BAB 28
Meriah sekejap
Prince Rooftop dengan kehadiran Pak Arun, Mak Jenab dan Syarmimi. Siti Syafa
tidak mahu datang walaupun sudah berkali-kali di paksa oleh Syarmimi dan Ella.
Hantaran
ringkas oleh Syarmimi dan maknya yang di buat dari kampong, tersusun di atas
meja di ruang tamu. Baju nikah pemberian Adlishah yang juga cukup ringkas
tersarung di tubuh kecil molek Ella Eddya. Masing-masing sudah bersedia untuk menghantar
Ella ke rumah banglo Tan Sri Armanshah. Satu kereta je pergi hantar pengantin.
Yelah! Ella mana ada keluarga lain.
Cantik! Ella
mengenakan baju kurung putih yang berbunga ros kecil timbul serta tudung
Neelofar yang berwarna putih. Sedikit make up ditepek oleh Syarmimi untuk
membuatkan Ella sedikit lain dari biasa.
“Dah cepat
masuk kereta.” Arah pak Arun pada pada mereka yang masih sibuk mengangkat
hantaran masuk ke dalam bonet kereta. Mak Jenab sudah masuk di bahagian
penumpang hadapan. Mimi sudah menutup bonet kereta lantas masuk ke bahagian
penumpang belakang bersama Ella di sebelah.
“Aku yang
tunang dulu, kau pulak nikah dulu.” Ucap Mimi dalam perjalanan ke rumah Tan Sri
Armanshah. Ella tersengih.
“Tulah, ni
gara-gara Pak Arun punya doalah ni, nak sangat Ella nikah dengan orang kaya.
Ha, kan dapat betul” Balas Ella selamba. Lantas mereka semua ketawa.
“Ingat Ella,
dah jadi isteri ni tanggunjawab dah lain. Kena layan suami. Kena masak untuk
suami. Kena patuh arahan suami selagi tak bercanggah dengan agama” Giliran Mak
Jenab memberi nasihat. Mimi sudah tergelak-gelak mendengar.
“Beres boss.”
Balas Ella bersahaja. “Ingat tu Ella, kau jangan buat kepala kau je nanti lepas
kahwin. Aku takut lebam je suami kau kena tendang.” Sengaja Mimi menyakat rakannya.
Pantas kepala Mimi di ketuk Ella.
“Pak Arun, ni
anak dara Pak Arun ni dah tak sabar nak nikah ni. Tolonglah nikahkan dia
cepat-cepat” balas Ella bersahaja. Masing-masing tergelak lagi.
“Ella nak ucap
terima kasih dekat Pak Arun, Mak Jenab, Mimi sebab sanggup datang jauh-jauh
semata-mata nak tengok Ella nikah.” Sambung Ella lagi. HAish! Nak buat
sebak-sebak pulak.
“Kenapa Ella
cakap macam tu, Ella kan anak Pak Arun dengan Mak Jenab, mestilah kami datang.
Dah tak payah nak sedih-sedih. Habis make up nanti” Balas Pak Arun bersahaja.
Nadanya diceriakan. Tak nak Ella sedih-sedih di hari bahagianya.
Terasa sekejap
sahaja kereta Pak Arun sudah masuk ke perkarangan banglo Tan Sri Armanshah.
Ella turun dari kereta. Disebabkan tidak cukup tangan, Ella turut mengangkat
hantarannya sendiri. Pantas orang gaji di rumah Tan Sri Armanshah datang
membantu. Rumah Tan Sri Armanshah tidak begitu ramai. Hanya dipenuhi kenalan
Adlishah dan Adrianshah sahaja. Tok Kadi pula sudah sampai. Adlishah sudah siap
berbaju melayu putih di ruang tamu.
Ella masuk ke
dalam dan duduk di tempat yang di sediakan. Syarmimi dan Mak Jenab sedari tadi
menjadi peneman Ella Eddya. Setelah pengantin perempuan bersetuju untuk
bernikah dengan pengantin lelaki. Akad nikah dimulakan.
“Aku terima
nikah Ella Eddya binti Abdullah dengan mas kahwin 1000 ringgit tunai” Tenang
akad nikah yang dilafazkan Adlishah. Hanya sekali lafaz, Adlishah dan Ella
bergelar suami isteri yang sah. Selepas mengaminkan bacaan doa, Adlishah menuju
ke tempat Ella Eddya. Scene pembatalan air sembahyang pulak.
Cincin berlian
di sarung di jari manis Ella. Setelah itu Ella bersalaman dengan suaminya.
“Jadi isteri
solehah ye nak” Ucap Mak Jenab yang tiba-tiba sebak melihat Ella menitiskan
airmata. Ella berpelukan dengan Mak Jenab. Pak Arun juga bersalaman dengan
Adlishah. Lama mereka berpelukan seperti tengah membisikkan sesuatu.
“Ella tu baik
budaknya. Pak Arun dah anggap macam anak Pak Arun sendiri. Kalau boleh jangan
bagi dia sedih ;agi. Dia dah puas merana sejak kecik. Semoga kamu bahagia
dengan dia” Ucap Pak Arun seraya melepaskan pelukan. Adlishah hanya menggangguk
dan memberikan senyuman pada Pak Arun.
Ella bergerak
ke ara bapa mertuanya. Tangan itu dikucup penuh syahdu. “Terima kasih sebab
sudi terima anak Papa.” Ucap Tan Sri Armanshah. Ella memberikan sedikit
senyuman. Masing-masing sudah menjamu makanan yang disediakan. Ella sedari tadi
berkenal-kenalan dengan rakan-rakan Adlishah dan juga pembantu rumah Tan Sri
Armanshah.
Jam sudah
menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. Tetamu ramai sudah pulang ke rumah. Pak
Arun sekeluarga turut pamit setelah bersalaman dengan Ella Eddya.
“Aku balik dulu
Shah, jumpa dekat Rooftop.” Ucap Adrian yang turut pamit bersama Faqihah.
Faqihah bersalaman dengan Ella, lantas mengikuti suaminya keluar. Kejap je
rumah Tan Sri Armanshah sunyi semula. Hanya kedengaran suara pembantu rumah
yang mengemas pinggan mangkok yang telah digunakan tadi. Ella dan Adlishah
duduk di ruang tamu. Tan Sri Armanshah masih lagi diluar, menghantar bebrapa
orang rakannya di halaman rumah.
“Rumah besar
macam ni, bapak kau duduk sorang je?” Soal Ella yang mula melihat sekeliling
rumah banglo Tan Sri Armanshah.
“Hermm… Lepas
ibu meninggal, kami jarang balik rumah ni. Semua sudut yang ada dalam rumah ni
kami teringat ibu. Sebab tu Adrian cepat je nak balik” Balas Adlishah.
“Oooo… habis
rooftop?” Soal Ella lagi.
“Rooftop tu
banyak kenangan masa kecik, lagipun kami jarang ke sana. Kalau Papa cuti je
baru tidur sana.” Balas Adlishah yang melayan soalan isterinya.
“Oooo…” Balas
Ella. Tan Sri Armanshah masuk semula ke dalam ruang tamu. Perbualan Ella dan
Adlishah terhenti bila Papanya turut duduk bersama.
“So? Apa
rancangan lepas kahwin ni?” Soal Tan Sri Armanshah pada mereka berdua. Ella
hanya senyap. Ikut sahaja keputusan Adlishah.
“Kitorang duduk
rooftop Pa.” Balas Adlishah. “Ingat nak duduk dengan Papa, meriah sikit rumah
ni” Balas Tan Sri Armanshah. Nampak riak wajahnya yang sunyi bila bersendirian.
“InsyaAllah
setiap kali weekend, Shah dengan Adrian tidur sini. Lagipun kita kan jumpa
dekat ofis.” Balas Adlishah beralas.
“Ikut kamu lah,
yang penting kamu bahagia. Ha, Ella. Jangan malu-malu, buat macam rumah
sendiri. Papa nak naik atas, dah nak masuk Zohor ni” Balas Tan Sri Armanshah
seraya bangun dari sofa. Ella hanya memberikan anggukan.
“Jom naik
atas…” Ajak Adlishah pada Ella. Ella bangun dari sofa.
“Eh, kau nak
tidur sini ke? Aku tak bawak baju. Ingatkan terus balik rooftop.” Soal Ella
yang turut mengikuti langkah Adlishah meniti anak tangga.
“Alamak, yeke…
lupa nak cakap. Tak pelah, kita naik dulu. Petang-petang sikit baru balik. Kita
solat dulu.” Balas Adlishah seraya meneruskan meniti anak tangga.
Ella masuk ke
dalam bilik Adlishah yang cukup segala kelengkapan tu. Siap ada sofa, peti ais,
bilik air, TV macam panggung wayang. Katil macam katil diraja. Kalau nak
bercuti masuk je bilik ni, semua ada. Ella teruja.
“Bilik bukan
main besar, tapi duduk rumah sewa?” Soal Ella yang memerhati sekeliling bilik
Adlishah.
“Bilik je
besar, kemewahan melimpah ruah, tapi tak guna jugak kalau tak da kebahagiaan.
Aku masuk toilet dulu. Kalau kau nak towel ada dalam almari tu, bukak je.”
Balas Adlishah seraya masuk ke dalam bilik air. Ella masih memerhati sekeliling
bilik Adlishah.
Tudung yang
ingin dibuka terhenti sekejap. ‘Eh! Alah kan dah halal.’ Ucap Ella sendirian
seraya meneruskan tindakan membuka tudung. Ella duduk di birai katil.
“Allah! Kalam
kabut punya pasal, telefon pun tertinggal.” Ucap Ella lagi. Adlishah keluar
dari bilik air. Isterinya yang tidak bertudung dipandang. ‘Mak ai!!! Comelnya
budak ni. Pipi dah lah macam pau.’ Bicara hati Adlishah. Ella terperasan
dirinya di tenung agak lama.
“Hoi! Kau dah
kenapa? Tak pernah nampak perempuan free hair?” Soal Ella seraya bangun dan
masuk ke bilik air. Ella menjeling sedikit. Adlishah tersenyum. Betul lah kata
orang, nilah keistimewaannya bila wanita bertudung. Kecantikan tu khas untuk
suami je.
Selang beberapa
minit Ella keluar semula. Adlishah sudah tersedia sesuatu untuk isterinya.
“Ni pemberian
ibu aku pada bakal menantu dia. Aku tanya ibu. Kenapa telekung? Ibu jawab,
Jangan bila ada masalah je kita ingat Allah. Masa senang pun kita kena ingat
Allah.” Ucap Adlishah seraya menghulur telekung pemberian ibunya. Ella sebak
sedikit mendengar ayat yang ditutur oleh suaminya. Lantas telekung di pakai
Ella.
Solat Zohor
dilakukan dengan penuh syahdu. Zohor pertama Ella dan Adlishah bergelar suami
isteri. Moga sinar bahagia menyebelahi hidup mereka. Takkisah lah anak pungut
atau luar nikah. Mereka juga manusia. Nanti di akhirat, tidak akan di tanya sama
ada kamu anak pungut atau anak luar nikah. Yang di tanya ialah amal semasa di
dunia. Ok, cukuplah ceramah tadi!