Home Novel Cinta NIKAH ASAL BOLEH!
BAB 33

BAB 33

“Kerja simple. You hanya perlu dengar cakap I. Sampai bila you nak kerja jadi kuli macam ni? Lagipun syarikat ni kaya. Setakat dua tiga ratus ribu, mesti mereka tak kan perasan punya.” Ujar Syaza Melissa di bilik Encik Razali. Ketua pemasaran di Shah Holdings itu masih lagi mengerutkan dahinya. Hatinya masih 50/50 untuk mengsonglap wang syarikat. Air minuman yang baru sahaja sampai di atas meja di sedut Syaza.

“Dah 10 tahun saya berkhidmat dengan Shah Holdings, tak kan saya tergamak nak buat macam ni dekat Tan Sri. Saya tak boleh lah cik Syaza” Balas Encik Razali. Syaza Melissa bangun dari kerusi berhadapan dengan kerusi Encik Razali. Segaris senyuman diberikan pada wajah tua Encik Razali.

“Tahniah! 10 tahun you kerja dengan Tan Sri, tapi apa yang you ada sekarang? Miskin jugak kan? Tan Sri tu, berkepuk-kepuk duit dalam bank tu. Kereta berlambak, rumah berlambak. You apa ada? Kereta cabuk tu jugak yang you bawak pergi kerja ke sana ke mari. Kita orang bawah kerja macam nak mati ni tetap miskin. Nak tahu sebab apa? Sebab kita kayakan orang atas tu!” Hasut Syaza Melissa lagi. Encik Razali seperti termakan kata-kata Syaza.

“Tapi Tan Sri tak pernah kedekut dengan harta dia, dia jujur. Dia bantu semua staff yang memerlukan. Kami tak pernah rasa tak cukup bekerja dengan Tan Sri.” Encik Razali masih cuba pertahankan dirinya supaya tidak di hasut. Syaza Melissa mendengus kecil.

‘Susah betul orang tua ni! Tak pe, nanti kau!’ Bicara hati Syaza Melissa. “Its ok kalau Encik Razali sia-siakan peluang ni. Saya tak kisah.’ Balas Syaza Melissa dan berlalu pergi dari Restaurant.

………………………

Kereta yang di pandu oleh Adrian masuk ke perkarangan Angsana Johor Bahru. Saja jalan-jalan. Kan dah tambah lagi satu hari honeymoon. Macam-macam perangai. Masing-masing keluar dari kereta.

“Jom makan dulu lah. Lapar gila.” Ajak Adrian pada semua. Yang lain hanya menyiakan dan membuntui sahaja langkah Adrian dan Shah yang jalan beriringan di hadapan.

“Kak, akak tengok tu. Dia ingat dia tu bujang ke? Saja je tinggal kita kat belakang. Kalau bini kena culik pun tak perasan agaknya” Ujar Ella pada Faqihah di sebelah. Faqihah hanya tergelak kecil mengiakan kata-kata Ella. Dua ekor langkah panjang tu sedap je jalan laju –laju masuk Restaurant Mee Rebus dekat Angsana.

“Diorang memang rapat sangat ni Ella. Macam kembar dah akak tengok.” Balas Faqihah juga. Ella dan Faqihah berjalan beriringan dan mengambil tempat duduk di sebelah suami masing-masing. Mee rebus yang sudah di tempah sekejap sahaja sampai. Masing-masing sibuk menyua mee ke dalam mulut.

“Korang ni memang tak boleh pisah eh? Tapi kenapa duduk rumah sewa lain-lain?” Soal Ella sambil menikmati makan tengah hari. Adrian dan Shah memandang sesama sendiri. Seperti ada benda yang dia sembunyikan lantas mereka sama-sama gelak.

“Ada lah, mana boleh bagitahu.” Balas Adlishah bersahaja.

“Ke korang takut buat benda bukan-bukan sebab tu korang tak duduk sama?” Soal Faqihah pula.

Tersedak Adrian dan Shah. Masing-masing memandag muka Faqihah. “Apa awak merepek ni Aqih? Saya dengan Shah? Huh! Tak selera. Uwek!!” Balas Adrianshah. Yang lain sudah tergelak. Sengal punya soalan.

“Dah-dah. Lepas ni nak pergi mana? Ha, alang-alang dah sampai sini, kejap lagi awak pergi boxer.” Arah Faqihah lagi. Adrian tersengih. Adlishah hanya diam berpura-pura tidak tahu.

“Lepas ni kita pergi karoks. Lepas tu balik hotel. Prepare untuk malam nanti. Tak boleh penat sangat. Nanti tertidur pulak malam nanti” Balas Adrian polos. Laju tangan Adlishah mengetuk kepala abangnya. Ella dan Faqihah hanya membuat muka malas nak melayan. Adlishah mendekatkan bibirnya di telinag Adrian.

“Kau ni Ad! Kalau aku hempuk kepala kau pakai helmet, kau jangan tanya kenapa! Tak pun kau nampak sudu ni, aku korek-korek anak tekak kau tu!” Bisik Adlishah geram. Si Adrian tu sengih je memanjang!

………………………………………

“Kak, macam mana malam nanti?” Soal Ella yang jalan beriringan dengan Faqihah. Si sengal dua ekor tu dah masuk kedai game. Ella dan Faqihah hanya memerhati dari luar.

“Tak pe Ella, kita tengok dulu sampai mana plan diorang. Balik nanti kita punya plan pulak” Balas Faqihah bersahaja. Ella bersemangat mendengar.

“Ok, malam ni akak jangan lupa pulak. Makesure jawapan kita mesti tidak.” Balas Ella lagi. Faqihah menggangguk. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Adrian dan Shah sudah keluar dari kedai game. Masing-masing berjalan dan meluru keluar dari Angsana.

“Eh, korang keluar dulu lah, aku nak masuk toilet” Ucap Adrian. Yang lain hanya meneruskan perjalanan dan tunggu di tepi kereta. Tak lama kemudian Adrian muncul semula. Langkahnya berlari sekuat hati dan menuju ke kereta.

“Masuk-masuk kereta cepat. Ada benda kejar!!” Jerit Adrian. Masing-masing sudah kalam kabut. Adrian memicit punat kereta dan terus masuk ke dalam kereta. Kereta di kunci dari dalam. Nafas semua tercungap-cungap. Adlishah menoleh ke belakang, kut-kut ada kelibat manusia yang mengejar.

“Sapa kejar kau Ad?” Soal Adlishah cemas. Melihat semua orang panik, Adrian tiba-tiba tergelak kecil.

“Tak da sapa, saja bergurau. Hik hik hik” Balas Adrian. Semua menghela nafas panjang. Adlisahh sudah berkali-kali meluku kepala abangnya.

“Kau ni Ad, kalau aku tenyeh kau dengan taik lembu, memang sedap. Nanti kau. Nak sangat main prank-prank kan!” ugut Adlishah. Adrian masih lagi tersengih. Ella dan Faqihah geram je dekat belakang tu.

“Aqih marah ke? Masam je.” Tegur Adrian. Mata di hala ke cermin pandang belakang. Kereta sudah masuk ke jalan besar.

“Mana ada marah. Suka sangat. Esok lusa buatlah lagi.” Perli Faqihah. Ella hanya menggelengkan kepala. Perangai sangat abang iparnya ni.

“kau kalau buat benda gila ni Shah, memang aku sembelih kau hidup-hidup!” Ujar Ella pula. Adlishah mengerling sedikit belakang.

“Ai? Aku yang tak de kena –mengena pun kena jugak. Ni semua kau punya pasal lah Ad. Kalau ibu ada…” Ayat Adlisahah terberhenti dan termati di situ. Adrian dan Adlishah terdiam tanpa kata. Faqihah dan Ella hanya menjongket bahu antara satu sama lain.

Suasana senyap. Hanya radio yang terpasang menemani perjalanan mereka pulang ke hotel.

………………………………

“Shar rasa Tok Ma macam tak suka dengan Shar lah bang. Haritu dia cakap yang dia akan nikahkan abang dengan orang lain kalau Shar tak pregnant dalam 4 or 5 bulan ni. Dia ada cakap apa-apa dengan abang ke?” Soal Sharmila bersama muka yang dikerutkan.

Arrianshah menghampiri isterinya yang sedang duduk di tepi birai katil. ‘Memanglah! Apa guna aku simpan kau lama-lama. Menyusahkan aku je!’ Jerit hati Arrianshah.

“Tak de lah. Tok Ma saje je cakap macam tu. Dia sayangkan Shar. Cuma Tok Ma dengan Tok Pa runsing sekarang ni. Takut Shah Holdings jatuh dekat tangan adik-adik abang.” Balas Arrianshah bersama senyuman yang terukir.

Arrianshah turut duduk di sebelah isterinya. Tangan isterinya diramas manja. “Tapi kalau ditakdirkan adik-adik abang yang dapat anak dulu macam mana?” Soal Sharmila lagi. Arrianshah masih lagi tersenyum dengan soalan isterinya.

‘Dan anak tu tak kan selamat lahir kat dunia ni!’ Bisik hati Arrianshah. “Kalau memang ditakdirkan adik-adik abang yang dapat anak dulu, abang terpaksa redha walaupun abang sayang sangat dengan Shah Holdings tu” Balas Arrianshah dengan nada yang sengaja disedihkan.

‘Aku tetap akan menang! Shah Holdings tu memang aku punya sejak dari awal lagi! Budak tak guna dua ekor tu memang tak patut wujud dalam dunia ni! hahahahaha’ Hati Arrian terus berbisik. Macam-macam taktik yang sedang dirancang dalam kepalanya andai isteri Adrian dan Shah yang mengandung dahulu.

Previous: BAB 32
Next: BAB 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.