BAB 19
“You looks so
beautiful. Bertuahnya I dapat you. Bersyukur sangat” Ucap Arrianshah di tempat
persalinan dewan besar yang menempatkan majlis akad nikah anak Tan Sri
Armanshah dan Dato Arsyad. Sharmila tersenyum manis pada wajah suaminya.
“Thank you. I
pun bersyukur sangat sebab you sanggup pilih I untuk jadi isteri you” Balas
Sharmila. Sama cantik sama padan. Sharmila mengenakan baju kebaya putih dan
diletakan selendang di atas kepalanya. Arrianshah pula mengenakan baju melayu
moden yang berwarna putih untuk malam yang bersejarah ini.
“Just wait for only
one hour. And you will be mine. I love you” Balas Arrianshah. Tangan bakal
isterinya dikucup. Pintu bilik persalinan di ketuk. Selang beberapa minit, Mak
andam yang menyolekkan kedua-dua pengantin masuk ke dalam.
“Pengantin
lelaki dah boleh bersedia dekat pelamin” Ucap Mak Andam tersebut. Muka
perempuan, sekali keluar suara jantan! Arrian hanya menggangguk dan keluar dari
bilik persalinan. Arrian berjalan menuju ke dalam dewan. Penuh dengan sanak
saudara kedua-dua belah pihak. Baru majlis nikah je ni, nanti resepsi lagi
penuh agaknya.
Arrianshah
duduk di atas tempat khas untuk akad nikah sebentar lagi. Cantik pelamin yang
dipasang. Semuanya warna putih bersih. Cuma satu je yang kotor! Tu hati Arrian
tu! Patutnya kena Clorox bagi putih! Kelibat Tok Kadi sudah kelihatan. Entah
kenapa Arrian gementar untuk menghadapi saat ini, sedangkan semuanya adalah
satu kepura-puraan.
……………
“Alah, janganlah
pakai tudung ni, macam kak limah jual kuih je. Pakai lah tudung yang
pusing-pusing tu. Pakai tudung macam Neelofa, ha! Baru cantik” Ucap Adrianshah
pada isterinya. Keningnya diangkat berkali-kali. Faqihah membuat muka
menyampah.
‘Mengada betul!
Suka hati je cakap macam muka kak limah jual kuih’ Faqihah bermonolog dalam
hatinya.
“Yelah-yelah.”
Balas Faqihah ringkas. Adrian tersengih. Smart baju kemeja yang dipakai oleh
Adrianshah. Baju kemeja warna biru bersama dengan seluar jeans. Matanya di halakan
pada Faqihah yang sedang melilit tudung biru muda di kepalanya. Juba hitam
bermanik biru menyerlahkan lagi kecomelan pasangan itu.
“Dah jom!” Ajak
Faqihah. Adrianshah terpana sekejap melihat wajah bujur isterinya. Faqihah
sudah tersenyum. ‘Hish budak ni!’ Omel Faqihah perlahan.
“Adrian, nak
pergi ke tak?” Soal Faqihah pada Adrian yang masih memandang wajahnya. Adrian
tersedar lantas bangun dari katil. “Jom” Ajak Adrian.
“Macam takut
pulak nak bawak awak pergi sana” Ucap Adrian tiba-tiba sewaktu Faqihah masuk ke
dalam kereta. ‘Dah kenapa pulak dia ni’ Soal hati Faqihah.
“Takut sebab?”
Soal Faqihah berani. Kereta Adrian sudah meluncur laju di jalan raya.
“Sebab nanti
kalau abang saya tengok awak, takut dia tak jadi nikah pulak dengan Sharmila
tu.” Balas Adrian jujur. Mukanya dikerutkan. Faqihah tergelak. ‘Cantik sangat
ke aku?’ Soal hati Faqihah.
“Sebab apa
pulak awak nak takut? Awak suka dekat saya?” Soal Faqihah berani. Adrian
terdiam. ‘Suka? Aku suka Aqih ke? Bila?’ Soal hati Adrian pula.
“Bukan tu, yelah,
awak tu isteri saya. Awak jangan main-main, saya ni suami tau. Saya
bertanggungjawab ke atas awak” Balas Adrian. Sekali lagi Faqihah tergelak.
“Yelah Encik
Suami, tulah, tadi saya nak pakai tudung kak limah jual kuih awak tak bagi.”
Ujar Faqihah bersama bibir yang dijuih sedikit. Adrian tersenyum. Terbit rasa
sayang pula dengan Nurul Faqihah.
“Saya dengan
Arrian, awak suka sapa?” Soal Adrian tiba-tiba. Teringin tahu isi hati Faqihah.
Faqihah terdiam. Nak jawab bohong ke betul.
“Kalau abang
Rian usya awak lagi, awak terima dia tak?” Soal Adrian lagi. Faqihah terkedu.
“Errr… Hati
saya tengah usaha untuk cinta insan yang sememangnya halal untuk saya. Buat apa
saya nak fikirkan perkara yang dah berlalu. Bukan ke saya pun tengah bina
bahagia sekarang ni.” Jawab Faqihah tersirat. Adrian tersenyum lagi. Perjalanan
di teruskan. Bahagia lettu dengan jawapan Nurul Faqihah!
…………………
Adlishah
menunggu kelibat Ella Eddya di bawah. Ella masih lagi bersiap di dalam dalam
rumah rooftop. Suka hati je cakap Ella Eddya ada hutang dengan dirinya pasal
kes tuduhan merompak tu. Pastu ugut nak bagitahu Tan Sri Armanshah kalau Ella
tak nak teman malam pernikahan abangnya. Adlishah menyandarkan dirinya di
kereta MyVi miliknya. Derapan langkah Ella menghentikan tangan yang asyik scroll
twitter je.
Cantik! Terbit
perkataan tu dari bibir Adlishah. Jubah abaya moden yang berwarna merah hati
serta bermanik hitam dipakai bersama shawl hitam. Baju khas yang dibeli oleh
Adlishah sendiri. Adlishah terpana saat Ella meniti satu persatu anak tangga.
Ella berhenti betul-betul di hadapan Adlishah. Adlishah seperti diserang sawan
angau. Masih lagi dibuai lagu-lagu cinta dalam hatinya.
“Hoi!” Jerit
Ella sedikit kuat. Adlishah mati dari lamunan lantas pintu kereta penumpang
hadapan di buka untuk Ella. Ella melangkah masuk ke dalam. Adlishah masih lagi
senyap. Jantungnya berdegup kencang tiba-tiba. Radio di pasang sebagai periuh
suasana. Lagu sudirman bermain di corong radio.
Milik siapakah
gadis ini, wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya
kumiliki, Apakan terdaya? Adakah kan terdaya?
Nyanyian lagu
sudirman seolah –olah bermain dalam hati Adlishah yang baru sahaja terpikat
dengan gadis di sebelahnya. Sekejap sahaja kereta yang di pandu Adlishah sampai
ke perkarangan dewan besar. Adlishah memarkir keretanya di bahagian reserve
parking untuk keluarga. Ella membuka pintunya dan melangkah keluar. Game
diteruskan. Pantas tangan Ella dipimpin. Ella menarik kasar.
“Eh! Apa
pegang-pegang ni?” Marah Ella. Mukanya dikerutkan. Adlishah tersenyum.
“Alah pegang
sikit pun tak boleh, tak luak pun. Tangan je.” Balas Adlishah mempertahankan
dirinya. Ella menjeling menyampah.
“Lagi bagus
pegang ba alif bay ya. Boleh samak guna air tanah. Kalau aku pegang tangan kau
nak samak pakai apa? Air mata air?” Balas Ella tidak mahu mengalah.
“Kau samakan
aku dengan ba alif ba ya? Suka hati kau je!” Marah Adlishah yang tidak mahu
mengalah juga.
“Arghh dah-dah,
ada je nak cari pasal dengan aku. Tangan aku, suka hati aku lah nak kasi sapa
pegang. Tangan ni mahal tahu tak? Orang tertentu je boleh pegang.” Balas Ella
Eddya. Lantas matanya menjeling pada Adlishah. Adrian dan Faqihah jalan
berpimpin tangan. Kelibat adiknya dipandang bersama seorang wanita. Langkah
dilajukan menuju di hadapan dewan besar itu.
“Wei!” Tegur
Adrian pada Adlishah. Adlishah menoleh Adrian dan isterinya yang saling
berpegangan tangan. Lantas Adrian mengangkat tangan yang memegang tangan
isterinya.
“Kau nak pegang
macam ni?” Soal Adrianshah bersama gelak tawanya. Faqihah sudah malu disebelah.
Perangai tak matang suaminya di layan juga. Adlishah membuat muka selamba.
“Yang kau gaduh
dengan budak ni kenapa? Kau nak sangat pegang tangan dia, kau nikah jelah
dengan dia. Tengok macam aku. Sepanjang perjalanan tadi dapat pahala sebab
pegang tangan bini sendiri. Kau tak leh pegang lagi. Dosa tau tak?” Sambung Adrian.
Tak pasal-pasal jadi penceramah bebas pulak malam ni. Ella yang masih belum
faham dengan situasi di hadapannya hanya mendiamkan diri.
“Dah jom masuk”
Ajak Adrian pada mereka semua. Adrian melangkah masuk bersama isterinya. Ella
masih diam di luar bersama Adlishah.
“Just hold my
clutch bag” Ucap Ella seraya menghulur sedikit hujung clutchnya pada Adlishah.
‘Clutch pun
clutclah, yang penting kena nampak romantic’ Bicara hati Adlishah seraya memegang
hujung clutch Ella dan masuk ke dalam dewan dan duduk di bahagian tempat duduk yang
di khaskan untuk keluarga.
Hanya dengan
satu lafaz, Arrianshah kini bergelar suami pada Sharmila Aqira. Scene
pembatalan air sembahyang dilakukan di atas pelamin. Masing-masing yang tengok
semua rasa ‘Aww sweet’ padahal penuh muslihat. Arrian dan Sharmila turun dari
pelamin untuk bersalaman dengan ahli keluarga masing-masing.
Tiba giliran
Adrianshah untuk bersalaman dengan abangnya. Faqihah hanya menundukkan wajah.
Perasaanya sukar ditafsir. Sharmila pula menghulur tangan pada Faqihah bersama
senyuman. Salam bersambut. Faqihah memberi sedikit senyuman. Adrian bersalaman
dengan abangnya lantas berpelukan.
“Race start,
and Im always win!” Bisik Arrian pada adiknya. Adrian tidak membalas. ‘Bajet
betul mamat ni, geram pulak aku!’ Jerit hati Adrian. Langkah Arrian dan
isterinya menuju ke tempat Adlishah dan Ella pula.
“Cantik jugak
budak ni? Berapa ratus kau upah?” Soal Arrian tanpa fikir perasaan adiknya.
Ella hanya mendiamkan diri. Tangan yang di hulur oleh Sharmila di sambut
bersama senyuman.
“Tak perlu
upah, dia memang ikhlas sayang dekat aku. Tak kisah pun yang aku ni anak luar
nikah. Sebab bagi dia, cinta tak pandang sejarah silam. Cinta perlukan hati dan
perasaan” Balas Adlishah. Kan dah cakap tadi, game start.
Ella hanya
mendiamkan diri mendengar lakonan dari Adlishah. Cuma otaknya ligat berfikir,
‘anak luar nikah? Sama macam aku ke? Tapi aku campur anak pungut sekali’ Ella
berbicara dalam hati. Sharmila tersentak dengan ayat yang ditutur Adlishah.
Tahu ayat tu dituju khas untuk dirinya. Selamat pengantin baru!
Selesai sahaja
bersalaman mereka menjamu sedikit jamuan yang disedikan. Mereka semua duduk
bersama-sama di meja bulat yang di penuhi makanan. Ella perasan saedati tadi
dirinya diperhatikan oleh Tan Sri Armanshah. Ingin bertanya pada Adlishah
tetapi budak sengal tu dah keluar sekejap dengan Adrian, entah buat apa
agaknya.
“Nurul Faqihah”
Ucap Faqihah yang duduk selang satu kerusi dari Ella Eddya. Ella membalas salam
yang di hulur.
“Ella Eddya”
Balas Ella bersahaja. Ella dan Faqihah kembali diam. Masing-masing hanya
mendengar perbualan Tan Sri Armanshah bersama dengan besan barunya.
Adrian dan
Adlishah keluar dari dewan dan berdiri di celah-celah pokok. Kelihatan ramai
tetamu yang sudah bergerak pulang. Adlishah dan Adrianshah masing-masing tengah
geram dengan butir percakapan abangnya sebentar tadi. Terus sentap dua ekor
budak sengal ni.
“Mamat tu
memang kurang ajar wei! Ingat dia je ke keturunan Shah!” Marah Adrianshah
bersama penumbuk yang di kepal. Si Arrian tu lah, dia cakap budak dua ekor ni
tak layak lahirkan keturunan Shah, cukuplah sampai mereka sahaja.
“Kau lah kena
bertindak, kau dah nikah. Aku belum lagi” Ucap Adlishah bersahaja.
“Tak kan aku
sorang, tu budak yang kau bawak tu. Try lah sikit” BAlas Adrian bersungguh.
Memang asal boleh je diorang ni. yang penting dapat anak.
Perbualan
mereka terhenti bila ternampak Faqihah dan Ella keluar beriringan. Lama sangat
berbual sampai Ella dan Faqihah mencari pasangan masing-masing. Adlishah dan
Adrian kembali ke parkir kereta. Adrian hanya membuat isyarat call pada
adiknya. Macam-macam hal budak-budak ni!