BAB 2
“Ella!!!”
Jerit Pak Sakor
lantang di halaman rumah papan miliknya. Mata Pak Sakor masih lagi memandang tepat
pada pintu rumahnya, namun kelibat Ella masih belum kelihatan. Sekali lagi nama
Ella dipanggil, namun bayang-bayang Ella masih belum kelihatan. Pak Sakor
menaiki basikal yang sudah tersedia di sisi. Ella muncul di hadapan pintu
rumah.
“Kenapa
jerit-jerit ni bapak? Nak apa?” Soal Ella sedikit merungut. Mukanya dikerutkan.
“Ambik kan aku
punya topi dalam bilik.” Balas Pak Sakor bersahaja. Ella masuk semula ke dalam
rumah. ‘Hai nasib baik kau ni bapak aku tau, kalau kau adik-adik aku memang aku
lipat kau macam lepat!’ Rungut Ella sendirian. Pintu bilik Pak Sakor dibuka,
topi yang tersangkut di belakang pintu di ambil dan di bawa keluar.
“Nah” Ella
memberi topi milik Pak Sakor. Topi bertukar tangan. “Jangan lupa masak, kang
anak aku balik kebulur tak makan.” Arah Pak Sakor. Ella mengeluh tanpa sengaja.
“Bapak nak pegi
mana?” Soal Ella pula.
“Aku nak main
dam. Dah aku pergi dulu.” Balas Pak Sakor seraya mengayuh basikalnya meninggalkan
Ella yang masih berdiri di hadapan rumah.
‘Nilah bapak
aku, patutnya dulu kau tak payah kutip aku kalau semua benda aku yang kena
buat! Biar aku mati je masa bayi dulu. Ada mak bapak pun tak guna, dah beranak
buang je anak tu’ Omel Ella sendirian. Kaki pantas melangkah ke dapur semula.
Periuk belanga yang hitam akibat memasak menggunakan dapur kayu di sental Ella.
Tak habis-habis
kerja gadis yang bernama Ella Eddya binti Abdullah ni. Lepas sental periuk
belanga, uli tepung nak buat karipap pula. Nak menyara dua lagi mulut dalam
rumah nilah! Pak Sakor dan anak perempuannya Siti Syafa. Sesekali kedengaran
Ella mengeluh untuk menghidupkan api di kawasan dapur kayu belakang rumahnya.
Inilah cara nak menjimatkan kos! Cerek yang berisi air ditenggek di atas dapur
kayu. Ella kembali ke bilik air. Baju-baju yang sudah di masuk ke dalam besen
dipijak-pijak oleh Ella. Teknik membasuh paling jimat juga!
“Assalamualaikum!”
Jeritan suara anak perempuan Pak Sakor sudah kedengaran. Tak lama selepas itu
kedengaran derapan kaki Siti Syafa menuju ke dapur dan terus membuka tudung
saji.
“Pergh! Sedap
gila akak masak.” Puji Siti Syafa. Ella keluar dari bilik air setelah mendengar
jeritan Siti Syafa. Mata Ella dikerling pada jam yang tergantung di dinding
dapur. 1 petang.
“Bagus kau dah
balik, nanti kau tolong aku jemur kain dalam bilik air tu. Kaki aku macam nak
tanggal dah ni.” Arah Ella pada Siti Syafa yang sedang mencedok lauk ikan masak
kicap yang terhidang di atas meja. Siti Syafa mengeluh.
“Orang tak
boleh lambat ni kak, orang ada study group kat rumah Iman. SPM dah nak dekat.”
Balas Siti Syafa bersahaja. Lantas nasi di sua ke dalam mulut. Ella menghampiri
meja makan di dapur. Muka Siti Syafa ditenung.
“Jemur baju tu
bukan sampai 1 jam pun. 10 minit dah siap. Aku nak buat karipap 100 biji tu.
Mak senah dah order. Malam nanti ada kenduri rumah dia.” Balas Ella.
“Biar jelah
kain tu kat situ. Nanti kalau akak dah siap buat karipap akak jemur lah.” Balas
Siti Syafa bersahaja.
‘Eeee, geramnya
aku, nak je aku ketuk kepala budak ni! Kang aku ketuk kau ngadu kat bapak kau
yang macam penyamun tu!’ Bicara hati Ella. Geram.
“Aku dulu pun
SPM jugak, tapi tak de lah pemalas macam kau!” Ella mendengus geram. Siti Syafa
berwajah selamba. Pandangan dihala pada nasi di atas meja.
“Akak patutnya
bersyukur tau sebab mak dengan bapak sanggup jaga akak. Masuk ni baru 3 tahun
mak meninggal, tak kan akak dah tak sanggup nak jaga Syaf.” Lain yang ditanya
lain yang dijawab. Ella menghela nafas panjang.
“Tak de kena
mengena dengan mak meninggal pun Syaf. Aku tahu yang aku ni anak pungut. Tapi
kau jangan lupa pulak, sejak mak meninggal, aku yang sara keluarga ni. kalau
aku tak de hati perut dah lama aku lari dari rumah ni.” Balas Ella geram.
“Alah akak ni,
dari dulu cakap nak lari. Tak lari pun. Akak tahu ke nak pergi mana? Orang
kampong ni pun tak nak jadikan akak sebagai menantu diorang kak. Asal usul akak
sendiri pun akak tak tahu. Akak rasa ada orang yang boleh terima anak pungut
macam akak ke?” Pedas ayat yang ditutur oleh Siti Syafa. Seperti biasa, ianya
sudah menjadi makanan harian bagi Ella Eddya.
Ella menghentikan
perbualan dengan Siti Syafa, langkah masuk semula ke dalam bilik air. Memang
tak kan menang kalau cakap dengan adiknya tu. Besen yang berisi dengan kain
yang sudah dicuci tadi dikeluarkan dan di jemur di ampaian luar rumah. Fuhh!
Ella mengelap peluh yang jatuh ke dahi. Kata-kata yang menusuk ke dalam hatinya
tadi di biarkan tidak terubat. Airmata? Tiada lagi airmata yang perlu dia
tangisi. Hidup perlu diteruskan juga jika ini takdir yang ditentukan olehNya.
Ella masuk
sahaja ke dalam rumah, Siti Syafa sudah tidur di kerusi kayu di ruang tamu
rumah.
“Memang tak
boleh harap! Sama je macam bapak kau! Aku rasa kalau orang lain boleh jadi gila
duduk dalam rumah ni. Memang tak lama lagi aku gila. Senang jugak jadi orang
gila ni. Duduk hospital gila ada orang bagi makan! Tak macam anak gajah dengan
bapak gajah ni! Tahu menyusahkan aku je!” Ella membebel seorang diri. Pantas
kakinya ke dapur dan menyambung tugasan menguli tepung.
Hai Ella..
Ella.. Kau cakap je macam tu, tapi kau sayangkan bapak dengan adik kau tu.
Kalau tak dah lama kau lari dari rumah ni kan? Yelah! Time kau nak lari nanti
kau sibuklah fikir, bapak kau nak makan apa? Adik kau belajar sapa nak
tanggung? Nasib kau lah! Duduk lah dalam rumah kayu yang dah nak reput ni!
Nanti kayu reput tu kau boleh guna buat kayu api. Haha!
“Kau masak apa
ni Ella?” Tegur Pak Sakor yang baru sahaja pulang dari bermain dam aji di gerai
hujung kampong tu. Nak ke gerai tu pun, duit mintak Ella. Katanya Ella kena
bayar balik kos pembelajaran sampai Ella SPM. Padahal sejak umur 6 tahun lagi
Ella dah tolong Mak Murni kerja jual karipap. Pak Sakor ni sejak kahwin dengan
Mak Murni, memang tak pernah kerja! Habiskan beras je!
“Masak
tenggiling pak” Balas Ella ringkas. Sengaja peril bapanya. Pak Sakor berwajah
biasa. Malas meneruskan perbualan. Kaki duduk di meja makan dan terus mencedok
nasi ke pinggan. Ella masih lagi duduk di lantai sambil menyiapkan karipap
untuk Kenduri doa selamat Mak Senah malam nanti.
“Sedap
tenggiling kau masak ni. Esok kau carilah lagi.” Pak Sakor membalas bersahaja.
Ella menghela nafas panjang.
“Bapak ni,
hari-hari nak makan sedap-sedap. Tak boleh Ella nak simpan duit langsung. Nanti
kalau apa-apa jadi pada keluarga kita sapa susah. Kalau tiba-tiba ada keluarga
kita yang sakit sapa nak tolong?” Ella mengeluarkan rasa tidak puas di dalam
hatinya. Pak Sakor berwajah selamba.
“Mati bila-bila
je Ella. Kalau aku sakit tak payah hantar hospital, duduk je dekat rumah ni.”
Balas Pak Sakor selamba.
“Habis kalau
Syafa sakit? Bapak ada duit nak hantar dia pergi hospital? Nak hantar naik
basikal tua bapak tu? Cuba fikir sikit bapak. Kita ni orang susah, tak bolehlah
selalu nak makan sedap-sedap je. Kalau bapak kerja tak pe jugak.” Balas Ella
lagi. Keluar segala ketidakpuasan dalam hatinya.
“Syafa muda
lagi. Kalau ada yang sakit pun, aku yang dah tua ni. Aku dah sekolahkan kau
sampai SPM Ella, tak kan kau tak nak balas jasa aku? Sekarang ni kau nak
mengungkit yang kau bagi makan minum dekat aku? Jasa aku kutip kau kat tepi
semak dulu tu kau tak kira lagi?” Giliran Pak Sakor pula berhujah. Nasi di
pinggan sudah licin. Ikan masak kicap dan sayur kobis goreng juga sudah lesap
dari penglihatan. Kesian Ella, yang masak pun tak dapat makan lagi.
“Ikut suka
bapak lah, apa yang Ella cakap semua tak betul. Ye! Ella sedar, Ella anak
pungut. Sepatutnya dulu bapak fikir, kalau dah tahu Ella ni menyusahkan bapak,
buat apa kutip Ella duduk dalam rumah ni.” Balas Ella bersahaja.
“Sebab dulu aku
tak da anak, dan aku ingat selama-lamanya aku dengan Murni tak dapat anak. Tak
sangka pulak Allah nak bagi kami anak masa umur kau 6 tahun. Tak kan aku nak
buang kau pulak masa umur kau 6 tahun.” Balas Pak Sakor pula. Memang kalau
boleh nak ketuk kepala Pak Sakor ni! Tak jaga perasaan Ella langsung!
Ella terdiam.
Malas menyambung perbualan. Memang tak kan menang kalau bercakap dengan
bapanya. Pak Sakor pula sudah beredar dari dapur dan menuju ke bilik. Tidur lah
tu! Si Siti Syafa tu kata nak study group, ni dah terbongkang dalam bilik
pulak.
Jam sudah
menunjukkan pukul 2.30 petang. Ella masih belum menunaikan solat zohor. Langkah
dilajukan masuk ke dalam bilik air. Lantas Ella keluar semula dan masuk ke
dalam bilik yang di kongsi bersama dengan Siti Syafa. Maklumlah bilik ada dua
je!
Usai sahaja
menunaikan solat, Ella mengejutkan Siti Syafa yang belum menunaikan solat
Zohor. Gerakan demi gerakan dilakukan.
“Cuti!” tegas
suara Siti Syafa. Ella menghela nafas panjang. Lantas kaki kembali semula ke
dapur. ‘Memang kau tu period sepanjang tahun! Tak normal agaknya!’ Ella
mengomel sendirian.
Ketukan pintu
dapur dan suara salam menghentikan langkah Ella menyambung tugasan membuat
karipap. Ella menguak pintu dapur. Terjongol muka sahabat baik Ella di hadapan
pintu.
“Kenapa mi?”
Soal Ella.
“Tu mak aku
tahu yang mak senah order karipap dengan kau, ingat nak tambah order sikit 20
biji.” Balas Mimi bersahaja. Lantas mereka masuk ke dalam rumah. Syarmimi duduk
di atas kerusi dapur, manakala Ella meneruskan tugasan.
“Senyap je.
Mana yang lain?” Soal Mimi lagi.
“Dah kenyang,
terbongkang lah tu.” Balas Ella dengan nada menyampah. Syarmimi tergelak kecil
melihat rakannya.
“Sampai bila
kau nak sara diorang Ella? Bapak kau tu mampu lagi nak kerja tau, patutnya dia
yang sara Syaf tu, bukan kau.” Balas Syarmimi. Ella hanya memberikan keluhan.
“Entahlah Mi,
sekarang ni aku tunggu lah mana – mana anak raja yang nak pinang aku, lepastu
bawak aku pergi jauh dari sini.” Ujar Ella. Lagi sekali Syarmimi tergelak
kecil.
“Kau ni, kalau
nak berangan pun kan, cubalah berangan sesuatu yang boleh jadi kenyataan.” Sambung
Mimi. Tangan Ella masih ligat memasukkan inti karipap.
“Sebab berangan
jelah, benda yang aku mampu buat sekarang ni. Ada kau dengar tak orang nak
nikah dengan anak pungut macam aku ni. Dah lah memang sah-sah anak luar nikah,
memang tak da sapa yang sudi nak jadikan menantu. Lagipun aku buat semua ni
sebab wasiat mak aku, dia teringin nak tengok Syaf masuk U. Mak aku sorang je
yang boleh terima aku selama ni. So, nilah masanya aku nak balas jasa dia.”
Balas Ella. Sendu sedikit suaranya. Syarmimi terdiam. Rasa simpati timbul dalam
dirinya.
“Aku ada Ella,
dalam kampong ni bukan semua orang tak boleh terima kau. Mulut-mulut laser
macam bapak kau tu, kau abaikan je. Nanti dia penat dia berhentilah. Yang
penting kita tak mintak-mintak harta diorang pun” Syarmimi memberi semangat.
Sekali lagi Ella menghela nafas panjang, seperti ada keluhan berat yang ingin
dia lepaskan.
“Aku doakan apa
yang kau berangan tu tercapai, apa yang selalu kau cakap tu? Kau harap sangat
seorang lelaki kacak dan kaya datang kat kau bersama dengan 3 kuntum bunga ros
merah lepastu melutut dekat kau ‘will you marry me?” Tambah Syarmimi lagi
menceriakan air muka rakannya. Ella tergelak sedikit.
Ceria sikit
suasana petang di rumah papan Pak Sakor. Sesekali kedengaran suara Ella dan
Mimi ketawa. Semoga apa yang Ella impikan tercapai.