SEKEMBALINYA dari bercuti, Maisara
kembali sibuk di pejabat. Helaian kertas yang berselerakan di susunnya satu
persatu. Dia tersenyum puas. Sedap sikit mata memandang. Jam comel di hujung meja berbentuk hati di
kerlingnya sekilas. Jarum jam menunjukkan hampir ke pukul 5 petang. “Mujurlah
proposal lakaran ni dah siap, kalau tidak mampus aku,” ujarnya lega separuh
berbisik.
Bahana dia mengambil
cuti 2 hari yang lalu, beban kerjanya makin bertambah. Tambahan pula kliennya
bergesa mahu dia menyiapkan lakaran hiasan dalaman rumah mereka, mujurlah
ideanya jatuh mencurah. Kalau tidak, sampai ke malam jawabnya dia duduk di
pejabat.
Perutnya tetiba
memulas. Ini mesti angkara nasi goreng sambal belacan tengah hari tadi. Lakaran
itu di letak ke tepi, dia bangun meluru ke tandas. Sebaik dia balik semula ke
mejanya, lakarannya tadi habis basah. Matanya meliar memandang sekeliling.
Rakan-rakan sekerja di lihatnya sudah beransur pulang. Hanya ada dua tiga yang belum keluar. Siapa punya angkara ni? Hatinya mula
membara.
Zana
dan Rifa tak mungkin mencelakakan aku.
“Rifa, kau ada nampak sesiapa lalu kat meja aku tak tadi?” tanyanya pada Rifa
yang duduk selang dua meja dengannya. Rifa geleng. Zana di sebelah turut
menggeleng. “Kami tak perasanlah pula. Sebab tadi aku dengan Zana pergi jumpa
Encik Zainal,”
Rifa kemudian bertanya,
“Kenapa Ria?”
“Proposal aku ni habis
basah lencun.” beritahunya dengan suara yang serak. “Nak lukis balik memang
azablah,” rengeknya. “Kurang asam sungguhlah. Kalau aku dapat siapa yang buat
ni memang aku lunyai dia cukup-cukup,” marahnya pula.
Zana dan Rifa sudah
tergaru kepala. “Beginilah, kami tolong kau lukis balik okey?” usul Zana. Rifa
angguk. “Taklah sampai kau kena bermalam di pejabat,”
Seulas senyuman mula
terhias di bibir nipisnya. “Korang memang terbaik. Sayang korang.” Rifa dan
Zana turut tersenyum. “Jom, kita mulakan!” ujar Zana.
“Mulakan apa?” satu
suara menyapa dari belakang mereka. Tersentak bahu ketiganya. “Kau ni, Nizam,
kalau kitaorang ni sakit jantung, mahunya gol terus,” marah Maisara.
“Maaf, aku tak
sengaja!” ucapnya. “By the way, kenapa korang tak
balik lagi ni? Dan apa yang korang nak mulakan?”
Maisara kemudiannya
menjelaskan satu persatu mengapa dan kenapa. Nizam terangguk-angguk. “Kau pun
satu, dah tahu benda tu penting, main taram letak macam tu je. Lain kali letak,
simpan elok-elok.” pesannya.
Maisara cebik. “Yalah,
aku tahu salah aku juga. Tapi manalah aku tahu, nak ada orang dengki macam ni.
Dulu takda pun,” ujarnya tak puas hati.
“Awak dah lupa pepatah
Melayu ada mengatakan, sediakan payung sebelum hujan. Beringat sebelum kena,
ada faham?” tukas Nizam.
Maisara menarik
muncung. Mamat Korea celup ni mulut dia
memang.... ishh geramnya aku. Maisara genggam penumbuk, “Kau kalau tak nak
membantu, tolong pergi boleh?”
Zana dan Rifa saling
berpandangan. Rifa berkata perlahan,
“Wei, korang berdua ni, benda macam ni pun nak gaduh ke?”
Seketika mulut Maisara
dan Nizam terkunci rapat. Mungkin malu atau sebenarnya tersedar yang mereka
agak terlalut dan mengarut.
Nizam kemudian bersuara
perlahan, “Aku tolong. Okey?” Dia senyum nipis.
Alahai
lembutnya suara dia.So seducing.
Maisara berdehem sebelum angguk. “Okey!”
“Kan senang macam ni!”
celah Zana. Rifa menyambung, “Mari mulakan operasi!” Maisara mula merenggangkan
tangan. Kebiasaanya yang biasa di lakukannya. “Aja Aja Fighting!!”
Nizam tertawa perlahan,
“Gapshida!”
Mereka bertiga ternganga tak paham. “HAH?”
Nizam ketawa, “Maksudnya,let’s go!” Terangguk
ketiga-tiganya.
KEPALA Zana mula
tersengguk-sengguk. Apa yang di lihatnya semakin berbalam. Maisara yang
menyedari keadaaan temannya itu, “Zana tak apalah kau balik dulu, lagipun dah
pukul 8 ni. Rumah kau dahlah jauh. Naik moto sorang-sorang pula tu.”
Zana serba salah,
“Betul ni?”
“Betul! Lagipun Nizam
dan Rifa kan ada!”
Rifa angkat tangan.
“Ria, aku pun terpaksa balik. Aku lupa yang malam ini ada kenduri doa selamat
lepas isyak kat rumah mentua aku,”
Maisara mengeluh
perlahan. Nizam senyum. “Hei, aku kan ada. Lagipun tinggal sikit lagi yang nak
di perbetulkan pun kan?”
Maisara angguk, “Okey!
Kalau macam tu,thanks
girls! Hati-hati bawa moto dengan kereta tu!”
pesannya. Sekejapan Rifa dan Zana sudah pun menghilang di sebalik pintu.
Kini hanya tinggal dia
berduaan dengan Nizam. Maisara menelan liur. Kekok pula rasanya. Nizam juga
turut merasai sebegitu. Sudahnya hanya tangan yang laju melukis semula lakaran.
Mulut mereka berdua terkunci rapat. Suasana sunyi dan hening.
Sebaik di sudahkan
lakaran terakhir. Masing-masing menggeliat. Sejenak mata mereka saling
bertatapan. Dan untuk seketika, lima saat itu di rasakan cukup indah.
Sehinggalah Maisara berdehem kuat.
“Nizam, terima kasih sebab tolong aku lakar semula benda ni!”
“Takda hal. Benda kecik
je pun!”
Diam semula.
“Hmm....alang-alang dah
waku makan malam, jom temankan aku makan nasi kandar nak tak?” Sayang, ianya tidak terluah dengan kata-kata.
Dia tidak seberani itu. Nizam mengetuk kepala sendiri di luar sedar.
Maisara hairan bin
pelik, “Hoi, kau kenapa?” Dahinya berkerut seribu, Maisara kemudian tersengih
kerang. “Laparlah tu. Jom kita pi makan nasi kandar spesial!My treat!”
Eh?
Nizam sedikit terperanjat. Dia boleh baca
fikiran akukah? Macam tahu-tahu je!
“Oh! Okey! Jomlah!”
MAISARA pandang Nizam
tajam. Seakan mahu di telan Nizam hidup-hidup saat ini. Air liur di telan
kesat. “Mana kenyang makan nasi banyak ni? Kau tahu tak aku tersangatlah
lapar!” marahnya geram.
Nizam tidak
mengendahkannya. “Okeylah tu. Belajar makan dalam kuantiti yang sedikit.
Paham?”
“Nasi separuh. Paha
ayam kecik. Sayur banyak. Kau tahu
kan aku ni tak suka makan sayur! Terutamanya, kobis!” bebelnya
Nizam selamba menyumbat
telur masin ke dalam mulut Maisara. “Makan boleh tak, jangan banyak bunyi?
Bisinglah kau ni macam mak nenek. Pot pet pot pet!”
Maisara terlopong. Sungguh aku rasa menyampah gila dengan
jantan ni. “Bodoh! Dahlah kau makanlah sorang-sorang.” belum sempat Maisara
melangkah pergi, Nizam menariknya duduk semula.
“Kau nak pergi mana?
Aku dah janji dengan Rifa dan Zana akan hantar kau balik. Jadinya, duduk makan.
Kalau tak nak makan, tunggu sampai aku habis makan, boleh?” ujarnya tegas.
Dalam keterpaksaan,
hendak tak hendak Maisara duduk kembali.
“Sayang, aku minta
maaf!It’s
for your own benefit! Kalau tak jaga makan,
berat kau akan naik, lagipun tadi kau sakit perut kan? Jadi, tak elok kalau kau
makan banyak, nanti makin melarat.”
Huh?
Dia panggil aku apa? Sayang? Dan apahal yang suara dia lembut mendayu, prihatin
semacam ni? Sesaat lidah Maisara kelu. Dia seakan
terkesima. Di luar sedar nasi kandar itu akhirnya di jamahnya juga.
Nizam tersenyum. “That’s my girl!”
Maisara mengerling
tajam, “I am
not your girl!!” desisnya keras.
Nizam pula mengumam
perlahan, “But I
will make sure you’ll be mine, someday!”
Maisara merenung Nizam
pelik, “Wei, kau cakap apa tadi? Dah mereng? Teringin nak masuk Hospital
Bahagia ke?”
“Kalau aku masuk, aku
tarik kau sekali. Sebab kau pun sama gila macam aku,” Nizam angkat kening tidak
mahu mengalah. Sesaat dia tersengih sebelum tersenyum nakal.
Maisara mencebik
meluat. “Daripada aku layan kau, lebih baik aku habiskan makanan ni!”
“Hmm...alahai, nampak
gayanya lambat lagilah sayang saya nak kurus,” ujar Nizam perlahan.
Maisara mengecilkan
matanya. “Mangkuk, aku dengar apa yang kau cakap!!”
Nizam sengih tak jadi
apabila terpandangkan riak serius Maisara, “Maaf, aku janji lepas ni tak buat
lagi!! Sumpah!!” Spontan dia mengangkat lima jari.
Sekali
aku bagi pandangan maut, tahu takut!! Maisara senyum.
“Okey!!”
Nizam tersenyum dalam
diam. Sengaja je aku mengalah tu. Lelaki
yang gagah perkasa macam aku ni, haruslah beralah sikit. Betul tak? Heh!