BAB 31
“Mana budak dua
orang ni pergi?” Soal Arrianshah pada staf-staf yang berhampiran dengan meja
Adrian dan Adlishah. Syaza Melissa sedari tadi membuntuti langkah Arrian.
Pembantu pribadi barulah katakan
“Mereka lawat
kilang dekat JB boss.” Balas salah sorang staf perempuan yang berdekatan dengan
meja Adrian.
“Oh ok. Syaza
ikut saya masuk pejabat sekejap. Ada urusan yang kita kena bincang” Ucap Arrian
seraya melangkah masuk ke dalam bilik naib CEO. Syaza hanya membuntuti dari
belakang. Pandai betul dua ekor ni berlakon. Arrian menurunkan langsir tingkap
supaya dia tidak terlihat dari luar.
“I dengar
diorang bukan pergi kilang. Diorang nak pergi honeymoon. Ada staf yang dengar
perbualan diorang haritu.” Ucap Syaza Melissa pada Arrian yang menyandarkan
diri di atas kerusi naib CEO nya.
Arrian ketawa
sinis. “Budak-budak tak guna tu memang nekad nak kalahkan I. Hahaha. Jangan
harap!” Tegas ayat yang ditutur oleh Adrian. Syaza sudah duduk di atas peha
kekasihnya.
“Bila perempuan
tu nak mengandung you. You tak buat check up ke?” Soal Syaza. Arrian memikirkan
sesuatu.
“Belum ada
rezeki you. And now she’s period. Lepas tiga bulan kalau kami memang tak dapat
anak, baru kami buat check up.” Balas Arrian. Syaza bangun dan menghadap muka
Arrian.
“Lama sangat
sampai tiga bulan. Biasanya kalau dua-dua normal, mesti cepat lekat. I suggest
you buat check up cepat- cepat. ” Syaza Mellissa memberi cadangan.
“Tengoklah
macam mana, I tunggu lagi sebulan ni. Kalau tak lekat jugak, I pergi check up”
Balas Arrian. Fail di atas meja di buka. Walaubagaimanapun kerja tetap kerja.
Syaza sudah melangkah keluar dari pejabat Arrian dan duduk di meja setiausaha.
Tangannya mendail nombor telefon seseorang. Misinya juga harus cepat
dijalankan.
………………………………………
Anisah
menyerahkan anaknya pada suaminya. Tak pasal-pasal Izril, suami kepada Anisah
terpaksa mengambil cuti disebabkan terpaksa menemani isterinya melawat kilang
Shah Holdings di Johor Bahru.
“Abang tunggu
sini sekejap, tak lama pun.” Ucap Anisah seraya keluar dari kereta. Kereta
makhluk sengal dua ekor tu dah mengarah ke Legoland. Si Anisah ni pun ikut je
perangai budak dua ekor ni.
Hampir 1 jam
juga Anisah berurusan dengan pengurus di kilang batu bata Shah Holdings,
akhirnya kelibat Anisah kelihatan semula. Panggilan telefon mematikan langkah
Anisah yang ingin menuju ke parkir kereta. Anisah cemas bila nama Tan Sri
Armanshah yang tertera di screen telefon.
“Ye Tan Sri.”
Ucap Anisah setelah butang jawab di tekan.
“Shah dengan Adrian ada dengan awak ke, saya call
dia tak angkat. Boleh pass telefon awak dekat Shah or Adrian?” Balas Tan Sri
Armanshah di hujung talian.
Anisah gelabah.
Suaminya yang berada di dalam kereta memandang pelik. Anisah membuat isyarat
sebentar.
“Errr… mereka…”
Balas Anisah tak habis. Takut hendak menipu. “Dia tak de dengan awak? Dia tak datang kilang ke?”Soal Tan Sri
Armanshah sedikit tegas. Makin gelabah Anisah.
“Tak Tan Sri, bukan
macam tu” Balas Anisah gagap. Makin gelabah. Nak tipu serbasalah pula. Dia kan
pemantau Adlishah dan Adrianshah. Segala aktiviti Adrian dan Adlishah dia kena
lapor pada Tan Sri Armanshah.
“Cakap je dengan saya apa budak dua orang tu dah
buat, jangan risau saya tak marah awak.” Sambung Tan Sri Armanshah. Anisah
menarik nafas panjang. Kekuatan di kumpul untuk memberitahu segalanya.
“Macam ni Tan
Sri, Shah dengan Adrian cakap, masa tu emas. Katanya nak bawak isteri pergi
honeymoon. Saya pun tak faham sangat Tan
Sri.” Balas Anisah jujur. Terhambur tawa Tan Sri Armanshah setelah mendengar
butiran yang keluar dari mulut Anisah. Anisah membuat muka pelik.
“Tan Sri ok?”
Soal Anisah berani bila ketawa Tan Sri Armanshah tidak berhenti.
“Its okay,
nanti laporan dekat kilang tu awak bagi dekat saya.” Balas Tan Sri Armanshah
seraya meletakkan telefon. Anisah menutup telefonnya. Kaki masuk ke dalam
kereta.
“Macam-macam
hal bang. Dah jom kita balik rumah mak.” Ujar Anisah pada suaminya. Anaknya
yang sudah tertidur di ambil semula dari suaminya. Patutlah nak je pergi JB.
Sambil menyelam minum air rupanya.
………………………………………
Nurul Faqihah
dan Ella Eddya memerhati dari bawah gelagat dua beradik yang menuruni gelongsor
tinggi di Legoland. Over excited betul. Lupa dah dengan bini yang ada dekat
bawah ni.
Sejurus sahaja
mereka meneruni gelongsor tersebut, Adrian dan Adlishah pergi ke arah isteri
masing-masing.
“Pukul berapa
dah?” Soal Adlishah pada Ella dan Faqihah yang duduk di tepi. Hanya kaki sahaja
yang di celup di dalam air.
“Pukul 6.30
petang dah ni, jomlah naik.” Ajak Ella. Adlishah tersengih. Melihat baju Ella
yang sudah kering membuatkan idea gilanya tercetus. Pantas tangan Ella di tarik
masuk ke dalam air.
“Hoi! Kurang
asam betul mamat ni! Ada makan kaki karang.” Marah Ella. Geram punya pasal
tangan Adlishah di tarik dan di gigit. “Arghhh!” Giliran Adlishah pula
menjerit. Adrrian dan Faqihah tergelak melihat gelagat mereka.
Adlishah
menggosok bekas gigitan di tangannya. “One step closer… Siap main gigit-gigit”
Usik Adrianshah. Ayat awal tu siap nyanyi lagi. Faqihah sudah menjeling
suaminya.
“Hish awak ni,
jangan lah cakap macam tu.” Ucap Faqihah.
“Aqih tak nak
gigit Ad?” Soal Adrian bersama sengihan nakal. Tangannya di hulur pada Faqihah.
Faqihah tergelak.’Sah tak matang laki aku ni!’ Faqihah bermonolog.
“Jom lah naik,
dah nak maghrib ni.” Ajak Faqihah pada semua.
……………………………
“Aqih, mana
saya punya boxer? Awak letak mana?” Soal Adrian yang sedang mengais beg baju
pakaiannya. Faqihah masih lagi merapikan rambut di hadapan cermin.
“Ada dekat
situ, saya letak dalam beg kecik. Cuba cari betul-betul” Balas Faqihah
bersahaja. Adrian mengais lagi sehingga semua baju di dalam beg pakaian di
keluarkan.
“Tak ada,
memang betul tak ada.” Balas Adrianshah. Kakinya di angkat dan duduk di birai
katil. Faqihah tersenyum. ‘Ada-ada je dia ni’ Bicara Faqihah separuh berbisik.
Faqihah pergi
ke tempat bersebalahan katil. Pakaian yang di selongkar oleh Adrian di periksa
satu – persatu. Alamak! Memang betul tak da. ‘Tak kan aku lupa masukkan kut’
Bicara hati Faqihah. Fikiran cuba mengingat satu persatu. ‘Tapi aku masukkan
semalam’ Bicara Faqihah lagi.
“Haah lah awak,
tak da. Balas Faqihah risau. Mukanya
dikerutkan.
“Kan dah cakap
tak da. Macam mana ni? Aqih kan tau saya tak boleh tidur kalau tak da boxer.
Kalau macam ni baik tak payah pakai pape lah.” Rajuk Adrian seraya ingin
membuka lilitan tuala di pinggangnya. Faqihah cemas. Dia dah mula dah!
“Eh,
kejap-kejap. Apa lah awak ni, pakai kain pelikat dulu.” Balas Faqihah cepat
seraya menghulur kain pelikat pada suaminya. Adrian tidak menghiraukan
isterinya.
“Tak nak, Tak
nak, saya tak nak” Balas Adrian seperti gaya anak kecil. Lilitan tuala di
pinggang dilepaskan. “Zass!” Bayangan kali pertama haritu pun masih tak hilang
lagi. Ini dia buat lagi?Oh My God!
Cepat sahaja
Faqihah memejamkan matanya. Memang perangai gila-gila suaminya ni! “Awak tunggu
sekejap. Saya jumpa Ella” Balas Faqihah seraya meraba-raba tepi dinding. Adrian
sudah tergelak-gelak. Lilitan tuala dipakai semula. Selekeh betul!
“Buat apa nak
jumpa Ella? Nak pinjam boxer Shah ke?” Duga Adrian bersama gelak yang masih
bersisa. Faqihah masih meraba-raba tepi dinding sehingga sampai ke pintu
keluar.
“Dah, saya
keluar dulu. Pakai kain tu! Mengada betul!” Marah Faqihah tiba-tiba. Tubuh
masih membelakangi Adrian yang sedang duduk di birai katil. Pantas Kaki
melangkah keluar dari bilik. Masih lagi kedengaran sayup-sayup tawa Adrian dari
luar. Faqihah mengesat dahinya sambil menghela nafas panjang di sebalik pintu.
Langkahnya di atur dan menuju ke bilik sebelah. Loceng pintu di tekan.
“Kenapa kak?”
Soal Ella Eddya yang masih bersanggul dengan tuala. Pintunya di buka sedikit.
Wajah Faqihah yang bertuala di kepala di pandang.
“Akak nak
mintak tolong sikit ni.” Ujar Faqihah runsing. “Kenapa ni kak? Asal muka risau
sangat ni? Dia dah start ke?” Soal Faqihah. Hahaha, sengal Ella ni! Laju je
tangan Faqihah menampar lembut tangan Ella. Dah lah mesyuarat celah pintu.
“Bukan tu lah,
boleh tak Ella pinjamkan boxer Shah, akak lupa nak masukkan dalam beg semalam. Dia
dah buat perangai dalam bilik tu. Hee… geram akak” Rungut Faqihah. Otaknya
masih terbayang gelagat suaminya. Ella menahan gelak mendengar permintaan
Faqihah.
“Ingatkan apa
tadi, kejap eh.” Balas Ella seraya masuk semula ke dalam biliknya. Adlishah
sedang asyik menonton TV di hadapan. Baru je dapat mesej dari Adrian. ‘Kalau Aqih nak pinjam boxer kau jangan
bagi. Aku yang keluarkan boxer tu semalam. Hehehe’ Adlishah teringat bait
mesej abangnya lantas tergelak-gelak di atas katil. Bersungguh betul si Adrian
ni.
“Shah, tu
Adrian nak pinjam boxer kau. Kau nak bagi tak?” Pinta Ella. Adlishah menahan
tawa. Alat kawalan TV di ambil dan di tukar-tukar siarannya.
“Mana boleh,
cakap kat Adrian, aku bawak cukup-cukup je. Sibuk je nak pakai aku punya boxer,
tak pasal nanti aku kena kurap! Hish! Selisih.” Balas Adlishah sengaja. Padahal
dari dulu memang selalu share.
“Kau ni kedekut
lah, kesian kak aqih kat depan tu.” Rayu Ella lagi. Langkah digerakkan betul
betul berdiri di hadapan suaminya yang sedang menonton TV.
“Hish tepilah
sana, alah setakat tak pakai boxer tak mati lah. Adrian tu mengada je lebih.
Nanti aku cakap dengan dia” Balas Adlishah seraya menggerakkan tubuhnya ketepi
sedikit supaya matanya dapat memandang TV di hadapan. Bersungguh nak menolong
misi abangnya. Entah pape je budak sengal dua ekor ni!
“Sukati kau
lah!” Marah Ella seraya keluar semula ke pintu. Selang beberapa minit Ella
masuk semula ke dalam bilik. Tuala yang tersanggul di kepala di sangkut di tepi
almari. Rambutnya disikat di hadapan cermin. Ekor mata Adlishah lagi tadi
memerhati tingkah laku isterinya.
‘Aduh! Nak
cakap macam mana? Alah malas lah nak fikir. Baik aku tidur. Cukuplah Ad
sorang!’ Bicara hati Adlishah. TV dimatikan. Adlishah bergolek-golek di atas
katil. Ella menepek sedikit bedak jhonson baby di mukanya. Suaminya yang
bergolek kekiri-dan kekanan di atas katil di pandang.
‘Dia tengah
buat senaman ke? Hish Seram je aku tengok’ Bicara hati Ella sambil mengerutkan
mukanya. Ella mendekatkan dirinya di tepi katil.
“Weh! Kau
kenapa?” Soal Ella pada Adlisahh yang sibuk menggulingkan diri di atas katil.
Adlishah terberhenti. Muka Faqihah yang masih lagi berdiri di sebelah katil di
pandang.
“Bosan, aku tak
tahu nak buat apa. “ Balas Adlishah bersahaja. Kepalanya sudah di tegakkan.
Ella merebahkan dirinya di sebelah Adlishah. Dadanya berdegup kencang setelah
mengetahui niat sebenar Adlishah dan abangnya yang membawa mereka ke JB.
Curi-curi dengar punya pasal.
Lama mata Ella
memandang syiling. ‘Senyap je dia ni, tak da tanda-tanda pun’ Bicara hati Ella.
Ekor matanya mengerling Adlishah di sebelah.
“Allah! Tidur
rupanya. Mangkok ayun betul. Aku punya nervous kat sebelah ni kau boleh tidur”
Ucap Ella separuh berbisik. Adlishah sudah tenggelam dengan dunia mimpinya.
Penat sangat mandi petang tadi agaknya. Ella menarik nafas lega. Matanya turut
di pejamkan.
……………………………
Lama Faqihah
mundar-mandir di luar bilik. Lagi tadi
tak masuk-masuk. Adrian tak pula keluar jenguk isterinya. Faqihah memberanikan
diri masuk semula ke dalam bilik. Matanya di buka separuh. Kut-kutlah si Adrian
tu buat perangai.
“Fuhh lega”
Ucap Faqihah bila melihat kain pelikat sudah tersarung di badan Adrian. Faqihah
memberanikan diri mendekatkan langkahnya ke arah Adrian yang sedang tertiarap.
“Tidur ke?”
Soal Faqihah sendirian. Faqihah serba salah. Takut nak naik atas katil. ‘Tak
pasal-pasal kang dia terkam aku’ Bicara hatinya.
Perlahan tubuh
Faqihah naik ke atas katil. Badan direbahkan. Sesekali Adrian di sebelah di
kerling. Adrian masih lagi tertiarap,
tak bergerak sedikitpun. Tiba-tiba. “Pek!” Tangan sasa Adrian menghempap perut
Faqihah. “Aduh!” Faqihah mengadu.
Adrian masih
lagi diulit mimpi. Faqihah dah gelabah beruk. Perlahan-lahan tangan suaminya di
angkat dan di alihkan. Lama mata Faqihah tercelik memandang suaminya.
‘Betul ke dia
ni tidur?’ Soal hati Faqihah yang bercampur cemas. Mata di hala di syiling semula, entah pukul
berapa baru matanya terlelap. Takut punya pasal. Kang dia bangun lepastu buat
perangai tak nak pakai seluar lagi kang! Masak kau Faqihah!