BAB 7
Adlishah
merebahkan diri di atas katil bujang rumah sewanya bersama dengan 3 rakannya
yang lain. Otaknya ligat memproses ayat untuk memberitahu Sharmila tentang
dirinya. ‘Boleh ke dia terima aku?’ Bicara hati Adlishah. Pintu biliknya dikuak
dari luar.
“Hoi
bangun..bangun..bangun… Rizal belanja pizza kat luar tu. Kau ni kenapa? Sejak
dua menjak di asyik berkurung je dalam bilik? Angau ke apa?” Soal Danial, teman
sebilik Adlishah. Bapak punyalah kaya, duduk rumah sewa cikai jek.
“Kau rasa Shar
boleh terima aku ke? Kau rasa, dia kisah tak kalau aku cakap aku anak luar
nikah” Balas Adlishah yang sudah bersila di atas katil. Danial masih terpacak
di hadapan pintu.
“Alahai kau ni,
kau dah nak nikah sekarang ke? Kalau si Shar tu tak suka dekat kau, banyak lagi
perempuan dalam dunia ni nak dekat kau.” Ucap Danial. Nadanya diceriakan.
Kesian tengok sahabat baiknya itu selalu merendah diri disebabkan dia anak luar
nikah.
“Kau risau
sebab dia anak Dato’? Ni bukan zaman purba kala wei. Tak semua anak Dato’
sombong macam abang kau tu. Opss!” Sambung Danial lantas menutup mulutnya.
Adlishah tergelak kecil.
“Dah lah, jom
makan pizza. Kejap je lesap tu kalau lambat.” Balas Adlishah. Danial kembali ke
ruang tamu. Adlishah membuntuti rakannya dari belakang. Betul sangkaan
Adlishah, hampir separuh pizza hut yang di beli Rizal sudah lesap dari
penglihatan.
“Aku dengan
Adri tengah berlumba dengan abang Rian aku tu. Tu yang aku bingung sekarang ni”
Ucap Adlishah seraya menyumbat mulutnya dengan Pizza. Rakan-rakannya yang lain
memandang muka Adlishah penuh tanda tanya?
“Lumba apa?”
Soal Faiz. Masing-masing sudah duduk bersila di hadapan meja bulat di ruang
tamu. Maklumlah rumah bujang. Sofa tak da. Ada TV tu pun dah syukur.
“Kalau aku
cakap korang jangan terkejut pulak.” Balas Adlishah bersahaja.
“Alah cepatlah
sikit cakap, nak selok belok pulak. Papa kau suruh kau kerja dengan dia ke?”
Soal Hisham pula yang duduk di sebelah Adlishah. Danial dan Faiz sudah
memandang penuh persoalan. Menunggu butir yang keluar dari mulut Adlishah.
“Ok, aku dengan
abang-abang aku kena berlumba, sapa yang dapat anak dulu.” Balas Adlishah.
Melopong mulut semua yang dengar. Adlishah dah bersedia mendengar celoteh
rakannya.
“What? Anak?
Serius? Tu yang kau runsing pasal Sharmila tu? Kau nak nikah dengan dia? Wait!
Seriously! Umur mentah macam kau nak nikah?” Bertubi-tubi soalan dari mulut
Danial yang merangkap teman sebiliknya. Adlishah sudah menggeleng kepala.
“Kau dah sedia
ke nak ada anak. Jaga baby wei! Kau pegang budak pun tak pernah. Ceh!” Sambung
Danial pula.
“Dengar-dengar…
Aku tak nak pun lumba-lumba ni. Si Adrian tu lah, dia kalau boleh nak jugak aku
berlumba dengan abang aku yang sombong tu!” Adlisahh memberi penjelasan.
“Motif sangat
kau nak lumba-lumba ni? Asal wei?” Soal Hisham.
“Siapa di
antara kami yang dapat anak dulu. Dia yang akan pegang jawatan CEO Shah
Holdings tu. Yang jadi masalahnya, aku tak sure ada ke perempuan yang nak nikah
dengan aku ni” Balas Adlishah sayu. Danial menepuk bahu Adlishah.
“Kau cakap Shar
cinta kat kau, lagipun dah dekat 4 bulan kau kenal. Bila lagi kau nak berterus
terang dengan dia. Kalau memang betul dia sayangkan kau, dia tak kan tinggalkan
kau macam tu” Faiz meyakinkan temannya.
“Family dia?”
Soal Adlishah.
“Aku ni tak
banyak pengalaman weh. Apa kata kau selidik dulu family dia tu jenis yang macam
mana. Sebab zaman sekarang ni, dah ramai orang kaya baik-baik. Hopefully
keluarga Sharmila tu tergolong keluarga yang baik-baik jugaklah.” Sambung
Hisham. Rakan-rakan yang lain sama-sama mengaminkan doa Hisham.
Fikiran Adlishah
masih lagi buntu. Panggilan telefon di dalam bilik menghentikan perbualannya.
Kaki Adlishah bingkas bangun dan menuju ke dalam bilik. Telefon di angkat.
“Asal?” Soal
Adlishah pada abangnya, Adrian.
“Rian dah satu step atas kita. Minggu depan dia nak
nikah dengan setiausaha dia. Kita kena berkerja keras ni.” Balas
Adrianshah dihujung talian
“Kau suruh aku
ni, kau dah ada ke?” Soal Adlishah pula. Badan sudah direbahkan di atas katil.
“Minggu ni kau bagitahu dekat Sharmila tu. Kalau
dia tak dapat terima, kau tinggal jelah budak tu. Kau ikut aku, kita upah orang
jadi isteri kita. Lepas kahwin nanti, kalau tak sehaluan tu lain cerita.
Mintak-mintak sehaluan lah.” Adrianshah meberi cadangan.
“Ai, kau bukan
ramai perempuan ke?” Soal Adlishah yang tergelak mendengar cadangan abangnya.
Bersungguh betul nak kalahkan Arrianshah yang bongkak sombong tu.
“Memanglah ada yang nak nikah dengan aku, tapi
semuanya umur 28 tahun, 29 tahun. Dah macam kakak-kakak aku pulak. Aku baru 23
tahun, kau pulak 22 tahun. Carilah yang sebaya or muda dari kita. Baru lah
nampak kita ni suami sikit. Hahahaha.” Gila betul idea Adrishah ni. Dia ingat
nikah kahwin ni game agaknya. Adlishah menyambung gelak. Perangai gila-gila betul
dua ekor ni!
“Tapi aku still
mengharap Sharmila. Kau doakan lah dia nak nikah dengan aku. Bila kau nak
nikah?” Soal Adlishah pula.
“Ok macam ni. Kita tunggu si bongkak tu nikah dulu.
Minggu depannya kita pulak. Kau jangan tak jadi pulak tau. Siap kau kalau tak
jadi.” Bersungguh ayat yang dituturkan Adrianshah.
“Kejap!”
Adlishah teringatkan sesuatu.
“Apa lagi?” Soal Adrianshah.
“Kau dah sedia
ke nak buat anak? Aku takut lah.” Ucap Adlishah polos. Melekek-lekek Adrianshah
mendengar ayat yang dituturkan adiknya.
“Tak payah takut. Bila dah jumpa perempuan, kita
perlu berani. Secara automatic akan terhasilnya perkara-perkara sedemikian. Dah
kau jangan pikir lagi. Tak kan aku nak bagi tutorial pulak dekat kau.” Balas Adrian
bersama gelak yang masih bersisa.
Panggilan
telefon dimatikan. Adlishah masih lagi bersisa dengan tawa.’Macam-macam perangai
lah abang aku ni.’ Ucap Adlishah sendirian. Danial masuk ke dalam bilik. Muka
Adlishah yang masih bersisa dengan tawa dipandang pelik.
“Pehal kau ni?”
Soal Danial.
“Adri…” balas
Adlishah tak habis. Kakinya bersila di atas katil. Muka Danial yang duduk di
birai katil berhadapan dengannya di pandang.
“Aku rasa, aku
lagi matang dari Adri tu. Selamba badak dia je nak upah orang kahwin dengan
dia. Dia ingat kahwin tu macam main game COC agaknya.” Sambung Adlishah. Mereka
sama-sama tergelak.
“Habis kau?”
Soal Danial.
“Aku? Ermmm…”
Adlishah merebahkan diri di atas katil. Pandangan di hala ke syiling.
“Tak tahu lah
wei. Nak jadi suami orang ni, aku pun macam tak yakin dengan diri aku. Aku
bukan nak sangat jawatan CEO tu, aku ikut je rentak abang aku tu. Teringin jugak
aku nak kenakan abang Rian bongkak tu! Aku nak tengok sampai bila dia nak
sombong, bongkak macam tu” Sambung Adlishah.
“Tapi kan Shah.
Kau kena buat anak. Abang kau tu dah tua, memang layak kahwin. Kau dengan
Adrian muda lagi. Kau dah sedia ke?” Soalan dari Danial membuatkan Adlishah
juga memikir panjang. Bukan dia tak fikir perkara ni. Baru je bincang dengan
Adrianshah tadi.
“Entahlah, Adrian
cakap, lepas kita nikah, kita jumpa ustaz, mintak khidmat nasihat. Dia tu kan
pelik-pelik. Semua benda jadi mudah kalau si Adrian tu. Hemmm” Balas Adlishah.
Danial tersengih lantas keluar dari bilik meninggalkan Adlishah yang masih
menghala pandangan ke arah syiling.
“Shahrmila…”
Sebaris nama yang terbit di bibir Adlishah. Pantas Telefon bimbitnya di ambil.
Biasalah anak muda tengah bercinta. Kejap-kejap senyum sorang-sorang.