamat tak bernama. Tuhan tolong ingatkan aku! Siapa yang aku
cinta? Siapa yang aku kasih? Siapa sahabat, siapa kekasih?
Deru angin yang
membelai lembut pipinya itu, membawa kembali perhatiannya pada penjelasan
Nizam. Mata Nizam di tikamnya tajam.
Nizam tertunduk,
melarikan pandangan. “Aku tak mahu pertemuan yang sekian lama, kau dan along
rancang punah macam tu sahaja, hanya kerana kecelakaan yang menimpa along.
Sebab itu, aku memutuskan untuk menyamar. Bila along dapat tahu, dia mengamuk.
Dia minta nak berjumpa dengan kau. Tapi dia takut akan penerimaan kau. Jadi,
dia minta aku yang berterus terang dengan kau.”
Maisara menyilangkan
tangan. Matanya semakin tajam merenungi wajah sahabatnya itu. “Nizam, kau
memang sayangkan along kau kan? Tapi... sampai bila kau nak terus pertahankan
dia? Aku tak buta. Aku tahu! Azam yang paksa kau kan?” ujarnya sambil tersenyum
sinis.
Nizam kelihatannya agak
menggelabah. “Mana ada. Aku yang...” Dia terdiam, mencari kata. “Betul!! Along
tak tahu. Aku yang rancang semua ini. Semuanya atas diri aku sendiri!” ujarnya
entah cuba menyakinkan siapa. Maisara atau dirinya.
Suara Maisara sedikit
meninggi. “Nizam, kau kawan baik aku. Mamat, kawan lama aku. Siapa yang kau nak
tipu ni? Aku kenal Mamat. Dia ego. Dia tak mahu orang tahu kesakitan dia. Kalau
boleh semua dia nak simpan sendiri. Aku tahu, dia takut aku bersimpati pada dia
kan? Dan disebabkan itu, kau yang jadi mangsa.”
Nizam membisu. Patah
demi patah kata yang keluar dari mulut Maisara langsung tiada cacat celanya.
Semuanya benar belaka.
“Kalau benar, ini
perancangan kau sendiri dan bukannya atas paksaan along kau tu. Macam mana kau
tahu, rahsia aku, latar belakang aku? Sudahlah Nizam, ini semua kerja Mamat
kan?” Maisara masih lagi dengan lagak detektif menyoal pesalah.
“Aku tahu semua itu
dari diari dan e-mel along! Along tak bersalah. Dia langsung tak paksa aku. Aku
sendiri yang atur semua ini.” Nizam masih tidak mahu mengalah.
Maisara geleng kepala.
“Nizam, Mamat tak pernah tulis diari. Padanya, diari itu melecehkan!”
Nizam hilang punca. “Errr...?”
Aduh, kenapa dengan aku ni? Habislah
macam mana ni? Kantoi sudah! Macam mana aku nak jawab dengan along nanti?
Bayu yang berpuput,
mengibar lembut hijab Maisara. Dipegang kemas hijabnya. Kemudian Nizam di
pandangnya sekilas, “Actually, I’m glad that you being frankly about this kind of
thing. It really shows, that you do care about our friendship!”
Mulutnya ternganga,
tidak percaya. “Kau sikit pun tak marah? Pada aku? Pada Azam?” Nizam
teragak-agak bertanya.
Maisara tersenyum
sinis. “Bohonglah kalau aku cakap aku tak rasa marah. Ikutkan hati, aku memang
terasa nak belasah kau. Rasa macam nak mengamuk, naik angin. Semua ada. Tapi
kalau aku buat semua itu, bukannya boleh terbalikkan keadaan pun kan? Benda dah
jadi. Lagi pula, ada orang itu dah serah diri kan?”
Nizam mencebikkan mulut.
Sempat juga mengata aku tu!
“Tapi, hanya satu...
aku kecewa dengan along kau. Kenapa dia nak buat macam ni?”
“Sebabnya mudah, dia
cintakan kau.” datar tanpa perisa Nizam menuturkannya. Aku juga. Sayang rahsia hatinya hanya mampu tersimpan kemas sebagai
kenangan hidupnya.
“Hah?” Kening Maisara
terangkat seinci. Biar betul? Biar
betul-betul? Aduh, kalutlah macam ni? Aku pula dah tersukakan si adik!
“Kau sendiri pun tahu
kan? Mamat memang menantikan kau. Selama ini, dia hanya cintakan kau. Cinta
remajanya itu, bukan cinta main-main. Ianya cinta sejati. Sebab itu, dia tak
nak jumpa kau dalam keadaan yang macam itu. Dia takut kau terima dia di
sebabkan kakinya yang lumpuh bukan kerana cintanya pada kau.” beritahu Nizam
panjang lebar.
“Tapi perasaan aku tak
sama. Aku sayangkan dia tapi... hanya sebagai seorang sahabat.”
Nizam berpaling.
Riaknya bertukar serius. “Kalau macam tu, kenapa kau beri dia harapan? Kenapa
kau kirim e-mel selama 10 tahun lamanya, kalau kau tak cintakan dia?” tanyanya
bertubi-tubi.
“Aku hanya nak kekalkan
persahabatan antara kami. Takkan itu pun salah?” soal Maisara pula.
“Memang tak salah. Cuma
along tu, orangnya naif dan lurus. Dia benar-benar berharap kau punya rasa yang
sama. Aku harap kau tak kecewakan dia. Tambah pula, dengan keadaan kakinya itu,
dia amat perlukan sokongan kau. Hanya dengan dorongan kau, dia akan lebih cepat
sembuh. Atas tujuan itu jugalah, aku beranikan diri berterus-terang dengan
kau.” jelas Nizam bersungguh demi mengharapkan Maisara menerima Azam.
“Kalau kau tak cakap
pun, aku tetap akan bagi semangat pada dia. Dia kawan lama aku. Tapi untuk aku
cintakan dia, aku minta maaf.I can’t do that!!”
“Kenapa tidak?”
“Sebab dia hanya
sahabat. Aku sayang dia tapi hati aku, cinta aku bukan untuk dia!” ringkas
Maisara menjelaskan. Aku cintakan orang
lain, dan orang lain itu bukannya orang lain ianya kau, Nizam!
“Maksudnya kau dah ada
pilihan hati? Begitu? Siapa dia?That secret admire, whom send you a bouquet of rose?
Diakah orangnya? Kau sukakan dia? Kau cintakan dia?” soal Nizam tanpa henti.
Maisara senyum tanpa
perisa. “Nizam,
why are you so furios?”
Nizam seakan tersedar
dirinya terlalu mengikut perasan. Dia akhirnya cuba berlagak setenang mungkin. “Mana
ada! Aku cuma tak nak kau di kecewakan, di permainkan. Mana tahu dia orang tu
tak ikhlas cintakan kau. Nanti kau juga yang terluka. Along aku setia pada kau.
Dia mengharapkan kau. Aku harap kau... .” Ayat Nizam tergantung di situ. Dia
terpaku mendengar kata-kata Maisara yang separuh berbisik itu.
“Aku pula harap yang
Mamat itu kau!” Usai bait-bait itu di lontarkan, Maisara tertunduk memandang
pepasir pantai. Emosi mula menjalar diri. Matanya bening. Air mata menitis
jatuh.
Dia
menangis? Nizam mula gelisah. Tak ketahuan
rasanya. Tak pernah aku tengok dia
menangis. Tak pernah juga dalam sejarah hidup aku, perempuan menangis kerana
aku? Dan hari ini? Apa kejadahnya ni?
“Nizam, are you that
blind? Sampai tak nampak apa yang sebenarnya
berlaku?” lembut perlahan Maisara bertanya. Pipinya yang masih basah itu di
sapu perlahan. Kenapa air mata aku murah
sangat ni? Malu pula rasanya menangis depan Nizam. Nampaknya aku memang dah tak
dapat lari dari perasaan akukah?
“Apa yang kau merapu
ni, Ria? Aku tak faham!” Nizam tergaru kepala yang tak gatal. Sungguh aku tak faham apa yang minah ni
cakap.
“Kau faham sebenarnya
tapi kau cuba tak nak faham kan?”
Nizam membisu. Tubuhnya
kaku. Takkanlah Ria sukakan aku?
Maisara melepas nafas
perlahan, “Sebenarnya dari awal lagi memang aku dah syak kau bukan Mamat. Aku
agak terkejut bila kau tahu semuanya berkenaan Maisara dan Mamat. Dari situ aku
tahu, Azam ialah Mamat. Sebenarnya cerita kau banyak compang-campingnya. Kau
seperti cuba menegakkan benang yang basah bila kau cakap kau belajar renang.
Setahu aku, Mamat
langsung tak pandai berenang. Mamat teramat takut dengan air. Dia sampai sekarang
masih fobia. Azam pula, masa aku jumpa di chalet memang tak boleh nampak kolam
renang. Bila pergi ke pantai pun sama. Ciri-ciri itu amat dekat dengan Mamat
yang aku kenali.”
Nizam binggung. Jadi selama ini, Ria pun berlakon jugalah?Dia
buat bodoh walaupun tahu aku bukan Mamat? Tapi kenapa? Kenapa dia layankan
saja?
Sepi. Tiada jawapan.
Maisara menyambung
cerita. “Kau juga pernah cakap, yang kau ada tolong abang kau kuruskan badan
kan? Masa di sekolah lama, muka kau pula jelas menampakkan kau tak biasa dengan
tempat itu. Tapi aku layankan juga. Aku nak tengok sampai bila kau nak terus
berlakon. Sampai bila kau mampu bertahan. Tapi aku silap. Aku ingat boleh
permainkan kau, tak sangka pula secepat ini kau berterus terang.”
Nizam mengoyak senyum
di pinggir bibir. “Sebabnya hidup kita ini bukannya jalan cerita novel dan
bukan juga drama yang ada plot dan klimaksnya. Ini realiti. Pada aku, lebih
baik berterus terang sahaja. Lambat-laun, akan ketahuan juga. Kenapa nak
rumitkan keadaan sedangkan segalanya boleh di perbaiki.”
“Kenapa kau begitu jujur?Why are you so nice to
me? Kenapa Mamat itu bukan kau tapi Azam?
Dan... kenapa hati aku bukannya untuk Mamat tapi... kembarnya?” perlahan-lahan Maisara
meluahkan segala yang terpendam di hatinya. Akhirnya
cintaku ini bukan lagi rahsia. Maisara sendiri hilang punca. Bagaimana dia
boleh seberani ini?
Nizam pula hampir
sahaja, saluran nafasnya tersekat. Aku
tak salah dengar ke ni? Maisara di pandangnya tidak berkelip. Matanya
bulat. “Ria, ini bukan masanya nak berlawak!”
“Kau rasa aku
berguraukah?”
Kosong. Reaksinya beku.
Dia kemudiannya menggelengkan kepala. “This is not good!”
Maisara tersenyum
tawar. “Aku sekadar mahu jujur dengan diri sendiri. Itu sahaja. Bila masa
berlalu, rasanya semua ini akan hilang dengan sendirinya.”
Diam. Mereka berdua
tenggelam dalam perasaan. Tumpuan keduanya beralih ke arah ombak yang beralun
lembut menghempas pantai.
Maisara melepas tawa
perlahan. Hambar. Kekok. “Entahlah, pelik rasanya. Mungkin sebab aku dah terbiasa
berada dekat dengan kau kot? Layanan baik kau terhadap aku, membuatkan aku rasa
di hargai. Yalah, orang montel macam aku ni, mana ada yang berani nak dekat
kan? Kau seorang sahajalah pun. Mungkin sebab itu aku mula fikir luar alam...
.”
Sepi. Awan mendung
berarak perlahan. Mendung di hati Nizam pula bagaikan beranak sungai. Tuhan ujian apakah ini? Lagi aku ingin lari,
lagi dekat pula aku dengan kenyataan ini. Ria pula, kenapa dia begitu berani
berdepan dengan perasaannya? Sungguh aku terharu, dan kalau ikut hati, aku
macam nak peluk dia. Kalau buat betul, agaknya terus lekat cap lima jari di
mukaku!
Dia
nak tengking aku ke? Tajam aje mata tu?
Maisara menelan liur. Getaran hati semakin hilang rentaknya.
Nizam bersuara tenang,
“Actually,
you are not alone, Ria!But... the circumtances
really bites. It’s up to Allah! Put your trust in Him. If we really meant to
each other, He will show it, in sya Allah.”
Hati Maisara di runtun
syahdu. Rupanya Nizam punya rasa yang
sama? Pujukan dan nasihat Nizam menyentuh hati kecilnya. Ternyata membesar
di negara orang tidak membuatkan Nizam lupa akan Allah yang Satu.
Maisara senyum. “I do trust in Allah and
always do!” Dia bangun. Baju yang penuh dengan
pasir di kibas. Langkah kemudiannya di buka luas.
Nizam pantas mengejar.
“Ria, I’m
sorry for letting you down, I didn’t mean to hurt...
”
Maisara memotong, “Aku tahu, Nizam. I’ll try my best to
keep this feeling! Don’t worry, ‘kay?”
Dia tersenyum nipis sebelum berlalu.
Sejurus selepas itu,
bayang Maisara semakin jauh dari pandangan Nizam. Satu keluhan di lepaskan. Aku cintakan kau, Ria! Selamanya! Tapi kau
tak di takdirkan untukku. Kau milik along!