SAAT INI... detik ini
segalanya bagaikan berkecai. Dia tersandar lemah. Berita yang di khabarkan oleh
bapanya mengenai Azam, kembarnya itu, sungguh sukar di cernanya. Enjin kereta
pantas di hidupkan.
Setibanya
di unit rawatan rapi. Lututnya lemah. Di pandang sayu wajah si ibu. Ayahnya
pula terdiam seribu bahasa. Sungguh segalanya bagaikan suatu pembohongan. Pagi
tadi, baharu sahaja di lihat alongnya itu bergelak ketawa.
Kini,
kembarnya itu sedang bertarung dengan maut... Nizam pejamkan mata. Dia berdoa
moga Azam tiada apa-apa. Segalanya akan baik-baik sahaja. Dia menenangkan diri
sendiri. Tangan di genggam cuba mencari kekuatan. Ya Tuhan, selamatkanlah kembar aku! Aku rela seandainya aku yang
menjadi galang gantinya...Butiran jernih mengalir lembut ke pipinya. Along... .
Sebaik
sahaja pintu unit rawatan rapi di buka, Nizam dan ibu bapanya pantas menerpa
mendapatkan doktor. “Bagaimana anak saya doktor?” tanya ayah Nizam.
Doktor
muda itu menepuk perlahan bahu si ayah. “Segala puji bagiNya. Anak Encik Fadhil
selamat.” Mereka bertiga memanjat sejuta kesyukuran. Doktor itu kemudian
menyambung, “Cuma buat sementara ini dia masih belum sedarkan diri. Masih koma.
Sebaik dia sedar nanti barulah kami akan tahu bagaimana keadaan dia dan buat
pemeriksaan lebih lanjut.”
“Terima
kasih, doktor,” ucap Encik Fadhil “Dan
boleh kami masuk jenguk dia?”
Doktor
itu tersenyum, “Boleh,” ujarnya sebelum meminta diri.
“Syukur,
Ya Tuhan.” ucap ibu Nizam, Puan Husna. Nizam di peluknya erat, “Kamu Nizam,
jaga diri baik-baik. Jangan bawa kereta laju macam abang kamu.” nasihatnya
dalam tangisan yang masih bersisa. Nizam angguk. “Saya janji, ibu!”
“Bukan
salah Azam pun, trak tu yang potong dia tiba-tiba,” sampuk Encik Fadhil,
“...tapi itulah kalau benda dah nak jadi, dah tak boleh nak kata apa. Itu semua
kerja Dia. Mujurlah Azam masih di beri kesempatan kali ke-2.”
Tanpa
menunggu lagi, langkah mereka bertiga di atur laju ke wad Azam di tempatkan.
Sekujur tubuh kaku Azam yang koma itu, menggamit perhatian mereka. Tanpa dapat
di tahan, pipi mereka basah. Si ayah mengesat lembut pipi si ibu.
PANDANGAN Nizam kosong.
Matanya merah akibat menangis terlalu lama. Seumur hidupnya inilah kali ke-dua
dia menangis seteruk ini. Kali pertama, ketika dia mendapat tahu bahawa dia
hanyalah anak angkat kepada ibu bapanya yang telahpun menemui kemalangan. Saat
itu, dunianya bergegar. Saat ini pula, di rasakan seakan separuh nyawanya telah
menghilang.
“A...along!”
suaranya sedikit bergetar, di cuba kejutnya si Azam. “Dah 3 hari kau koma. Kau
tak bosankah tidur lama-lama? Aku bosanlah cakap sorang-sorang ni, cepatlah
bangun,” di hujung kata dia tersenyum nipis. “Kalau kau tak bangun, aku jual
gitar kesayangan kau,”
Nizam
tersentak, apabila di lihatnya jari jemari Azam mula bergerak. Segera di
panggilnya doktor. Doktor memaklumkan itu adalah tindakbalas biasa, dan
menasihatkan agar Nizam memperbanyakkan lagi berbual dengan pesakit, moga-moga
dia cepat sedar. Sejurus itu, dia berlalu pergi.
Encik
Fadhil dan Puan Husna yang baharu sahaja sampai memegang erat bahu Nizam.
Terubat sedikit rindu mereka pada Azam hanya dengan melihat Nizam. “Nizam, kamu
pergilah balik mandi, rehatkan badan. Petang nanti datang pula, iya?” ujar Puan
Husna.
Nizam
geleng, “Nizam okey lagi, bu. Nizam nak tunggu sampai along sedar!”
Encik
Fadhil menepuk perlahan bahu anak keduanya itu, “Nanti kamu pula yang sakit. Sudah.
Pergi balik, rehatkan badan. Kemudian, baru datang sini semula.” suruhnya tegas.
“Ayah tahu kamu risaukan along. Ayah dan ibu kan ada, kalau along sedar nanti,
kami akan maklumkan kamu,”
Nizam
terangguk lemah. Tiada membantah lagi. Dia akhirnya melangkah longlai ke muka
pintu. Belum sempat pintu di kuak, kedengaran namanya di panggil. Along? Along panggil aku? Dia menoleh
pantas. Namun hampa, itu hanyalah perasaannya sahaja. Along masih seperti
patung. Keras tidak bergerak. Dia tersenyum pahit. Seketika pandangannya seakan
berpinar. Tanpa sedar, dia telah pun rebah mencium lantai.
Encik
Fadhil dan Puan Husna terpempan. Doktor pantas di panggil. Nizam kemudiannya di
tempatkan di sebelah katil abangnya.
“Pak
cik, mak cik bawa bertenang. Nizam okey. Dia hanya kepenatan... kurang air
dalam badan.” Dia tersenyum pelik. “Sebenarnya kes sebegini, jarang berlaku
terhadap pasangan kembar lelaki. Nampaknya kembar ini terlalu rapat. Seorang
sakit, seorang lagi turut merasainya.”
“Ya,
mereka memang rapat. Tak pernah berenggang! Perangai pun hampir sama. Sampai
kami kadang tu tersilap mengecam, yang mana satu alongnya yang mana satu si
adik!” balas si ibu ramah.
Dia
senyum. “Hmm...baiklah, maaf saya ada pesakit lain yang perlu di periksa. Saya
pergi dulu.” ujarnya sebelum beredar. Encik Fadhil dan Puan Husna mengangguk
perlahan.
BERKALI-KALI nombor itu di dailnya. Masih juga tiada
jawapannya. Mesejnya juga tidak di balas Nizam. Rifa dan Zana tergeleng kepala.
Pelik dengan tingkah Maisara hari ini.
“Kau
kenapa? Dari tadi, telefon tak pernah berenggang dari tangan. Telefon siapa?
Oh, kau tunggu panggilan seseorang? Buah hati ek?” tegur Zana.
Tiada
jawapan dari Maisara. Teguran Zana singgah bagai angin lalu. Keresahan di wajah
Nizam selepas menjawab telefon beberapa hari yang lepas masih berbayang di
matanya. Bila di tanya, Nizam membisu. Kereta pula terus di pecutnya laju waktu
itu.
Maisara
memicit dahi cuba memikir beberapa kemungkinan. Mungkin berkait dengan
keluarganya tak? Kalau tidak Nizam tidak akan mengambil cuti selama seminggu.
Encik Zainal juga tidak hadir hari ini. Berkemungkinan begitu. Dia
terangguk-angguk sendiri.
Rifa
datang menghampiri. “Ria, kau pasti kau okey ni? Aku tengok kau ni semacam je.
Kalau ada masalah, beritahulah. Manalah tahu, kita orang boleh tolong. ”
ujarnya prihatin.
Maisara
mengukir senyum, “Aku baik-baik sahajalah. Cuma aku risaukan Nizam. Dah tiga
hari dia tak masuk kerja.”
Rifa
dan Zana terangguk-angguk mengerti. “Oh... dia rindukan Nizam rupanya,” ujar
mereka serentak sambil tersenyum-senyum.
Bibir
Maisara terherot sebelah, “Bukanlah. Aku risau! Sebab lepas dia jawab telefon,
malam yang dia hantar aku balik tu. Muka dia semacam je. Dia nampak panik. Bila
aku tanya dia tak jawab. Dia terus blah
macam tu je.” terangnya satu persatu agar teman-temannya tidak menyangka yang
bukan-bukan.
“Oh
iyakah? Maaflah mana kami tahu,” kata Rifa.
“Itulah,
lain kali jangan nak teka yang bukan-bukan tanpa usul periksa. Ada faham?” Matanya di bulatkan. Rifa dan Zana mencebik
mulut. “Yalah,cik puan,” jawab mereka serentak.
“Kau
ada telefon rumah dia?” tanya Rifa setelah seketika mendiamkan diri. Maisara
geleng. “Tak. Aku tak ada nombor rumah dia.”
Zana
mengerut dahi, “Aik, takkanlah kot? Korang kan rapat.”
“Rapat
hanya sebagai teman sekerja.Not more than that.
Berapa kali aku nak cakap nih?” tingkahnya keras. Entah marahkan siapa. Dari
hujung mata, dia mengerling Zana dan Rifa sekilas. Aduh, dia orang ni pun. Dahlah mood aku kurang baik hari ni. Ini semua
angkara Nizam.
Zana
menggosok dagunya. “Sekejap, aku terbau sesuatu yang pelik. Riana, kau memang
ada masalah ni. Kau macam nak elak sesuatu dari kami. Cakap cepat.” desak Zana.
Rifa
angguk menyetujui. “You worried about him but at the same time, you mad at him
right? And for some reason, that’s what we called...caring!
Why
did you care about him anyway?”
Maisara
terasa sesak nafas, dia bangun lalu menuju ke pantri. Zana dan Rifa
mengekorinya. “Jangan ingat kau boleh terlepas dari kami sebelum kau jawab
soalan tadi,” Zana mencerlung memandangnya. Rifa juga tidak melarikan pandangan
tajamnya itu.
Maisara
gelisah sendiri. Dia menarik nafas dan menghembusnya perlahan. “Korang nak
dengar jawapan dari aku? Jawapan apa? Aku langsung tak fahamlah,” dia cuba
berdalih.
Zana
dan Rifa menyilangkan tangan tak puas hati dengan kata-kata Maisara itu. Rifa
bersuara, “Ria, kami ini nak bantu kau. Jadi sepatutnya kau beri kerjasama.
Luahkan. Boleh?” pujuknya lembut.
“Ini
untuk diri kau juga. Kami tiada masalah. Tapi kau tu yang akan sengsara nanti.”
Zana mengingatkan.
Maisara
ketawa lucu, “Apa halnya ni? Merapulah korang ni,”
“You do adore him. Admit
it, Ria!!” bidas Zana selamba.
Wajah
Maisara memerah. Pucat. “Hey, that’s not it. Even I like him, he will never be!”
“Jadi
itu yang merungsingkan kau sebenarnya? Kau memang syok kat dialah kan?” tebak
Rifa dalam senyuman yang semakin melebar.
“Hmm...mengaku
pun akhirnya.” celah Zana.
“No!
Itu hanya perumpamaan.” tegas Maisara. Masih ego mahu mengakui.
“Perumpamaan
ke bidalan ke apa ke, kami dah pun dapat jawapannya. So obvious. You love
him!
That’s it,” simpul Zana dengan mudahnya bagi
meleraikan kekusutan hati Maisara.
PULANG sahaja dari
pejabat dia terus mengurungkan diri di dalam bilik. Fikirannya menerawang entah
ke mana. Selagi Nizam tidak di temuinya selagi itulah, jiwanya kacau. Itupun
dia masih ego mahu mengakui sedangkan hatinya telah pun ketahuan dek Rifa dan
Zana.
Satu
keluhan di lepaskan. Walhal perkara yang patut menjadi keutamaan saat ini ialah
perjumpaannya dengan Mamat. Akan tetapi yang menjadi kebimbangannya saat ini
berlainan sama sekali. Dia lebih memikirkan Nizam.
“Apa
nak jadi dengan aku ni? Ada hati mahu main kayu tigakah?” Dia geleng. Gila. Orang macam aku, main kayu tiga?
Kelakarlah. Ah, daripada fikirkan semua ni, lebih baik aku solat maghrib dulu.
Pahala dapat. Ketenangan pun dapat.
Tanpa
membuang masa langkah terus di atur ke bilik mandi.