Home Novel Cinta NIKAH ASAL BOLEH!
Bab 36

BAB 36


Perlahan kaki Adlishah menuruni anak tanggabahagian dalam yang menuju ke bahagian rumah utama. Adrian pula mula melangkahperlahan keluar dari biliknya. Pintu di tutup perlahan. Takut Nurul Faqihahterjaga.

“Psst!Psst!” Panggil Adlishah pada Adrian.Adrian membuat tanda “Shuhh!”. Senyap. Mereka berdua jalan beriringan menuju keruang tamu.

“Macam mana? Soal Adlishah pada abangnya.Adrian menggaru kepala. Lantas mereka berdua duduk di ruang tamu.

“Aku dah buat apa yang Ajaq suruh buat. Takjadi pun” Balas Adrian buntu.

“Kau buat macam mana?” Soal Adlishah lagi.Memang sengal budak dua ekor ni.

“Mula-mula kan dia suruh kita pegang tanganisteri kita tu, lepastu tunggu respon. Aku tengok bini aku diam je. Aku lepaskejap tangan dia. Lepastu aku pegang lagi sekali. Macam tu jugak. Dia diam je.”Balas Adrian. Adlisahh juga mengerutkan dahi.

“Payah macam ni. Dah lah kat hotel semuanya takmenjadi!” Balas Adlishah.

“Kau macam mana?” Soal Adrian pula. Adlishahteragak-agak nak jawab.

“Aku…Ermm…” Ayat Adlishah tak habis, lantas digertak Adrian.

“Macam mana?!” Soal Adrian sedikit kuat. Pantasmenutup mulutnya sendiri. Tahu pun takut Faqihah dengar!

“Aku takut nak genggam tangan dia, kau tahu kanElla tu macam mana, kang tak pasal lebam biji mata aku” Balas Adlishah.Kepalanya turut di garu. Sama-sama sengal, dengarlah si Razak tu punyatutorial. Haish!

“Dah tu, apa kau buat?” Soal Adrian lagi.

“Aku sentuh…” Belum habis Adlishah menjawab,Adrian menggertak lagi, “Ha! Sentuh apa?!” Soal Adrian ingin tahu. Terujasangat.

“Woi! Diam lah kau ni! Aku sentuh ibu jari diasikit je. Aku takut nak pegang lebih-lebih. Kau ni fikir bukan-bukan pulak!”Balas Adlishah. Adrian sudah tergelak. Masing-masing menyandarkan kepala dibelakang sofa.

“Tak boleh jadi ni, kita kena buat sesuatu.”Ucap Adrian. Otak ligat mencari idea untuk meneruskan misi bapanya.

Adrian bingkas bangun setelah menyuruh Adlishahduduk sekejap di ruang tamu. Langkah Adrian masuk ke dalam bilik semula. Laptopyang terletak di atas meja di ambil dan di bawa keluar semula.

“Nak buat apa ni?” Soal Adlishah.

“Kau diamlah, dekat sini tak selamat, jom kitaduduk luar.” Balas Adrian. Mereka berdua berjalan seiringan keluar dari rumah.Adrian dan Adlishah duduk di atas kerusi yang terletak di halaman rumah.

“Mana boleh weh! Dosa ni. Kalau ibu hidup lagi,memang habis kita.” Ucap Adlishah agak kuat. Pantas tangan Adrian menutup mulutadiknya. Dah tak de kerja pukul 2 pagi tercongok dekat luar budak dua ekor ni.

“kita terdesak ni, habis tu kau nak belajardari sapa? Kau nak suruh Papa ajar? Ha, pergilah sana” Balas Adrian bersahaja.Lagi sorang nak kena ketuk kepala ni!

“Dulu poyo! Konon je cakap, bila dah jumpaperempuan automatic terjadi perkara-perkara sedemikian! Ni aku tengok tak depape pun. Rileks je masing-masing. Aku tak nak tengoklah, kau tengok sorang.”Ucap Adlishah lagi. Adrian sudah membuka google. Muka Adlishah yang tidakberminat dipandang geram oleh Adrian.

“Hoi! Kau ingat aku nak bukak apa ha?” SoalAdrian kuat.

“Apa lagi? Kau nak tengok porn kan?” BalasAdlishah. Lantas Adrian mengetuk kepala adiknya.

“Tulah kau ni! Terlebih makan sawi! Pandaisangat. Aku nak google cara-cara memikat isteri. Buat apa nak tengok benda tu!Tapi kalau terkeluar and tertengok tak pe kan?” Balas Adrian bersahaja bersamagelaknya. Adlishah meluku kepala abangnya.

“Sukahati kau je!” Marah Adlishah.

Previous: BAB 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.