ATURAN langkahnya serba tidak kena.
Terdengar sahaja namanya di panggil oleh ketua jabatan, menggigil juga lutut di
buatnya. Kesalahan apa pula yang dia buat kali ini? Seingatnya semua kerja sudah
di selesaikan.
Sebaik terpacak di
dalam bilik itu. Mulutnya terkunci rapat. Mamat
Melayu persis Korea itu? Mamat lif tu? Apa yang dia buat di sini?
“Riana kenalkan ini
Nizam. Mulai hari ini, awak di tugaskan untuk bekerjasama dengan dia di dalam
kerjasama kita dengan Indah Cipta dalam mereka hiasan dalaman mereka.”
Matanya terkebil-kebil,
cuba menangkap butir bicara ketuanya itu. “Maaf, tapi bukankah Zana yang
kendalikan projek itu sekarang? Kenapa pula tiba-tiba di serahkan pada saya?”
Ketuanya hanya
tersenyum tenang. “Zana cakap dia tak menang tangan sebab projek dengan Sweet
Eleven ada yang perlu dia selesaikan lagi, tambah pula ada seorang klien lagi
yang mahu Zana sambung kontrak dengannya untuk reka hiasan rumah anaknya. Jadi,
mahu atau tidak saya terpaksa serahkan pada awak. Lagipun projek awak dengan
Astana pun dah hampir selesai kan?”
Antara setuju dengan
tidak, Maisara hanya mengukir senyum paksa dalam rela. Hendak di buat bagaimana
lagi, ketuanya telah menghikayatkan segalanya. Memang fakta pun hanya dia yang
tiada sebarang projek.
“Riana kamu okey?” tanya si ketua jabatan.
Dengan keyakinan di
dada, Maisara menjawab. “Rasanya tiada masalah. Saya terima!” Walhal sejak tadi
langsung tidak di tatap wajah lelaki yang bernama Nizam itu.
Ketuanya memandangnya
pelik. “Baguslah kalau macam tu... tapi dari tadi saya tengok kamu macam ada
yang tak kena sahaja? Kamu berdua ni nampak macam dah kenal sahaja?”
Nizam lalu menceritakan
serba sedikit kejadian yang berlaku beberapa hari yang lalu. “Oh, begitu
rupanya!” Dia mengulum senyum, menahan lucu. “Nampak gayanya, senanglah nak
bekerja sekali sebab dah kenal kan?” usiknya pula.
Maisara menahan malu.
Dia menggetap bibir. Hish, Encik Zainal
ni pun, masa inilah pun dia nak bergurau. Aku bukannya kenal sangat si polan
ni. Setakat terserempak dekat pasar raya lepas itu titik. Dan sekarang aku
perlu bekerja dengan dia?
Nizam mengambil tempat
di sebelah Encik Zainal. “Tapi Pak Su, saya rasa macam saya pula yang tak
sesuai untuk terima projek ini? Saya baru sahaja balik sini, pengalaman pun
kurang. Saya takut saya hanya menyusahkan Pak Su dan Riana.”
Encik Zainal menepuk
bahu anak muda itu. “Sebab itulah, Pak Su aturkan Riana untuk bekerja dengan
kamu. Kalau ada yang kurang jelas, dan tak paham tanya saja Riana. Riana ini
antara staf yang paling Pak Su respek. Dia dulu hanya pelatih di sini, tapi
sebaik sahaja dia tamat pengajian terus Pak Su panggil dia bekerja dengan Pak
Su,”
Pujian Encik Zainal
melambung tinggi untuk dirinya. Terasa kerdil dan terharu pula rasanya. Dan,
adakah dia tidak tersalah dengar tadi. Pak
Su? Nizam ini anak saudara Encik Zainal?
Encik Zainal menyambung
lagi, “Lagi pula, bukankah masa di Korea, kamu pernah buatpart- timer
denganinterior
designerdi sana? Takkanlah tak yakin lagi kot?”
Nizam tersengih menutup
malu, “Di Korea lain, di Malaysia lain. Citarasa diaorang kat sana tak sama
macam yang dekat sini. Jadi, agak susah saya nak sesuaikan diri.”
Encik Zainal mengangkat
jari telunjuk, “Itu hanyalah alasan. Di mana-mana pun sama. Asalkan kita ada
niat di hati mahu menimba pengalaman baru. Faham tu?” nasihatnya tegas.
Nizam terangguk-angguk.
Fahamlah kot agaknya. Dalam hati berdesing rasanya telinga ini. Pak Su ni pun kalau iya pun nak ceramah
janganlah depan orang. Malu siot!
“Ne, araseoyo!
(Ya, faham!)” katanya pendek.
Encik Zainal geleng
kepala. “Kamu di Malaysia, cakaplah bahasa Melayu. Kamu cakap Korea bukannya
Pak Su nak faham pun,”
Nizam garu kepala,
“Miane...ops, maaf!” Encik Zainal terus ketawa. “Riana, nampak gayanya kamu
kena bersabar sikitlah dengan Nizam ni. Kalau dia terkeluar slang Korea,
habislah kamu. Biasalah dari kecil lagi duduk sana. ”
Maisara terkedu. Kelu. Nizam pernah menetap di Korea?
SETIBANYA di restoran,
Maisara melangkah laju dan tanpa membuang masa dia terus memesan makanan di
kaunter, dan seketika kemudian dia telah pun duduk di tepi jendela, seperti
selalunya. Pandangan di lempar jauh ke luar sana. Kelihatannya hujan mulai
rintik jatuh ke bumi.
Sedang enak Maisara
menjamu selera, lelaki itu entah dari mana datangnya, terpacak dengan senyum
tak lepas. Dia bertanya selamba, “Boleh saya duduk di meja awak? Meja lain dah
penuh!”
Maisara angkat muka,
matanya meliar ke sekeliling restoran, sebelum kepala di angguk tanda
membenarkan. Lelaki itu lantas menarik kerusi dan duduk berhadapan dengannya.
“Maaflah, kalau saya
dah ganggu privasi awak.”
Sebaris ayat dari
lelaki itu, memaksa Maisara bertentang mata dengannya. “Privasi saya?”
“Awak pilih duduk
tempat ni, di tepi tingkap. Jauh dari orang ramai. Bukankah ianya satu
interpretasi yang awak mahu sendiri? Tapi saya pula dah ganggu awak!”
Maisara tidak terkata
apa. Hanya seulas senyuman yang di berikan. Lelaki itu kemudian turut membisu. Seakan
faham yang gadis ini tidak selesa. Nasi goreng lalu di suap ke dalam mulut. Dia
terfikir sendiri. Bagaimanalah abangnya boleh setia pada seorang wanita,
sedangkan wanita sukar di telah sikapnya?
“Di Korea, awak duduk
di negeri mana?” Sebaris kata dari Maisara membuatkan Nizam mengerutkan
dahinya. Huh? Dia bercakap dengan aku?
Biar betul ni?
Maisara lantas
tersedar. Serasanya dia macam terlanjur kata. Tidak, sebenarnya dah terbabas
pun. “Ah, maaf! Macam tak kena sahaja soalan itu?”
“Kenapa awak rasa macam
tu? Sebab kita baru kenal? Begitu?”
Maisara angguk kemudian
geleng. Nizam menahan tawa. “Waeyo? Kenapa awak nampak
macam kekok sangat? Kita kan dah kenal.Just be your usual self!
Tak perlulah nak bersopan sangat dengan saya. Dan saya rasa umur kita tak jauh
beza. Entah-entah sebaya.”
Maisara senyum lagi.
Tiada suara. Nizam terus ketawa. Maisara buat muka binggung. Apa yang kelakar sangat?
“Neo jinjia jamiitseo.
(Awak ini memang kelakar)”
Maisara berusaha untuk
memahami. Ayat terakhir itu, maknanya kelakar? Dia pasti akan itu. Mamat sering
menulisnya di dalam e-mel. Mamat juga sedikit sebanyak ada mengajar dia. Dan lelaki ini mengatakan aku kelakar, lucu?
Maisara menarik muka. Dia berdehem keras, “Jangan ingat saya tak faham apa yang
awak cakap!”
Nizam membulatkan mata,
“Ne?
Neo araseo? (Apa, awak tahu?)”
“Ne! Jogeum haeyo!
(Ya, sikit-sikit)” Suara Maisara masih keras.
“Wow, daebak!
(hebat)”
“Dan rasanya lagi hebat
dan indah bahasa kita. Boleh untuk belajar bahasa lain, tapi jangan sampai lupa
keunikan bahasa kita! Masuk kandang kambing menguek, masuk kandang harimau
mengaum!”
Nizam ternganga. Minah ni dulu belajar sastera ke? Siap
dengan peribahasa segala dia bagi kat aku. Dan kenapa dia macam sinis sangat
ni? Takkan dia marah sebab aku `ketawakan’ dia?
“Cik Riana, maaf kalau
saya dah buat awak kecil hati. Tapi awak tak rasa yang awak sekarang macam agak
emosional?” soalnya.
Maisara terdiam, dan
seakan berfikir. Kemudian, kepala di tundukkan ke bawah. Aduh, malunya. Apalah yang aku melalut tadi, huh?
Nizam mengulum senyum, anak
matanya masih di wajah Maisara yang tertunduk itu.
“Kalau awak nak tahu,
di Korea, saya tinggal di Seoul. Seoul, sememangnya bandar yang sangat cantik,
dan juga sibuk. Saya paling suka jalan-jalan di sekitar Hongdae. Kalau awak
jenis yang kaki shopping, ianya memang syurga untuk awak. Dan kalau untuk
berasa damai dan lari dari kesibukan kota, saya sering ke Pulau Nami. Tempatnya
memang menyamankan.”
Kali ini, Maisara pula
yang mengulum senyum. Nizam sepertinya menjadi pemandu pelancong tidak bergaji.
Tanpa dapat di tahan terburai jua tawanya.
Nizam statik. Seakan
terpaku melihat Maisara. Dia ketawa?
Menyedari Nizam
menatapnya begitu. Maisara automatik berhenti. “Maaf, sebab saya ketawakan
awak.”
“Tak, tak mengapa!
Kalau awak tak ketawa tadi tentunya saya masih asyik bercerita. Saya ni memang
suka bercakap. Sampai ibu dan abang saya cop saya ni, mulut bising.”
Maisara angguk. Ya, dia
akui Nizam agak ramah orangnya. Apabila dia dah mula bercakap, memang agak
susah untuk di hentikan.
“Berlainan pula dengan
saya, kalau orang tak kenal saya tentu mereka ingat saya pemalu. Segan.
Sebenarnya saya agak kekok dengan orang yang tidak dikenali dan yang baru
kenal, dan saya juga sukar nak menyesuaikan diri. Saya harap awak tak ambil
hati.” Jelasnya.
“Oh, begitu. Nampaknya,
saya dah salah tafsirlah. Saya ingat awak takut saya akan `makan` awak.” Nizam melepas tawa perlahan. Pinggan yang
hanya tinggal sisa makanan di tolak ke tepi.
“Taklah, mana ada!”
ujarnya turut ketawa.
Sepi seketika. Nizam
membuka bicara, “Daripada cerita Pak Su saya pagi tadi, saya dapat lihat dia
amat memandang tinggi pada hasil kerja awak.”
“Encik Zainal semua
pekerja pun dia suka puji. Beri galakan katanya. Bukan saya sahaja!”
Nizam tidak membalas
dia diam. “Oh ya, sebelum saya terlupa. Tolong rahsiakan yang Encik Zainal itu,
Pak Su saya boleh?”
Maisara angguk. “Boleh!
Tapi dengan syarat awak kena belanja saya hari ini!”
Nizam terkedu,
“Dan...adakah ini bermaksud awak setuju dan juga dalam masa yang sama awak
mulai selesa dengan saya?”
Maisara angguk lagi.
“Saya tak rasa pun awak ni spesis yang menakutkan. Hanya mulut awak tu yang
bising. Mulut murai!”
Nizam terkedu lagi. “Huh?
Wow, awak memang sukar di baca. Kenal awak semalam dengan yang hari ni, memang
berbeza sungguh!”
“Well, now you know me!”
“Yes, now I know you!”
Kemudian
Nizam dan Maisara sama-sama ketawa.
FOTO ketika zaman
kanak-kanak itu di renung lama. Keluhan di lepaskan. Tirai kenangan kembali
menyapa. Bibirnya mengukir senyum tatkala kenangan di antara dia dan Maisara
singgah menyapa. Apa yang di rasakannya suatu ketika dahulu tidak pernah sirna.
“Along!”
tegur Nizam. Dia angguk. Sekilas dia mengerling adik kembarnya itu mengambil
buku dari rak yang tersusun rapi puluhan judul buku.
“Maisara
tahu tak, along dah balik Malaysia?” tanya Nizam sambil mata masih melekat pada
bahan bacaan di tangannya. Mamat geleng. “Kenapa kau tanya?”
“Saja.”
Diam. “Along tak e-mel dia?” tanya Nizam lagi. Kali ini Mamat tiada respon.
Foto itu di letak semula ke tempat asalnya.
“Along
yang kau tetiba jadi bisu ni kenapa? Baiklah, kalau bukan sebab Maisara, kau
ada selisih faham dengan ANGIN BAND?”
Mamat
geleng. “Nizam, kau ni betullah bising. Along okey. Bebudak tu semua okey.
ANGIN BANDnot a
problem at all. Kim malah bagi aku sokongan padu.
Seungjae pula siap nasihat aku jangan risaukan mereka. Hyun dengan Jun pun
sama, dia orang okey.”
“Jadi,
ini tiada kena mengena dengan dia oranglah? Jadi, maknanya ini sebab Maisara!”
simpul Nizam.
Mamat
memuncungkan mulut. Rimas sebenarnya di soal siasat oleh Nizam. “Kau ni memang
banyak mulut kan? Semua benda kau nak tahu. Aku rasa macam aku ni adayeo dongsaeng(adik
perempuan) bukannyanam dongsaeng( adik lelaki).”
Nizam
tidak mengendahkan Mamat, dia menyambung, “Along, hampir sebulan kau balik
sini, tapi sekali pun aku tengok kau tak pernah keluar rumah. Suka-suki riang
ria jauh sekali. Muka tu dah macam tapai basi.”
Mamat
memekakkan telinga. Alat kawalan jauh di capai, radio di pasang. Alunan muzik
pop rock berlagu perlahan. Nizam senyum. “Kalau rindu pergi cari dia. Bukannya
along tak tau di mana dia kerja kan?”
“Mollayo!(Tak
tahu) Aku tak tahu menahu.”
Terangkat
satu inci kening Nizam. “Bo? (Apa) Takkanlah along
tak tahu. Selama ini kan along dan dia selalu berhubungan melalui e-mel.”
“Sejak
aku e-mel dan cakap aku tak boleh balik seperti yang di janjikan dia jarang
e-mel aku. Kalau ada pun selang dua bulan sekali. Tapi sekarang, langsung tak
ada. Nampak gayanya dia macam marahkan aku. Ataupun dia merajuk. Tapi itu
Kimlah yang cakap bukan aku.”
“Berdasarkan
cerita kau long, aku tak rasa dia marah atau merajuk pun. Mungkin dia sibuk
dengan kerja dia, jadi dia tak sempat nak berbalas e-mel dengan kau. Kau
sendiri pun, long masa tengah aktif dengan ANGIN BAND, kau jarang telefon ke
sini. Mungkin dia juga sama.”
Mamat
terangguk. Kemungkinan itu mungkin ada benarnya juga.“Tapi kan yang menjadi
satu lagi masalah ialah, dia berpindah rumah. Kalau dia masih duduk di rumah
lama pastinya along dah serbu ke sana dah.”
“Along
aku respek dengan kau. Kau macam tak kisah macam mana rupa dia? Cantikkah?
Gemukkah? Malah mungkin sikap dia pada kau selepas bertahun tak jumpa? Kau tak
rasa nak tahu?”
“Kau
ni tak habis dengan rupa luaran. Along yakin Maisara tak mungkin berubah. Kalau
ada pun mungkin dia marahkan along seperti yang Kim cakapkan. Itu
berkemungkinan ada. Lagipun memang salah along memungkiri janji.”
“Okey.
Itu aku boleh faham. Tapi along bukan Mamat yang dulu. Along pernah
mengganggotai ANGIN BAND.You were that amazing vocalist,
Harry!
Band yang bukan calang-calang popularitinya di Korea dan juga Malaysia sekarang
ni. Because
of Maisara you quit the band and fly back to Malaysia.
Sekarang along macam tak nak cari dia? Along tak rasa sayang?”
Mamat
beralih bertanya perkara lain. “Pak Su macam mana sihat? Along dengar dari ayah
kau kerja dengan Pak Su.”
Nizam
senyum geram. “Azam Hairi, nasib baiklah kau keluar awal dari aku 3 minit.
Kalau aku ni along kau dah lama aku bagi cop mohor.”
Mamat
selamba meluku kepala Nizam. “Aku tahu kau takkan berani. Sebab aku kan along
kau.”
Nizam
mencebik, “By the
three minute? Yalah sangat!”
Mamat
ketawa. Nizam pada mulanya memang liat nak memanggil dirinya along. Akan tetapi
lama kelamaan ianya terjadi dengan sendiri. “Okey. Tamat pasal Maisara.
Sekarang aku nak dengar cerita kau. Kau macam mana kerja okey? Aku dengar dari
ibu yang kau pernah terperangkap dalam lif betulkah?”
Nizam
angguk. “Hampir 15 minit aku kat dalam lif tapi sungguh langsung aku tak rasa
bosan.That
girl yang terperangkap dengan aku tu, memang
kelakar. Macam dia tak pernah jumpa manusia yang bernama lelaki, dia macam
takut gila dengan aku.” Sehabis kata dia tertawa kecil.
Mamat
turut ketawa. “Comel tak budak tu? Ibu kata kau cakap budak tu boleh tahan.”
“Kalau
along nak tahu dia memang comel, comel sangat.” Nizam langsung mengembungkan
pipi dan tangannya pula di awangkan ke atas meniru cara gorilla berjalan.
“Macam beruang panda,so cute and adorable!
Kalau along nak berkenalan, aku boleh tolong rekomenkan.”
“Kau
kenal dia?”
Angguk.
“Dia kerja di syarikat Pak Su dan kebetulan pula, Nizam di tugaskan untuk
bekerja dengan dia, jadi serba sedikit Nizam kenallah.”
“Apa
nama dia?”
“Ria...
Riana!”
Tanpa
keduanya menyedari, si ibu sudah pun tersembul di muka pintu. “Bertuah sungguh.
Ibu suruh dia panggil along turun makan, dengan dia-dia sekali terlekat kat
sini.”
Mamat
tersentak, berlainan pula dengan Nizam dia tersengih selamba. “Sorry
ibu!”
Si
ibu tergeleng kepala, “Jom, turun makan!”
“Baik,
ibu!” Serentak dari Mamat dan Nizam.
E-MEL MAMAT UNTUK
MAISARA.
Salam, Mai.
Baiklah, dari mana harus saya mulakan? Ayat skema dari saya.
Awak apa khabar? Saya baik-baik saja. Seperti selalu. Terus kepada isi penting.
Agak lama juga awak tak mengirim dan apatah lagi membalas e-mel saya. Kata Kim,
mungkin awak sibuk dan tiada masa untuk menulis? Tapi kalau betul awak sibuk
sekalipun, dah hampir setahun berlalu.
Awak masih merajuk? Awak masih marah pada saya? Awak masih
berkecil hati? Sebab saya telah memungkiri janji? Begitu? Dan tentu awak bosan
membaca ayat dan soalan yang sama kan? Memang itu tujuan saya pun.
Kosong. Otak saya kosong. Serasanya mahu hampir sejuta kali
saya memohon maaf dan awak masih tetap diam. Tiada balasan. Saya sendiri sudah
buntu untuk memujuk awak. Jalan mati. Walhal, sebetulnya ada suatu rahsia yang
saya mahu luahkan. Tapi terpaksalah dipendamkan dahulu. Mungkin setelah awak
balas e-mel saya? Rahsia ini, sebenarnya taklah rahsia sangat pun. Cuma mungkin
awakakan lebih marah kalau saya beritahu dalam keadaan sekarang.
Saya tahu, kita hanyalah kawan. Atau lebih tepat lagi
sahabat. Walaupun kawan saya si Song SooHyun tu mengatakan yang lelaki dan
perempuan tidak mungkin mengekalkan persahabatan. Saya rasa saya telah
menyangkal pendapat dia itu. Sebabnya saya dan awak telah bersahabat lebih
sepuluh tahun.
Walaupun selama terpisah kita tak pernah jumpa, saya tahu
persahabatan kita tetap utuh. Jadi untuk itu, saya harap sesangat yang rajuk
awak tak berpanjangan.Awak
faham saya kan? Sayatak pandai memujuk.
Paling saya takuti, friendship kita karam di tengah-tengah.
Awak juga pastinya merasakan hal yang sama kan? Maisara, untuk ke sekian dan
terakhir kalinya, silalah balas dan kirim e-mel pada saya. Dan untuk sekian
kalinya juga, forgive me, PLEASE!!
SEMINGGU SELEPAS
ITU... .
KIRIMAN E-MEL
DARI MAISARA.
Salam, Mamat!
Saya sihat dan baik-baik sahaja. Awak tanya saya marah atau
tidak? Kecil hati, tentu sekali. Itu saya akui. Tapi MERAJUK? Awak ingat saya
ni jenis yang suka merajuk ke?
Cakap Kim memang betul. Saya teramat sibuk. Terlalu banyak
kerja di pejabat. Klien pula bermacam ragam. Itu tak kena, ini tidak kena.
Cerewet sungguh. Tambah pula, saya di tugaskan, sebetulnya terpaksa jadi tutor,
`mengajar` pelatih-pelatih yang baru masuk. Sungguh, tak menang tangan jadinya.
Jadi, saya hanya mampu membaca e-mel awak sekali sekala kalau
ada masa. Dan untuk membalasnya, memang tiada masa. Dan juga mungkin kekeringan
idea? Awak sendiri tahu, yang saya tak pandai bermain kata macam awak. Awak kan
sasterawan negara?
Awak cakap awak menanti kemaafan dari saya? Tapi sebelum itu,
awak masih belum beri penjelasan kenapa awak mungkiri janji? Saya masih menanti
jawapan itu.
Rahsia? Kalau awak rasa awak punya rahsia. Saya pun ada
rahsia juga. Saya rasa, rahsia saya yang akan membuatkan awak terkejut berkali
ganda. Sebab saya yang sekarang, bukan Maisara yang dahulu.
Ya, memang awak sahabat saya. Saya sayangkan persahabatan
kita. Tapi nampak gayanya seperti awak yang mahu ianya karam, tak begitu? Ayat
saya mungkin agak sinis tapi itulah yang saya rasakan.
Untuk saya maafkan awak, berikan dahulu penjelasan yang
kukuh. Barulah kemaafan akan saya hulurkan. Mungkin awak mengatakan yang saya
degil. Dan memang saya kepala batu. Awak cakap awak faham saya kan? Jadi,
fikir-fikir, dan renungkanlah.
Sehabis membaca isi
e-mel Maisara, lama dia berteleku di hadapan komputer riba. Mindanya lantas berputar kepada suatu persoalan. Dari
gaya bahasa Maisara, dia boleh nampak yang Maisara masih marahkan dia. Tapi ada
suatu perasaan aneh yang membelenggu dirinya saat ini. Apakah Maisara
benar-benar telah berubah seperti yang di perkatakan Nizam? Maisara tidak
seperti yang dulu? Adakah kemungkinan itu bakal terjadi?
Sedangkan dia juga lagi
berubah, inikan pula Maisara. Azam geleng kepala. Tak mungkin. Dia tak mungkin berubah. Dia masih Maisara, srikandi aku.