BAB 10
Kereta MyVi
milik Adlishah diparkir di hadapan satu restaurant mewah. Simple je. Ni namanya
anak orang kaya yang rendah diri. Guna kereta biasa je. Tak macam Si Bongkak
tu! Kereta BMW!
Tempat duduk
penumpang hadapan dibuka oleh Adlishah. Sharmila Aqira turun dengan baju gaun
paras peha. Cantik gadis kacukan belanda ni! Sebiji muka macam Neelofa. Tangan
Sharmila dipimpin oleh Adlishah. Harini merupkan hari penentuan dalam hidupnya.
Mereka berjalan seiringan masuk ke dalam restaurant mewah tersebut. Kerusi
ditarik untuk mempersilakan Sharmila duduk. Lantas Adlishah duduk berhadapan
dengan Sharmila.
“Macam ada yang
special je ni.” Ucap Sharmila bersama senyuman dibibir. Rambutnya dikuak
sedikit kebelakang. Fuhh! Terpana Adlishah memandang. Berdegup kencang
jantungnya.
“Ye, memang ada
perkara yang special pun.” Balas Adlishah. Tidak lama kemudian makanan yang
sudah di tempeh awal di hidang di atas meja.
“Kita makan
dulu.” Ucap Adlishah. Sesekali terdengar mereka ketawa. Tengok kejap lagi, Si
Sharmila ni nak terima tak anak luar nikah ni! Pinggan menu utama sudah
diangkat pelayan. Kini tiba masa untu desert pulak.
“Ermm. Shar…”
panggil Adlishah. Muka Shahrmila tidak dipandang. Adlishah memandang desert
dihadapannya dan disua ke dalam mulut.
“Will you be my
wife?” Soal Adlishah lagi. Pandangan masih ditundukkan. Shahrmila terkejut.
Terukir senyuman diwajahnya. Adlishah masih belum memandang wajah di
hadapannya.
“Oh, I see… ni
ke future wife kau?” Soal Arrianshah yang tiba-tiba muncul bersama soalan
sinisnya. Terkejut terus muka Adlishah. Sharmila memandang pelik. Adlishah
serba tak kena.
“Oh, Eh Shar,
ni Abang sulung I” Adlishah perkenalkan abangnya. Tanpa segan silu, Arrian
menarik kerusi dan duduk di antara mereka berdua.
“Apa nama tadi,
Shar?” Soal Arrianshah. Adlishah sudah panik. Sibuk betul mamat bongkak ni!
“Sharmiila
Aqira.” Ucap Sharmila bersama senyuman lantas bersalaman dengan Arrianshah.
“Tak sangka you
boleh terima anak luar nikah papa I ni.” Ujar Arriansahah bersahaja. Membulat
terus mata Sharmila. Adlishah belum sempat lagi nak bagitahu, si Arrian dah
bongkarkan segalanya. Pucat terus muka Adlishah. Takut dengan riaksi Sharmila
selepas ini.
“What? Anak
luar nikah? Who? You?” Bertubi-tubi solan dari mulut Sharmila. Jari telunjuk
ditunjuk tepat pada wajah Adlishah. Arrianshah sudah tersenyum puas. ‘Padan
muka kau!’
“Oh, Cik
Sharmila tak tahu lagi ke? Sini I bagitahu,adik bongsu I ni, anak luar nikah
Papa I. I pun sebenarnya tak pernah mengaku dia adik I.” Arrian seolah-olah
menuang minyak petrol ke dalam api yang tengah mula nak membara.
“Apa semua ni
Shah? Selama ni you tak pernah cakap pun yang you anak luar nikah! Berani you
lamar I?” Sharmila menyinga tiba-tiba. Arrianshah sudah bergerak jauh sedikit,
memberi ruang pada Adlishah untuk mempertahankan diri.
“Tapi I tak
pernah mintak untuk jadi anak luar nikah. I pun manusia jugak Shar. I ada hati
dan perasaan. Dan I telah bagi perasaan I pada you.” Balas Adlishah,
mempertahankan dirinya. Ingatkan Family Shahrmila yang tak boleh nak terima,
rupanya Sharmila sendiri pun tak suka dengan anak luar nikah ni!
“Cukup Shah! I
benci dengan orang yang tak jujur dengan I.” Balas Sharmila seraya bangun dari
kerusi.
“Opss lupa!. Ni
balasan bagi orang yang tak jujur dalam perhubungan.” Sambung Sharmila seraya
menyimbah air dimuka Adlishah. Arrianshah bertepuk tangan. Bahagia sangat.
Shahrmila keluar dari restaurant tersebut. Arrianshah datang mendekat semula
pada adiknya.
“Race start,
and you already lost!” Bicara Arriansha lantas mengejar bekas teman wanita
adiknya. Kejap je dah jadi bekas. Adlishah menggenggam penumbuknya. Geram!
Telefon di atas
meja di ambil dan di dail nombor Adrianshah. “Aku setuju pasal isteri upahan
tu! Tak kisahlah sapa pun! Yang penting aku nak menang dalam race ni. Biar
mamat bongkak tu jatuh terduduk!” Ucap Adlishah penuh emosi. Lantas telefon
dimatikan semula. Cincin yang ingin disarungkan di tangan Sharmila dikeluarkan
di kocek seluarnya. Sekali lagi Adlishah menghela nafas panjang. Fikirannya
bercelaru. Baru tadi matanya bermain cinta dengan gadis yang bernama Sharmila.
Sekelip mata sahaja musnah!
Adrianshah
mencari kelibat adiknya. Langkah dilajukan bila melihat Adlisahh menyembamkan
mukanya di atas meja.
“Hoi! Bangun!”
Adrian menggegar sedikit bahu adiknya. Adlishah menegakkan tubuhnya. Adrianshah
duduk berhadapan dengan adiknya.
“Kat situ kau
dah nampak perempuan tu tak ikhlas dengan kau. Yang kau nak sedih ni pehal
pulak! Patut kau bersyukur tau, Allah dah bukak mata kau tu awal-awal. Dah, aku
malas nak jadi Dato Bahyah Mahmood memalam buta ni. Esok mamat sengal tu nak
nikah, kau jangan mengada tak nak datang. Kang Papa mengaum pulak” Ucap
Adrianshah menenangkan adiknya.
Adlishah
mengeluh panjang. “Geram betul aku dengan mamat bongkak tu! Kalau boleh
sekarang ni aku nak buat anak! Biar puas aku tengok dia terduduk!” Amarah
Adlishah bersambung. Adrianshah tergelak mendengar butir percakapan adiknya.
“Kau jangan
risau, aku dah plan rancangan baik punya. Bini dia tak kan mengandung dalam
masa terdekat ni!” Balas Adriansahh bersama keningnya yang diangkat
berkali-kali.
“Apa?” Soal
Adlishah ingin tahu.
“Kita Cuma
perlu pastikan yang isteri dia makan pil pencegah kehamilan. Aku dah pau orang
gaji Tok Pa dengan Tok Ma supaya masukkan pil tu dalam makanan bini mamat
bongkak tu nanti!” Balas Adrianshah bersama ketawa jahatnya. Suka hati je si
sengal ni!
“Woi! Kan dosa
tu!” Balas Adlishah tidak berpuas hati dengan cadangan yang diberikan.
“Rileks der.
Lepas bini kau atau bini aku dah mengandung nanti. Kita stop lah. Kalau kau tak
nak bini si mamat bongkak tu makan pil perancang tu lama-lama, kau dengan aku
kena berusaha lebih giat. Hahahahahaa” Balas Adriansahah. Lantas mereka ketawa
bersama. Sah dua-dua sengal.
“Kejap! Kalau
ditakdirkan bini dia mengandung tanpa sengaja. Mana kita tahu kan, kalau Allah
tak makbulkan niat jahat kita ni.” Soal Adlishah risau.
“Masa tu, aku
dengan kau kenalah keluar dari Shah Holdings. Tak ingin aku kalau dia yang jadi
boss. Baik aku kerja tempat lain. Lagipun Papa tak da bagi peraturan pun suruh
kita kerja dekat Shah Holdings kan.” Adrianshah memberi penjelasan. Adlishah
mengangguk.
“Betul jugak.
Kita ni, beriya nak jadi boss. Selok belok Shah Holdings pun kelaut. Tetiba
kalau terjadi boss macam mana? Kau boleh ke handle bisness luar negara tu lagi.
Kalau aku, memang bankrupt syarikat tu aku kerjakan.” Adlishah menambah. Lantas
mereka sama-sama gelak.
“Orang cakap,
malu bertanya sesat jalan. Papa ada, kita tanyalah Papa. Lagipun Papa yang buat
keputusan pelik ni. nak tak nak dia mesti tanggung risiko. Betul tak?” Apa-apa
yang keluar dari mulut Adrianshah ni, semua benda jadi mudah. Tak ada yang
susah.
“Aku rindu Ibu
lah.” Ucap Adlishah tiba-tiba. Keadaan senyap sekejap bila Adlishah menyebut
perkataan Ibu. Ye, Ibu kandung Adrianshah dan Ibu tiri Adlishah.
“Ibu sorang je
yang faham aku. Aku bersyukur sangat. Dia tak pernah pun bezakan kasih sayang
dia, sedangkan dia tahu aku ni anak luar nikah suami dia.” Ucap Adlishah sebak.
Dah ketawa terbahak-bahak sekarang nak nangis pulak! Haish budak dua ekor ni!
“Aku pun faham
kau apa? Kau tak nampak ke muka aku ni ada macam muka Ibu, kalau kau rindu nak
cium Ibu, kau cium je aku” balas si sengal Adrianshah ni. Tak jadi scene sedih.
Adlishah tergelak kecil.
“Dah lah, jom
blah. Esok pukul 10 pagi mamat bongkak tu nikah. Kau jangan membuta pulak! Aku
datang rumah kau, kau tak siap lagi, memang aku tampor muka kau.” Sambung Adrianshah
seraya menarik tubuh adiknya keluar dari restaurant tersebut. macam-macam
perangai adik beradik dua orang ni!