BAB 13
Selepas majlis
pembatalan air sembahyang tempoh hari, Adrianshah terus balik semula ke rumah
sewanya. Hatinya terbit rasa simpati pada Nurul Faqihah saat dia menyarungkan
cincin di jari manis gadis itu. tiada senyuman langsung yang terbit dibibirnya.
“Wei!
Berangan!” Sergah Razaq, kawan serumah Adrianshah. Adrian terus bersila di atas
katil apabila disergah rakannya. Muka rakannya yang terpacak di hadapan pintu
di pandang.
“Kau rasa cukup
ke tiga hari aku tinggalkan dia. Kalau aku jumpa dia, aku nak cakap apa ek?”
Soal Adrian pada rakannya. Razak tersengih. Kakinya melangkah masuk ke bilik
dan duduk di atas katil king yang di huni Adrian.
“Dulu poyo!
Kata dah bersedia nak jadi suami lah. Cakap sembang lah kau ni. Dengar sini
ustaz ajaq berceramah pulak. Dia tu bini kau sekarang. Dari hujung kepala
sampai hujung kaki, tu semua dah jadi tanggungjawab kau. Yang kau jadi blur
tetiba ni kenapa?” Balas Ajaq bersama gelak di bibir. Adrian menggaru kepalanya
bersama sengihan juga.
“Ok lah aku
gerak dulu. Hahaha. Kau ingat aku takut ke?. Aku ni suami orang tau. Dah
bersedia nak jadi bapak. Tengoklah mamat bongkak tu! Siap kau.” Ucap Adrian
seraya menepuk dadanya. Kaki mula melangkah bangun.
“Ah kau.
Buktikan! Jangan cakap sembang je. Berani jadi bapak konon. Aku nak tengok.”
Balas Ajak. Sengaja menguji rakannya. Adrianshah mengambil baju dan seluar yang
tersangkut di belakang pintu dan terus di sarung di badannya. Yelah! Lagi tadi
pakai boxer je.
“Aku suami, aku
tahulah nak buat apa. Dah-dah, kau budak bawah umur. Budak bawah umur tak boleh
campur hal orang dewasa” balas Adrian belagak bersama gelak tawanya. Ajaq hanya
mampu menggeleng kepala bersama tawa yang masih bersisa. Dasar sengal betul si
Adrian ni.
Pintu gate di
rumah sewa ditutup rapat setelah keretanya di keluarkan. Kereta dipandu laju
keluar dari perkarangan taman. Otaknya masih ligat berfikir bagaimana dia perlu
menghadapi gadis yang bernama Nurul Faqihah. Hampir 1 jam perjalanan, kereta
vios silver milik Adrian berhenti di hadapan rumah Encik Isa. Pantas langkahnya
keluar dari kereta.
Adrian masih
lagi teragak-agak hendak menekan loceng di rumah bapa mertuanya. Hampir 5 minit
dia berjalan bermundar-mandir di hadapan gate rumah tersebut. Tiba-tiba pintu
rumah terkuak, Encik Isa muncul di hadapan pintu dan terus meluru keluar.
Jantung Adrian berdegup kencang. Hai takut ke?
“Lah, kenapa
tak tekan loceng?” Soal Encik Isa seraya membuka pintu gate. Adrian memberikan
senyuman. Lantas tangan tua Encik Isa di salam.
“Dah, masuk-masuk.
Beg mana?” Soal Encik Isa. Adrian terpinga-pinga ‘Beg?’
“Tak bawak beg
abah.” Balas Adrian bersahaja. Encik Isa memandang pelik. “Dah, jom masuk dulu”
Balas Encik Isa. Mereka berjalan seiringan masuk ke dalam rumah dua tingkat tu.
Puan Syamira
ralit menonton berita di ruang tamu. Kehadiran menantunya di sambut dengan
senyuman. Adrian bersalaman dengan ibu mertuanya pula. Kelibat Faqihah masih
tidak kelihatan.
“Ada dalam
bilik” Ucap Puan Syamira seperti mengerti yang Adrian mencari kelibat anaknya.
Tersentak sedikit Adrian bila Puan Syamira berkata begitu.
“Asyik
berkurung je dalam bilik tu, makan pun susah. Abah ingat kamu tak sudi nak
balik rumah abah.” Perbualan bersambung. Adrian sudah merebahkan diri di atas
sofa ruang tamu.
“Sorry bah,
Saya sebenarnya tak tahu nak buat apa. Kata adik saya, orang perempuan kalau
merajuk kena biarkan dulu. Sebab tu saya tak berani nak datang sini” balas
Adrian jujur. Adik mana yang cakap tu? Adli? Hah! Korang memang sama-sama
sengal. Encik Isa dan Puan Syamira tersenyum.
“Dah lah, pergi
naik atas sana.” Tambah Puan Syamira pula. Adrian tersengih, namun badan sudah
dibangunkan dan mula melangkah ke tingkat atas. Bilik yang pernah dia masuk
masa hari pernikahan haritu. Tangan teragak-agak ingin mengetuk pintu.
“Wait! Aku kan
suami. Suami isteri mana ada main ketuk-ketuk pintu” Bicara Adrian sendirian.
Pantas tangan memulas tombol pintu. Muka Adrianshah tercengang. Belakang tubuh
Faqihah yang sedang berkemban di pandang. Pantas Faqihah menoleh bila terdengar
pintunya di buka.
“Argh!! Tolong!
Tolong!” Jerit Faqihah. Sepantas kilat pintu di tutup semula. Adrianshah terus
tergelak. Selang dua minit pintu diketuk. Faqihah membuka pintu setelah
mengenakan pakaian.
“Sorry pasal
tadi. Saya ingat sapa.” Faqihah menundukkan pandangan. Lantas menyuruh Adrian
masuk ke dalam biliknya. Faqihah duduk di atas meja solek, manakala Adrian
merebahkan punggung di birai katil pengantin.
“Awak nangis
ke?” Soal Adrian tiba-tiba bila melihat wajah sembab Faqihah. Faqihah diam
tidak menjawab.
“Kenapa awak
sanggup nikah dengan saya?” Soal Faqihah pula. Adrian menggaru kepalanya.
“Sebabnya tak
boleh bagitahu sekarang. Lagipun awak patut bersyukur tak nikah dengan mamat
bongkak, sombong tu. Sebab bila saya tengok awak, awak terlalu baik untuk dia.”
Balas Adrianshah jujur. Faqihah memandang muka suaminya.
“Jadi saya kena
bersyukur sebab awak yang jadi suami saya?” Soal Faqihah pelik. Adrian sudah
tersengih mendengar ayat yang ditutur isterinya.
“Mestilah kena
bersyukur. Sekurang-kurangnya awak tak nikah dengan mamat bongkak tu. Dah
sah-sah dia sakitkan hati awak sebelum awak kahwin. Kalau lepas nikah, entah
yang bukan-bukan dia buat dekat awak.” Balas Adrianshah selamba.
“Mungkin awak
ada muslihat yang saya tak tahu” Soal Faqihah agak curiga juga dengan pernikahan
yang dia jalankan 3 hari lalu. ‘Muslihat? Memanglah ada sikit. Tapi memang
semua pernikahan nak ada anak kan. Tu di kira muslihat ke?’ Bicara hati Adrian.
“Mana ada
muslihat, saya kahwin dengan awak sebab saya tak nak lah malukan Papa saya,
malukan Abah awak. Tulah, ada abang pun tak guna, patutnya saya yang jadi
abang. Saya ni lagi matang dari dia” Balas Adrian sambil mengangkat keningnya.
Faqihah
memandang pelik. ‘Matang ke dia ni? nampak macam bawah umur je.’ Faqihah
bermonolog.
“Ok lah, saya
balik dulu. Saya tengok awak pun macam ok je ni” Sambung Adrian seraya bangun
dari birai katil. Faqihah terbangun dari kerusi.
“Balik? Ok.”
Balas Faqihah ringkas. Faqihah menunduk semula selepas menuturkan ayat tadi.
“Kenapa? Macam
tak suka je saya balik. Ke awak dah bersedia tidur dengan saya?” Soal Adrian
bersahaja. ‘Hahaha, aku kan suami. Suami kena belagak sikit. Mana boleh
malu-malu’ Hati Adrian berbunyi lagi. Sengihan diberi pada Faqihah.
“Errr… Bukan
macam tu, saya tak kisah kalau awak nak tidur sini pun.” Balas Faqihah gagap
sedikit. ‘Eh bagus lah dia ni. Baik je aku tengok’ Bicara hati Adrian.
“Tak lah, saya
balik dulu. Nanti esok saya datang lagi. Lagipun saya tak bawak baju.” Balas
Adrian. Mata kirinya dikenyitkan. Kaki mula melangkah ke hadapan pintu bilik.
“Kejap!” Arah
Faqihah. Adrian menoleh semula isterinya yang berdiri di hadapan meja solek.
“Boleh saya
mintak nombor telefon?” Soal Faqihah. Adrian tergelak kecil.
“Comel lah awak
ni” Balas Adrian seraya mengeluarkan telefon dikoceknya. Nombor Faqihah di
dail. Sejurus lepas itu Adrian keluar semula bersama senyuman. Senyuman apa?
Dia sendiri tidak pasti. Mungkin ada cinta dalam hatinya atau sekadar suka-suka
sahaja. Budak ni kan asal boleh je!