Home Novel Cinta NIKAH ASAL BOLEH!
BAB 20

BAB 20

Kereta MyVi hitam Adlishah keluar dari perkarangan dewan. Ella hanya diam duduk di bahagian penumpang hadapan. Ikutkan hati ingin dia bertanya berkenaan perbualan Adlishah dan abangnya, tapi mulut seperti terkunci. ‘Alah! Bukan masalah aku pun’

“Kenapa kau diam? Tak suka cakap dengan aku dah sebab aku anak luar nikah. Jijik sangat keluar dengan anak luar nikah ni?” Soal Adlishah tiba-tiba. Nadanya sengaja ditegaskan. Matanya masih difokuskan di jalan raya. Ella memandang Adlishah.

“Pehal kau ni? Suka hati kau je. Ada aku cakap yang aku tak suka. Main sedap mulut je nak cakap. Kang ada yang makan kaki ni kang” Marah Ella.

‘Selamba beruk je budak ni. kang lebam biji mata tu! Eh?’ Bicara Ella bersambung dalam hatinya.

“Eh kau ni, aku tanya je. Yang kau nak emotional ni kenapa? Kalau datang bulan pun cover lah sikit!” balas Adlishah selamba. Ella membuat muka menyampah gila!

“Aku pulak yang kena! Apa aku nak heran yang kau tu anak luar nikah sebab aku pun sama! Dan kau lagi untung sebab keluarga kau sanggup terima kau! Aku? Aku ni sekarang jadi anak pungut tahu tak sebab family aku buang aku dulu.” Balas Ella geram. Kereta yang dipandu Adlishah tiba-tiba terberhenti di bahu jalan secara tiba-tiba.

“Kau dah kenapa? Serbasalah dengan aku? Dah kau tak yah nak serbasalah. Sebab aku tahu macam mana rasa jadi anak pungut and anak luar nikah ni.” Sambung Ella lagi. Terbit rasa ingin tahu dalam diri Adlishah.

‘Dia anak luar nikah jugak?’ Soal hati Adlishah. Muka Ella dipandang. Ella hanya melarikan pandangannya ke luar tingkap.

“Anak pungut?” Soal Adlishah berani. Ella memusingkan kepalanya memandang Adlishah.

“Ye, aku anak pungut. Anak luar nikah yang di buang keluarga. Kau pernah tengok TV yang kes orang buang anak tu. Ha, aku kena buang dalam semak. Lepastu ada lah orang baik hati sikit pegi pungut aku dan jadikan aku…” balas Ella tak habis. ‘Hamba!’ Sambung Ella dalam hatinya.

Adlishah terdiam. ‘Kes kau lagi sadis. Kesian jugak budak ni.’ Bicara hati Adlishah.

“Sorry lah pasal tadi. Aku teremotional pasal abang aku yang belagak bagus tu. Dah lah tak payah cerita pasal ni. Sebab aku dapat rasa macam mana hidup jadi anak luar nikah” balas Adlishah seraya menekan minyak dan meluncur ke jalan raya.

Suasana sepi semula. Adlishah menekan butang radio. Lagu kegemaran Adlishah terus bermain di corong radio. Sandiwara Cinta.

Aku tahu ini semua tak adil

Aku tahu ini sudah terjadi

Mau bilang apa aku pun tak sanggup

Air mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali ku dengar

Alasannya seringkali kau ucap

Kau dengannya seakan ku tak tahu

Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa

Biar semua jelas telah berbeda

Jika nanti aku yang harus pergi

Ku terima walau sakit hati

Ella terus khayal dengan lagu yang di mainkan. Fikiran Adlishah masih lagi memikirkan kisah gadis di sebelahnya. Terbit pula rasa simpati.

…………………

Setelah siap menyalin pakaian di dalam bilik air, Nurul Faqihah keluar bersama tuala yang tersanggul di kepala. Adrianshah sudah merebahkan dirinya di tengah-tengah katil. Hanya dengan berseluar boxer, Adrianshah terkangkang sambil tangan memandang telefon bimbit. Adrian oi! Ingat kau tu bujang lagi ke!

Faqihah yang sudah terbiasa hanya menggeleng kepala melihat telatah suaminya. Kaki Faqihah mula melangkah ke meja solek. Sesekali gelagat suaminya yang bergolek-golek di atas katil di kerling. ‘Dah kenapa sengih-sengih dia ni’ Faqihah berbicara separuh berbisik.

Adrian tergelak dengan pesanan ringkas yang di hantar oleh teman serumahnya, Ajaq. Tangan pantas menaip ayat untuk membalas.

Serius! Kalau tak berhasil macam mana? Sebab nanti aku kena ajar adik aku tu.

Butang send dihantar pada Ajak. Adrianshah kembali tersenyum. Selang beberapa minit aplikasi whats up nya berbunyi lagi.

Kau try dulu. Kalau berjaya baru boleh ajar adik kau.

Balas Ajak ringkas. Adrian mencampak telefonnya setelah habis perbualan melalui aplikasi whats up. Isterinya yang sedang meletakkan pelembab muka di pandang. Lantas kepalanya di garu berkali-kali. Runsing kut! Ahaha!

“Aqih, dulu ada boyfriend tak?” Soal Adrian tiba-tiba. Faqihah pantas menoleh. ‘Apa kena lagi laki aku ni.’

“Tak de.” Balas Faqihah ringkas. Lantas kaki menuju ke atas katil bersebelahan suaminya. Hilang dah rasa malu dengan Adrian. Mana tak nya, SI Adrian tu buat Aqih ni macam kawan – kawan dia je.

“Eh, kenapa tak sembahyang isyak dulu?” Soal Adrian bila melihat Faqihah merebahkan diri di atas katil. Faqihah terdiam.

‘Alamak! Dia tak kan tak belajar kut. Ustaz kursus kahwin dia tak bagitahu ke?’ Faqihah bermonolog.

“Errr… sebab perempuan ada waktu yang Allah suruh cuti.” Balas Faqihah tersirat. Adrian memandang Faqihah di sebelah manakala Faqihah melemparkan pandangan ke syiling. Yelah, dah lah tengok badan Adrian yang hanya berboxer spongebob tu. Tengok lama-lama rasa seksi pulak. Hai Faqihah, Adrian rilex je tu. Sabar…

“Owh… faham-faham.” Balas Adrian.

‘Melepas!’ Hati Adrian menjerit. Faqihah menoleh suaminya yang berbulu mata sedikit lentik tu. Comel bila pandang. Macam muka pelakon Hafeez Mikail. Tiba-tiba Faqihah rasa nak tergelak. Ketawa yang di tahan terhambur juga.

“Asal?” Soal Adrian yang melihat Faqihah masih menahan tawanya. “Saya tengok awak ni tak macam suami kawan-kawan saya yang lain” Balas Faqihah. Adrian sedikit terkejut.

‘Nak cakap aku teruk ke jadi suami? Aku tak pernah pukul dia pun? Tak kan sebab aku tak bagi nafkah batin? Dah kau cuti! Aku baru je dapat tutorial dari Ajakq tadi’ Panjang lebar hati Adrian berkata-kata.

“Kenapa awak cakap macam tu? Tak macam suami orang lain? Maksud awak? Saya tak cukup perfect di mata awak ke?” Soal Adrian penuh perasaan. Sekali lagi Faqihah tersenyum.

“Taklah, janganlah emotional pulak. Saya rasa awak special dan mungkin saya orang yang bertuah sebab dapat awak. Saya dapat rasakan yang awak ni…” Balas Faqihah tak habis.

“Saya ni?” Soal Adrian. Faqihah memusingkan semula wajahnya pada suaminya di sebelah.

“Comel…” balas Faqihah lembut. Giliran Adrian ketawa terbahak-bahak. Berbunga-bunga terus hatinya bila di puji isteri sendiri. Sesekali terdengar gelak tawa mereka. Jam sudah mencecah pukul 1 pagi. Mata Adrian dan Faqihah masih segar bugar. Biarlah, kan tengah bahagia.

Previous: BAB 19
Next: BAB 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.