BAB 8
Persiapan sudah
dilakukan di rumah Taman milik Encik Isa dan Puan Syamira. Anak perempuan
tunggal mereka bakal berkahwin dengan anak Tan Sri Armanshah dalam masa dua
hari sahaja lagi. Riuh rumah Encik Isa dengan kehadiran dari kedua-dua belah
keluarga. Pelamin sudah tersergam indah di ruang tamu. Majlis akad nikah akan
dilakukan di kediaman mereka atas permintaan Nurul Faqihah sendiri.
Tidak sangka
jodohnya akan berlangsung begitu cepat. Majlis resepsi akan diadakan sebulan
dari tarikh nikah disebabkan banyak persiapan yang perlu dijalankan. Nurul
Faqihah sendiri pelik kenapa Arrianshah terlalu tergesa-gesa dengan pernikahan
ini.
“Akak Aqih,Mak
long panggil.” Panggil sepupu Faqihah. Faqihah masih lagi sibuk merapikan
biliknya yang masih tunggang langgang. Hantaran pengantin juga masih belum siap
sepenuhnya. Faqihah keluar setelah arahan diberikan. Kaki melangkah ke dapur
yang penuh dengan saudara-mara serta makcik-makciknya.
“Duduk sini.”
Arah Puan Syamira pada satu-satunya puteri dalam keluarga mereka.
“Kenapa mak?”
soal Faqihah. 2 lagi adik Puan Syamira sudah tersenyum-senyum memandang anak
buah sulungnya.
“Nak sampaikan
wasiat ni.” Balas Puan Syamira bersahaja. Faqihah sudah duduk bersila disebelah
emaknya. Makcik-makciknya yang lain hanya memokuskan mata mereka pada daun
pandan yang ingin dijadikan bunga rampai.
“Wasiat?” Soal
Faqihah tidak mengerti. Makcik-makciknya terhambur juga gelak yang di tahan.
“Kenapa ni mak
ngah, mak su?” Soal Faqihah pada makciknya yang ralit memotong daun pandan tu.
Halus-halus potongannya. Semerbak bau wangi daun pandan di kawasan dapur.
“Bila dah jadi
isteri, kita nampak macam mudah. Tapi banyak perkara yang perlu kita jaga.
Pertama, yang paling penting ialah aib suami. Jangan sesuka hati bercerita
dekat orang lain termasuk ibu bapa sendiri.” Puan Syamira memulakan bicara.
“Oh… Ingatkan
wasiat apa tadi. Ye mak, Aqih tahu. InsyaAllah Aqih dengar cakap mak.” Balas
Faqihah lembut.
“Ada lagi,
sabar. Kita perlu bersedia zahir dan batin. Kamu jangan buat-buat blur pulak
nanti.” Balas Puan Syamira tersirat. Tergelak sedikit dua orang makciknya. Sah
Faqihah blur. Mukanya dikerutkan.
“Maksud Mak?”
Soal Faqihah.
“Lambat sangat
lah akak ni, biar saya tolong explain.” Sambung Mak Su, Faqihah. Laju tangan
Puan Syamira mengetuk peha adiknya. Faqihah tergelak kecil.
“Maksudnya,
kalau suami kita bagi hint tu, dia nak sesuatu dari Aqih. Mak tak boleh nak
explain lebih-lebih. Dekat situ mak harap Aqih faham.” Balas Paun Syamira yang
juga tersirat. Melihat muka Faqihah yang masih lagi bingung, Mak Su nya terus
membisikan sesuatu di telinga anak saudaranya.
“Mak!!!”
Faqihah terjerit kecil, lantas kakinya bangun meninggalkan dapur dan terus
menuju ke dalam bilik. Dua orang makcik nya tergelak melihat Faqihah keluar
dari pintu dapur bersama muka yang masam.
“Apa yang nak
dirisaukan kak long. Nanti dah jadi isteri dia tahu lah semua benda tu” Ucap
Puan Aminah adik kedua Puan Syamira.
“Haah Kak Long.
Dah lah, jangan difikirkan lagi. Memang patut pun Aqih tu nikah, umur pun dah
25 tahun. Untung akak, dapat anak Tan Sri.” Sambung Puan Rugayah, adik bungsu
Puan Syamira.
“Kak Long
risau. Budak tu mana ada boyfriend. Bawak lelaki datang rumah pun tak pernah,
tup-tup nak nikah. Dengan boss sendiri pulak tu. Terkejut Kak Long bila
keluarga Tan Sri datang merisik campur meminang haritu.” Balas Puan Syamira
panjang lebar.
“Dah jodoh Kak.
Doakan jelah yang terbaik.” Balas Puan Rugayah. Tangan masing-masing masih
sibuk memotong daun pandan yang ingin dijadikan cenderhati pada tetamu yang
hadir. Majlis akad nikah yang serba ringkas. Hanya dipenuhi sanak saudara
sahaja. Majlis resepsi nanti baru jemput orang ramai.
Nurul Faqihah
tersenyum bahagia melihat wajah bossnya yang bakal menjadi suaminya tak lama
lagi. Tengah dok berangan menatap screen telefon bimbit, aplikasi whatsup nya
berbunyi. Pesanan ringkas dari Arrianshah masuk tanpa di sangka.
Assalamualakum my love.
Salam penuh
romantic yang diterima oleh Faqihah. Terus senyum sampai ke telinga. Papan
kekunci di telefon di tekan.
Waalaikumsalam boss.
Butang send
ditekan Faqihah.
Dah nak jadi isteri saya, kenapa panggil boss lagi?
Panggilah sayang ke? B ke?
Balas
Arrianshah. Faqihah mencari idea untuk menaip.
Sorry…Emm… Abang tengah buat apa?
Butang send
dihantar, Faqihah dah jadi tak tentu arah. Badannya digolek-golekkan di atas
katil. Bahagia yang teramat sangat.
Abang tengah fikirkan sayang. Rindu.
Ayat manis yang
penuh muslihat di hantar Arrianshah. Jantung Faqihah berdegup kencang. ‘Ni ke
cinta?’ Bicara Faqihah sendirian.
Terima kasih sebab sudi jadi suami saya.
InsyaAllah, saya berusaha jadi isteri yang terbaik untuk abang.
Lembut ayat
yang ditaip Faqihah. Kau tak tahu, yang tengah taip tu singa jadian. Raja
Bongkak!
Abang pun, nak ucap terima kasih dekat sayang sebab
sudi terima lamaran abang yang datang tiba-tiba. Ok lah sayang, abang ada
urusan ni. nanti abang whats up sayang lagi k.
Balas Syaza
Melissa yang sudah tergelak-gelak di Kelab Malam bersama dengan Arrianshah.
“You,tengok ni.
She called you abang. Oh God! Tetiba I rasa serbasalah pulak whats up dengan
bakal isteri you ni.” Ucap Syaza selamba. What? So, perempuan rambut karat ni
ke yang hantar pesanan ringkas pada Faqihah? Dan Arrianshah buat bodoh je!
Kurang ajar!
“Yang you layan
budak tu buat apa? Kang dia perasan I memang suka gila-gila dekat dia.” Balas
Arrianshah bersama senyuman belagak. Kepalanya dihenjut-henjut, mengikut rentak
lagu rock di Kelab Malam tersebut. Air coke di atas meja di minum.
“Baguslah kalau
macam tu. Senang sikit you nak rapat-rapat dengan dia. Tujuan you nak ada anak
je kan dengan dia.” Balas Syaza bersahaja lantas tangannya menarik tangan
Arrianshah untuk menari bersama. Dah macam orang gila dok terkinja-kinja macam
tu!
“Adik-adik you
macam mana?” Soal Syaza lagi. Meliuk-liuk tubuhnya digoyangkan di hadapan
Arrianshah.
“Senyap je
budak dua ekor tu. Macam tak da tanda –tanda nak kahwin pun.” Balas Arrianshah
sedikit kuat bila muzik di Kelab Malam tersebut tiba-tiba dikuatkan. Perbualan
mereka dihentikan. Arrianshah dan Syaza sudah khayal dalam dunia mereka
sendiri.Sesekali mereka berpelukan sesama sendiri. Pulang sahaja dari Kelab
Malam, pasti hotel menjadi tempat kedua mereka. Dasar lelaki tak guna! Sanggup
gunakan Faqihah semata-mata nak kan jawatan CEO Shah Holdings tu!