BAB 17
“Nak kemana
lagi tu Arrian?” Soal Tan Sri Akhilshah merangkap Tok Pa Arrianshah dan
adik-adiknya. Langkah Arrian dilajukan menuju ke arah Tok Pa dan Tok Ma nya
yang sedang berbual di ruang tamu. Arrian memberikan senyuman yang paling manis
untuk mereka.
“Rian nak jumpa
Sharmila sekejap Tok Pa. Rindu.” Balas Arrianshah tipu. Padahal nak jumpa si
Syaza tu!. Tan Sri Akhilshah dan isterinya tersenyum bahagia.
“Alah bang,
budak-budak muda. Macam kita dulu-dulu.” Balas Datin Sri Dewi. Arrianshah duduk
sekejap bersama dengan Tok Pa dan Tok Ma nya. Sejak ibunya meninggal saat umurnya
5 tahun, Tan Sri Armanshah bernikah dengan ibu Adrianshah. Sejak dari saat itu
tugas menjaga Arrian telah di ambil oleh Tok Pa dan Tok Ma nya.
“Jangan keluar
lama sangat, nanti hilang seri pengantin. Lagi tiga hari dah nak jadi suami
orang. Jaga sikit perangai tu” Sambung Tan Sri Akhilshah. Giliran Arrian
memberi senyuman tersirat.
“Ok Tok Pa, Tok
Ma. Don’t worry. Rian akan menjadi suami yang terbaik untuk Shahrmila. Rian
gerak dulu” Balas Arrian seraya menyalam Tok Pa dan Tok Ma nya. Arrianshah keluar
dari banglo milik Tan Sri Akhilshah dengan senyuman penuh muslihat. Kakinya
terus melangkah masuk ke dalam perut kereta BMW miliknya.
Kereta terus di
pandu laju di lebuh raya. Radio dipasang sebagai peneman suasana. Tekan je
radio terus keluar lagu ni.
Terpulanglah,
mahu jadi apa
Mahu jadi
hantu, Mahu jadi buaya
Arrian mengikut
nyanyian yang dinyanyikan oleh Ainan Tasneem. Memang kau tu hantu dengan buaya
pun Arrian! Dasar sombong, bongkak! Tamak! Emotional pulak! Haha! Kereta yang
dipandu Arrian masuk ke dalam café milik rakannya. Dari jauh sudah kelihatan
Syaza Melissa menanti kehadiran kekasih gelapnya. Arrian melangkah masuk ke
dalam. Gaya jalan je dah nampak sombong! Cover macho konon!
“Hai seksi…”
Ucap Arrian pada Syaza. Gadis seksi yang sedang duduk di penjuru café itu
melemparkan senyuman paling manis untuk Arrian. Lantas menghenyakkan
punggungnya berhadapan dengan Syaza.
“I tengok you
macam dah tak kisah pasal anak tu. You tak risau ke kalau adik you tu dapat
anak dulu. Yelah! Dah dekat seminggu dia nikah. Mesti dia dah ehem…ehem…” ucap
Syaza tersirat. Lantas Arrian ketawa besar.
“Don’t worry.
Walaupun bini si Adrian atau bini Shah yang mengandung dulu. Jangan harap anak
diorang akan selamat.” Balas Arrian belagak.
“What do you
means? Tak kan you nak jadi pembunuh!” Ucap Syaza sedikit terkejut. Matanya
dibulatkan memandang Arrian. Arrian masih dengan senyuman jahatnya. Air fresh
orange milik Syaza di minum bersama senyuman penuh muslihat.
“I hanya saksi
untuk pembunuhan tersebut. So, I tak salah. I ada duit. Apa susah. Kalau masuk
penjara pun, mesti Tok Pa dengan Tok Ma boleh jamin I. You jangan risaulah.”
Ujar Arrian belagak. Rasa nak hempuk je mamat ni guna kayu golf!
“kalau memang
betul ada janin dalam perut bini diorang. Janin tu tak kan tahan lama!” Sambung
Arrian bersama senyuman jahatnya. Entah apa yang dia rancang agaknya! Lagi
kejam. Kalau si Adrian tu pun jahat lah jugak, siap nak letak pil perancang.
Tapi tak lah sampai membunuh! Fuhh!
“Sharmila apa
cerita?” Soal Syaza. Malas melayan kerenah kekasih gelapnya. ‘Lantaklah nak
buat apa pun. Yang masuk penjara tu kau bukan aku’ Hati Syaza berbicara.
“Oh, Sharmila
totally fall in love with me. Tu, I tak kisah sangat. Cuma I perlu tongkat ali
lebih. I dah janji nak jumpa dengan dia malam nanti. Nak tengok dewan nikah
kitorang. I ikut jelah, nanti dia cakap apa pulak.” Balas Arrian lagi. Syaza
menjeling sedikit. Cemburu ke?
“You jangan
jatuh cinta dengan dia pulak. Kalau sampai you berubah hati, tahulah I nak buat
apa” Ucap Syaza bersama rajuknya. Pantas tangan Arrian memegang tangan Syaza.
Tangan Syaza yang putih gebu diusap-usap.
“Trust me. Hati
I untuk you sorang. I pun ada cita-cita nak ada family. bahagia bersama
anak-anak. Tapi bukan dengan perempuan tu. Only you.” Balas Arrian penuh
romantic. Syaza tersenyum kembali.
“Ok. Cepat
sikit bertindak. Tak payah tunggu lama-lama sangat.” Ucap Syaza tersirat.
Arrian mengenyitkan matanya. Rasa macam nak bomm je pasangan terlarang ni!
Hidup buat maksiat, baik mati je!
………………………
Kain yang sudah
di cuci di bawa naik ke atas rooftop. Baju-baju Adlishah yang di tinggal di
basuh oleh Ella Eddya dan di jemur di atas rooftop. Ella bangun pagi je
Adlishah tiada dalam rumah. Lepas subuh je Adlishah sudah gerak keluar dari
Prince Rooftop.
“Dia tak datang
lagi ke? Kejap betul tidur sini. Baru nak tanya-tanya sikit” Ella berbicara
sendirian sambil mengibas-ngibas baju t-shirt milik Adlishah. Tu pun Ella basuh
sekali dengan baju dia yang sudah seminggu terkumpul. Membazir air je nak basuh
asing-asing. Pakaian siap di jemur. Seperti biasa Ella akan duduk di kerusi
malas. Kain yang di jemur di tarik sedikit bagi menutupi cahaya matahari yang
silau.
Ingatan Ella
kembali semula seminggu yang lalu. Mulutnya tiba-tiba terbit lagu yang
dinyanyikan oleh Adlishah.
Jujurlah sayang,
aku tak mengapa
Biar semua,
jelas tak berbeda,
Jika nanti, aku
yang harus pergi
Kuterima, walau
sakit hati.
Ella tersenyum
sendirian. Dirinya masih lagi kurang pasti. Tapi suara Adlishah selalu
menceroboh masuk ke gegendang telinga tanpa di pinta. Ella melelapkan matanya.
Hai Ella! Prince Charming kau dah sampai ke? Tapi bunga ros tak de?
………………………
Tan Sri
Armanshah menghela nafas panjang di pagi ahad. Sunyi bila Adrian dan Adlishah
memutuskan untuk duduk di rumah sewa masing-masing selepas kematian isterinya.
Mungkin rindu dengan arwah ibunya. Kalau dulu ada isteri yang menemani, namun
pinjaman itu hanya sekejap. Panggilan telefon mematikan lamunan Tan Sri
Armanshah yang sedang menghadap kolam renang di halaman rumahnya.
Telefon
berangkat. “Jangan risau Tan Sri, kali ni Arrian betul-betul akan bernikah
dengan Sharmila” Ucap si pemanggil. Tan Sri Armanshah meraub mukanya. Telefon
di tutup semula oleh Tan Sri Armanshah.
“Apa nak jadi
dengan Arrian ni. Apa yang tak cukup agaknya” Ucap Tan Sri Armanshah sendirian.
Pening melihat sikap anak sulungnya yang terlampau di manja oleh ayah dan
ibunya. Suka hati je nak buat apa! Yelah dari dulu sampai sekarang tak pernah
kena marah. Kena manja je dengan Tan Sri Akhilshah dan Datin Sri Dewi. Nilah
padah bila kena manja. Dah besar kena pijak kepala orang tua!