BAB 30
“Kenapa pulak Aqih cakap macam tu? Kan memang
setiap pasangan mesti nak kan zuriat. Lagipun Adrian tak pernah paksa Aqih
nikah dengan dia. Aqih sendiri yang setuju kan. Kenapa Aqih ragu-ragu dengan Adrian
pulak?” Soal Encik Isa di hujung talian. Faqihah menarik nafas panjang.
Badan di sandar di belakang sofa. Kepalanya masih teringat misi suaminya. Curi
dengar punya pasal!
“Tapi bah, Abah
tak rasa ke yang Adrian tengah gunakan Aqih untuk mencapai misi dia. Aqih
dengar dari mulut Adrian sendiri yang dia nikah asal boleh je sebab nak
dapatkan zuriat. Abah ingat Aqih ni barang ke?” Faqihah menyarakan segala
ketidakpuasan dalam hatinya.
“Selama ni dia jadi suami pada Aqih, ada dia pukul
Aqih? Kamu berdua kan masih dalam proses pengenalan. Kenal dulu hati budi dia.
Mungkin lepas kamu ada anak dengan dia nanti, makin dekat hubungan suami isteri
tu. Anak kan penyeri rumah tangga. Dah, jangan fikir buruk-buruk pasal suami.” Tambah Encik
Isa panjang lebar.
Faqihah masih
tidak berpuas hati dengan jawapan bapanya. Hatinya tidak tenang. Dia tak habis
fikir, rupanya dia hanyalah alat untuk mencapai misi Adrian.
“Aqih…” Suara di hujung talian bertukar. Puan
Syamira pula memanggil nama anaknya.
“Dengar sini mak nak cakap. Perjalanan hidup setiap
manusia berbeza. Cara pertemuan Aqih dengan Adrian juga berbeza. Bukan ke Allah
dah atur jodoh Aqih dengan Adrian supaya kedua-duanya saling melengkapi. Adrian
juga tak sempurna, dia pun manusia biasa sama macam Aqih yang juga membuat
kesilapan.” Tegur Puan Syamira lembut. Lama Faqihah mendapat
khidmat nasihat dari Puan Syamira.
Panggilan
dimatikan. Jam didinding tepat pukul 12 tengah hari. “Jumpa Ella lah sekejap.”
Ucap Faqihah sendirian seraya melangkah keluar rumah dan memanjat anak tangga
rooftop. Pintu rumah Ella diketuk oleh Faqihah. Selang bebrapa minit Ella
keluar dari rumah rooftopnya.
“Ye Kak.
Kenapa? Akak risau lagi ke?” Soal Ella selamba. Baginya dia tak kisah langsung
pasal misi Adlishah dan Adrianshah.
“Kamu ni Ella,
macam tak de perasaan. Kamu tak rasa ke yang kita ni digunakan?” Soal Faqihah.
Langkahnya sudah masuk ke rumah kecil Ella Eddya dan duduk di atas carpet.
Maklumlah rumah kecik je, mana ada sofa. Ada katil, bilik air, dan tempat masak
sikit. Macam rumah rooftop korea tu.
“Kalau dia
boleh kena kan kita, kita pun kena kan diorang pulak. Akak jangan risau lah
kak. Budak tu sengal-sengal ubi je tu. Allah yang tentukan jodoh kita ni
berkekekalan atau tak. Sebab tu Ella tak kisah sangat. Yang penting kita berusaha
ke ara keharmonian rumah tangga. Macam ustazah bahyah mahmmod cakap.” Ucap Ella
seperti lagak penceramah motivasi di dalam TV.
Faqihah
menggeleng kepala. Ella menuang sedikit air mineral untuk Faqihah. Kasi reda
sikit bingung dalam kepala otak tu.
“Entahlah Aqih,
akak tak boleh nak fikir ni” Balas Faqihah jujur.
“Wait!” Jerit
Ella. Faqihah terkejut. “Asal?” Soal Faqihah.
“Jangan-jangan
akak dah suka dekat Adrian, sebab tu Akak risau macam ni, Akak takut kalau
Adrian tinggalkan akak kan?” DUga Ella bersama sengihan di bibir. Tegak bulu
roma Faqihah mendengar soalan Ella. Dadanya di pegang. ‘Dup,dap,dup,dap!’ Ella
sudah tergelak melihat perilaku Faqihah.
“akak…” Balas
Faqihah bersama kerutan di muka.
“Ok kak, kita
rileks je dulu. Akak dengar kan haritu diorang plan apa. Kali ni kita pulak
kena kan diorang. Jangan risau kak. Ella ada” Balas Ella. Dah macam gaya
penyiasatan bersiri.
…………………
“Adrian! Shah!
Janganlah asyik borak je. Nanti boss nampak kena marah tahu tak? Bukan kamu je
yang kena marah, dengan akak sekali kena marah.” Ucap Anisah tegas. Adrian dan
Adlishah tersengih.
“Rileks kak,
setakat mamat bongkak tu, kita pijak – pijak je. Macam ni” Balas Adrian seraya
menenyeh kakinya kelantai. Lagi tadi dok berbual dengan Adlishah, pasal apa
lagi kalau bukan pasal anak.
“Banyak lah
kamu, bukan kamu yang kena tenyeh, kita ni semua yang kene tenyeh. Dah, ni Tan
Sri suruh lawat kilang batu bata Shah Holdings dekat JB” Balas Anisah. Pening
dengan majikan barunya tu.
“What? JB?
Bila? Lama ke?” Soal Adrian lagi. Adlishah sudah tergelak. Kalau pergi JB mesti
kena tidur sana. Diorang baru je nak jalankan misi rumah tangga. Ahahah…
“Esok. Kalau
kamu nak balik hari pun boleh, tapi kalau penat tidur sana lah.” Balas Anisah
bersahaja.
“Mana boleh
macam ni, masa tu berharga.” Balas Adrian seraya mengerutkan dahi memikirkan
sesuatu. Adlishah sudah menggeleng kepalanya.
“Kau ni, rileks
ar. Apa susah, kalau kau excited sangat. Kau bawak sekali. Lagipun dekat JB tu
ada legoland. Alang-alang tu apa kata kita mandi-manda.” Adlishah memberi
cadangan. Adrian memikir sejenak. Anisah sudah pelik memandang perbualan yang
tidak dapat di tangkap maksudnya.
“Ok macam ni, Kak anis kena ikut sekali.” Adrian
memberi cadangan tiba-tiba. Anisah lagi pelik. Kenapa dia harus terlibat sama.
“Asal akak kena
ikut pulak? Tan Sri suruh korang kan.” Balas Anisah pelik.
“Sebab kami ada
misi penting ni kak. Akak pergi tengok kilang tu, kami pergi legoland. Amacam?
Adil tak?” Soal Adrian lagi. Memang sah lah tak adil! Sengal punya rancangan.
“Boleh lah kak
anis, kali ni je. Sesekali tolong kitorang.” Adlishah menambah. Setuju dengan
keputusan abangnya. Memang sama-sama
sengal!.
“Korang ni
sebenarnya kenapa? Dah lah, akak malas layan korang ni” Balas Anisah yang masih
tidak berpuas hati dengan rancangan mereka berdua. Kakinya mula melangkah
pergi. Pantas namanya di panggil Adrian.
“Kak, tolonglah
kak…” Rayu Adrian seraya menjelaskan pada Anisah misinya. Pantas gadis itu
tergelak kuat.
“Sengal lah
korang ni, setakat satu hari je lah. Apa korang ingat terus jadi ke?
Macam-macam hal.” Balas Anisah yang masih bersisa dengan tawa.
“Alah tak kisah
lah kak, masa tu emas kak.” Balas Adrian lagi. Anisah menghela nafas panjang.
“Yelah-yelah.
Dah, siapkan kerja tu.” Balas Anisah seraya melangkah pergi dari meja Adlishah.
Adlishah dan Adrian tersenyum puas. Si Anisah ni pun layan je perangai
adik-adik ni. Mana tak nya, sebab budak dua ekor ni jugak lah dia dapat sambung
kerja dekat sini.
“Cantik weh!
Siang kita mandi manda dulu. Dah lah, bincang nanti.” Ucap Adrian seraya bangun
dan menuju ke temapt duduknya.
Adlishah hanya
menggaru kepala. ‘Boleh berjaya ke ni?’ Bicara hatinya. Entah apa yang Adrian
ajar agaknya tu.
…………………………
“Alamak! Aku
nak turun sekejap. Drama Tersuka Tanpa Sengaja dah start tu. Kurang asam Adrian.
Dia tak ingatkan aku!” Ucap Adlishah tiba-tiba. Lantas turun dari atas katil.
Ella yang sedang mencuci pinggan hanya menggeleng kepala.
“Kau turun lah
dulu, nanti aku turun.” Balas Ella. Adlishah sudah melangkah menuruni anak
tangga luar rumah rooftop. Pintu rumah Adrian di buka tanpa salam. Adrian sudah
menunggu di hadapan TV. Faqihah macam biasa, mesti dekat dapur. Adrian nak
makan cekodok pulak.
“Asal kau tak
panggil aku.” Jerit Adlishah yang sudah menghempaskan tubuhnya di atas sofa
bersebelahan dengan Adrian.
“Ah diamlah,
dah nak start ni” Balas Adrian. Masing-masing senyap semula. Ella masuk ke
dalam rumah. Fokus punya pasal, Ella masuk pun makhluk dua ekor ni tak sedar.
Ella masuk dan terus menuju ke dapur. Faqihah sedang menggoreng cekodok untuk
suaminya.
“Buat apa tu kak?”
Sergah Ella. “Allah!” Faqihah terkejut lantas berpusing meghadap Ella. Ella
memberikan sengihan
“Hah,Kenapa ni?”
Soal Faqihah.
“Tu ha, katanya
nak tengok drama Tersuka Tanpa Sengaja, mengalahkan orang perempuan diorang tu”
Ucap Ella seraya menyua cekodok yang sudah di goreng ke dalam mulutnya. Faqihah
tergelak kecil. Tangan masih meneruskan langkah menggoreng cekodok yang
terakhir di kuali.
“Dah kemas baju
ke?” Soal Faqihah lagi. Cekodok di pusing-pusing di dalam kuali. Ella masih
setia duduk di atas kerusi dapur.
“Dah kemas
sikit. Akak boleh percaya ke dengan diorang tu. Saya ni tak habis fikir kak.”
Balas Ella. Mukanya dikerutkan.
“Hai, bukan ke
kita nak lancarkan misi jugak. Ella takut ea?” Duga Faqihah bersama gelak di
bibir. Ella memberikan sengihan.
“Ella ada silat
kak. Akak tu” Usik Ella pula.
Faqihah
mengangkat cekodok dan masuk ke dalam tapis, usikan Ella di balas dengan
senyuman.
“Dia suami kita
Ella, betul juga apa yang mak dengan abah akak cakap tadi. Selagi arahan yang
tidak bercanggah dengan agama, kita wajib patuh. Akak redha, jika suatu saat
nanti, Allah dah tentukan dia bukan lagi untuk akak, akak harap akak kuat untuk
terima. Kalau Ella juga boleh diuji dengan ujian yang berat dalam hidup ni,
akak pun manusia biasa yang tak terkecuali dari ujianNya.” Sambung Faqihah
panjang lebar. Ella tersenyum mendengar.
“InsyaAllah
kak, akak masih lagi ada mak dengan abah. Tulang belakang yang paling kukuh
dalam hidup akak masih berdiri tegak. Setiap saat menyokong akak dari belakang.
Ella dah biasa berdiri sendiri kak. Ella Cuma serahkan segala-galanya pada
takdir. Jika takdir Allah mengatakan hubungan Ella dan Shah tak lama, saat itu
juga, Ella harap dengan kaki ini jugak Ella dapat berdiri semula macam selalu.”
Giliran Ella pula berhujah.
Cengkodok sudah
sedia untuk di angkat ke depan. Tiba-tiba
“Aqih!” Jerit
Adrian kuat dari ruang tamu. Perbualan Ella dan Faqihah terhenti. Ella dan
Faqihah sama-sama menuju ke ruang tamu. Adrian tiba-tiba bangun. Ella sudah
meletakkan pinggan yang berisi cekodok di atas meja ruang tamu. Adlishah sudah
tergelak-gelak. Tak tahu lah apa yang Adrian nak buat tu.
“Aqih…” Panggil
Adrian lembut. Adrian dan Faqihah berdiri menatap mata masing-masing di ruang
tamu. Ella dan Adlishah menjadi pemerhati sambil menyua cengkodok ke dalam
mulut. Faqihah memandang pelik muka suaminya.
“Awak pernah
tak tersuka orang tanpa sengaja? Saya suka awak.” Ucap Adrian yang meniru gaya
Amar Bahrin. Faqihah tergelak kuat. Pantas dia menutup mulutnya. Ella menahan
tawa, lawak abang iparnya. Adlishah juga menggeleng kepala.
“Ermm… Boleh
la.” Balas Faqihah bersahaja.
“Hoi, drama aku
dah habis, kau pulak.” Balas Adrian seraya menoleh pada Adlishah. Adlishah
mengangkat bahu.
“Cepatlah!”
Arah Adrian. Entah pape je diorang ni. Adlishah memandang Ella yang duduk di
sebelahnya. Ella membuat muka selamba.
“Ella…” Panggil
Adlishah pula. Ella memandang. “Hah apa?” Soal Ella ganas. SEngaja berbuat
demikian.
“Awak pernah
tak tersuka orang tanpa sengaja? Saya suka awak.” Ucap Adlishah penuh romantic.
Ella menjeling ganas. Dalam hati ketawa terbahak-bahak.
“Hek eleh kau
ni, dah kenapa? Buang tebiat?” Balas Ella ganas. Adlishah mendengus kecil .
“Heh! Poyolah
kau ni, suka cakap je lah.” Balas Adlishah.
“Dah-dah,
ada-ada je korang ni, tu dah mula ceritanya.” Sampuk Faqihah. Lantas mereka
bersama-sama duduk di atas sofa sambil menikmati cekodok buatan Faqihah.