“BUNGA lagi??!” soal Rifa dengan mata
bulatnya. Maisara angguk.
“Bertuahnya badan.
Sejak kurus ni bukan main banyak peminat kau ya?” Zana mencium bunga yang
berada di tangan Maisara. “Kali ni daripada siapa pulak?” Dia lalu menarik
sekeping kad. “You make my day with your
beautiful smile. From A.” Zana tersenyum panjang. Keningnya terangkat.
Maisara buat muka selamba.
Rifa terjerit kecil.
Pengirim yang sama. “It’s him again!”
“Jadi?”
“Maknanya dia bukan
sekadar peminat. Masuk ni, dah lima kali kot dia hantar bunga kat kau. Seriously, aku rasa dia ni sukakan kau.”
ujarnya penuh teruja.
“Jadinya?”
Rifa mengeluh keras. Buat-buat tak faham pulak kawan aku ni.
“Kau tak nak siasat ke siapa A ni?”
“Hmm... let me see. Memanglah nak. Tapi sekarang ni aku nak sambung
kerja. Berlambak lagi kerja aku yang tak habis. Pastu aku nak pergi jumpa
klien. Topik tamat.” Maisara tersengih menayang giginya yang putih bersih itu
sebelum meletakkan jambangan bunga ros merah
di atas meja. Tangannya mula berlari laju di atas papan kekunci
komputer.
Rifa dan Zana menahan
geram yang tak sudah. “Langsung. Tak. Berubah. Workhaholic. Kalau macam ni, sampai ke tua lah kau tu hidup
membujang,” tempelak Rifa. Zana sekadar menggeleng kepala. Maisara Maisara.
“HOI, buta ke apa?” tempik Raina. Darahnya
terasa mendidih. Habis patah tongkat motosikalnya. “Woi, mangkuk. Mata kau
letak kat mana hah? Tak nampak ke aku tengah undur motor ni,” Raina mengangkat
perlahan motosikalnya sambil di bantu oleh lelaki yang telah mencium buntut
motosikalnya secara tidak sengaja itu.
“Maaflah, cik adik.
Saya tak perasan awak ada kat belakang. Sebab tu saya pun dengan selamba undur
kereta saya.” Sumpah. Akal warasnya memang langsung tak nampak ada sesiapa pun
tadi. Pelik juga tetiba je minah ni muncul. Nasib baik bukan tengah malam lagi.
Kalau tidak maunya dia cabut lari, saat ini juga.
“Maaf! Maaf!! Kalau
maaf tu boleh di terima pakai, tak payahlah jumpa polis lagi kan?” jeritnya
lantang.
“Po... lis? Cik ni biar
betul, pasal hal kecik macam ni pun nak jumpa abang polis ke?”
“Ada aku kisah! Nasib
baik aku tak cedera. Tapi apa pun, kau kena bayar aku ganti rugi. Tongkat moto
dah patah, moto aku pulak badan dah kemik, jadi...”
“Yalah,” rengusnya
kasar. Dia lalu mengeluarkan dompet. Not lima puluh di berikan pada Raina.
Raina pandang lelaki
ini tak berkelip. Lima puluh je? Kereta
bukan main mewah. Kejap. Tadi cahaya lampu agak samar-samar jadi dia tak
berapa nak perasan, namun bila ada kereta lalu dan cahaya lampu terkena ke arah
mereka. Dia terus tertelan liur, pahit rasanya. Adus, tak ada orang lain ke?
Kenapa dia ni pulak?
“Awak ni dari tadi,
asyik pakai helmet kenapa? Tak panas ke?” Pelik juga Nizam di buatnya. Dahlah
cermin helmet dia gelap. Tak panas ke
kepala tu cik adik oi.
“Err... tak.”
Dengan selamba, Nizam
membuka cermin helmet si gadis. Raina tak sempat menghalang.
“Kau!!!!” tempik Nizam
kuat.
“Err...hai, jumpa lagi
kita!”
Nizam terus mencekak
pinggang menahan amarah. Telinga Raina tiba-tiba terdengar-dengar suara Kak
Mainya yang mengatakan Nizam tak ubah seperti raksasa kalau mengamuk. Matilah aku!!
“Sebab tu aku rasa
macam kenal je suara ni. Rupanya kau ya,”
“Aku rasa... tak
payahlah kita nak panjang-panjangkan isu ni, lagipun memang jelas kau yang
salah, terlanggar motor aku kan? Kan?” Raina mengerdipkan mata meminta simpati.
Nizam tak makan saman. “Hmm...
betul itu yang kau rasa? Tapi aku pulak rasa, kau memang sengaja biar moto kau
kena langgar dengan kereta aku. Bak balik duit lima puluh aku!”
“Woi, apa masalah kau
hah? Dah bagi mana boleh minta balik. Buruk sikulah,ngok!”
“Ngok? Kurang asam
punya perempuan. Ngok kau panggil aku?”
Raina terkekeh ketawa.
“Memang padan pun dengan kau.” Suis moto terus di hidupkan. Sekejapan dia dah
berada di atas motosikalnya. “Dahlah, bye. Semoga berjumpa lagi.” jeritnya.
Nizam yang tinggal
seorang diri di situ menahan rasa yang tak berkesudahan. Raina... Ria... .
Sungguh berbeza yang amat sangat. Raina menyakitkan hati. Ria pula...
menyenangkan hatinya. Walaupun Ria kadangkala agak kasar dengannya tetap ada
juga kelembutannya. Tapi adik dia yang sorang ni, harap muka sahaja sama,
perangai mengalahkan jantan.
“WOW. Nampak gayanya tak lama lagi,
penuhlah bilik ni dengan bunga.” usik Raina sebelum melabuh duduk atas katil
dan memeluk bantal peluk Maisara. Sejambak bunga yang terletak di meja kecil di
ambil dan di cium keharumannya.
Sejak kakaknya ini
kurus, bukan main banyak peminat dia. Hmm...
ini semua jasa Nizam. Dia yang banyak membantu Kak Mai. Raina terbatuk
kecil. Ceh, apahal pulak aku dok teringat
mamat dinosaur tu.
Maisara tenung adiknya
pelik. Batuk pulak dia. Sejak bila Raina
ada alahan kat bunga ni? “Sibuklah kau. Yang kau ni pergi mana? Dah nak
pukul 11 baru balik.”
Raina menjulingkan
matanya. “Waktu curfew kita kan pukul
11. Kira okeylah tu, aku balik lima minit lagi pukul 11 malam,”
“Nasib malam ni, mood
ayah dengan ibu tengah baik. Kalau tak, siaplah kau,”
“Mood baik? Kenapa? Ada
berita baik ke? Kau dengan Azam nak kahwin??”
Spontan dia baling
terus bantal tepat mengena muka Raina. “Kau tu yang kena kahwin dulu. Barulah
reti duduk rumah, ni tidak, merayau sana sini. Biar laki kau ikat kau sikit,”
“Ada aku kisah. Selagi
aku tak jumpa lelaki yang boleh buat jantung aku ni berdebar-debar balik macam
dulu, hati aku ni teringat kat dia siang dan malam. Aku takkan berkahwin.”
Dia merenung dalam
wajah Raina. Sinar mata itu... . Rindunya pada Razif masih menebal. “Raina.
Sampai bila?” keluhnya keras.
Raina cepat-cepat ubah
topik. Kalau boleh dia tak mahu Maisara mengungkit lagi kisahnya dengan Razif.
“Maisara. Awak tu pun sama? Sampai bila nak biar hubungan teman tapi mesra awak
dengan Azam berpanjangan.... huh?!”
Maisara memeluk tubuh.
“Kau memang pandai nak mengelat ya?”
“Kata orang. Dia pun
sama. Dua kali lima.” Raina menjelirkan lidah sedikit sebelum merebahkan badan.
“Raina.” Dia pura-pura
tidur. Panggilan Maisara tak di pedulikannya.
Akhirnya Maisara turut
membaringkan badan di sebelah Raina. Mata di pejam rapat. Seingatnya, jarang
sekali Raina tidur sekali dengannya sejak masing-masing dah dewasa ni. Ikut
perkiraannya, ini kali ke-2; sejak dia jatuh cinta dengan Razif, dua tahun
lepas.
“Raina. Siapa yang buat
kau tak boleh tidur ni? Baik kau cakap cepat!!”
“Huh? Apa yang kau
mengarut malam-malam ni?” gumamnya perlahan. “Salahkah aku nak tidur sekali
dengan kau?” rengeknya manja, memeluk kakak kesayangannya.
Maisara terus bangun.
“Siapa lelaki bertuah tu?”
“Aku mengantuk
sangat-sangat. Jomlah tidur,”
Serentak dengan itu,
telefon Maisara berbunyi. “Salam, Ria. Raina ada dengan kau?” Maisara terpaku. Mak ai, dinginnya suara kawan aku ni.
“Apa masalah adik aku dengan kau?”
“Aku ada perhitungan
dengan dia. Dahlah bagi ajelah, telefon kau kat dia,” nada Nizam masih dingin.
Maisara garu kepala.
“Yalah.” Hmm...angin tak ada, ribut tak
ada. Kenapa aku rasa macam taufan akan melanda? Jangan puting beliung sudah.
“Ada orang nak cakap dengan kau,”
Raina bertanya. “Siapa?”
Maisara angkat bahu. Pura-pura tak tahu.
Mendengarkan suara
lelaki yang di panggil dinosaur itu menerjah dinding telinganya, mata Raina
terbuka luas. Maisara yang merenung tajam ke arahnya di pandang sekilas. Dia
cepat-cepat bangun menuju ke arah sofa di tepi beranda.
“Kau nak apa lagi?”
tanyanya separuh berbisik.
“Hmm... soalan yang
menarik. Aku nak kau bagi balik duit lima puluh ringgit aku esok pagi!!”
“Hah? Sebab tu je, kau
telefon aku tengah malam buta ni? Gila ke apa?” bisiknya perlahan, bimbang jika
Maisara terdengar perbualannya dengan Nizam.
“Sapa suruh kau cabut
macam tu je tadi. Salah sendirilah kan?”
“Argh... apa-apalah.
Yalah, esok kita jumpa.”
“Betul ni?”
“Betullah! Hishh,
mengacau betul, orang nak tidur ni, mata ni rasa berat gila, nak bukak pun dah
tak larat dah...,” rengeknya manja tanpa sedar. Sungguh, dia tersangatlah
mengantuk.
Nizam tertawa kecil. Dasar anak bongsu. Manja gila suara dia.
“Pergilah tidur. Kesian pulak aku tengok. Jangan mungkir janji. Esok, kita
jumpa okey?” bicara Nizam lembut. “Sweet
dream!”
Raina sekadar
mengangguk, dia bagaikan tak terdengar lagi suara Nizam. Akhirnya dia terlelap
dengan telefon masih terlekap di telinga. Dengkuran kecil, kedengaran. Nizam di
sebelah talian sana terkukik ketawa.
KEESOKAN
PAGINYA, “Teman aku sarapan, jom!” ajak Nizam tiba-tiba.
“Huh?” Raina pandang
Nizam semacam. Keningnya berkerut seribu. Betul ke tidak lelaki di depannya
ini?
Sangkanya Nizam
mengajak berjumpa di taman pagi-pagi ni sekadar untuk memulangkan not lima
puluh tapi mana tahu rupa-rupanya ada agenda tersembunyi. Dia sukakan aku ke? Tapi macam tak kena gaya pula rasanya... .
“Teman
aku pergi makan sarapan!”
“Apa
dia?”
“Aku
tak rasa telinga kau ada masalah pendengaran kan? Dahlah, jom cepat,aku dah
lapar ni,”
“Dah tu, apa
masalahnya? Pergilah makan sorang-sorang. Nak berteman apakehal pulak? Dahlah,
aku nak balik, tak ada masa nak layan kau. Balik tidur lagi baiklah,” Raina dah
pun memanjangkan langkahnya.
“Amboi, sombongnya.”
gumam Nizam.
Raina berpatah balik.
“Kau cakap aku apa? Sombong?”
Nizam angguk laju dalam
senyuman. “Aku kan kawan baik kakak kau. Tapi kau buat aku macam orang asing.
Macam tak kenal. Aku ajak kau pergi makan aje pun, itu pun kau tak nak. Nampak
sangat kau ni sombong,”
Raina panas. Sangat
panas. Rasa mendidih aje dalam hati saat ini. “Semalam kau telefon aku tengah
malam, kacau aku tengah sedap melayan mimpi. Pastu, dahlah pagi-pagi ni lepas
Subuh tak menyempat-nyempat kau telefon aku suruh datang taman ni. Dan sekarang
dengan selamba kau cakap aku sombong?
Encik Hairul Nizam,
kalau saya ni sombong saya takkan datang jumpa dengan awaklah. One more thing, sebab saya tahu awak ni
kawan baik kakak sayalah, saya sabar aje. Tapi nampak gayanya saya dah terlebih
bagi muka kat awak.” tempelaknya.
Nizam menarik topinya
ke belakang. “Ria, betullah apa yang kau cakap. Adik kau ni memang lain macam.
Usik sikit je, angin satu badan,”
Ria dan Azam tiba-tiba
memunculkan diri dengan senyuman tak lekang di bibir. Raina tercenggang. “Apa
benda semua ni?” Silih berganti di pandang muka mereka bertiga.
“My lovely sis, I’m so sorry!
Kita orang sebenarnya saja je, nak kacau kau pagi-pagi ni. Btw, Nizam dah ceritakan apa yang berlaku malam semalam. Sebab tu
kau balik lambat kan?”
“Korang memang ada
dekat sini dari tadi lagilah?” soalnya.
Maisara dan Azam
angguk. “Kami bertiga datang berjoging, lepas Subuh tadi,”
Kakak kembarnya di
tenung tajam. “Bila masa kau keluar? Aku tak perasan pun.”
Maisara sengih. “It’s magic.”
“Korang kenakan akulah
ni ya? Takpa hari ni hari aku, esok lusa korang tunggulah,” ugutnya sambil
menggengam penumbuk.
Nizam mengangkat kedua
belah tangannya. “Raina, so sorry.
Aku tak bersalah. Ini rancangan kak long kau.”
Raina cebik mulut.
“Tapi kau tetap terlibat sama kan?”
Azam cepat-cepat
memotong. “Jom kita pi pekena, roti canai satu. Nizam yang belanja... amacam
okey?” katanya sambil memeluk bahu Nizam.
“Eh, apasal pulak aku?”
bentak Nizam tak berpuas hati.
“Dah, jangan nak banyak
bunyi, ini arahan dari abang long, kau ikut je.”
“Banyaklah kau punya
abang long, beza berapa minit je pun,”
Maisara gelak. “Kau
dengan Raina memang boleh kawanlah aku rasa. Dia pun selalu cakap benda yang sama.”
“Aku dengan dia ni? No never!!” jawab Nizam dan Raina
serentak
Azam dan Maisara balun
ketawa. “Wow, what a chemistry!”